Khairuddin Otak Udang Sentap
Apa sahaja yang keluar dari mulut Anwar, sudah pasti bikin Khairuddin Abu Hassan sentap dan panas. Hidupnya tidak pernah tenang setelah gagal mendapat tempat di hati Tun M walaupun berpeluh ketiak otak udang ini mengipas Tun M sejak dulu lagi
Gagal mendapat tempat di hati Tun M sewaktu PPBM ditubuhkan, beliau umpama polong tidak bertuan. Dulu, cuba untuk memikat Anwar apabila menghebahkan bahawa di dalam Umno, beliaulah pemimpin pertama dari Umno yang menyokong Anwar. Hajat dihati agar Anwar mempelawanya menyertai Keadilan, tapi ternyata Anwar kenal mamat otak udang ini sejak buku "50 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM" diterbttkan sekitar tahun 97/98 dulu. Penulis buku tersebut telah pun arwah dan meninggal di dalam keadaan 'muflis' apabila disaman oleh Anwar. Semoga Allah merahmatinya. Anwar bukan berotak udang sepertinya yang mudah dimakan bodek murahan dari Khairuddin. Memang patut pun rakyat tidak memilih otak udang ini menjadi salah seorang Adun di Melaka dalam PRU14 yang lalu walaupun beliau menggunaan simbol Keadilan mewakili PH
Anwar menyatakan terdapat Tan Seri dan Datuk Seri yang membelasah duit berbilion ringgit dahulu, mereka ini cuba untuk menjadi hero dan ingin mendapat tempat. Apabila Anwar berkata sedemikian, tiba-tiba otak udang ini melompat macam beruk kena sawan. Kita semua tahu, apa yang Anwar sebut itu bukan baru, beliau menyebutnya sejak berpuluh tahun dahulu lagi. Anwar ulanginya kembali kerana ingin mengingatkan semua bahawa jika diri kamu itu kotor, dapat gelaran secara kotor dan jijik, maka tidak perlulah untuk menjadi hero kepada kerajaan PH yang menolak pemimpin sejijik itu. Mengapa si otak udang ini meroyan sakan? Berapa banyak lada yang beruk otak udang ini telan
Khairuddin juga menggelarkan Anwar Ibrahim otak udang. Itu tidak mengapa kerana Anwar pernah digelar dengan bermacam-macam gelaran malah lebih teruk dari itu, tidak sedikit pun menjatuhkan imej beliau di mata dunia. Siapa Khairuddin pula? Beliau langsung tiada imej atau aura selain dari yang mengenalinya sebagai laki seorang pelakon lama yang suka menyalak menunjukkan kebodohannya. Paling tinggi kedudukan Khairuddin adalah bekas Ketua Bahagian parti keris telanjang tidak bersarung itu. Kali pertama bertanding di bawah PH pun tewas di Melaka. Hebat sangatkah jika mahu dibanding dengan Anwar bakal PM ke 8
Kita biarkan untuk setahun saja lebih kurang otak udang ini menunjukkan kebodohannya. Di dalam jangka waktu singkat ini lah beliau harapkan Tun M memandangnya sebagai hero. Untuk menjadi hero di mata Tun M, Khairuddin rasa wajib menghentam Anwar, itu fikirnya. Mana tahu, di dalam tempuh sedikit masa Tun M menjadi PM ini akhirnya Khairuddin akan diangkat oleh Tun M bekerja di dalam kerajaan PH walaupun sebagai pencuci jamban di opis PM. Kita simpati dengannya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wfauzdin.blogspot.com/2019/10/khairuddin-otak-udang-sentap.html