Khairuddin Keluar Sementara Nak Gelak Atau Teriak Kata Mb Kedah


agendaily.com16/3/2022
Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor turut mengkritik tindakan bekas Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang muncul di televisyen membicarakan keputusannya meninggalkan PAS.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak tahu sama ada hendak ketawa atau menangis ketika mengulas kenyataan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang mendakwa keluar sementara daripada parti itu.

“Saya pun nak gelak ka nak teriak (menangis)… nak berhenti sat (sementara) lepas itu nak masuk balik… tak boleh,” kata Muhammad Sanusi pada sidang media di Wisma Darul Aman, Alor Setar, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus itu yang mengisytiharkan keluar daripada PAS serta-merta dua hari lalu, tetapi malam tadi berkata beliau hanya berhenti sementara sebagai ahli parti itu.

Selain enggan melepaskan jawatan Ahli Parlimen, Khairuddin juga menegaskan tidak akan sama sekali menyertai UMNO atau bersedia menubuhkan sebuah parti baharu.

Dalam temu bual khas Ruang Bicara di Bernama TV, malam tadi, Khairuddin berkata ada perkara yang beliau tidak boleh nyatakan dan betulkan selagi masih berada di dalam PAS kerana parti mempunyai perlembagaan dan disiplin sendiri.

“Ada banyak kecelaruan dalam parti , saya tidak salahkan ahli, ini bukan isu membabitkan ahli akar umbi atau kepemimpinan di kawasan atau bukan Dewan Undangan Negeri (DUN), negeri tetapi ini isu pengurusan parti peringkat pusat,” katanya. Berita berkaitan

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata ‘berhenti sementara’ daripada menjadi ahli PAS tidak wujud dalam perlembagaan parti itu.

“Kadang-kadang ada orang ingat dia orang pandai, itu yang masalah…dia seorang pandai, orang lain tak reti (tahu). Sebenarnya, keputusan kolektif lebih baik daripada pandangan satu orang. Masalahnya, apabila satu orang itu dia lebih betul daripada pandangan ramai,” katanya.

Beliau turut mengkritik tindakan Khairuddin yang muncul di televisyen dalam wawancara di BernamaTV membicarakan keputusannya meninggalkan PAS.

“Tak perlu buat benda-benda masuk TV, keluar PAS cukuplah tak bersetuju dan menentang keputusan kepimpinan, hang sudah terkeluar daripada PAS. Pakai niat sahaja tak mahu patuh, tak mahu ikut kepimpinan PAS, (sudah) terkeluar daripada PAS,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/03/khairuddin-keluar-sementara-nak-gelak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khairuddin Keluar Pas Itu Dia Punya Pasal Kata Naib Presiden

Khairuddin Keluar Pas Itu Dia Punya Pasal Kata Naib Presiden

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 225 hits
MalaysiakiniPAS menganggap tindakan Khairuddin Aman Razali meninggalkan parti itu mulai kelmarin sebagai hak peribadi ahli parlimen Kuala Nerus berkenaan Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar berkata oleh itu parti tidak akan berusaha mem...
Saya Tiada Niat Nak Bunuh Dia Berang Dihalau Keluar Dari Rumah Suami Racun Isterinya Dengan Racun Tikus

Saya Tiada Niat Nak Bunuh Dia Berang Dihalau Keluar Dari Rumah Suami Racun Isterinya Dengan Racun Tikus

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 192 hits
Seorang lelaki berusia 45 tahun mengaku meracuni isterinya kerana sakit hati Suspek yang berasal dari Dusun Kemuning Jawa Timur Indonesia mengaku meletakkan racun tikus dalam bekas serbuk kopi yang ada di warung milik isterinya Ponisri 47 S...
Nak Happy Jangan Letak Syarat Paling Penting Jaga Hubungan Dengan Allah Anak Dengar Kata Keluarga Pun Bahagia

Nak Happy Jangan Letak Syarat Paling Penting Jaga Hubungan Dengan Allah Anak Dengar Kata Keluarga Pun Bahagia

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 393 hits
Gembira happy itu perkara yang boleh dicari dan bukan hanya dengan kebendaan semata mata dapat mengukur kebahagiaan seseorang atau sesebuah keluarga Tak bersyarat dan mensyukuri apa adanya itu cara untuk kita didik diri jadi bahagia Gembira...
Ada Kah Cita Cita Nak Lompat Pulak Atau Nak Buat Pakatan Baharu Lekeh Betul Pemikitan Tuan Ibrahim

Ada Kah Cita Cita Nak Lompat Pulak Atau Nak Buat Pakatan Baharu Lekeh Betul Pemikitan Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 191 hits
RUU anti lompat parti tak perlu tergesa gesa dibentang kata Tuan IbrahimMarch 23 2022 Rang Undang undang anti lompat parti yang termasuk dalam perjanjian persefahaman antara Pakatan Harapan dan kerajaan tidak perlu tergesa gesa untuk dibent...
Saya Tak Kata Ya Atau Tidak Sharnaaz Tak Tolak Jika Dijodohkan Dengan Shila Amzah

Saya Tak Kata Ya Atau Tidak Sharnaaz Tak Tolak Jika Dijodohkan Dengan Shila Amzah

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 179 hits
Baru baru ini pelakon Sharnaaz Ahmad menyatakan sokongan terbuka kepada Shila Amzah ketika memenangi Anugerah Juara Lagu 36 Disebabkan itu ada netizen yang cuba menyakat Sharnaaz kononnya akan kembali bersama dengan Shila Amzah semula Bagai...
Kak Orang Kata Bodoh Tu Simpan Sikit Gadis Dikritik Netizen Kerana Nak Kongsi Ilmu Tapi Bodohkan Orang

Kak Orang Kata Bodoh Tu Simpan Sikit Gadis Dikritik Netizen Kerana Nak Kongsi Ilmu Tapi Bodohkan Orang

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 248 hits
Kak orang kata bodoh tu simpan sikit Gadis dikritik netizen kerana nak kongsi ilmu tapi bodohkan orangVideo TikTok QoalamyDi zaman media sosial ini ramai yang berlumba lumba menerbitkan video sama ada bagi tujuan mendidik menghiburkan dan y...
Susah Nak Tahan Gelak Go Minsi Kongsi Pengalaman Berlakon Dengan Jun Jihyun Dalam Jirisan

Susah Nak Tahan Gelak Go Minsi Kongsi Pengalaman Berlakon Dengan Jun Jihyun Dalam Jirisan

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 792 hits
Baru baru ini Go Min si telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Your Vibes Semasa sesi temu bual Go Min si berborak mengenai dramanya Youth of May yang telah menjadi bualan peminat K Drama sepanjang ianya ditayangka...
Kata Tak Nak Makan Ayam Tapi Makan Jugak

Kata Tak Nak Makan Ayam Tapi Makan Jugak

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 242 hits
Assalamualaikum Hi korang Dah makan ke tu SA baru sudah makan tadi lepas Pak Zain balik dari solat Jumaat Hari ni kan Pak Zain balik bawak 2 kotak nasi Ayam Golek ada orang sedekah kat Masjid katanya so dia amik 2 kotak tadi tengahari dia b...
Tsunami Anak Muda Terbentuk Jika Semua Keluar Mengundi Kata Penganalisis

Tsunami Anak Muda Terbentuk Jika Semua Keluar Mengundi Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 643 hits
March 12 2022 Seorang penganalisis berkata rakyat Johor bertuah kerana boleh memilih berdasarkan pengalaman ditadbir tiga buah kerajaan negeri sebelum ini PETALING JAYA Jika semua anak muda Johor laksanakan tanggungjawab dan keluar mengundi...
Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Seorang Jemaah Islam Maut Ditikam 50 Kali Dalam Masjid

Sign Up Money Strategies Turning Bonuses Into Bankable Wins

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like

Ramai Yang Skeptikal

Full House Bangkok Residence A Modern Dual Family Home By Warchitect

Mca S Chong Short Sighted Says Umno Youth Leader

From Ai To Robotics The Creative Forces Driving Change In Dental Education

Man Hurt Trying To Stop Snatch Thieves Outside Kampung Pandan Temple