Ketibaan Syawal Bawa Rezeki Tambahan Kepada Pengusaha Nurseri


Oleh MUHAMMAD ZIKRI NOR Hidayad Abdullah bersama tanaman jenis keladi di nurserinya di Kampung Sungai Pinggan, Benut, di Pontian, Johor. – UTUSAN/MUHAMMAD ZIKRIPONTIAN: Kedatangan Aidilfitri kurang dua minggu lagi akan makin berseri sekiranya rumah kediaman turut dihiasi dengan pelbagai bunga-bungaan yang segar dan mewangi seiring dengan bulan Syawal yang mulia.
Bagi pengusaha Riyadhs Agro Garden, Nor Hidayad Abdullah, 34, telah bersedia menanti  kunjungan pelanggan pada 10 Ramadan terakhir bagi mereka menghias rumah pada saat-saat akhir.
Katanya, terdapat berpuluh jenis bunga-bungaan di nurserinya sama ada bagi hiasan ‘outdoor’ dan ‘indoor dengan sifat yang tahan panas atau kurang tahan panas disediakan untuk pilihan para pembeli yang datang berkunjung.
Menurutnya, seperti mana sambutan Tahun Baharu Cina, pihaknya juga menerima kehadiran   masyarakat Tionghua pada saat-saat akhir yang membelinya sehingga tidak cukup tangan untuk melayan.
“Antara tanaman yang kami tawarkan termasuklah pelbagai jenis keladi seperti Caladium, Alocasia, Alocasia black ripple, Alocasia black magic, Alocasia tea cup, Caladium USA, Caladium Thai, Caladium Festivia dan Caladium Praetermissum,” katanya kepada Utusan Malaysia di Kampung Sungai Pinggan, Benut, di sini, baru-baru ini.
Menceritakan perjalanannya dalam bidang itu, ujar Nor Hidayad, sebelum membuka nurseri, dia mengusahakan tananam cili fertigasi, menternak madu kelulut, berniaga di pasar tani sebelum beralih kepada nurseri disebabkan Covid-19 pada Jun tahun lalu.
“Syukur usaha ini berjaya mendatangkan pendapatan tetap di mana sebelum ini juga saya menjalankan perniagaan menjual pakaian secara atas talian ketika tinggal di Selangor,” ujarnya yang dibantu isteri, Nurul Syazreen Abdul Rahman, 31.
Kedua-dua mereka yang merupakan bekas penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai pemegang ijazah dalam bidang komputer perniagaan dan perakaunan tanpa ada latar belakang pertanian.
Bagaimanapun kata Nor Hidayad, pada tahun 2018, dia terpaksa balik ke Pontian kerana bapa mentuanya terkena penyakit angin ahmar yang memerlukan isterinya menjaga sepenuh masa
“Pelbagai kerja saya lakukan ketika itu seperti menjadi pemandu e-Hailing, pemandu peribadi, manakala isteri menjaga ayahnya dan mengurus anak-anak kami sebelum beralih kepada bidang pertanian,” ujarnya.
Katanya, sejak membuka nurseri, sambutan daripada orang ramai khususnya peminat bunga hiasan cukup mengalakkan dengan pemasaran turut dilakukan melalui media sosial seperti Facebook.
Mengenai perniagaan bunga-bungaan setakat ini, mereka mampu mencapai jualan antara  RM20,000 sehingga RM50,000 sebulan bergantung kepada jumlah permintaan pada tempoh tersebut.
“Riyadhs Agro Garden turut menjual pelbagai produk seperti sayur-sayuran segar, anak-anak benih, baja, madu kelulut asli dan acar buah bagi mempelbagai lagi perniagaan dan menambah pendapatan,” katanya.- UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/ketibaan-syawal-bawa-rezeki-tambahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Bagi Tazkirah Ramadan Cari Keberkatan Dalam Mencari Rezeki Jaga Halal Dan Haram

Zahid Bagi Tazkirah Ramadan Cari Keberkatan Dalam Mencari Rezeki Jaga Halal Dan Haram

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 318 hits
perakinsight com Sempena bulan Ramadan ini Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpesan kepada rakyat agar sentiasa menjaga keberkatan dalam apa juga perkara yang dilakukan Menurut beliau namun perkara yang paling penting adalah ...
Rezeki Allah Isteri Dah Sarat 8 Bulan Pu Amin Umum Bakal Timang Anak Keempat

Rezeki Allah Isteri Dah Sarat 8 Bulan Pu Amin Umum Bakal Timang Anak Keempat

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 499 hits
Rezeki Allah tak pernah tersalah alamat Pencetus Ummah PU Amin menyampaikan perkhabaran gembira kehamilan isterinya yang rupa rupanya kini sudah pun berusia lapan bulan Berkongsi khabar gembira itu di Instagramnya PU Amin turut memaklumkan ...
Minggu Ke 37 Kepala Ke Atas Lagi Rezeki Mama Lahirkan Bayi Songsang Secara Normal

Minggu Ke 37 Kepala Ke Atas Lagi Rezeki Mama Lahirkan Bayi Songsang Secara Normal

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 413 hits
Agak jarang bayi yang lahir punggung dahulu atau dalam bahasa mudahnya songsang dapat dilahirkan secara normal Bagaimanapun jika diizinkan kelahiran ini ia boleh berlaku Cumanya ramai yang tak mahu ambil risiko kerana risaukan nyawa bayi da...
Amal 5 Doa Ini Rezeki Tidak Akan Putus Putus

Amal 5 Doa Ini Rezeki Tidak Akan Putus Putus

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 2749 hits
Amal 5 Doa Ini Rezeki Tidak Akan Putus putus1 Doa Agar Rezeki LancarAlloohumma yaa ghoniyyu yaa mughnii aghninii ginan abadan wa yaa aziizu yaa mu izzu a izzani bi i zaazin izzatia qudrotika wa yaa muyassirol umuuri yassir lii umuurod dun y...
Doa Pembuka Pintu Rezeki Ilmu Dan Amal Amalkan Setiap Pagi

Doa Pembuka Pintu Rezeki Ilmu Dan Amal Amalkan Setiap Pagi

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 798 hits
Salam Jumaat 11 Ramadan 1442H Hari jumaat dan bulan Ramadan yang penuh berkat Pagi pagi hari Rasullullah SAW mengajarkan pada umatnya untuk sentiasa berdoa selepas menunaikan ibadah solat dan di waktu pagi Waktu pagi adalah permulaan hari y...
5592 Apm Terima 500 Kotak Infaq Rezeki Harian Metro 21 04 2021

5592 Apm Terima 500 Kotak Infaq Rezeki Harian Metro 21 04 2021

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 340 hits
Kuala Lumpur Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengagihkan 500 kotak barangan asas kepada anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata sumbangan dilakuk...
Usahawan Kosmetik Bersyukur Dapat Berkongsi Rezeki Bersama Peniaga Bazar

Usahawan Kosmetik Bersyukur Dapat Berkongsi Rezeki Bersama Peniaga Bazar

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 198 hits
SEJAK pandemik melanda banyak perniagaan para peniaga di bazar Ramadan yang terjejas Walaupun sukar perkara tersebut terpaksa dilalui para peniaga demi meneruskan kehidupan bagi menyara keluarga Apabila jualan para peniaga tidak habis terju...
5589 Aktiviti Program Infaq Rezeki Bersama Apm Ppim 21 04 2021

5589 Aktiviti Program Infaq Rezeki Bersama Apm Ppim 21 04 2021

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 373 hits
Alhamdulillah Dengan IzinNYA PPIM berbesar hati dapat bersama sama berganding bahu dengan pihak APM dalam menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan sebanyak 500 orang Maksimumkan ibadah dibulan puasa ini dengan sumbangan anda Teru...
Penting Menjaga Barakah Dalam Mencari Rezeki Ahmad Zahid

Penting Menjaga Barakah Dalam Mencari Rezeki Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 290 hits
Berita Dan Laporan Hal Ehwal Politik Semasa Dalam Malaysia Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin