Keterbukaan Menerima Kritikan






Mengkritik dan menerima kritikan adalah resam dalam dunia politik demokrasi.


Sama ada sebagai kerajaan atau pembangkang, mengkritik dan menerima kritikan hampir tidak dapat dielakkkan.


Tetapi, parti yang menjadi kerajaan sudah tentu lebih terbeban dengan dihujani kritikan daripada pelbagai sudut, terutama sekali berkaitan sosok yang menjadi Perdana Menteri.


Seorang Perdana Menteri akan sentiasa menjadi perhatian dan sedikit silap saja yang dilakukan, kadang-kadang terlupa menyebut perpuluhan dalam angka pun misalnya sudah cukup untuk dijadikan bahan persendaan.


Dengan itu, pastilah lebih hebat lagi hentaman yang tiba apabila perkara-perkara besar seperti menaikkan harga diesel sehingga RM1.20 sen yang dilakukan oleh kerajaan.


Dulu ketika era Tun Abdullah Badawi, jika kita masih ingat, paling teruk kerajaan BN dihentam kerana kenaikan minyak sebanyak 0.78 sen yang dilakukannya.


Sebagai kerajaan, baik pemimpin yang berada dalam kerajaan atau penyokong di bawah yang hanya dapat sekupang dua, tugas mereka ialah menjawab segala kritikan itu dengan fakta dan naratif yang betul.


Jangan sesekali emosi atau marah-marah terhadap kritikan yang datang, waima daripada siapa sekali pun.


Terimalah segala kritikan itu dengan fikiran yang terbuka, terutama jika kita pernah jadi pembangkang sebelum ini.


Renunglah kembali ketika kita jadi pembangkang dulu, apa yang kita tidak serang, tidak balun dan tidak sembur pihak kerajaan?


Lantaran itu, harus ada jiwa matang dan rasional dalam menerima kritikan apabila sudah jadi kerajaan.


Lagi pun, jadi kerajaan ini bukannya sesuatu yang kekal abadi macam duduk dalam syurga.


Suatu masa yang tak tahu entah bila – putarannya akan tiba di mana kerajaan akan turun jadi pembangkang dan pembangkang bakal naik semula sebagai kerajaan.


Dalam hal berkaitan, bukan saja parti yang menjadi kerajaan harus rasional, pihakpembangkang dan penyokongnya juga harus mengambil iktibar yang sama.


Berpada-padalah juga dalam mengkritik dan menghentam pihak kerajaan kerana apabila tiba giliran jadi kerajaan nanti, kritikan dan hentaman itu secara automatik tertuju balik kepada kita.


Ketika jadi pembangkang, janganlah terlalu banyak berjanji yang melebihi upaya untuk melakukannya kerana ia pasti akan dituntut dan diungkit oleh rakyat.


Meskipun pemimpin selalu lupa, tetapi rakyat tidak pernah lupa.


Begitu pun, adalah lumrah bahawa menjadi kerajaan akan lebih terdedah kepada kritikan dan rakyat juga lazimnya lebih gemar membaca atau menonton kritikan-kritikan terhadap kerajaan berbanding kepada pembangkang.


Ini kerana bersama kerajaan ada kuasa, tetapi di sisi pembangkang tiada apa-apa.


Dalam keadaan itu, keprihatinan rakyat sudah tentu kepada kerajaan, khususnya berkaitan penyelewengan, rasuah, amalan kronisme, khidmat serta bantuan.


Yang penting, kita mesti rasional dan terbuka serta sentiasa menyedari hidup ini adalah macam roda. – ShahbudinHusin 20Jun2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/06/20/keterbukaan-menerima-kritikan.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/06/keterbukaan-menerima-kritikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menerima Kunjungan Hormat Tpm New Zealand

Menerima Kunjungan Hormat Tpm New Zealand

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 199 hits
Menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar New Zealand Winston Peters di Putrajaya hari ini Turut serta dalam pertemuan ini adalah Menteri Luar Dato Seri Utama Mohamad Hasan Melalui pertemuan ini kami menzahir...
Deretan Ormas Yang Pro Dan Kontra Menerima Izin Kelola Tambang

Deretan Ormas Yang Pro Dan Kontra Menerima Izin Kelola Tambang

papar berkaitan - pada 12/6/2024 - jumlah : 271 hits
Saat ini hanya Nahdlatul Ulama ormas yang pro terhadap izin kelola tambang
Menko Pmk Sebut Bukan Penjudi Yang Menerima Bansos Tapi Anggota Keluarganya

Menko Pmk Sebut Bukan Penjudi Yang Menerima Bansos Tapi Anggota Keluarganya

papar berkaitan - pada 17/6/2024 - jumlah : 192 hits
Gagasan pemberian bansos terhadap korban judi daring menjadi salah satu materi yang diusulkan Kemenko PMK
Pmx Menerima U Apan Eid Al Adha Dsri Pm India

Pmx Menerima U Apan Eid Al Adha Dsri Pm India

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 217 hits
Saya telah menerima sepucuk surat daripada Perdana Menteri India Narendra Modi yang mengutuskan ucapan Eid al Adha kepada saya dan seluruh rakyat Malaysia Kami senada berpendapat keamanan dunia bergantung kepada nilai kebersamaan antara sat...
Bersatu Pahang Aman Dan Damai Abdul Khalib Nafi Laporan Sebuah Portal Yang Mendakwa Beliau Mahu Sertai Pas

Vietnam Tutup Lapangan Terbang Siap Sedia Hadapi Taufan Bualoi

Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam

Lunch Dengan Ikan Puput Goreng

Budi95 Ternyata Menjimatkan Terima Kasih Kerajaan Warga Atm

Cuba Pilih Mana Daun Sirih

Cuepacs Calls For Safety Audit On Schools After Boy Falls Into Sewer Pit

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Week Number 39 52

Kod Bahasa Yang Selalu Digunakan Oleh Doktor

Onoplus 15 Onoplus Top 46 By Marina

Prep Daging Menu Sihat

8 Kali Jantung Terhenti Seolah Olah Tak Ada Harapan Kongsi Buat Solat Hajat Untuk A Aida Kebaikan Ameng Dipuji Netizen

Sopan Dan Cantik Erissa Puteri Dan Gadis Veil Viral Diraikan Dalam Majlis Resepsi Di Kelantan Netizen Puji