Ketagihan Gajet Pelajar Punca Kesan Cara Atasi


Ketagihan Gajet Pelajar – Simptom, Punca, Kesan & Cara Atasi
Dengan kemajuan teknologi yang pesat, pelajar kini semakin terdedah kepada penggunaan gajet untuk pelbagai tujuan – sama ada untuk pembelajaran, hiburan mahupun bersosial. 
Walaubagaimanapun, apabila penggunaannya tidak dikawal dengan baik, ia boleh menjejaskan prestasi akademik, kesihatan fizikal dan emosi, serta hubungan sosial mereka.
Fenomena ini bukan sahaja memberi kesan kepada pelajar itu sendiri, malah turut membebankan guru dan ibu bapa. 
Oleh itu, penting untuk kita memahami punca sebenar ketagihan gajet dalam kalangan pelajar, kesan buruk yang mungkin timbul, serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi ketagihan ini secara berkesan.
BACA JUGA: Punca Rambut Berminyak & Rawatan Berkesan Tanpa Salon
Maksud Ketagihan Gajet Ketagihan gajet merujuk kepada kebergantungan melampau terhadap peranti elektronik seperti telefon pintar, komputer riba atau tablet sehingga pengguna sukar mengawal masa penggunaan, berasa gelisah tanpa gajet dan mengabaikan tanggungjawab harian.
Ketagihan ini biasanya dikaitkan dengan penggunaan media sosial, permainan video atau menonton video secara berterusan. 
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia Simptom Ketagihan Gajet dalam Kalangan Pelajar 1. Isolasi Sosial
Lebih gemar berinteraksi secara maya berbanding bersemuka. Kurang bercakap dengan ahli keluarga dan rakan sekelas dalam dunia sebenar.
2. Sukar Berpisah dengan Gajet
Pelajar menunjukkan kegelisahan, keresahan, atau rasa tidak selesa apabila tidak memegang telefon atau tidak dapat akses kepada internet dalam tempoh yang singkat.
3. Penggunaan Gajet Secara Berlebihan
Menghabiskan masa berjam-jam sehari dengan telefon atau tablet, termasuk waktu belajar, makan, atau sebelum tidur — tanpa had masa yang jelas.
4. Prestasi Akademik Menurun
Kurang fokus dalam kelas, suka menangguhkan tugasan dan keputusan peperiksaan yang merosot akibat terlalu asyik dengan gajet dan media sosial.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia 5. Kurang Minat terhadap Aktiviti Lain
Tidak berminat menyertai aktiviti fizikal, sukan, permainan tradisional atau kegiatan bersama keluarga kerana lebih memilih duduk dengan gajet.
6. Masalah Tidur
Kerap tidur lewat malam kerana menonton video, bermain permainan atau melayari media sosial hingga menyebabkan keletihan keesokan harinya.
7. Perubahan Emosi dan Tingkah Laku
Mudah marah, cepat bosan, dan menjadi agresif apabila diminta untuk berhenti menggunakan gajet. Sesetengah pelajar juga boleh menjadi murung dan pendiam.
8. Mengabaikan Tanggungjawab Harian
Tidak menyiapkan kerja sekolah, lupa solat, enggan membantu ibu bapa di rumah atau tidak menjaga kebersihan diri akibat leka dengan peranti.
Punca Ketagihan Gajet Dalam Kalangan Pelajar Terdapat beberapa faktor utama yang menyumbang kepada ketagihan gajet, antaranya ialah:
1. Akses Kepada Gajet Sangat Mudah
Hampir setiap pelajar memiliki sekurang-kurangnya satu peranti digital peribadi seperti telefon pintar atau tablet.
Harga gajet yang semakin mampu milik dan keperluan penggunaan dalam pembelajaran menjadikan akses kepada peranti ini sangat mudah. 
Tambahan pula, sambungan internet yang pantas dan meluas membolehkan pelajar melayari media sosial, menonton video, atau bermain permainan dalam talian pada bila-bila masa. 
Kemudahan ini, walaupun membantu dalam pendidikan, secara tidak langsung membuka ruang kepada penggunaan berlebihan sehingga boleh mengakibatkan ketagihan.
2. Tekanan Sosial
Remaja dan pelajar sering merasakan keperluan untuk “terhubung” secara berterusan dengan rakan-rakan mereka melalui media sosial seperti Instagram, TikTok atau WhatsApp. 
Sikap tidak ingin ketinggalan (FOMO – Fear of Missing Out) dalam perbualan kumpulan, trend semasa atau kandungan yang sedang viral juga turut mempengaruhi. 
3. Tekanan Akademik & Emosi
Ada pelajar yang menggunakan gajet sebagai “alat pelarian” daripada tekanan belajar dan masalah peribadi. 
Tanpa ruang sokongan emosi yang stabil, mereka mencari hiburan segera melalui permainan dalam talian, video, atau media sosial untuk mengurangkan stres. 
Lama-kelamaan, tindakan ini menjadi tabiat yang sukar dikawal. Mereka mula bergantung kepada gajet untuk mencari ketenangan dan keselesaan sementara.
4. Kurang Pengawasan
Ketiadaan had penggunaan gajet yang jelas di rumah atau di sekolah juga menjadi penyumbang besar kepada masalah ketagihan. 
Apabila ibu bapa terlalu sibuk dengan urusan kerja dan tidak memantau aktiviti anak-anak secara dekat, pelajar bebas menggunakan gajet yang mereka miliki sesuka hati. 
5. Tidak Mempunyai Hobi/Aktiviti Menarik
Ramai pelajar tiada aktiviti luar bilik yang menyeronokkan atau tidak diberi galakan untuk menyertai aktiviti kokurikulum, sukan atau hobi yang sihat. 
Kekosongan masa lapang ini menyebabkan mereka lebih cenderung menghabiskan masa dengan gajet. 
Kesan Ketagihan Gajet Ketagihan gajet memberi kesan negatif yang ketara kepada pelajar dalam pelbagai aspek seperti kesihatan, akademik, sosial dan sebagainya. Antaranya:
1. Gangguan Tidur dan Masalah Fizikal
Penggunaan gajet hingga larut malam boleh mengganggu kitaran tidur semula jadi akibat pendedahan kepada cahaya biru daripada skrin.
Ini menyebabkan pelajar sukar tidur, mengalami keletihan keesokan harinya dan kurang fokus di sekolah.
2. Kesan Terhadap Kesihatan Mental
Ketergantungan terhadap gajet boleh menyebabkan remaja mengalami kemurungan, keresahan (anxiety) dan rasa rendah diri.
Ini sering berpunca daripada sikap suka membandingkan diri dengan imej ‘sempurna’ yang dipaparkan di media sosial.
3. Hubungan Sosial Terjejas
Apabila berada di tahap ketagihan, pelajar lebih cenderung menatap skrin berbanding berkomunikasi secara bersemuka bersama rakan-rakan, guru dan sesiapa sahaja.
Keadaan ini melemahkan kemahiran komunikasi, empati dan hubungan sosial dalam jangka panjang.
4. Prestasi Akademik Merosot
Ketagihan kepada gajet juga boleh memberi impak besar kepada pelajaran. Ini menyebabkan pelajar kurang menumpukan perhatian dalam kelas, menangguh kerja sekolah dan akhirnya menjejaskan pencapaian akademik.
5. Masalah Disiplin dan Sikap
Ketagihan gajet juga boleh membawa kepada sikap tidak bertanggungjawab, mudah marah apabila ditegur, dan enggan terlibat dalam aktiviti fizikal atau sosial.
Ini kerana pelajar yang ketagihan gajet terlalu asyik dengan dunia di dalam gajet mereka sahaja. Hal ini boleh menimbulkan masalah disiplin di sekolah dan di rumah.
Cara Hilangkan Ketagihan Gajet Menangani ketagihan gajet dalam kalangan pelajar bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan usaha berterusan dan strategi yang praktikal. 
1. Had Penggunaan Gajet
Ibu bapa perlu menetapkan peraturan jelas mengenai tempoh penggunaan gajet setiap hari, contohnya maksimum dua jam selepas selesai kerja sekolah. 
Ibu bapa juga boleh menggunakan aplikasi tertentu untuk mengawal masa penggunaan gajet anak-anak. Contohnya, aplikasi Google Family Link.
2. Galakkan Aktiviti Fizikal
Bagi menggantikan masa bersama gajet, pelajar digalakkan menyertai aktiviti luar seperti sukan, rekreasi, atau program komuniti yang dapat mengisi masa lapang tanpa gajet.
Cari hobi yang boleh dilakukan semasa masa lapang untuk mengelakkan penggunaan gajet berlebihan. 

3. “Digital Detox”
Kaedah seperti “digital detox” juga boleh diamalkan, di mana pelajar perlu mengambil masa tertentu setiap minggu untuk tidak menggunakan sebarang peranti elektronik.
Pada masa ini, mereka boleh dilibatkan dalam aktiviti bersama keluarga, membaca buku atau bersukan. 


Peranan Ibu Bapa Peranan ibu bapa sangat penting dalam membantu remaja mengatasi ketagihan ini. Ibu bapa harus menjadi contoh yang baik dengan mengawal penggunaan gajet mereka sendiri di rumah. 
Jika anak melihat ibu bapa sering memegang telefon semasa waktu makan atau berbual, mereka akan menganggap ia sebagai tingkah laku yang normal.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia Selain itu, ibu bapa perlu meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak. Komunikasi terbuka, tanpa menghukum akan memudahkan anak-anak berkongsi tentang tekanan atau kebimbangan mereka. 
Jika masalah ketagihan gajet menjadi terlalu serius, ibu bapa juga boleh mendapatkan bantuan pakar psikologi atau kaunselor.
Tidak kurang pentingnya ialah menyediakan persekitaran rumah yang menyokong gaya hidup sihat. Contohnya seperti memastikan ada waktu ‘tanpa gajet’, menggalakkan makan malam bersama dan menyediakan ruang khas untuk belajar tanpa gangguan gajet.
Contoh Aktiviti Menggantikan Gajet Sebenarnya, ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengisi masa lapang tanpa penggunaan gajet, antaranya ialah:
1.Melakukan aktiviti fizikal dan riadah seperti berbasikal, berjoging, bermain bola sepak, badminton, berenang, berkebun dan sebagainya.  
2. Melakukan hobi kreatif contohnya melukis, mewarna, membuat kraf tangan, menulis jurnal, bermain alat muzik, menjahit atau membuat origami. 
3. Menghabiskan masa dengan membaca buku ilimiah, komik atau novel.
4. Bermain permainan tradisional dan papan seperti congkak, batu seremban dam ular, catur, Uno atau Monopoly.
5. Menyertai kelab atau kegiatan kokurikulum seperti kelab debat, kelab bahasa, unit uniform atau persatuan seni.
6. Menyertai program sukarelawan, gotong-royong, atau membantu di rumah kebajikan memberi rasa empati, tanggungjawab dan nilai kemanusiaan.
7. Melakukan aktiviti keluarga seperti memasak bersama, berkelah, bermain permainan papan, atau sesi bercerita sebelum tidur.

Dengan pendekatan yang seimbang dan kerjasama antara ibu bapa, sekolah dan masyarakat, ketagihan gajet dalam kalangan pelajar pasti dapat dikawal dan dicegah. 
Jadikan teknologi sebagai alat bantu, bukan penghalang kepada kehidupan sihat dan bermakna!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/ketagihan-gajet-pelajar/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ketagihan-gajet-pelajar

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Chatgpt Untuk Pelajar Guna Cara Betul

Chatgpt Untuk Pelajar Guna Cara Betul

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 149 hits
Ramai pelajar kini menggunakan ChatGPT sebagai pembantu belajar digital Tapi ramai juga yang tak tahu cara guna yang betul akhirnya bergantung 100 dan jadi malas belajar Jadi macam mana nak guna dengan bijak 1 Bantu Buat Nota Ringkas Masukk...
Cara Atasi Kulit Muka Kering

Cara Atasi Kulit Muka Kering

papar berkaitan - pada 9/7/2025 - jumlah : 169 hits
Cara Atasi Kulit Muka Kering 1 Gunakan Pelembap MukaMoisturizer khas untuk kulit kering setiap pagi dan petang selepas bersihkan muka Pilih pelembap yang mengandungi bahan seperti asid hyaluronik gliserin atau minyak semula jadi untuk bantu...
Tanda Badan Banyak Toksin Ketahui Simptom Cara Atasi

Tanda Badan Banyak Toksin Ketahui Simptom Cara Atasi

papar berkaitan - pada 9/7/2025 - jumlah : 164 hits
Badan kita hari hari terdedah dengan toksin dari makanan udara kosmetik malah stres pun boleh jadi punca Bila toksin terlalu banyak sistem badan jadi perlahan dan muncullah pelbagai tanda Ramai tak sedar sebab anggap ia cuma masalah biasa 1...
Keputihan Berketul Punca Simptom Dan Cara Mengatasinya

Keputihan Berketul Punca Simptom Dan Cara Mengatasinya

papar berkaitan - pada 9/7/2025 - jumlah : 153 hits
Keputihan berketul merupakan satu keadaan yang sering dialami oleh ramai wanita dan ia boleh menimbulkan rasa tidak selesa serta kebimbangan terhadap kesihatan reproduktif Secara umumnya keputihan adalah sesuatu yang normal dan berfungsi un...
Cara Kesan Phone Kena Hack Kod Rahsia Elak Kena Intip

Cara Kesan Phone Kena Hack Kod Rahsia Elak Kena Intip

papar berkaitan - pada 28/6/2025 - jumlah : 209 hits
Cara Kesan Phone Kena Hack Kod Rahsia Elak Kena Intip Pernah rasa macam phone anda tengah dipantau Atau bateri cepat habis mesej pelik keluar sendiri Hati hati mungkin phone anda telah digodam atau sedang dipantau secara rahsia Jom kenali t...
Netizen Terkejut Bila Tahu Harga Beli Barang Dapur Sekarang Ini Cara Hack Jimat Belanja Bulanan

Netizen Terkejut Bila Tahu Harga Beli Barang Dapur Sekarang Ini Cara Hack Jimat Belanja Bulanan

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 148 hits
Ramai rakyat Malaysia terkejut dan mengeluh di media sosial apabila harga barang dapur seperti ayam bawang dan minyak masak melonjak naik mendadak Dalam suasana ekonomi yang mencabar ini setiap sen amat bermakna lebih lebih lagi buat keluar...
Ramai Takut C Zer Sebab Lambat Baik Sebenarnya Ada Cara Sembuh Cepat Pakar O G Kongsi Tip Ibu Boleh Amalkan

Ramai Takut C Zer Sebab Lambat Baik Sebenarnya Ada Cara Sembuh Cepat Pakar O G Kongsi Tip Ibu Boleh Amalkan

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 142 hits
Kelahiran melalui pembedahan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih berbanding bersalin normal Oleh itu penjagaannya juga perlu diberi perhatian supaya luka cepat sembuh dan tidak terbuka semula Memandangkan pembedahan ketika melahirkan...
Cara Ikat Tie Panduan Ikat Tie Dengan Mudah Sesuai

Cara Ikat Tie Panduan Ikat Tie Dengan Mudah Sesuai

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 136 hits
Bagi mereka yang tidak mengetahui untuk mengikat tali leher terdapat cara ikat tie dengan mudah yang boleh dipelajari Ini bagi memastikan tali leher yang dipakai kelihatan kemas dan profesional Maksud Tali Leher Tie Menurut Pusat Rujukan Pe...
Parenting Support In Indian Community Needed After Boy S Brutal Murder

Pengguna Domestik Terima Rebat Elektrik Ogos Ini

Trump Akan Semak Semula Kadar Tarif Pm Anwar

Anak Tun Dr Mahathir Perlu Perjelas Sumber Kekayaan Pm Harian Metro

Jiran Aku Cuci Kereta Aku Cuci Dosa

5 Pelajaran Berharga Dari Kekalahan Timnas Indonesia U 23 Atas Vietnam Di Final Aff U 23 2025

42 Penjawat Awam Wanita Mohon Cerai Lepas Disahkan Kakitangan Tetap

Lirik Lagu Dewasa Itu Berat Suara Kayu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Roti Gardenia Durian

50 Tahun Kita Gagal Mengenali Musuh Sidang Media Ppim 31 07 2025

Spider Plant Untuk Laman Kecilku

Bomba Guna Helikopter Padam Kebakaran Hutan Di Mukah

Anwar Bubarlah Parlimen Jangan Takut Himpunan Anwar 15k Sahaja Tun Mahathir

Simple Pisan Template Blog Seo Friendly Terbaru Super Sederhana Tanpa Thumbnail