Kesukaran Henti Rantaian Covid 19




Oleh AB JALIL BACKER
PANDEMIK Covid-19 belum menampakkan tanda jelas menuju kepada lingkungan mendatar dalam graf pesakit di negara ini. Ini memberi isyarat bahawa perang menentang virus penyebab Covid-19 masih belum betul-betul mencapai kemuncak.
Dalam tulisan minggu lalu, saya telah menyatakan selain gagal mengadakan polisi kesihatan yang berkesan pada Februari lalu, kegagalan kita bersedia lebih awal dengan fasiliti dan infra pemeriksaan juga menjadi punca kesukaran kerajaan hari ini.
Inilah kesukaran utama kerajaan. Kita berhadapan dengan kekangan untuk membuat ujian secara besar-besaran dan sekaligus membantu menghentikan rantaian penyebaran virus ini.
Data hingga Jumaat lalu menunjukkan 47,723 orang rakyat Malaysia disaring. Ini adalah peningkatan sekali ganda berbanding Jumaat sebelumnya. Namun jumlah ini masih sedikit dan kita masih berhadapan dengan 8,000 ujian belum selesai setiap hari.
Di bawah Menteri Kesihatan baharu, Datuk Seri Dr Adham Baba, kerajaan telah mewartakan 40 buah hospital sebagai fasiliti perawatan Covid-19 dan setakat ini 40 peratus kapasiti digunakan.
Dalam masa yang sama dua dewan Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) telah ditukar kepada pusat kuarantin yang boleh memuatkan 604 orang pesakit pada satu-satu masa.
Masalah terbesar adalah bagaimana mahu percepatkan ujian saringan. Pelbagai ‘kit ujian pantas’ sedang dinilai bagi memastikan ia memberi keputusan yang tepat seperti ujian makmal.
Melihat kesukaran ini tidak mustahil kerajaan akan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari lagi dan berakhir pada 28 April 2020.
Selepas itu barulah PKP seluruh negara akan dimansuhkan dan diganti dengan PKP terhad kepada kawasan kritikal sahaja. Kita juga perlu bersedia dengan kemungkinan sekolah akan terus ditutup sehingga Aidilfitri akan datang.
Bagaimanapun, semua ini adalah kebarangkalian yang boleh berubah berdasarkan kemampuan kerajaan mengadakan saringan kepada kelompok yang lebih besar.
Tekanan
Melanjutkan tempoh PKP juga akan memberi pelbagai kesukaran lain kepada kerajaan. Kerajaan akan berhadapan lebih banyak permintaan daripada rakyat dan usahawan yang terjejas.
Lebih ramai rakyat akan mengalami tekanan emosi akibat hilang pekerjaan, tiada makanan dan terkurung terlalu lama dalam rumah. Ada yang membandingkan bantuan yang diberi kerajaan kita dengan negara maju lain.
Ada yang mula hilang sabar melihat kelembapan penyaluran bantuan. Jika keadaan ini tidak diurus dengan baik ia boleh mencetuskan ketidaktenteraman awam. Sebahagian rakyat mungkin akan mula melanggar PKP kerana terlalu lama berkurung dalam rumah.
Dalam masa yang sama rakyat juga harus menyedari kesukaran kerajaan. Kerajaan ini mewarisi satu keadaan yang bercelaru dan tidak bersedia untuk berhadapan dengan kemelesetan ekonomi dunia.
Apabila kerajaan lalu menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ia menyebabkan ekonomi negara terdedah kepada spekulasi harga minyak dunia.
Hari ini harga minyak dunia telah jatuh hingga AS$26 setong. Ini sekaligus menjejaskan pendapatan negara dengan teruk sekali. Justeru, membandingkan bantuan Malaysia dengan negara yang mengenakan GST/VAT sekitar 10-20 peratus adalah tidak adil.
Kerajaan pasti mahu memberi bantuan kepada rakyat sebanyak mungkin, namun ia juga ada kekangan kewangan terutama dari segi aliran tunai.
Aliran tunai kerajaan bukan isu baharu kerana sejak setahun lalu banyak pihak telah membangkitkannya kerana pembentangan belanjawan 2019 dan 2020 meletakkan sasaran harga minyak dunia melebihi AS$60 setong.
Dalam sebulan ini kita perlu sama-sama bersabar menunggu detik pemulihan negara. Semoga ALLAH membantu kita menyahkan Covid-19 dari muka bumi ini.
Sinar




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/04/05/kesukaran-henti-rantaian-covid-19/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kesukaran-henti-rantaian-covid-19

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cheras Zon Merah Baru Covid 19 Di Kuala Lumpur Kkm

Cheras Zon Merah Baru Covid 19 Di Kuala Lumpur Kkm

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 360 hits
Kementerian Kesihatan melalui posting di Facebook menunjukkan statistik taburan kes mengikut negeri dan daerah yang dikemaskini jam 12pm hari ini Melalui rajah tersebut pertambahan kawasan zon merah dapat dilihat jelas dan Cheras antara sal...
Lima Ahli Keluarga Maut Akibat Covid 19 Anak Rayu Doakan Ayah Kini Dirawat Di Icu

Lima Ahli Keluarga Maut Akibat Covid 19 Anak Rayu Doakan Ayah Kini Dirawat Di Icu

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 345 hits
Penularan wabak Covid 19 semakin membimbangkan apabila lebih 3000 individu dilaporkan telah dijangkiti di negara ini Manakala sehingga semalam 61 kes kematian secara keseluruhan telah dicatatkan Antara kes kematian Covid 19 yang paling meru...
Terkini Situasi Covid 19 Negeri Kelantan

Terkini Situasi Covid 19 Negeri Kelantan

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 350 hits
Berdasarkan data sumbangan kes hadir daripada kluster Kontak Rapat Kes Sah COVID19 sebanyak 79 kes 54 kes daripada kluster Perhimpunan di Masjid Sri Petaling 7 kes daripada PUI manakala 1 kes dari Survelan COVID19 Kes Positif Keseluruhan 14...
Terkini Kkm Dedah Dua Kluster Covid 19 Berkait Himpunan Besar Besaran Di Kuching Bandar Baru Bangi

Terkini Kkm Dedah Dua Kluster Covid 19 Berkait Himpunan Besar Besaran Di Kuching Bandar Baru Bangi

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 308 hits
Putrajaya 6 April Kementerian Kesihatan Malaysia telah memaklumkan 2 kluster COVID 19 yang berkait rapat dengan perhimpunan besar besaran dalam satu sidang media sebentar tadi Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelask...
Digi Tawar Pelan Insurans Covid Cover Secara Percuma Untuk 200 000 Pelanggan Pertama

Digi Tawar Pelan Insurans Covid Cover Secara Percuma Untuk 200 000 Pelanggan Pertama

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 246 hits
KUALA LUMPUR 6 April Digi Telecommunications Sdn Bhd menawarkan pelan insurans Covid Cover secara percuma kepada 200 000 pelanggan pertama Dalam kenyataan hari ini Digi berkata Covid Cover menawarkan perlindungan jangka pendek komprehensif ...
Finally Covid 19 Free Keluarga Dr Samsu Ambia Disahkan Sembuh Sepenuhnya

Finally Covid 19 Free Keluarga Dr Samsu Ambia Disahkan Sembuh Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 204 hits
Keluarga Pakar dan Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Teluk Intan Perak Dr Samsu Ambia Ismail yang sebelum ini positif COVID 19 kini disahkan telah sembuh Berita gembira itu dikongsikan anak sulung keluarga itu Erika Syamim Samsu A...
Tiada Tanda Covid 19 Merebak Melalui Makanan Kp Kesihatan

Tiada Tanda Covid 19 Merebak Melalui Makanan Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 314 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan bahawa setakat ini tiada tanda menyatakan bahawa wabak COVID 19 merebak menerusi makanan Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kebimbangan orang ramai sekiranya t...
Update Terkini Warga Emas Hidap Penyakit Kencing Manis Darah Tinggi Korban Terbaru Covid 19

Update Terkini Warga Emas Hidap Penyakit Kencing Manis Darah Tinggi Korban Terbaru Covid 19

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 293 hits
KKM mengesahkan 1 lagi kematian akibat COVID 19 hari ini menjadikan total kematian di Malaysia akibat virus itu sebanyak 62 kes Kematian ini melibatkan pesakit kes 3 663 merupakan warganegara Malaysia berumur 67 tahun Pesakit tersebut dilap...
What Are The Main Symptoms Of Covid 19

What Are The Main Symptoms Of Covid 19

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 322 hits
What are the main symptoms of COVID 19 https www who int news room releasesAs the coronavirus outbreak continues to intensify people are increasingly taking extra precautions in maintaining health and hygiene Some schools and employers have...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Tips Kotak Magnetik Penyelesaian Pembungkusan Premium Untuk Produk Anda

Modul Kaedah Strategi Pengajaran Pembelajaran Bahan Sokongan Pdp Siri Bsbpk 2022

Rumpai Laut Potensi Dan Aplikasi

13 Lagu Raya Evergreen Yang Wajib Didengar Setiap Kali Aidilfitri

Cara Mudah Menjaga Mata Agar Sentiasa Cerah Dan Sihat

The 11 Best Pet Fish To Start Your Freshwater Aquarium Purewow