Kesilapan Yang Selalu Dibuat Ketika Facebook Live


Hi semua..

Tadi dok scroll facebook nampak status kawan yang kata  ramai tak tengok dia live.  Hahaha... Saya punya rakan sosial media semua kelakar-kelakar. Makanya hari ni saya nak cerita sikit tentang facebook live. Korang yang selalu buat live boleh baca sebab saya nak terangkan beberapa kesilapan yang kita selalu buat semasa kita sedang facebook live.



Saya memang tak pernah buat Facebook live. Tapi saya selalu juga tonton Facebook live dari rakan2 facebook saya. Tak semua .. tapi kalau ada masa saya tonton la.

Bagi korang yang berniaga atau pun seorang influencer , facebook live ni sangat penting sebab dari sini kita boleh mendedahkan lagi jenama kita kepada orang lain.

Tapi kalau tak kena cara facebook live korang ada lah sia-sia. Kali pertama orang tonton la sebab nak tengok awak secara dekat. Kali kedua orang dah makin kurang, kali ketiga lagi kurang dan makin lama ada lah 1-2 viewer saja.

Sebab orang dah boleh tahu live awak "tak best".

Ada beberapa kesalahan yang korang buat ketika facebook live ni jadi punca kenapa facebook live korang tak dapat sambutan dari rakan2 lain.






1- Tak de tujuan.

Sebelum buat Facebook live pastikan korang tahu apa benda yang korang nak cakap. Jangan start Facebook live dah merapu tak tentu hala. Sembang-sembang kosong pun pastikan ianya ada input untuk orang lain. Sebelum online tulis la sikit apa benda2 penting yang korang tak nak lupa. Tentukan tujuan awak buat buat facebook live.

Kalau boleh sebelum live tu up status dulu bagitau yang korang nak buat Facebook live pada jam sekian-sekian sebab ada benda penting nak diberitahu. Tunjuk la sikit macam ada benda yang betul2 mustahak untuk pengetahuan orang lain .

2- Tak tetapkan tempoh masa untuk facebook live.

Dah bagitau pada kawan-kawan yang korang nak buat Facebook live jam 9 malam. kawan-kawan pun tunggu. Start jam 9 kawan-kawan masuk tengok, 9.05 korang masih lagi dok " share2 dulu, like2 dulu..tunggu kawan2 lain masuk ye..",,

Pot pet pot pet benda merapu yang tak penting je. Kalau nak orang share , awal2 awak dah kena cakap benda berfaedah dan menarik dulu. Baru la orang berminat nak share. Tak kira la walaupun time tu ada 2-3 orang viewer. Benda boleh cakap ulang2 kali bukan nya jadi masalah besar pun kalau start awal.

Korang tahu tak yang semakin lama tempoh Facebook live korang akan buat makin ramai yang tengok. Tapi kalau korang buang masa penonton, ianya tak kan menjadi.

Korang nak buat 1 jam facebook live, pasti kan dalam tempoh tu penuh dan padat. Sebab tu point no 1 tadi tu penting ..



3- Terdesak nak menjual

Siapa yang tonton facebook live korang sebenarnya bukan dia nak beli barang korang pun. Dia cuma nak tengok korang je. Mereka cuma nak kenal korang je. Nama pun sosial media.

Korang berniaga. Korang boleh kongsikan perjalanan susah payah korang dalam bisnes korang semasa buat Facebook live. Cerita sikit jatuh bangun korang sampai korang boleh keluarkan produk korang.

Jangan la live2 je terus susun produk depan korang. Nanti orang akan rasa.." ala..dah la facebook status pun asyik cerita pasal produk dia. Ni masa Facebook live pun nak cerita lagi.." . Bosan weh!!

Korang boleh ajak penonton korang terlibat sama masa Facebook live tu. Ajak main teka teki ke. siapa jawab betul ada hadiah. Tak perlu fokus sangat pada jualan korang. Masa Facebook live ni la korang nak ambik hati pengikut2 korang tu.

Nanti Facebook live kali kedua mesti diaorang tak sabar nak tunggu.

4- Jeda yang terlalu lama.

Yang ni kalau saya pun mesti terus stop tengok facebook live awak. Ni salah satu sebab kenapa live facebook kawan2 banyak yang saya tak tengok. Dia punya waktu berhenti tu bukan main lama.

"kejap ye.. nak ambik barang kat luar jap.." kita ni tunggu la , tengok dinding je macam orang bodoh.

 Tunggu seminit, dua minit, 3 minit. Suami lalu kat belakang tanya kita.." awak tengok dinding je ke?" Rasa bodoh tak??

Ada yang stop kejap nak tunggu penonton lain masuk dulu. Dah ramai baru nak start katanya. Sambil tu dia betul kan tudung, cabut bulu hidung, picit blackhead.

Korang rasa kawan2 tu nak tunggu ke? Tak.. kalau korang Mira Filzah atau Remy Ishak mungkin ramai yang tunggu. Tapi sayang  korang bukan artis popular. Korang sendu je.. Hahaha.

Benda 5 minit terus jadi 30 minit. Tunggu orang nak view je dah 15 minit. Buang masa. Dah la data mobile mahal. Internet pulak siput je.

5- Video dengan kualiti yang rendah.

Macam kita tengok tv la. Nak ke kita tengok filem atau drama macam tengok DVD cetak rompak. Gambar berkabus macam kat alam bunian, gambar pun gelap je. Tak nampak jelas muka korang.

 Bukan lah kena ada jurukamera khas bagai.

Cukup la ada tripod, pencahayaan yang bagus, internet yang laju. Suara yang jelas. Jangan la buat live dengan suara anak menangis, anak berebut buku.

Tak nak la facebook live gambar goyang2 rupanya anak tolong pegang phone. Kejap2 phone terbalik . Terkejut kita tiba2 nampak lampu siling je. Rupanya phone dia sandar kat gelas je. Heheheh




6 - Tak pandang kamera dan tak jawab soalan penonton

kadang-kadang ada soalan yang penonton tanya masa Facebook live tu korang try la jawab. Jangan  pilih2 soalan pulak. Si Minah tanya umur berapa kau tak jawab tapi bila Remy tanya berat badan berapa beriya2 kau jawab 40 kg.

Buat2 tak nampak je soalan dari penonton nanti orang malas nak tengok sebab kau tak nak layan dia. Kat status facebook kita pun kalau ada orang komen , lepas tu kita tak jawab. Ada orang yang jenis kecik hati dia delete terus komen dia tau. lepas tu unfollow kita.

Ni kan pulak kat Facebook live.  Jawab laju2 pun tak pe kalau soalan banyak. Tunjuk kan lah sikit kesungguhan korang untuk jawab soalan penonton tu. baru la korang akan disayangi dan disukai. Kalau sempat sebut la nama mereka yang sedang tonton Facebook live tu. cakap terima kasih ke, tanya makan kat mana malam ni.. Ramah dan mesra la sikit.






7- Membiarkan video yang tidak berkualiti kekal di facebook

Lepas korang baca post saya ni mesti korang teringat balik ada video-video Facebook live korang yang tak bagus dan banyak kesalahan yang korang buat.

Apa yang korang perlu buat ialah delete video tersebut sebab video tu mungkin akan di tonton oleh orang lain dan pandangan mereka pada facebook live korang ialah "video live dia ni tak best" dan itu akan buat dia tak kan tonton video live korang yang lain bila korang buat facebook live lagi.

kekalkan video live korang yang bagus dan menarik sahaja di dalam carian facebook.


Kesimpulan nya  untuk buat facebook live yang bagus dan menarik korang kena la lebih kerap buat facebook live. Jangan buat sekali, gagal dan korang terus stop. Makin kerap korang buat live  makin lama korang tahu apa yang penonton korang mahu.

Bila dah biasa buat live, on camera je terus orang view.


semoga berjaya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dianarashid.com/2019/07/kesilapan-yang-selalu-dibuat-ketika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beli Macam Macam Sebab Teruja Nak Dapat Anak Itu Kesilapan Bakal Ibu Selalu Buat

Beli Macam Macam Sebab Teruja Nak Dapat Anak Itu Kesilapan Bakal Ibu Selalu Buat

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 400 hits
Sudah menjadi kemestian buat bakal ibu untuk membeli barangan bayi pada trimester kedua dan ketiga kehamilan Teruja untuk menyambut kelahiran si kecil bakal ibu dan ayah mula sibuk membuat persediaan bagi menyambut si manja Ketika membeli b...
Minggu Pagi Ketika Trump Menuangkan Minyak Ke Kobaran Api Rasial

Minggu Pagi Ketika Trump Menuangkan Minyak Ke Kobaran Api Rasial

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 159 hits
Bayangkan Presiden Amerika Serikat Donald Trump bangun di Minggu pagi lalu menatap ke seantero negeri yang dipimpinnya kemudian dia melihat isu rasisme ibarat tumpukan kayu kering dan memutuskan untuk melemparkan korek api
3 Hal Yang Tidak Boleh Dilakukan Ketika Memandikan Bayi

3 Hal Yang Tidak Boleh Dilakukan Ketika Memandikan Bayi

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 355 hits
Memandikan bayi menjadi salah satu rutinitas yang sering dilakukan oleh semua orang tua Kegiatan tersebut rutin dilakukan oleh semua orang tua dengan tujuan agar buah hati mereka memiliki tubuh yang bersih Akan tetapi ketika memandikan sang...
Lihat Detik Ngeri Permainan Taman Tema Patah Dua Ketika Berada Di Udara

Lihat Detik Ngeri Permainan Taman Tema Patah Dua Ketika Berada Di Udara

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 255 hits
Jika anda mahu menaiki permainan taman tema di luar negara anda perlu pastikan ianya benar benar selamat sebelum menaikinya atau tidak perkara seperti ini berisiko untuk berlaku Seorang individu yang berada berhampiran taman tema Kankaria A...
Foto Anak Anak Senrose Ketika Kecil

Foto Anak Anak Senrose Ketika Kecil

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 375 hits
Kongsi gambar waktu kecil kecomelan adik beradik Senrose jadi perhatian Siapa tidak mengenali adik beradik Senrose yang sering menjadi perhatian ramai kerana kecantikan dan bakat mereka dalam industri tanah air Baru baru ini menerusi Instag...
Banyak Pilihan Makanan Ketika Diet Jangan Bosan Sangat

Banyak Pilihan Makanan Ketika Diet Jangan Bosan Sangat

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 798 hits
Tak suka nasi ganti mee tak suka mee ganti bihun Tak suka ayam ganti ikan tak suka ikan amik seafood Tak suka ulam makan sayur tumis Tapi tak bolehlah claim nakkuruscepat tapi makan macam nak tambahberatbadan Makanan umum yang kita tahu spt...
Filem Suatu Ketika Lakonan Namron Dan Pekin Ibrahim

Filem Suatu Ketika Lakonan Namron Dan Pekin Ibrahim

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 511 hits
Filem yang bertajuk Suatu Ketika ini adalah filem pertama dari Kash Pictures mengisahkan tentang perjuangan pekebun sekolah dan sekumpulan budak kampung 12 tahun yang bertanding di JG Davidson Cup Tournament Filem yang penuh elemen inspiras...
Wanita Maut Selepas Terjatuh Dari Tingkat 9 Ketika Melakukan Hubungan Intim Teman Lelakinya Selamat

Wanita Maut Selepas Terjatuh Dari Tingkat 9 Ketika Melakukan Hubungan Intim Teman Lelakinya Selamat

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 460 hits
The ReporterSeorang wanita maut selepas terjatuh dari tingkat 9 bangunan flat di Rusia ketika melakukan hubungan intim namun pasangannya masih hidup selepas terjatuh di atas teman wanitanya itu Mangsa berusia 30 tahun itu ditemui mati di ti...
Ibu Enam Anak Maut Dirempuh Ketika Hantar Jualan Kuih

Ibu Enam Anak Maut Dirempuh Ketika Hantar Jualan Kuih

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 308 hits
JASIN Perjalanan seorang ibu enam anak menghantar jualan kuih muih yang dibuatnya bagi membantu pendapatan suami berakhir tragedi apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 5 Pekan Umbai Jalan Melaka Muar di sini hari ini Dalam kejadian...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip