Kesihatan Kaitan Antara Tekanan Emosi Perut Dan Usus


Sejak dua menjak ni...aku banyak mencari dan membaca artikel mengenai kesihatan. Since aku sendiri kebelakangan ini diuji dengan beberapa siri serangan batuk & sesak nafas, pada masa yang sama ayah aku juga menghidapi penyakit asthma yang boleh dikatakan agak kronik mendorong dan 'trigger' aku untuk mencari sebanyak mungkin informasi untuk kefahaman aku.

Ada satu artikel yang aku rasa menarik dan sesuai untuk disimpan di sini sebagai rujukan pada masa akan datang.



Artikel daripada Harian Metro (Isnin, 27 April 2015 @ 12:45 PM)

Pernahkah anda berhadapan situasi ini. Tiba-tiba ketua di tempat kerja meminta anda menyiapkan kertas kerja dalam tempoh yang singkat sedangkan anda perlu menyudahkan banyak perkara termasuk bertemu pelanggan di luar.

Dengan tidak semena-mena fikiran anda berkecamuk dan terasa ingin marah. Jantung berdegup kencang dan perut memulas serta-merta. Tiba-tiba saja badan seperti banyak angin dan rasa loya berpanjangan.

Mengapa ini berlaku dan kaitannya dengan tekanan? Tekanan sebenarnya mempunyai kaitan rapat dengan emosi, perut dan usus iaitu komponen saluran gastrousus. Ini kerana apabila tertekan, tekanan darah akan meningkat dan menurun.

Perubahan yang tidak menentu ini boleh menyebabkan saluran darah berfungsi secara tidak normal. Fenomena fisiologi ini turut menjejaskan kesihatan dan antara punca yang biasa ialah stres di tempat kerja. Malah ada kajian menunjukkan tekanan menjadi penyebab utama penyakit jantung dan kanser serta peningkatan kepada pelbagai masalah kesihatan terutama berkaitan perut.

Ramai tidak tahu saluran gastrousus sememangnya amat sensitif dengan emosi seseorang. Rasa marah, risau, sedih, takut dan bimbang berupaya mencetuskan tindak balas fizikal di dalam usus.

Dalam beberapa kajian terbaru, saintis mendapati keadaan emosi yang negatif boleh membawa kesan buruk kepada sistem gastrousus. Malangnya, kebanyakan emosi negatif dalam kehidupan moden di bandar berpunca daripada tekanan kerja.

Menurut Pengurus Unit Perniagaan Nuvaceuticals, Datin Swanee Teh, persai­ngan sesama rakan sepejabat, beban kerja dan waktu kerja yang panjang antara sebab seseorang itu mengalami tekanan di tempat kerja. Kira-kira 50 peratus populasi dewasa di Malaysia mengalami sekurang-kurangnya satu gangguan gastrousus manakala 16 peratus pula masalah refluks asid.

“Tekanan berlaku apabila keperluan kerja tidak sepadan kebolehan, sumber dan kehendak. Secara tidak langsung ia memberi kesan ke atas psikologi dan fisiologi manusia. Seseorang yang tertekan dengan kerja akan menunjukkan kemurungan berpanjangan.

“Situasi ini bukan saja menjejaskan prestasi kerja tetapi mendatangkan penyakit berbahaya terutama masalah perut, tekanan darah tinggi, jantung dan melemahkan sistem pertahanan badan terhadap penyakit,” katanya pada bengkel bertajuk Tekanan Kerja Membebankan Usus dan Kesan Lebih Buruk Berbanding Sebelumnya.

Bengkel yang dihadiri panel jemputan antarabangsa termasuk Pakar Perubatan Hospital Kuala Lumpur, Dr Paras Doshi, Pakar Psikologi Klinikal dan Pensyarah Universiti Sunway, Dr Pryidarshini Srinivasan dan Pakar Gastroenterologi & Pengamal Terapi Semula Jadi, Dr Vagif Soultanov membincangkan banyak perkara termasuk kaitan rapat tekanan dengan usus dan perut.

Kaitan tekanan dengan perut

Menurut Dr Soultanov, ramai tidak menyedari mereka pernah mengalami masalah gastrousus yang ditandai oleh gejala pedih hulu hati, gastritis, refluks gastroesofagus (GERD) dan sindrom usus rengsa (IBS).

“Apabila anda mengalami rasa pedih dan terbakar pada bahagian dada, masam dan pahit pada belakang tekak, merasakan asid perut naik ke atas selepas makan, perut kembung, penuh angin dan tidak selesa, simptom ini menunjukkan ia berpunca daripada masalah gastrousus.

“Simptom GERD pula apabila berlaku ketidakselesaan perut, ketidakcernaan, kembung perut, angin dan sakit pada bahagian atas perut. Selain sinus dan asma, GERD adalah salah satu punca utama batuk kronik. Jika refluks naik sehingga ke atas tekak anda, ia dipanggil penyakit Refluks Laringofarinks ( LPRD),” katanya.

Dr Pryidarshini pula menjelaskan, tekanan berlaku apabila individu gagal memberikan tindak balas sewajarnya terhadap ancaman emosi atau fizikal. Secara semula jadi tubuh seseorang bertindak untuk mempertahankan diri apabila diancam oleh persekitaran bagi membolehkannya mengekalkan keseimbangan fizikal dan psikologi.

“Tekanan sememangnya tidak dapat dielakkan, namun apa yang boleh dilakukan ialah membuat persediaan bagi melindungi tubuh dan perut daripada kesan mudarat akibat tekanan kerja,” katanya.

Antara tanda tekanan:

- Kelesuan emosi, fizikal dan mental.

- Letih sepanjang hari.

- Tidak bersemangat bekerja.

- Melihat jam berulang kali.

- Hilang tumpuan.

- Sering tidak hadir di tempat kerja.

“Tekanan bukan saja menyebabkan kelesuan, malah ia mencetuskan kerengsaan di dalam perut yang dipanggil gastritis. Gejala ini merujuk kepada keradangan lapisan perut. Jika tidak ditangani, gastritis boleh merebak menjadi ulser,” kata Dr Priyadarshini.

Bagi memberikan lebih pemahaman kepada peserta bengkel, Dr Doshi memperincikan hubungan psikosomatik antara tekanan dengan saluran gastrousus.

Tekanan akan mengaktifkan tindak balas lawan. Ia menyekat rembesan gastrousus dan mengurangkan aliran darah ke perut yang menjadi punca berlakunya ketidakcernaan pada perut. Tekanan berterusan akan menjejaskan pergerakan saluran gastrousus, mencetuskan keradangan atau meningkatkan kecenderungan terhadap jangkitan.

Sebagai contoh, mereka yang berasa loya sebelum membuat pembentangan, ditemu duga atau persembahan pasti menyedari betapa rapatnya hubungan di antara perut dengan otak. Walaupun bukan semua penyakit gastrousus dikaitkan dengan mainan minda, simptom ini sememangnya boleh wujud apabila elemen psikologi digabungkan bersama faktor fizikal.

“Semua orang tahu otak mempunyai hubungan langsung dengan perut. Ketika makanan dihadamkan, otak dan saluran pencernaan sepanjang 30 kaki ini terus ‘berdialog’ antara satu sama lain. Komunikasi dua hala ini menjelaskan mengapa anda mula berhenti makan apabila kenyang.

“Ini kerana saraf di dalam perut memberitahu otak bahawa perut sudah penuh. Itulah juga sebabnya mengapa perasaan risau untuk menghadiri janji temu doktor pada waktu tengah hari boleh membantutkan selera ketika sarapan,” katanya.

Sistem bersepadu otak-perut

Terang Dr Soultanov pula, hubungan antara otak dengan perut sangat rapat sehinggakan ia seharusnya dilihat sebagai satu sistem bersepadu dan bukannya dua sistem berasingan.

Apabila masalah perut berlaku tanpa diiringi sebarang jangkitan atau sebab fizikal yang ketara, cubaan untuk menyembuhkan­nya tanpa menimbangkan impak tekanan dan emosi adalah umpama cuba meningkatkan prestasi kerja kaki tangan tanpa mengambil kira persekitaran kerja atau perangai pegawai atasan.

Sambil menghuraikan mengenai kesan tekanan terhadap perut dan bagaimana jika dibiarkan tanpa rawatan, jelas Dr Soultanov, penyakit gastrousus berpotensi menjadi kanser.

Menurut kajian, kira-kira 90 peratus kes gastritis dan ulser kronik berlaku disebab­kan jangkitan Helicobacter pylori (H.pylori). Kewujudan bakteria perut meningkatkan risiko kanser perut sebanyak enam kali ganda. Kekerapan jangkitan H.pylori adalah tinggi dan membabitkan sekurang-kurangnya separuh daripada populasi dunia.

Walau apa pun yang diperkatakan mengenai stres, masalah ini tidak seharusnya dipandang remeh dan perlu diatasi segera terutamanya dalam dunia yang semakin mencabar.

Penyelidikan untuk melihat punca tekanan yang di­alami operator pengeluaran di syarikat multinasional di Melaka menunjukkan ramai kini hidup dalam keadaan yang penuh dengan stres kerana perubahan teknologi, sosial dan ketidaksinambungan dalam sektor pekerjaan.

Trend terkini di tempat kerja yang beralih kepada ekonomi perkhidmatan dan teknologi maklumat serta perkembangan drastik dalam peningkatan penggunaan komputer dan pemprosesan data mencetuskan tekanan yang berlebihan dalam organisasi.

Ini ditambah pula dengan masa bekerja semakin panjang dan majikan yang mengabaikan aspek keselamatan serta kesihatan pekerjaan.

Justeru, sewajarnya seseorang itu mengamalkan teknik pengurusan tekanan yang berkesan. Antaranya sentiasa tersenyum apabila bertemu semua orang dan bertenang dalam semua ke­adaan.

“Rileks adalah satu teknik yang memberi latihan pada tubuh untuk berada dalam keadaan tenang. Apabila ini berlaku, keadaan organ terutama perut berada dalam keadaan biasa tanpa pengaliran darah yang deras serta degupan jantung yang kuat,” kata Dr Priyadarshini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://southpawska.blogspot.com/2019/11/kesihatan-kaitan-antara-tekanan-emosi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sampai Keras Dalam Perut Didakwa Kerap Minum Bubble Tea Usus Pemuda Tersumbat

Sampai Keras Dalam Perut Didakwa Kerap Minum Bubble Tea Usus Pemuda Tersumbat

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 570 hits
Phu Tho Vietnam Akibat selalu meminum teh boba seorang lelaki terpaksa dimasukkan ke hospital akibat usus tersumbat Menurut jurucakap hospital awam wilayah Phu Tho pesakit lelaki Tran Nhat L 20 mengalami sakit abdomen dan muntah muntah sebe...
Menteri Pariwisata Wishnutama Emosi Dengan Birokrasi Berbelit

Menteri Pariwisata Wishnutama Emosi Dengan Birokrasi Berbelit

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 172 hits
Dari kemarin saya agak emosi dengan birokrasi jadi semua tuh kaya gitulah ngerti kan ya ujar Wishnutama
Gara Gara Ussy Sulistiawaty Unggah Foto Ini Emosi Andhika Pratama Pecah

Gara Gara Ussy Sulistiawaty Unggah Foto Ini Emosi Andhika Pratama Pecah

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 147 hits
Ussy Sulistiawaty mengunggah sebuah foto diri di instagramnya Dalam kolom komentar Andhika Pratama meluapkan emosinya Ada apa dengan pasangan suami istri ini
Aku Ceraikan Bini Aku Dengan Talak 3 Isteri Kerap Minta Cerai Ketika Bergaduh Akhirnya Suami Terlafaz Kerana Emosi

Aku Ceraikan Bini Aku Dengan Talak 3 Isteri Kerap Minta Cerai Ketika Bergaduh Akhirnya Suami Terlafaz Kerana Emosi

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 374 hits
Salam min Aku ceraikan bini aku dengan talak tiga Ya talak tiga Aku tak tahu nak mulakan cerita macam mana Aku bagi semua yang terbaik makan pakai zahir batin Aku bekerja dia suri rumah dan anak tiga orang Di hujung bulan bawa keluar berbel...
Jokowi Airlangga Dan Sri Mulyani Tahu Apa Yang Dikerjakan Hadapi Tekanan Global

Jokowi Airlangga Dan Sri Mulyani Tahu Apa Yang Dikerjakan Hadapi Tekanan Global

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 155 hits
Presiden Jokowi percaya para menteri kabinet Indonesia Maju mampu menangkal dampak ketidakpastian ekonomi dunia Presiden Jokowi memastikan dalam menghalau dampak gejolak ekonomi akan mengedepankan kerjasama tim Airlangga Hartarto dan Sri Mu...
Hendak Kurus Hendak Turunkan Tekanan Darah Tinggi Minum 2 Gelas Jus Tembikai Setiap Hari

Hendak Kurus Hendak Turunkan Tekanan Darah Tinggi Minum 2 Gelas Jus Tembikai Setiap Hari

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 2617 hits
Bismillah Sekurang kurangnya minum jus tembikai ada kajian sains yang boleh disandarkan rasa pun lazat dan harga agak murah dan yang terbaik sekali tidak ada kesan sampingan Cuba buat perbandingan dengan apa yang produk komersial mampu beri...
Anak Selalu Sepak Pukul Orang Yang Dia Tak Kenal Bukan Rude Tapi Dia Belum Dapat Kawal Emosi

Anak Selalu Sepak Pukul Orang Yang Dia Tak Kenal Bukan Rude Tapi Dia Belum Dapat Kawal Emosi

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 338 hits
Anak saya bulan depan 2 tahun Sekarang memang nampak protes kalau dia nakkan sesuatu dan saya nak tahu apa perlu saya buat sebab anak saya selalu sepak dan pukul orang yang dia tak familiar Yelah orang nampak dia rude Tapi bagi saya dia pro...
Mak Ayah Kena Jaga Emosi Anak Walau Masih Kecil Mereka Boleh Simpan Serap Memori Negatif

Mak Ayah Kena Jaga Emosi Anak Walau Masih Kecil Mereka Boleh Simpan Serap Memori Negatif

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 402 hits
Orang kata anak anak itu cerminan ibu bapa Dalam menjadi seorang ibu dan ayah yang baik pastinya kita perlu berikan contoh yang baik baik untuk anak anak kita terutamanya yang sedang membesar Menurut Dr Taufiq Razif umur 0 hingga satu tahun...
Iko Uwais Pamer Perut Sixpack Komentar Pevita Pearce Jadi Sorotan

Iko Uwais Pamer Perut Sixpack Komentar Pevita Pearce Jadi Sorotan

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 1081 hits
Di tengah kesibukannya dengan jadwal syuting tak membuat Iko Uwais lupa berolahraga Dia tetap menjaga kebugaran tubuhnya dengan berolahraga Iko Uwais menjadi perhatian di dunia maya setelah memamerkan perut sixpack nya Foto ini pun langsung...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat