Kesian Isteri Barisan Hadapan Minta Cerai Kerana Suami Sibuk Sangat


 



October 17, 2021IKATAN perkahwinan yang terjalin selama hampir sedekad antara Amir dan Diana (bukan nama sebenar) akhirnya bertemu noktahnya.
Perceraian tersebut berlaku ekoran rasa tidak puas hati Diana terhadap Amir yang dianggap terlalu komited dengan pekerjaan.
Sepanjang perkongsian hidup, pasangan yang menetap di Lembah Klang itu tidak dikurniakan zuriat.
Amir merupakan pemilik merangkap pemandu sebuah syarikat penyedia perkhidmatan ambulans di ibu kota, manakala Diana pula berkhidmat dalam sektor kerajaan.
Sebagai pemilik syarikat itu dan pemandu ambulans, tugas harian Amir sangat padat.
Dia bukan sahaja perlu menguruskan urusan di pejabat, malah membantu orang yang berada dalam kesusahan.
Ada ketikanya, Amir pulang ke rumah pada tengah malam dan terpaksa keluar semula awal pagi sekiranya terdapat permintaan daripada pelanggan.
“Kerja seperti saya ini tidak tentu masa. Saya perlu uruskan hal di pejabat serta memandu ambulans sekiranya terlalu banyak permintaan.
“Hendak harapkan pekerja, mereka pun tidak menang tangan. Tidak sangka pula, kesibukan saya itu membawa kepada perceraian kami,” ujar Amir sewaktu ditemu bual baru-baru ini.
Imbas pemuda berasal dari Ampang, Selangor itu, pergolakan dalam rumah tangganya bermula apabila pandemik Covid-19 melanda negara.
Dia memaklumkan, sepanjang tahun lalu, permintaan terhadap perkhidmatan ambulans meningkat secara mendadak terutamanya daripada mereka yang disahkan positif Covid-19.
“Selama saya hidup dengan Diana, kami berdua bahagia dan saling memahami tugas masing-masing. Disebabkan Covid-19 melanda negara, kerja saya sebagai seorang yang boleh dianggap frontliners atau petugas barisan hadapan kian bertambah dan hampir tiada masa di rumah.
“Permintaan terhadap ambulans meningkat begitu mendadak. Kami terima banyak permintaan untuk menghantar pesakit Covid-19 ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” jelasnya.
Ekoran itu, Diana sering berkecil hati dengan Amir yang terlalu komited dengan kerja sehingga membiarkan dirinya tinggal keseorangan di rumah.
Apabila pulang ke rumah, Diana kerap mempersoalkan tugas Amir sehingga membawa kepada pertengkaran.
“Diana seperti tidak faham kerja saya. Dia mahu saya duduk di rumah pada hujung minggu dan menghabiskan masa bersamanya. Malangnya, kerja macam saya ini tidak menentu. Ditambah pula, penularan kes Covid-19 agak serius ketika itu dan ramai memerlukan perkhidmatan ambulans,” tegasnya.
Pertengkaran antara mereka sampai ke kemuncaknya selepas Amir tidak pulang ke rumah selama tiga hari disebabkan tugas.
Selain itu, Amir turut bimbang virus maut itu menjangkiti isterinya kerana pekerjaannya berisiko untuk dijangkiti.
Situasi tersebut membuatkan Diana yang tidak mampu lagi bersabar naik angin serta meminta supaya Amir segera melepaskannya kerana tidak tahan lagi dengan keadaan itu.
“Saya ini seorang yang banyak bersabar dan bertolak ansur. Saya bukan tidak mahu pulang ke rumah ketika itu, tetapi saya bimbang dijangkiti virus dan membawanya ke rumah.
“Justeru, saya pilih untuk tinggal di tempat kerja sementara menunggu keputusan ujian calitan Covid-19. Tetapi, dia anggap saya sengaja berbuat demikian,” tegasnya.
Selepas kerap diasak oleh Diana serta keadaan emosinya yang terganggu, akhirnya Amir memilih untuk menceraikan isterinya menerusi panggilan telefon.
Jelas Amir, sewaktu dia memberi penerangan mengenai situasinya, Diana seperti tidak boleh menerima alasan diberikan sehingga membuatkan Amir akhirnya hilang pertimbangan.
Amir telah menceraikan Diana dengan talak satu menerusi panggilan telefon itu sebelum membuat pengesahan di mahkamah syariah dua minggu kemudian.
“Sewaktu perbicaraan di mahkamah syariah, hakim menasihati mereka bahawa dalam perkahwinan perlu ada tolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain.
“Saya tidak menyalahkan Diana 100 peratus terhadap perceraian ini. Saya juga sedar kekurangan diri ini,” tegasnya.
Ketika ini, Amir kekal menduda dan belum memikirkan untuk mencari pengganti kerana bimbang bakal isteri tidak memahami bebanan kerjanya yang masih tinggi kala ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/kesian-isteri-barisan-hadapan-minta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Isteri Tidak Boleh Berkira Sangat Perlu Kongsi Beban Bersama

Suami Isteri Tidak Boleh Berkira Sangat Perlu Kongsi Beban Bersama

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 273 hits
Suami Isteri Tidak Boleh Berkira Sangat Perlu Kongsi Beban Bersama ALAM perkahwinan biasa dengarkan susah sama senang bersama Cuma adakah kata kata ini masih relevan atau tidak untuk pasangan suami isteri muda zaman sekarang ini lebih lebih...
Buatlah Tabung Rumah Tangga Andai Kata Suami Pergi Dulu Isteri Anak Tak Susah

Buatlah Tabung Rumah Tangga Andai Kata Suami Pergi Dulu Isteri Anak Tak Susah

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 272 hits
Ajal rezeki jodoh semuanya sudah ditetapkan oleh Allah Cuma bila dan bagaimana ia berlaku semuanya rahsia Bagaimanapun menyentuh bab kematian pasangan suami isteri akan fikir jauh jika salah seorang pergi dulu bagaimanakah nasib diri dan an...
Hubungan Suami Isteri Perlu Kekal Kestabilan Emosi

Hubungan Suami Isteri Perlu Kekal Kestabilan Emosi

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 279 hits
Hubungan suami isteri perlu kekal kestabilan emosi DALAM menghadapi cabaran dalam alam rumahtangga ketika penularan wabak Covid 19 ini pasangan suami isteri diminta mewujudkan suasana toleransi dalam usaha mengekalkan kestabilan emosi masin...
Enggan Cuci Akuarium Isteri Goreng Ikan Arowana Milik Suami

Enggan Cuci Akuarium Isteri Goreng Ikan Arowana Milik Suami

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 177 hits
JAKARTA Tindakan seorang suami yang enggan mencuci akuarium berisi ikan arowana peliharaannya berakhir pad4h apabila si isteri kemudian menggoreng ikan ikan tersebut lapor laman Suara com Menurut satu hantaran di akaun TikTok milik miakurni...
Suami Tak Marah Nak Tambah Emas Siap Bagi Galakkan Baru Semangat Isteri Nak Kumpul Aset

Suami Tak Marah Nak Tambah Emas Siap Bagi Galakkan Baru Semangat Isteri Nak Kumpul Aset

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 252 hits
Memang tak rugi kita sebagai wanita mengumpul dan memiliki emas sendiri Bukan hanya untuk kepuasan bahkan ia aset paling berguna dan pantas ditukarkan kepada wang disaat berlaku kecemasan Paling seronok dan tambah semangat bila mana suami t...
Tiada Sijil Lahir Gara Gara Nama Anak Terlalu Panjang Suami Isteri Tulis Surat Terbuka Kepada Presiden Jokowi

Tiada Sijil Lahir Gara Gara Nama Anak Terlalu Panjang Suami Isteri Tulis Surat Terbuka Kepada Presiden Jokowi

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 515 hits
GARA GARA mempunyai nama yang cukup panjang dengan terdiri daripada 19 perkataan ibu bapa kepada kanak kanak lelaki ini menghadapi kesvkaran untuk memperoleh sijil kelahiran anak mereka Suami isteri Arif Akbar dan Suci Nur Aiysiah menamakan...
Suami Syok Try Baju Nikah Isteri Pertama Anak Datang Butik Pengantin Buat Kejutan Hari Jadi Sedih Tengok Budak Tu

Suami Syok Try Baju Nikah Isteri Pertama Anak Datang Butik Pengantin Buat Kejutan Hari Jadi Sedih Tengok Budak Tu

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 324 hits
Baru baru ini viral satu video di media sosial memaparkan seorang wanita membuat kejutan dengan memberikan sebiji kek sempena ulang tahun kelahiran suaminya Tetapi apa yang menarik perhatian ramai apabila kejutan tersebut dilakukan ketika s...
Bahasa Dan Gurau Kasar Suami Isteri

Bahasa Dan Gurau Kasar Suami Isteri

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 263 hits
BAHASA DAN GURAU KASAR SUAMI ISTERI Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt Suami imam dalam rumahtangga Ketua keluarga Sebolehnya buat yang terbaik semampunya Untuk isteri dan anak anak yang sedia ada da...
Isteri Pertama Buat Surprise Dekat Butik Selepas Tengok Suami Syok Cuba Baju Nikah Dengan Bakal Bini Baru

Isteri Pertama Buat Surprise Dekat Butik Selepas Tengok Suami Syok Cuba Baju Nikah Dengan Bakal Bini Baru

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 337 hits
Baru baru ini viral satu video di media sosial memaparkan seorang wanita membuat kejutan dengan memberikan sebiji kek sempena ulang tahun kelahiran suaminya
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi