Keselamatan Kedaulatan Negeri Sabah Tak Boleh Dirunding Bung Moktar


Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa isu keselamatan dan kedaulatan negeri Sabah tidak boleh dirunding dengan mana-mana pihak.
Katanya, Sabah adalah negeri yang merdeka di bawah Malaysia dan tidak boleh dituntut oleh sesiapa.
“Satu lagi perkara yang Warisan buat iaitu mengelirukan rakyat dengan meminta kerajaan Persekutuan untuk berunding dengan kerajaan Filipina sebab kerajaan Filipina sedang menuntut Sabah dan meletakkan peta Negeri Sabah ke dalam pasport kewarganegaraan Filipina.
“Shafie (Apdal) ini mesra Filipina… saya tidak tahu kenapa dia begini…. mana boleh berunding soal keselamatan, soal kedaulatan negara. Negeri Sabah ini tidak boleh dirunding… sebab itu saya bantah dan kita memberi jaminan dalam Aku Janji bahawa kerajaan baharu ini tidak akan mengiktiraf mana-mana pihak untuk menuntut Negeri Sabah.
“Kita tidak akan biarkan satu inci bumi Sabah pun dimiliki oleh negara luar dan kita tidak akan meminta kerajaan berunding dengan Filipina. Tidak ada runding-runding… ini negeri kita yang merdeka di bawah Malaysia,” ujarnya yang juga Pengerusi UMNO Sabah.
Sebab itulah katanya, kerajaan Persekutuan mewujudkan satu pusat keselamatan dengan harga RM590 juta bagi memastikan keselamatan di Lahad Datu dan pantai timur Tawau terjamin.
“Kita tidak mahu peristiwa Tandao berlaku lagi. Ini komitmen kerajaan Persekutuan untuk memastikan keselamatan sebab keselamatan adalah penting dan perkara utama.”
Jelasnya, kerajaan tidak akan stabil dan ekonomi juga tidak akan stabil selain keharmonian juga akan tercalar jika keselamatan tidak terjamin.
“Jadi kita bersyukur sebab kerajaan Persekutuan masih tetap melindungi rakyat Malaysia yang berada di Sabah biarpun kerajaan Warisan sebelum ini memencilkan diri dari Kerajaan Persekutuan,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam ceramah dan majlis perjumpaan bersama jentera dan calon-calon BN iaitu calon DUN Balung, Hamild @ Hamid Awang; calon DUN Tanjung Batu, Andi Muhammad Suryadi Bandi dan calon DUN Kukusan, Chaya Sulaiman yang berlangsung di Pusat Operasi BN Tawau, malam tadi.
Turut hadir bersama dalam program tersebut ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin; Ketua UMNO Bahagian Tawau, Ghazali Ansing serta barisan kepimpinan Bahagian Tawau dan Kalabakan di samping jentera-jentera parti di kawasan terbabit.
Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan turut bertanding di DUN baharu iaitu Lamag dengan berentap dalam lima penjuru.
Beliau ditentang oleh Ismail Haji Ayob dari Parti Warisan Sabah (WARISAN), Razman Magah (Parti Cinta Sabah), Junny @ Keruak Abdullah (Bebas) dan Mohd Al Ruzaini @ Sairin Abdul Rahman (Parti Perpaduan Rakyat Sabah).
Dalam PRN Sabah ke-16 ini, sebanyak 74 kerusi DUN dipertandingkan selepas DUN Sabah dibubarkan, 30 Julai lalu. – UMNO Online
The post Keselamatan, Kedaulatan Negeri Sabah Tak Boleh Dirunding – Bung Moktar appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/21/keselamatan-kedaulatan-negeri-sabah-tak-boleh-dirunding-bung-moktar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yang Dipertua Negeri Sabah Minta Tempoh Tentukan Ketua Menteri Bung Moktar

Yang Dipertua Negeri Sabah Minta Tempoh Tentukan Ketua Menteri Bung Moktar

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 515 hits
1 294 total views 1 294 views today KOTA KINABALU Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin meminta tempoh bagi menentukan siapa Ketua Menteri Sabah yang baharu kata Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin Secepa...
Bung Moktar And Hajiji Enter Istana Negeri To Meet Sabah Governor

Bung Moktar And Hajiji Enter Istana Negeri To Meet Sabah Governor

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 424 hits
Gabungan Rakyat Sabah leaders have left the Magellan Sutera Resort after more than two hours of negotiations and are due for an audience before the Tuan Yang Di Pertua Sabah Barisan Nasional chief Datuk Seri Bung Moktar Radin arrived at Ist...
Kedaulatan Sabah Tidak Boleh Dirundingkan Najib

Kedaulatan Sabah Tidak Boleh Dirundingkan Najib

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 337 hits
KOTA KINABALU Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan Ketua Menteri Sabah ketika ini yang meminta kerajaan memulakan rundingan dengan kerajaan Filipina berhubung kedaulatan negeri...
Tyt Sabah Akan Tentukan Bung Moktar Atau Hajiji Ketua Menteri

Tyt Sabah Akan Tentukan Bung Moktar Atau Hajiji Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 588 hits
Kow Gah Chie Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin berkata bakal ketua menteri Sabah yang baru akan diketahui selepas pengumuman Tuan Yang di Pertua Negeri Juhar Mahiruddin Ini selepas BN dan PN dikatakan gagal mencapai kata sepakat mengenai...
Prn Sabah Bung Moktar Bakal Menjadi Ketua Menteri Sabah

Prn Sabah Bung Moktar Bakal Menjadi Ketua Menteri Sabah

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 693 hits
PRN SABAH BUNG MOKTAR MUNGKIN MENJADI KETUA MENTERIGabungan Rakyat Sabah 3 BEBAS akan menubuhkan kerajaan di Sabah Kemasukan 3 ADUN Bebas ke dalam Gabungan Rakyat Sabah menjadikan Gabungan mempunyai 41 kerusi DUN berbanding WARISAN PLUS han...
Report Bung Moktar Says Musa Aman Not On Bn S Candidate List For Sabah Polls

Report Bung Moktar Says Musa Aman Not On Bn S Candidate List For Sabah Polls

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 462 hits
Datuk Seri Bung Moktar Radin said former Sabah chief minister Tan Sri Musa Aman is not listed among its contesting candidates in the state election Borneo Post Online picKUALA LUMPUR Sept 9 Dropping a bombshell a day before the announcement...
Sabah Governor Asks For Time To Decide Between Bung Moktar And Hajiji For Cm S Post

Sabah Governor Asks For Time To Decide Between Bung Moktar And Hajiji For Cm S Post

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 410 hits
Sabah Umno chief Datuk Seri Bung Moktar Radin speaks to reporters after an audience with the Yang di Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin at Istana Negeri Kota Kinabalu September 27 2020 Sabah Barisan Nasional chief Datuk Seri Bung Moktar Rad...
Hanya Bn Boleh Pertahan Kedaulatan Sabah Kata Najib

Hanya Bn Boleh Pertahan Kedaulatan Sabah Kata Najib

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 310 hits
KOTA KINABALU Bekas perdana menteri Najib Razak berkata hanya Barisan Nasional boleh selamatkan Sabah dan mempertahankan kedaulatannya Merujuk kepada tuntutan Filipina ke atas negeri itu Najib membidas ketua menteri sementara Shafie Apdal k...
Who Wins Most Seats Becomes Sabah S Cm Says Bung Moktar

Who Wins Most Seats Becomes Sabah S Cm Says Bung Moktar

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 375 hits
After Perikatan Nasional named its choice for the Sabah chief minister earlier this week Datuk Bung Moktar Radin has said the choice lies with the state Barisan Nasional but added that they will focus on winning the elections first Bung who...
Dewi Perssik Cinta Merah Jambu Chord

Motosikal Jadi Kapal Selam Redah Banjir

1mdb Najib Razak Tak Bersalah

Monday Morning In Tanah Rata Cameron Highland

Mancing Bukan Sekadar Dapat Ikan

Carian Popular Motosikal 2025

Umno Must Come First Says Mohamad Hasan Amid Talk Of Internal Sabotage

How Thoughtful Labeling Can Promote Responsibility In Young Children


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dhabitah Sabri Keguguran Impian Timang Anak Ditangguhkan

2 Resipi Daging Korban Memang Best Dicuba Simple Dan Sedap

Mendaki Bukit Keluang Di Besut

Kekurangan Jururawat Menteri Kkm Dedah Jawatan Ada Tapi Tiada Yang Mahu

Mayat Wanita Ditemui Lebih 200 Km Dari Lokasi Dilaporkan Hilang

Miqat Haji