Kesan Bahaya Hutang Melebihi Kemampuan


Apakah kesan bahaya hutang melebihi kemampuan kita? 
Hutang keliling pinggang nak tidur malam pun tak senang.  Apakah kesan bahaya hutang pada kehidupan anda sebenarnya?
Hutang bukan lagi satu fenomena asing buat masyarakat kita. Kita sering didedahkan dengan kesan bahaya hutang melebihi kemampuan namun nafsu untuk memiliki sesuatu melebihi kewarasan akal dalam membuat keputusan yang berhemah.

Mampu atau tidak itu semua tidak penting, yang pasti kereta dan gadjet idaman dimiliki walaupun perlu berhutang.
Kali ini Pakar wang ingin berkongsi dan mendalami lebih lagi dengan anda tentang 5 kesan utama bahaya hutang melebihi kemampuan anda.
BERHUTANG UNTUK MEWAH? Tidak dapat dinafikan lagi, hutang merupakan salah satu solusi untuk masalah kewangan samada ianya kehendak ataupun keperluan.
Namun,
keterlaluan dalam berhutang mampu membawa kesan yang buruk kepada diri anda sebagai pengguna. Ukur baju dibadan sendiri, jangan kerana heboh tengok orang lain pakai iPhone X, kita pun sanggup berhutang sana-sini semata-mata nak nampak ‘in trend’ dan mewah.
Belajar menghargai apa yang kita ada daripada gelap mata melihat orang lain yang semuanya serba ada. Jangan nanti menyesal tak sudah, hutang menggunung, hidup pun jadi murung.
Dimana erti kemewahan yang dikejarkan?

5 KESAN BAHAYA HUTANG MELEBIHI KEMAMPUAN Berikut merupakan 5 kesan utama dalam bahaya berhutang:
KESAN 1: TEKANAN PERASAAN DAN MASALAH KESIHATAN Berhutang melebihi kemampuan akan meletakkan seseorang individu itu di dalam keadaan yang sentiasa runsing. Mana tidaknya, hutang yang ada melebihi pendapatan yang dimiliki. Ini boleh membawa kepada punca tekanan perasaan dan masalah kesihatan.
Masalah seperti ini tidak boleh dipandand enteng kerana ada yang sanggup mengambil jalan singkat seperti membunuh diri bagi mengelakkan perlunya membayar hutang.
Tekanan perasaan dan masalah kesihatan boleh menjejaskan prestasi anda ditempat kerja. Ini boleh menyebabkan anda kehilangan perkerjaan dan membawa kepada masalah yang lebih besar.
Sudah jatuh lagi ditimpa tangga.
Tiada punca pendapatan, macam mana hutang-hutang nak dilangsaikan?
Semakin tinggi bebanan hutang anda, semakin tinggi kemungkinan untuk anda mengalami tekanan dan kemurungan.
Biar hidup bersederhana, bukannya hidup merana.
KESAN 2: KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN Kedudukan ekonomi yang kukuh merupakan salah satu tonggak utama teguhnya institusi kekeluargaan. Jika sesebuah kekeluarga itu mengalami masalah ekonomi sudah pasti ia akan mempengaruhi keharmonian rumah tangga.
Perbelanjaan rumah, perbelanjaan anak-anak, pembayaran aset-aset seperti rumah dan kereta akan terganggu dek kerana hutang yang menimbun. Suami dan isteri akan sentiasa bertengkar mencari jalan kepada masalah yang tiada kesudahannya.
Akhirnya penceraian menjadi penyelesaian namun hutang masih menghantui.
Intitusi kekeluargaan tergadai, anak-anak menjadi mangsa keadaan.
Sebagai pengguna yang bijak, apabila sudah berkeluarga, tanggungjawab anda semakin berat apatah lagi apabila ia melibatkan urusan hutang. Rancang kewangan anda dengan baik dan berbincang dengan pasangan sebelum membuat apa-apa keputusan.
KESAN 3: MEMUPUK SIKAP BOROS BERBELANJA Anda mempunyai pendapatan yang kecil tetapi hidup gaya seperti mereka yang berpendapatan besar. Semuanya kalau boleh nak mewah dan ada ‘class’.
Apabila pendapatan yang sedia ada tidak mampu menampung gaya hidup anda, anda pun mula berhutang. Boros berbelanja tanpa memikirkan kesan jangka panjang.
‘Tak ada class lah pakai Myvi je, member semua pakai Honda.’
Sibuk tiru gaya hidup orang lain kita berbelanja secara boros asalkan dapat apa yang diinginkan. Bila tiba masa nak bayar hutang, tepuk dahi melutut ke bumi pun tak mampu nak bayar. Pendapatan bulanan semua habis pada hutang.
Haaa, macam mana nak survive perbelanjaan untuk yang lain?
Golongan muda khususnya mudah terperangkap dengan situasi seperti ini. Sedangkan pada usia muda inilah golongan muda ini sudah mempunyai pengetahuan untuk merancang kewangan dengan baik. Jangan amalkan hidup biar papa asal bergaya.
KESAN 4: PENINGKATAN AKTIVITI JENAYAH Mereka yang hidup menimbun dengan hutang selalunya memilih jalan mudah untuk mendapatkan duit dengan cepat dengan cara meminjam daripada ‘along’.
Kita sedia maklum akan bahaya menbuat pinjaman dengan mereka kerana faedah pinjaman yang tinggi dan sikap mereka yang agresif dalam mengutip hutang.
Kes-kes pukul, kes-kes ancaman, malah kes bunuh tidak asing lagi dengan sindiket pinjaman along  ini. Jenayah-jenayah seperti ini bukan sahaja mengganggu kehidupan individu yang berhutang malah kehidupan masyarakat setempat.
Mereka yang terdesak dengan hutang juga kadang kala sanggup mencuri dan sebagainya demi untuk membayar hutang yang menggunung.
Sudahlah berhutang, melakukan jenayah pula. Kenapa nak hidup mewah kalau akhirnya duduk penjara?
KESAN 5: MUFLIS Sekiranya anda berhutang dengan pihak bank dan anda tidak mampu untuk membayar hutang-hutang tersebut anda akan diisytiharkan sebagai muflis. Nama anda akan disenarai hitamkan dan aset-aset anda akan dirampas atau disita oleh pihak bank.
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Perbelanjaan menggunakan kredit kad contohnya mampu memerangkap pengguna untuk berbelanja tak ingat dunia. Hutang yang menimbun tak nampak, tahu-tahu saja surat diterima hutang panjang berjela.
Kepuasan untuk jangka masa pendek, memberi kesan untuk kehidupan anda dia masa hadapan. Belajar kawal perbelanjaan dan berbelanja dengan berhemah.

Ikut hati mati, ikut rasa binasa.
Serapkan dalam diri anda kesan-kesan bahaya hutang melebihi kemampuan.
Pupuk diri menjadi manusia yang sentiasa bersyukur dan berfikir dahulu sebelum melakukan apa-apa perbelanjaan. Jangan diikutkan nafsu yang tak akan pernah puas dengan kemewahan dunia.
 
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://terviral.xyz/kesan-bahaya-hutang-melebihi-kemampuan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahaya Beli Mainan Made In China Toksin Beri Kesan Buruk Pada Otak Anak

Bahaya Beli Mainan Made In China Toksin Beri Kesan Buruk Pada Otak Anak

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 458 hits
Mengapa perlu rangsang otak bayi awal Otak adalah seperti rangkaian dan talian telefon dengan ibusawatnya dan cabang cabang semua sekali Berbagai rangsangan dan pengalaman akan disalurkan sebagai maklumat letrik Maklumat maklumat ini akan d...
Bahaya Dan Kesan Buruk Penggunaan Gajet Kepada Tumbesaran Anak

Bahaya Dan Kesan Buruk Penggunaan Gajet Kepada Tumbesaran Anak

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 1005 hits
Penggunaan alatan gajet terhadap anak anak menjadi satu trend pada masa kini Bukan hanya anak anak diberikan alatan gajet malah bayi seusia 0 hingga 2 tahun turut didedahkan dengan pengunaan gajet Sebuah laman rasmi sosial digelar telah ber...
Nak Tambah Hutang Negara Lagi Lerr Tu

Nak Tambah Hutang Negara Lagi Lerr Tu

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 273 hits
Semalam Guan Eng mesyuarat dengan Gabenor Japan Bank for International Cooperation JBIC merupakan bank kerajaan Jepun yang menjamin Bon Samurai yang dipinjam oleh Kerajaan Malaysia PM ke 7 baru baru mengesahkan bahawa kerajaan PH akan memin...
Hutang Biaya Pesta Nikah 1 6 M Harus Dilunasi Pengantin Wanita Mempelai Pria Kabur Saat Resepsi

Hutang Biaya Pesta Nikah 1 6 M Harus Dilunasi Pengantin Wanita Mempelai Pria Kabur Saat Resepsi

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 296 hits
Mendadak seorang mempelai pria kabur saat resepsi pernikahan berlangsung Bahkan mempelai pria kabur di resepsi pernikahan lantaran meninggalkan utang biaya pernikahan Rp 1 6 miliar Akibat utang biaya pernikahan terpaksa dan mau tidak mau pe...
Hutang Negara Yang Bertambah Boleh Beri Impak Positif Kata Guan Eng

Hutang Negara Yang Bertambah Boleh Beri Impak Positif Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 324 hits
Guan Eng kata hutang negara yang bertambah dengan cepat boleh memberi impak positif dan negatif bergantung bagaimana ia dilihat Dia kata hutang bertambah tidak boleh dielakkan kerana ia perlu untuk pembangunan negara dan itulah sebab defisi...
Pembangunan Dan Pengurusan Hutang Perlu Seimbang Kata Menteri

Pembangunan Dan Pengurusan Hutang Perlu Seimbang Kata Menteri

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 190 hits
Pembangunan dan pengurusan hutang perlu seimbang kata menteri Dikemas kini 29 minit yang lalu Diterbitkan pada 1 Oct 2019 12
Direksi Mundur Dan Punya Banyak Hutang Sriwijaya Air Diminta Untuk Berhenti Terbang

Direksi Mundur Dan Punya Banyak Hutang Sriwijaya Air Diminta Untuk Berhenti Terbang

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 219 hits
Maskapai yang tahun lalu punya promo terbang sepuasnya ini sudah memasuki masa masa senja Sayang banget sih kalau harus gulung tikar
Penjualan Aset Khazanah Kurangkan Hutang Jana Pulangan Lebih Besar

Penjualan Aset Khazanah Kurangkan Hutang Jana Pulangan Lebih Besar

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 322 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
1mdb Ada Hutang Rm30 Bilion Ditanggung Mof Kerajaan Kata Saksi

1mdb Ada Hutang Rm30 Bilion Ditanggung Mof Kerajaan Kata Saksi

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 261 hits
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa 1Malaysia Development Berhad berada dalam keadaan berhutang berjumlah RM30 bilion yang ditanggung oleh Kementerian Kewangan dan Kerajaan Persekutuan Shahrol Azral Ibrahim Halmi 49 yang berkhidmat s...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba