Kesabaran Dalam Penulisan Blog
Bukan mudah mencari idea menulis blog
Setelah 2 tahun 8 bulan menulis blog, saya sendiri masih tercari-cari imej dan apa sebenarnya ingin di sampaikan
Memiliki 3 buah blog peribadi, tentu sekali bukan mudah untuk saya memastikan setiap blog memaparkan apa yang sesuai dengan imej dan niat blog itu di bina
Melihat blog ke 2 ini yang baru bertatih , tidak seperti blog pertama WALK IN MY STILETTOS yang berusia lebih 2 tahun dan mempunyai peminat sendiri serta berada di pages pertama setiap carian google , blog ke2 ini saya masih perlu berusaha keras untuk memastikan ia turut berada di setiap pages pertama carian google
Jika blog pertama saya hanya menulis ikut suka, dan jarang mengemaskini blog pada tahun-tahun pertama dan kedua , bermula SEPTEMBER 2015 , saya makin kerap mengemaskini blog
Perkara yang membakar semangat saya menulis ialah kerana saya memiliki AKAUN ADSENSE
Jika anda lihat pada jumlah artikel yang di tulis oleh saya di blog pertama, pada tahun pertama penulisan iaitu tahun 2013 hanya 114 artikel yang ditulis oleh saya. Pada tahun 2014 iaitu tahun ke 2 penulisan blog , artikel blog pertama saya ini makin berkurang iaitu hanya 104 artikel
Semangat menulis blog saya semakin berkurang seiring masuknya tahun 2015 iaitu hanya 79 artikel ketika memasuki bulan OGOS tahun 2015 , iaitu 4 bulan lagi sebelum masuk tahun baru 2016
Tiba-tiba pada bulan SEPTEMBER tahun 2015, saya mula mendapat AKAUN ADSENSE, malah saya mula menjana wang melalui NUFFNANG sebelum genap 2 tahun saya mula menulis blog
Itu antara sebab kenapa tiba-tiba saya mula aktif dan mula semangat menulis dan mencintai dunia blogging
Menulis blog bukan memakan masa satu hari atau setahun untuk menunjukkan hasil
Ia perlukan kesabaran, kerajinan dan pastikan info yang anda tulis berguna dan bermanfaat kepada insan lain
Tulis apa yang menjadi kepakaran dan mengikut pengalaman anda
Menurut pembacaan saya, blog yang mula membuat duit atau popular ialah blog yang mempunyai satu ribu artikel dalam satu tahun sedangkan dalam 2 tahun lebih penulisan blog ini, tidak sampai 300 artikel yang saya tulis
Sesungguhnya, rezeki yang tidak disangka oleh saya ini membuatkan saya semakin bersemangat berkongsi info
Sebelum ini semangat saya hanya datang dari pembaca-pembaca blog saya yang sering wassap dan email untuk sebarang petua dan produk. Walau bukan saya yang menjual produk supplement atau sunnah, pembaca-pembaca blog saya sering wassap dan meminta pendapat dari saya
Pertanyaan setiap pembaca blog saya membuatkan saya rasa terharu dan membuatkan saya lebih semangat untuk menulis dan berkongsi tentang pemakanan sunnah dan diet yang sihat
Kini, semangat saya makin tinggi dalam blogging kerana mempunyai akaun adsense, nuffnang yang semakin konsisten dari segi pendapatan blog dan kerjasama lain dengan pengiklan yang terkenal termasuk exabytes yang amat mudah sekali dalam membuat pembayaran kepada blogger seperti saya
Selain itu, saya kena akui, blog juga adalah antara medan yang membolehkan saya memperkenalkan produk saya walau hanya secara perlahan-lahan. Saya pernah mendapat tempahan 60 balang CRUNCHY FLAKES kerana pelanggan saya ini terbaca artikel di blog saya
Selain itu juga pertanyaan demi pertanyaan mengenai insurans dan takaful semakin kerap di wassap dan facebook saya
Ia melalui pertanyaan saya percaya akan ada lebih banyak pelanggan setia yang akan saya dapati dari medan blog ini
Jika anda baru menulis.. sila teruskan menulis walau anda rasa malas.
Tiada apa yang mudah di dunia ini walaupun memaksa diri untuk tidur di tengah malam walau anda benar-benar penat ingin tidur tapi tidak mampu melelapkan mata.
Apa lagi jika anda perlu menulis blog yang anda sendiri jarang menulis atau tidak berminat menulis
Dengan paksaan akhirnya saya memiliki 3 blog peribadi dan sebuah blog kerjasama untuk setakat ini
Pengalaman dan perjalanan blogging akan saya coretkan di setiap blog untuk panduan anda yang baru berblogging atau baru ingin menceburi dunia blogging
Satu masa nanti saya sendiri akan menulis pengalaman suka duka saya dalam perhubungan sebagai panduan insan lain
Terima kasih
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://qk79.blogspot.com/2015/10/kesabaran-dalam-penulisan-blog.html