Kes Dera Adik Bella Berlaku Dalam Rumah Kawan Sendiri Syed Azmi Akhirnya Bersuara


Adik Bella, seorang anak istimewa yang dipercayai menjadi mangsa dera ternyata meruntun hati rakyat Malaysia.
Pada Isnin malam, aktivis Syed Azmi Alhabshi tampil bersuara dan memberikan penjelasannya berhubung kes melibatkan remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun itu.
Menurut Syed Azmi, dia ada alasan tersendiri apabila memilih untuk senyap terlebih dahulu ketika kes itu mula menjadi perhatian umum.
"Ramai sebenarnya nak tanya atau nak saya jawab pelbagai bentuk soalan mengenai kes penderaan Bella. Bella dijumpai dalam keadaan yang disyaki berlakunya penderaan ke atasnya dalam rumah kawan saya.
"Dia dijumpai oleh pelapor yang memaklumkan saya melalui video dan panggilan telefon dan yang saya bagitau ialah untuk bawa ke hospital. SCAN team di hospital diaktifkan dan rawatan, pemulihan dan perlindungan Bella dijalankan. Bella selamat.
"Now, apa sebenarnya berlaku pada Bella? Ini yang saya faham #justiceforbella dan saya pun nak tahu. Kemudian saya senyap. Adakah pemilihan saya untuk senyap ini yang paling tepat. Bergantung pada siapa yang saya tanya. Ada yang setuju dan ada yang tidak, " ujarnya.
Menurut Syed Azmi, ada beberapa perkara yang bermain di fikirannya ketika itu termasuklah isu keselamatan penghuni kanak-kanak lain serta keadaan semasa melibatkan jangkitan Covid-19.
"Waktu Bella disahkan sebagai kes yang memerlukan perlindungan, ada beberapa perkara yang saya perlu lihat iaitu keselamatan kanak-kanak lain. Sama ada di kediaman peribadi mahupun di Rumah Bonda.

"Kedua dua kediaman ini terkena wabak Covid-19 pada waktu ini. Ada yang negatif dan ada yang masuk hospital. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berusaha menyaring dan merawat kesemua penghuni, sukarelawan dan kanak-kanak.
"Kawan saya yang merupakan penjaga utama penghuni dan anak-anak jagaannya juga berada di hospital dan dia adalah orang utama penghubung antara penghuni dan juga ibu bapa mereka.
"Waktu ini laporan polis dah dibuat dan yang saya utamakan rawatan bagi semua penghuni yang terjebak dengan Covid-19. Mana yang boleh balik, kita mintak balik. Apa-apa yang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlukan kita berikan," ujarnya lagi.
Menurut Syed Azmi, dia memang rakan kepada penjaga Bella dan mengakui ada bertanya mengenai hal itu.
Luahnya lagi, dia turut sedih akan apa yang berlaku dan terpinga-pinga apabila dimaklumkan kejadian itu berlaku dalam kediaman rakannya.
"Saya memberitahu penjaga Bella apabila keadaan kesihatannya tidak lagi kritikal dan beberapa hari sebelum dia boleh discaj dari hospital mengenai laporan polis dan tuduhan terhadapnya.
"Ya saya memang kawan beliau tapi saya juga tahu apa yang berlaku apabila ada kes berkaitan penderaan secara amnya. Adakah saya bertanya? Yes. Dia bagitau jawapan dan saya minta dia tenang dan beri semua keterangan pada polis.
"Apa perasaan saya waktu itu? Penderaan yang berlaku pada Bella memang sedih. Saya diberitahu melalui seorang doktor mengenai keadannya sahaja tanpa gambar pun saya dah faham.
"Berlaku dalam rumah kawan saya sendiri, membuatkan lagi saya rasa terpinga-pinga apa yang berlaku sebenarnya. Soalan-soalan macam siapa, bila, kenapa, kat mana, semua tu dalam kepala dari awal lagi tapi saya senyap sahaja sebab semua tengah Covid-19," jelasnya.
Kata Syed Azmi, dia langsung tidak mempunyai sebarang syak wasangka dan akhirnya menyalahkan diri sendiri kerana beranggapan tidak cukup prihatin dengan keadaan sekeliling.
Jelasnya, dia mengambil pendekatan untuk senyap bagi membantu siasatan dan mahu segala proses berkaitan berjalan lancar.
"Kenapa lepas berlaku, tak ada cerita pada sesiapa, tak minta tolong sesiapa, dan semua tu la. Ini bermain main di kepala sebab kerja kami kebajikan dan kanak-kanak. Tak pernah perasan apa apa yang lainnya selama ini. Tak ada apa apa syak wasangka pun. Tak ada langsung.
"Akhirnya saya sendiri salahkan diri sendiri sebab adakah saya tak cukup bertanya khabar atau tak ada masa untuk kawan-kawan saya dan sebagainya. Itu yang saya mula-mula rasa.
"Akhirnya saya ambil tindakan untuk senyap dan bantu siasatan dan pada masa yang sama sebab saya rapat dengan yang dituduh, saya juga rasa saya bertanggungjawab untuk memastikan keadaan tenang agar semua jawapan dan soal siasat dapat jalan lancar. Itu yang saya pilih.
"Anak-anak jagaan JKM lain di atas nama penjaga yang sama juga di selamatkan dan ditempatkan di tempat yang selamat. Selesai satu lagi. Ingat ye, waktu ni keadaan mereka masih lagi dalam jangkitan Covid-19 dan JKM dengan bantuan KKM pantas selamatkan sejurus selepas mereka selamat untuk dipindahkan, " jelasnya.
Menurut Syed Azmi lagi, tiada apa yang boleh dilakukannya memandangkan Bella juga sudah diselamatkan dan diberi rawatan.
Tambah Syed Azmi, dia juga risau emosi suspek terganggu sehingga berlaku perkara tak diingini.
"Again, Bella sudah diselamatkan. Takde apa yang saya boleh buat untuk Bella. Rawatan perubatan, psikososial dan kaunseling, adaptasi semula ke tempat lama beliau dan perlindungan serta perkembangan intelektual semua diberikan. OK Alhamdulillah dan moga dia dapat atasi pengalaman yang beliau lalui dan mulakan hidup baru.
"Waktu ni, dah viral mengenai kes Bella. Nama saya dah naik. Netizen mahukan jawapan. Saya masih senyap. Kenapa? Sebab penjaga dah balik dan polis baru hari pertama siasatan. Kerja saya pastikan dia tenang dan beri kerjasama. Hari kedua pun. Hari ketiga pun sama. Hari keempat pun sama. Netizen push push push. Saya masih nak lihat apa nak kena buat. Beri kerjasama polis.
"Kalau push kuat lagi saya risau emosi suspek terganggu dan kalau dia breakdown, macam mana nak bagi keterangan? Kalau dia tetiba murung dan kelar tangan bunuh diri macam mana kita nak dapat tahu apa maklumat sebenar?
"Kalau dia tiba-tiba jadi gila macam mana dia nak berdiri dalam mahkamah? Selepas soal siasat pun saya kena dapatkan kerjasama dia untuk penghuni dan kanak-kanak lain. Kawan atau tidak, jelas kita ada proses undang-undang. Dia atau semua suspek penting untuk dalam keadaan tenang dan waras dalam bantu siasatan polis, " jelasnya lagi.
Di akhir nukilannya di Facebook, Syed Azmi turut memohon maaf dan mengakui sudah mencuba yang terbaik sebagaimana harapan semua pihak ke atasnya.
"Saya dah cuba tapi tak berkemampuan sebagaimana harapan semua. Saya bersuara hari ini sebab semua yang saya boleh buat saya dah buat.
"Terpulanglah pada kalian nak terima atau tidak. Maafkan saya," ujarnya.
Sumber: Mstar Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/3yNmg4Q
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2021/07/kes-dera-adik-bella-berlaku-dalam-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Cepat Sembuh Sayang Neelofa Akui Hancur Hati Ikuti Kes Dera Adik Bella

Hiburan Cepat Sembuh Sayang Neelofa Akui Hancur Hati Ikuti Kes Dera Adik Bella

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 277 hits
Tular beberapa hari ini kes mengenai penderaan seorang anak istemewa kurang upaya Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella oleh pengasuhnya BACA AdvertisementMenerima pelbagai reaksi daripada masyarakat tambahan ia melibatkan seorang aktivi...
Doakan Binatang Dera Adik Bella Dihadap Ke Muka Pengadilan

Doakan Binatang Dera Adik Bella Dihadap Ke Muka Pengadilan

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 188 hits
Ir Ts Lukman Al HakimKanak kanak OKU dinafikan rawatan kesihatan elak keadaan dirinya terbongkar SEOLAH tidak cukup dengan pelbagai kisah sedih dan menyayat hati yang kita dengar akibat pandemik COVID 19 dan kemelesetan ekonomi yang melanda...
8 Langkah Waxing Sendiri Di Rumah Dengan Aman Perawatan Bebas Bulu Yang Minim Rasa Sakit

8 Langkah Waxing Sendiri Di Rumah Dengan Aman Perawatan Bebas Bulu Yang Minim Rasa Sakit

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 277 hits
Buluan atau nggak nggak ngurangin cantikmu Tapi kalau mau pengin bulu itu juga hakmu Cek sini triknya
Video Nak Tahan Kes Lalu Lintas Akhirnya Polis Terpaksa Selamatkan Nyawa Lelaki Cuba Telan Kanabis

Video Nak Tahan Kes Lalu Lintas Akhirnya Polis Terpaksa Selamatkan Nyawa Lelaki Cuba Telan Kanabis

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 247 hits
Pasukan Peronda Bandar Ohio menyelamatkan nyawa seorang lelaki pada 8 Julai selepas lelaki tersebut bertindak menelan sebungkus kanabis OSHP mengatakan lelaki bertindak demikian selepas ditahan kerana memandu dengan berbahaya Jangan cuba me...
Kes Dera Oku Kes Dirujuk Peguam Negara Satu Kes Masih Disiasat

Kes Dera Oku Kes Dirujuk Peguam Negara Satu Kes Masih Disiasat

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 376 hits
Dua kertas siasatan dibuka berhubung dakwaan kes seorang remaja sindrom down didera di sebuah rumah perlindungan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita Dan Kanak Kanak Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata...
Buasir Otak Tv Buat Macam Rumah Sendiri Katanya

Buasir Otak Tv Buat Macam Rumah Sendiri Katanya

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 387 hits
Bila kau datang rumah kawan lepas tu dia cakap buat lah macam rumah sendiri Jom tonton animasi ini
Bella Di Dera Dipaksa Makan Cili Tanpa Air

Bella Di Dera Dipaksa Makan Cili Tanpa Air

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 612 hits
Bella Di Dera Dipaksa Makan Cili Tanpa Air Kisah penemuan seorang kanak kanak perempuan S yang dijumpai dalam keadaan meIecur di beberapa bahagian anggota badan nyata menimbulkan ketidakpuasan hati ramai
Selepas Lebih Dua Minggu Laporan Polis Dibuat Siapa Dera Bella

Selepas Lebih Dua Minggu Laporan Polis Dibuat Siapa Dera Bella

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 351 hits
FAZLI RADZITanda pagar JusticeForBella kini sohor di Twitter dengan lebih 31 000 ciapan Orang ramai dilihat bersimpati dengan nasib menimpa seorang anak penghidap sindrom down yang disyaki didera Remaja perempuan berusia 13 tahun itu dijadi...
Kes Keganasan Rumah Tangga Meningkat Di Perlis Kata Exco

Kes Keganasan Rumah Tangga Meningkat Di Perlis Kata Exco

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 260 hits
Kes keganasan rumah tangga meningkat di Perlis kata exco Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 30 Jun 2021 11 09PM
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi