Kerjaya Sebagai Pendidik
Kerjaya sebagai pendidik
Assalamualaikum, rasa kekok pula bila masuk blog sendiri setelah sekian lama menyepi. Bukan kerana keinginan hati tetapi sedang mencari identiti. Bukan sekadar kepuasan diri tapi semuanya ketentuan ilahi. Okey cukup bermadah kita terus masuk isi kandungan cerita hari ni, dayah sebenarnya banyak nak cerita tapi sampai tak tahu nak cerita yang mana satu, yang pastinya dayah kembali kedunia blog setelah sekian lama menyepi.
Dayah cerita serba sedikit tentang hidup dayah yer, boleh? Agak kalau bosan jangan la tekan pangkah dekat tab atas tu..mohon juga baca..haha paksaan ni, oke cukup. Korang kalau rasa bosan boleh ke page berikut..aiseh ayat pasrah.
gambar ni masa bawak budak sekolah lawan Fannul Atfal di Baling anjuran Majlis Agama Kedah.
Sebelum ni dayah pernah cerita dayah kerja dekat Little Caliphs Bandar Puteri Jaya (LCBPJ) pada tahun 2017 daripada bulan februari sehingga bulan november. Dayah berhenti setelah dapat tawaran bekerja di Sekolah Rendah Al-Maarif (SERIAM) di Sungai Layar dekat jer dengan rumah dayah, dalam 15 minit kalau tak sesak.
Sebelum LCBPJ, dayah praktikal di Sekolah Menengah Agama Nilai (SMAN) dari bulan januari sampai mei 2016 sebelum konvo di USIM. Jadinya, dayah pernah menjadi ustazah, teacher dan sekarang sebagai cikgu. Apa pun gelaran yang diberi, tugas tetap sama iaitu mendidik.
Masuk tahun ni 2019, hampir 2 tahun dayah berkhidmat di SERIAM. Kalau dalam pendidikan pula, hampir 4 tahun dayah dalam bidang perguruan. Alhamdulillah. Kerjaya guru memang sebati dengan diri dayah daripada kecik.
Masa kecik dulu, kalau main dengan kawan-kawan dekat sekolah, mesti nak main cikgu-cikgu..haha sanggup buat soalan kemudian paksa kawan jawab, balik rumah tanda kertas..imaginasi sangat tinggi.
Dah besar, jadi cikgu nak tanda kertas jenuh cari masa nak menanda. Tak merungut tapi bersyukur sebab itu cita-cita daripada kecik. Semoga pekerjaan ini menjadi salah satu jambatan pahala untuk menolong para pendidik di akhirat kelak. Amin.
barakALLAHufikum
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kanvaskehidupanku.blogspot.com/2019/07/kerjaya-sebagai-pendidik.html