Kerinduan Damai Menggamit Kalbu
Assalamualaikum.
Pernah tak korang melihat gambar-gambar lama. Lepas tu, pelbagai memori dan kenangan lalu datang menerjah. Koran mesti akan rindu dengan suasana tersebut.
Kenangan indah, mahupun kenangan duka.
Dalam hidup ni, tak semuanya berjalan lancar. Bukan semua yang kita inginkan, akan kita peroleh. Ada pasang surutnya. Ada saja dugaan atau ujian yang singgah.
Kitalah yang kena tabah dan bijak mengatasinya. Jangan cepat berputus asa. Jangan cepat mengalah. Tarik nafas dahulu. Cuba tenangkan fikiran. Perlahan-lahan cuba ambil langkah untuk menyelesaikan satu persatu masalah.
Lokasi : Jeti Titi Semeling, Kedah.
UJIAN KITA BERBEZA, USAH DIBANDINGKAN
Kadang kala, kita rasa ujian kita berat. Kita sedih dan pedih bila diuji. Tapi, sedarkah kita ada yang lain sedang bertarung dengan ujian yang lebih berat. Sedangkan diri kita baru tercuit sedikit.
Hidup kita berbeza, jalan kita berbeza dan ujian kita berbeza. Setiap dari kita bertuah dan harus bersyukur. Kita diuji dengan apa yang kita mampu hadapi. Bayangkan jika kita mengalami ujian yang lain, mungkin kita tak mampu pun nak mengangkat wajah nak teruskan perjalanan.
BERI KATA SEMANGAT DAN POSITIF PADA DIRI SENDIRI
Sedikit kata-kata positif, cuba Cik Rose kongsikan di sini. Bukan untuk siapa, tapi untuk diri sendiri. Cuba untuk ingatkan diri sendiri supaya jangan jasi lembik. Supaya tak ambil pusing cakap-cakap orang. Apalah sangat dengan sindiran orang dibandingkan dengan ujian fizikal yang orang lain hadapi.
Namun, hal perasaan jangan di ambil mudah. Bila dipendam, terus dipendam, bimbang merosak jiwa. Sesekali luahkan. Sesekali cuba lawan semula. Bukan bertindak kurang ajar, cuma berkelakuan tegas sedikit.
Terima kasih buat teman-teman yang memberi semangat. Yang mengubah diri dari terlalu tunduk dan diam, kepada yang pandai bersuara.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2018/11/kerinduan-damai-menggamit-kalbu.html