Kereta Buat Hal Bateri Kong Alternator Starter


Ini adalah rutin hari minggu tahun 2019. Mommy dan daddy akan siapkan anak ke sekolah seawal 6 pagi. Mommy siapkan baju dan sarapan pagi, daddy siapkan anak-anak. Adam dan Anis pergi sekolah naik van, manakala daddy pergi kerja. Tinggal lah mommy dan Amal di rumah.

Mommy akan hantar Amal pergi mengaji Iqra pukul 10 pagi. Dalam pukul 10.30 pagi  mommy dah mula bertukang kat dapur. 11.30 pagi Adam balik dan terus pergi mengaji Iqra. Pukul 12 tengahari mommy hantar Amal naik van sekolah depan rumah. Walaupun hanya depan rumah, mommy nak kena bersiap elok juga. Panas pula tu. Tak hantar nanti Amal berdrama tak nak pergi sekolah pula.

Balik dari mengaji Adam bersiap dan makan tengahari. Pukul 12.30 tengahari Adam naik van, Anis turun van. Giliran Anis pula makan tengahari. Hmm macam mana la situasi apabila  dah ada adik baby nanti.

Dari pagi hari, mommy daddy dah kena berzikir panggil nama setiap seorang untuk bersiap. Kalau tak, tak bergerak. Riuh rendah wei.

Seterusnya pukul 5 petang Anis pergi mengaji Iqra. Amal balik lebih kurang 5.20 petang. Adam pula sampai 7 malam.

Daddy akan sampai rumah sebelum pukul 8 malam untuk hantar Adam pergi tuisyen. Cuma malam ni Adam balik 9.20 malam untuk tuisyen ganti sempena perayaan Ponggal.

Begitu lah aktiviti setiap hari Isnin sehingga Khamis. Tiba-tiba daddy masuk semula ke rumah.

"Mana Adam?"
"Mana ada ambil Adam lagi. Kereta tak boleh start".
"Laa apa masalah? Bateri kong?"
"Tak tahu lah."
"Last kita tukar bateri kereta Jun 2017 kan?", kuat pula ingatan mommy pasal kereta. Teringat lah kes hari tu. Mommy ingat kereta tak boleh start kat McD sebab bateri kong la.

Kali ni kereta tak boleh hidup depan rumah. Mujur lah tuisyen dalam taman sahaja. DaddyG jalan kaki ambil Adam

Ikutkan pada tarikh akhir tukar bateri adalah setahun setengah yang lalu. DaddyG guna bateri kereta:- Century, RM200.00 Waranti: 12 bulan/25000km
Waranti bateri pun dah habis. Kemungkinan besar adalah masalah bateri kong. Hurm masa tu dah 9.30 malam. Kedai kereta semua dah tutup. Sementara daddyG ambil Adam, mommy di rumah hubungi bateriku.com

Sebelum ni dah 2x kami tukar bateri kereta dengan bateriku.com. Sekali dekat Shah Alam, kami walk in terus ke HQ Bateriku.com. Kali kedua pula masa daddyG tengah ada urusan dekat Setia Alam. Masa nak balik tu, kereta tak boleh hidup.

Pengalaman kereta tak boleh hidup ni buat mommy ada memori kuat dengan bateriku.com. Bukan mommy saja, daddy pon sama. Tapi, daddy akan kata "You contact bateriku.com". Arghhh mommy jugak!

Alhamdulillah, ada dealer bateriku.com dekat kawasan rumah mommy ni. Esoknya Amal ada temujanji dekat Hospital Shah Alam. Mommy harap sangat la masalah kereta dapat selesai malam tu juga. Customer service bateriku.com kata boleh datang pukul 11 malam

Daddy godek-godek juga kereta, tak jadi apa. Ada masa sejam lagi. Kami tunggu ja la dalam rumah.

Kenapa memilih bateriku.com?1. Dipercayai
Setelah beberapa kali menggunakan khidmat bateriku.com, ia adalah perkhidmatan yang boleh dipercayai. Mereka takkan suka hati tukar bateri kalau bateri kereta masih elok.

2. Perkhidmatan percuma
Cuma perlu bayar harga bateri sahaja. Perkhidmatan, penghantaran dan pemasangan adalah percuma.

3. Harga bateri kereta yang murah
Harga bateri pula lebih murah berbanding di tempat lain.

4. Tiada caj jika bateri masih elokJika bukan masalah bateri tiada caj dikenakan

Kalau dengan orang lain, mungkin kena "ketuk" juga ni. Tahu ja la zaman sekarang zaman duit. Semua benda nak pakai duit.

Kereta tak boleh hidup, apa masalah?Beberapa minit nak pukul 11 malam, orang bateriku.com sampai.

1. Periksa keadaan bateri kereta
Bateri kereta masih elok. Jadi bukan masalah bateri kong kereta taknak hidup.
Periksa keadaan bateri kereta
2. Bateri kereta ditukar dengan bateri baru 
Untuk memastikan bukan bateri kong punca kereta tak hidup, bateri kereta ditukar dengan bateri kereta baru. Kereta masih tak boleh hidup.

#baterikong ke?
3. Bertanyakan kita sama ada nak tukar bateri atau tidakDaddyG decide untuk tak tukar bateri. Belum masa lagi nak tukar bateri kereta. Nak kena repair kereta ntah berapa pula habis. 
Sabar sahaja orang bateriku.com melayan kami. Bateri kereta elok lagi. Kemudian beliau minta izin pulang.

Oh tahu tak? Kalau kereta tak boleh hidup, alternator tak boleh diperiksa.

Haa apa masalah kereta sebenarnya? Aduh panjangnya cerita hari ini. Masa ni pon dah 11.30 malam. Penat. Mengantuk. Nak tahu apa jadi seterusnya?

Mommy panggil jiran sebelah, tanya lah mekanik yang dia selalu hubungi. Kami tunggu pula abang pomen datang. Rupanya masalah starter.

Jadi kereta tak boleh hidup mungkin disebabkan;-
1. Bateri kong
2. Alternator
3. Starter

Takut kena ketuk dengan pomenEsoknya, mommy postpone temujanji dengan doktor pakar Hospital Shah Alam. Pagi tu sedang daddyG godek kereta dia, jiran lalu. Jiran lah tolong ketuk-ketuk starter sehingga hidup. Sementara nak tunggu kedai buka, daddyG matikan enjin dahulu.

Ketuk-ketuk starter | Cara tradisional hidupkan enjin kereta
Sebelum nak keluar, 15 minit juga la daddyG ketuk-ketuk starter sehingga enjin kereta hidup dan bawa kereta ke kedai yang dia selalu servis kereta. Takut kena "ketuk", baik lah pergi dekat orang yang kita dah biasa.

Starter Saga BLM
Starter dah tukar baru. Maka daddyG kena get ready untuk tukar bateri kereta pada bila-bila masa juga. Senang, tukar sahaja dengan bateriku.com. Tambahan pula bateriku.com dah ada aplikasi sendiri.

Aplikasi bateriku.comBateriku.com tak terkecuali seiring dengan teknologi. Ada aplikasi sendiri. Wah dah 50 ribu download. Mommy juga la yang ketinggalan ni. Hehehe. Better late than never ya!

Install aplikasi Bateriku.com
Jom muat turun/ download sekarang di https://play.google.com/store/apps/details?id=com.bateriku.customer

Kereta ada untuk kemudahan harian. Nak tak nak kena jaga baik-baik dan maintain elok-elok. Dan yang pasti kita tak kena "ketuk" dengan orang yang suka ambil kesempatan. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.irrayyan.com/2019/01/kereta-buat-hal-baterikong-alternator-starter.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bateri Kereta Kong Nasib Baik Ada Bateriku Com

Bateri Kereta Kong Nasib Baik Ada Bateriku Com

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 343 hits
Nasib Baik Ada BATERIKU COM Assalammualaikum semua Hari ini ruby ingin berkongsi penagalaman ruby dan kereta Ya Allah masa kejadian ni berlaku memang salah ruby Sebab ruby leka Huhuhu Ruby terlupa tutup lampu hadapan kereta Dari jam 1 petan...
Bilakah Perlu Tukar Bateri Kereta Dan Perlukah Dicas Semula

Bilakah Perlu Tukar Bateri Kereta Dan Perlukah Dicas Semula

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 457 hits
Bateri kenderaan akan mengalami susut kuasa selepas kerap digunakan untuk menghidupkan enjin mengaktifkan segala perkakasan elektronik kenderaan menyalakan lampu dan pelbagai sistem lain lagi Bagaimanapun bateri kenderaan juga sentiasa dica...
Tragis 3 Pernikahan Ini Berujung Hilangkan Nyawa Hanya Karena Hal Sepele

Tragis 3 Pernikahan Ini Berujung Hilangkan Nyawa Hanya Karena Hal Sepele

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 281 hits
Setiap orang memang memimpikan pernikahan yang harmonis dan langgeng sampai akhir hayat Namun nyatanya saat ini banyak sekali pernikahan yang berujung perceraian atau bahkan saling menghilangkan nyawa Ini dikarenakan tak adanya kekuatan unt...
4 Hal Prinsip Ini Penting Diajarkan Sejak Balita Agar Tumbuhnya Cerdas Luar Dalam Otak Encer Attitude Oke

4 Hal Prinsip Ini Penting Diajarkan Sejak Balita Agar Tumbuhnya Cerdas Luar Dalam Otak Encer Attitude Oke

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 284 hits
Biar di masa depan nggak ada lagi komentar Dih anak siapa sih ini Nggak diajar sama orang tuanya ya
Indef Sebut Utang Bukan Masalah Asal Pemerintah Lakukan Hal Ini

Indef Sebut Utang Bukan Masalah Asal Pemerintah Lakukan Hal Ini

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 207 hits
Peneliti Institute for Development of Economics and Finance Bhima Yudhistira menyebut nilai tambah dari utang yang ditarik selama ini belum optimal mendorong kualitas ekspor yang masih rendah Sebab ekspor Indonesia selama ini masih tergantu...
Penjelasan Doa Setelah Tasyahud Akhir Berlindung Dari Empat Hal

Penjelasan Doa Setelah Tasyahud Akhir Berlindung Dari Empat Hal

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 310 hits
Berlindung Dari Empat Fitnah yang Membahayakan Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu mengatakan Rasulullahi bersabda Apabila diantara kalian telah tasyahud akhir maka berlindunglah kepada Allah dari empat hal beliau mengucapkan ALLAHUMMA INNI ...
Dap Pegang Semua Termasuk Hal Ehwal Islam

Dap Pegang Semua Termasuk Hal Ehwal Islam

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 315 hits
SESUAI DENGAN MARUAH DAN SEMANGAT ISLAM MAKA DAP TOLONG BETULKAN ISLAM KAT MALAYSIA TEMAN SOKONGLAH 200 MEMANG DAP OK CARI LAGI YANG BERKAIT DENGAN ISLAM BAGI DAP HANDLE Pak Karamu Adun DAP dilantik ke lembaga pemegang amanah YadimNews Dite...
Tulisan Ust Yusuf Mansur Menggegar Hati Ribuan Orang Tentang Hal Kiamat Sudah Dekat Rileks Media

Tulisan Ust Yusuf Mansur Menggegar Hati Ribuan Orang Tentang Hal Kiamat Sudah Dekat Rileks Media

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 371 hits
Suatu tanda bahwa hari kebangkitan akan tiba sebentar lagi 5 00 pagi kita bangun bersiap solat subuh kemudian kita bersiap siap pula ke tempat kerja sampai office pukul 8 00 pagi hari masih gelap Mungkin kita anggap hari ini akan hujan jadi...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba