Kerajaan Pn Johor Di Ambang Gerhana Mungkinkah Pilihanraya Negeri


KERUSI Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas kini menjadi kerusi paling panas di Johor dan Malaysia ketika ini. Semuanya gara-gara tindakan ‘berani’ pemilik kerusi tersebut, Datuk Osman Sapian daripada parti Bersatu yang dilihat membelakangkan parti dengan logo bunga itu.
Dikenali sebagai seorang ahli politik veteran yang lantang di Johor, kemuncak kepada tindakan Osman itu adalah apabila beliau pada minggu lalu turun berkempen pada pilihan raya kecil Slim.
Berbeza dengan pemimpin Bersatu lain yang berkampung di Perak untuk menyokong calon BN, tetapi Osman memilih membantu calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang ditaja oleh parti baharu Tun Mahathir Mohamad iaitu Pejuang.
Hampir pasti, Osman yang juga bekas Menteri Besar Johor perlu menerima ‘hukuman’ daripada tindakannya, namun hukuman tersebut masalahnya bakal membawa natijah yang sangat besar kepada politik Johor.
Ini kerana dengan kerajaan negeri Johor di bawah Perikatan Nasional (PN) hanya dibezakan dengan dua kerusi, 29 (PN) dan 27 Pakatan Harapan (PH), maka hukuman yang dikenakan ke atas Osman bakal menggoncang kerajaan negeri itu.
Semalam, tersebar laporan sebuah portal berita kononnya Osman sudah dipecat daripada Bersatu.
Bagaimanapun, Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas memaklumkan Lembaga Disiplin Bersatu masih belum membuat keputusan berhubung status keahlian Osman dan bakal memanggil pemimpin tersebut dalam masa terdekat.
Jika benar Osman disingkirkan atau sekiranya Osman sendiri nekad untuk meninggalkan Bersatu, maka tidak mustahil kerajaan negeri Johor di bawah PN boleh tumbang apabila sidang DUN Johor akan tergantung selepas bilangan kerusi PN 28, sama dengan pembangkang PH 28.
Mengulas kemelut di Johor yang sudah bertukar tiga orang Menteri Besar sejak 28 bulan lalu, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulun Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Dr Md Akbal Abdullah berkata, banyak perkara perlu dilihat dan dinilai sebelum DUN Johor terbubar.
Katanya, kewujudan ADUN Bebas juga perlu dilihat dari segi sokongan sama ada kepada kerajaan atau pembangkang.
“Seandainya jumlah kerusi itu sama iaitu PH dan PN masing-masing ada 28 kerusi, Menteri Besar Johor boleh memberi nasihat kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi membubarkan DUN dan bergantung kepada perkenan Sultan Ibrahim,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Jarang berlaku Beliau turut berpandangan Johor memerlukan kerajaan negeri yang mantap dan kuat dalam melaksanakan dasar serta membuat keputusan bagi mampu menarik para pelabur.
“Saya melihat untuk kekal kompetitif, kerajaan negeri boleh lakukan. Cuma dari segi kekuatan kerajaan melaksanakan dasar terutama tarik pelabur, semua itu bergantung kepada kekuatan kerajaan.
“Kelebihan tipis satu atau dua kerusi di DUN sememangnya membimbangkan. Keadaan begini berkemungkinan menjadikan kerajaan negeri tidak lama,” katanya.
Sementara itu, pakar perlembagaan, Muhammad Fathi Yusof berkata, isu yang berlaku di Johor sekarang amat menarik untuk diperhatikan kerana amat jarang jumlah ADUN antara kerajaan dan pembangkang adalah sama.
Katanya, kerajaan negeri sedia ada boleh kekal menjadi pemerintah selagi tiada undi tidak percaya berlaku dan telah terbukti Menteri Besar hilang sokongan majoriti.
“Selain itu, sekiranya ada ADUN lagi yang mengumumkan tidak lagi menyokong kerajaan negeri, maka secara automatik Menteri Besar hilang sokongan dalam DUN dan kerajaan negeri boleh bertukar,” katanya.
Selain itu, Muhammad Fathi menjelaskan, dalam keadaan jumlah DUN yang sama iaitu 28-28, Menteri Besar juga boleh mengambil jalan dengan menasihati Sultan Johor untuk membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan.
“Dalam situasi jumlah DUN yang terikat, Menteri Besar masih sah dan boleh bertahan. Cuma kelemahannya nanti ialah kerajaan negeri tidak mampu untuk meluluskan usul atau enakmen. Jika mahu meluluskan usul atau enakmen, kerajaan perlukan sokongan 29 ADUN,” katanya.
Bubar DUNDalam pada itu, ADUN Kota Iskandar daripada parti Amanah, Dzulkefly Ahmad mengungkap satu peribahasa buat Osman ketika ditanya mengenai kemelut di Johor sekarang, ‘alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan’.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor berkata, tindakan Osman menyokong calon Bebas pada PRK DUN Slim baru-baru ini telah memperlihatkan sokongannya bukan kepada PN sebaliknya kepada parti baharu diterajui Dr Mahathir.
Dzulkefly menyifatkan tindakan Osman menyokong calon bebas itu sebagai bersifat peribadi, namun pada kebiasaannya tindakan seumpama itu akan dikenakan tindakan disiplin termasuk diberi amaran keras atau dipecat.
“Apa-apa pun bergantung kepada beliau (Osman) untuk menyatakan sokonganya. Namun jika beliau sokong PH, kerusi DUN sama iaitu 28-28.
“Sultan Johor, Sultan Ibrahim sebelum ini memberi amaran kepada wakil rakyat Johor, baginda akan membubarkan DUN Johor jika masih berlaku perebutan kuasa. Pada pandangan saya, itu yang terbaik, serahkan kembali kuasa kepada rakyat,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Samsolbari Jamali ketika ditanya mengenai desas-desus bakal wujud ADUN Bebas dan kemungkinan DUN Johor dibubarkan pada sidang DUN Khamis ini, beliau berkata, ia hanya khabar angin politik.
Katanya, seperti yang dikhabarkan tiada pemecatan berlaku ke atas Osman dan sidang DUN Johor pada 10 dan 11 September ini akan berlangsung seperti biasa.
“Tunggu sahaja, kita (PN) tiada apa-apa, sidang DUN pun kita bersedia macam biasa,” kata ADUN Semarang yang mewakili UMNO-BN itu.
 
The post Kerajaan PN Johor di ambang gerhana.. Mungkinkah Pilihanraya Negeri? appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/05/kerajaan-pn-johor-di-ambang-gerhana-mungkinkah-pilihanraya-negeri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Negeri Johor Akan Lantik Wakil Pas Sebagai Ahli Majlis Di 16 Pbt Negeri Itu

Kerajaan Negeri Johor Akan Lantik Wakil Pas Sebagai Ahli Majlis Di 16 Pbt Negeri Itu

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 365 hits
JOHOR BAHRU Kerajaan negeri Johor akan melantik wakil dari PAS sebagai Ahli Majlis di semua 16 pihak berkuasa tempatan di negeri ini bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan ahli Pakatan Harapan sejak Mac lepas susulan pertukaran kerajaan ...
Ph Johor Bersedia Ambil Alih Kerajaan Negeri

Ph Johor Bersedia Ambil Alih Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 300 hits
Pakatan Harapan Johor menyediakan kabinet bayangannya jika berlaku perubahan kerajaan Perikatan Nasional Johor dalam masa terdekat Pengerusi PH Johor Aminolhuda Hasaan berkata agenda Kabinet bayangan termasuk calon Menteri Besar dibincangka...
Tanah Haram Kerajaan Negeri Juga Di Gesa Siasat Sindiket Jual Tanah Tanpa Geran

Tanah Haram Kerajaan Negeri Juga Di Gesa Siasat Sindiket Jual Tanah Tanpa Geran

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 409 hits
KUANTAN Selain daripada isu tanah haram yang diceroboh untuk tanam durian Musang King di Raub yang hangat diperkatakan sekarang ini jangan lupa juga isu lain melibatkan tanah yang banyak berlaku di negeri ini sejak sekian lama Kerajaan Nege...
Najib Alihkan Kesalahan Kerajaan Negeri Bn Dengan Menyalahkan Dap Isu Pekebun Durian

Najib Alihkan Kesalahan Kerajaan Negeri Bn Dengan Menyalahkan Dap Isu Pekebun Durian

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 341 hits
RAUB Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak cuba mengalihkan perhatian daripada isu eksploitasi petani durian Musang King di Raub dengan mengubahnya menjadi isu perkauman kata NGO Save Musang King Alliance Pengerusi Samka Chang Ye...
Kerajaan Negeri Selangor Abai Suara Penduduk

Kerajaan Negeri Selangor Abai Suara Penduduk

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 404 hits
HARAKAHDAILY SHAH ALAM Penduduk Desa Subang Perantau 2 berputih mata melihat kediaman yang didirikan mereka setelah berpuluh tahun menetap di situ dirobohkan pihak berkuasa tempatan hari ini Sebanyak 19 buah rumah dirobohkan di atas 16 tana...
Kerajaan Negeri Sokong Usaha Koperasi Lebarkan Sayap Perniagaan

Kerajaan Negeri Sokong Usaha Koperasi Lebarkan Sayap Perniagaan

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 222 hits
MUAR Kerajaan Negeri Johor sentiasa memberi sokong penuh terhadap usaha pihak koperasi di negeri ini melebarkan sayap dengan mencari peluang baharu dalam bidang perniagaan Walau bagaimanapun Menteri Besar Johor YAB Datuk Haji Hasni Mohammad...
Kerajaan Bina Projek Takungan Air Di Empat Negeri

Kerajaan Bina Projek Takungan Air Di Empat Negeri

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 289 hits
KUALA LUMPUR 25 OGOS Kerajaan melaksanakan projek Takungan Air Pinggiran Sungai di empat negeri dalam usaha memperbanyak takungan air di negara ini persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ib...
Psap Desak Kerajaan Negeri Ambil Tindakan Pihak Bersekongkol Dan Peneroka Haram

Psap Desak Kerajaan Negeri Ambil Tindakan Pihak Bersekongkol Dan Peneroka Haram

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 364 hits
KUANTAN Persatuan Suara Anak Pahang mendesak kerajaan negeri Pahang untuk memastikan bukan sahaja peneroka tanah haram bahkan mereka yang bersekongkol juga dikenakan tindakan tegas Presidennya Haslihelmy DM Zulhasli berkata PSAP juga mendes...
Bekas Atlet Selangor Terima Bantuan Kerajaan Negeri

Bekas Atlet Selangor Terima Bantuan Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 298 hits
SHAH ALAM 3 SEPT Seramai 50 bekas atlet Selangor termasuk atlet para menjadi kumpulan pertama menerima bantuan Kerajaan Negeri berjumlah hampir RM200 000 EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman berkata melalui Program Ceria Atlet Selangor 2020 it...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat