Kerajaan Pn Goyah Elit Pemerintah Berpecah



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tidak stabil sejak setahun lalu kini semakin bergelora apabila elit pemerintah terdiri daripada Umno, Pas dan Bersatu berpecah serta bercakaran.
Bagi Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, perpecahan elit pemerintah dalam mana-mana sejarah boleh dianggap sebagai detik-detik terakhir sebelum sesebuah kerajaan tumbang.
“Selesai Perhimpunan Agung Umno seminggu lebih yang lalu, ia memberikan satu isyarat yang sangat jelas. Isyarat itu berupa elit pemerintah sedang berpecah sekarang ini. Elit pemerintah merujuk elit gabungan PN, Muafakat Nasional.
“Sebelum ini pun kerajaaan PN mempunyai masalah ketidakstabilan kerana mempunyai angka sokongan yang kecil. Namun apabila Perhimpunan Agung Umno berakhir dengan memberi mandat kepada presiden parti untuk membuat ketetapan menarik diri daripada kerajaan yang memerintah (keadaan menjadi lebih goyang).
“Sehingga itu berlaku dan ditetapkan oleh Umno dan Majlis Tertinggi (meninggalkan kerajaan PN) keadaan kerajaan Tan Sri Muhyiddin ibarat ‘telur di hujung tanduk’,” kata Saifuddin yang ditemui di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, selesai mendapatkan vaksin Covid 19 dos kedua, pagi tadi.
Tambah beliau, perpecahan elit kerajaan memerintah itu menyebabkan Tan Sri Muhyiddin menjadi tidak keruan dan terpaksa menghabiskan banyak waktu memujuk parti-parti komponen serta Ahli Parlimen Umno yang menjadi menteri agar kekal setia menyokong kerajaannya.
“Sebab itu saya melihat beliau membuat beberapa tindakan untuk consolidate. Beliau terbang ke Sarawak dan membuat kenyataan politik bahawa kerajaan PN akan memastikan GPS menang besar pada Pilihan Raya Negeri. Beliau memberi ucapan kepada Perhimpunan Agung MIC. Kemudian mendapat dukungan dari MIC yang akan terus mengekalkan sokongan kepada beliau.
“Beliau juga pantas menemui menteri-menteri Umno dan memujuk mereka untuk bertahan. Itu menunjukkan tindakan Muhyiddin bukan lagi tertumpu menjalankan tugas sebagai PM, memberi tumpuan kepada rakyat tetapi sedang cemas menyelamatkan usia pemerintahan beliau.
“Itu adalah kesan keputusan Perhimpunan Agung Umno kerana Umno memberikan dukungan 38 Ahli Parlimen. Kalau atas nama BN tambah MCA 2 dan MIC 1 kerusi. Jadi kalau segmen sokongan ini menarik diri, itu bermakna pengakhiran kepada (karier) Muhyiddin,” katanya.
Menurut Saifuddin lagi, tidak banyak yang boleh dilakukan Tan Sri Muhyiddin pada waktu ini selain bergantung harap kepada keputusan yang akan dibuat oleh Umno, sama ada untuk menarik diri dari kerajaan PN dalam waktu segera atau menangguhkannya untuk tempoh yang lebih lama.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/31908

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elit Pemerintah Berpecah Kerajaan Pn Telur Di Hujung Tanduk Saifuddin Nasution

Elit Pemerintah Berpecah Kerajaan Pn Telur Di Hujung Tanduk Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 184 hits
POSTED BY AMIR WRLRKerajaan Perikatan Nasional yang tidak stabil sejak setahun lalu kini semakin bergelora apabila elit pemerintah terdiri daripada Umno Pas dan Bersatu berpecah serta bercakaran Bagi Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Sai...
Kerajaan Pertimbang Vaksin 1 Dos Kepada Penduduk Di Pedalaman

Kerajaan Pertimbang Vaksin 1 Dos Kepada Penduduk Di Pedalaman

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 312 hits
Fahami kesukaran mereka datang dapatkan suntikan kedua BAGAN SERAI 13 Syaaban 1442H Sabtu Kerajaan mempertimbangkan untuk menggunakan vaksin satu dos seperti CanSino dari China untuk penduduk di kawasan pedalaman kerana kesukaran untuk mere...
Pau2020 Ahmad Maslan Kata Kerajaan Pn Paling Tidak Stabil Dalam Dunia

Pau2020 Ahmad Maslan Kata Kerajaan Pn Paling Tidak Stabil Dalam Dunia

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 466 hits
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan mengumumkan Perikatan Nasional kerajaan paling tidak stabil dalam dunia pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 hari ini Menurut beliau keadaan itu sekali gus menjadikan PAU 2020 adalah sejarah bagi UM...
Umno Sebagai Kabinet Kerajaan Atau Tidak Diketahui Petang Ini Ahmad Maslan

Umno Sebagai Kabinet Kerajaan Atau Tidak Diketahui Petang Ini Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 417 hits
KUALA LUMPUR Keputusan sama ada UMNO masih sebahagian daripada Kabinet kerajaan Perikatan Nasional atau sebaliknya hanya akan diketahui petang ini Demikian jelas Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan apabila diminta mengulas mengena...
Perwakilan Umno Beri Mandat Untuk Tarik Diri Dari Kerajaan Pn Bila Bila Masa Kata Zahid

Perwakilan Umno Beri Mandat Untuk Tarik Diri Dari Kerajaan Pn Bila Bila Masa Kata Zahid

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 422 hits
March 28 2021 PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata perwakilan memberikan mandat untuk parti itu untuk menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional pada bila bila masa lebih lebih lagi jika tidak ada petunjuk...
Bila Rakyat Nak Saman Kerajaan

Bila Rakyat Nak Saman Kerajaan

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 486 hits
Takkan kerajaan je asyik ITU ini sekarang ni nak saman rakyat Apapun kedudukan lubang tersebut BERJARAK ikut SOP tiada saman boleh dikeluarkan oleh PDRM
Kerajaan Rancang Vaksin Pandu Lalu Pusat 24 Jam Pastikan Imuniti Kelompok

Kerajaan Rancang Vaksin Pandu Lalu Pusat 24 Jam Pastikan Imuniti Kelompok

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 232 hits
Lebih tujuh juta rakyat Malaysia mendaftar untuk menerima Vaksin Covid 19 melalui MySejahtera dan jumlah itu dijangka terus meningkat Foto ReutersKUALA TERENGGANU 28 Mac Lebih 1 400 Pusat Pemberian Vaksin ditetapkan di seluruh negara bagi p...
Spr Perlu Kerjasama Dengan Kerajaan Negeri Ngo Untuk Jayakan Undi 18 Kata Menteri

Spr Perlu Kerjasama Dengan Kerajaan Negeri Ngo Untuk Jayakan Undi 18 Kata Menteri

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 414 hits
Menurut Reezal negara Asia lain sudah membenarkan rakyat yang berumur 18 tahun mengundi dan layak untuk menjadi calon pilihan raya Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya melakukan kerja pembasmian kuman di kotak undi Gambar Bernama Menteri Belia ...
Selamat Tinggal Terima Kasih Kepada Semua Insan Yang Terlibat Memudahkan Urusan Di Selangor Klcc

The Twenty Rules Of Chandeliers

Kecepatan Terkecoh Ikan Tercepat Di Lautan

Indonesia Kenal Pasti 700 Lokasi Harta Karun Potensi Kekayaan Bernilai Besar Menanti

Apa Itu Skim Lindung 24 7 Cara Tuntutan

Bekas Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad Meninggal Dunia

Kehilangan Besar Buat Sabah Amp Negara Pm Anwar Ziarah Keluarga Allahyarham Bung Moktar

Chelum Burak Alon Lupeng Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bila Klien Lama Datang Semula Menyiapkan Templat Baru Untuk Blog Hiburan

Nak Cari Bisnes Modal Bawah Rm200 Cuba Buat Sabun Handmade Sendiri

Relik Menarik Dari Pompeii Dua Temuan Menakjubkan Yang Mengungkap Kisah Lalu

Pemulihan Dalam Kolam Menyegarkan Kembali Selepas Perlawanan

Mca Takkan Pilih Sertai Pn Ka Siong Dedah Masyarakat Cina Sukar Terima Pas

Iesf Wec Malaysia Juara Kejohanan Dunia Iesf 2025 Dua Tahun Berturut Turut