Kerajaan Ini Semakin Jauh Dari Rakyat




Jika mahu disenarai satu persatu, baru dalam tempoh 19 bulan PH menjadi kerajaan, sebenarnya terlalu banyak perkara-perkara yang mengecewakan dan mengguris hati rakyat telah berlaku.Harapan rakyat apabila mereka membuat keputusan menukar kerajaan dan menumbangkan BN, yang diminta hanyalah agar kehidupan selepas itu bertambah baik dengan kos sara hidup menurun, banyak peluang pekerjaan dan cara menambah pendapatan juga menjadi lebih banyak.Malangnya semakin hari berlalu, harapan itu semakin kabur dan kelam dengan yang munculnya akhirnya hanya berita-berita sedih dan menyakitkan hati.Janji Tun Mahathir Mohamad dengan pengalamannya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri sebelum ini bahawa tempoh dua tahun untuknya menerajui negara sudah mencukupi untuk memulihkan ekonomi, tidak lebih sekadar janji bulan madu orang sedang bercinta.Dalam tempoh 19 bulan menerajui kerajaan, Tun Mahathir ternyata gagal memberi yang lebih baik sebagaimana yang pernah dijanjikannya sebelum beroleh kuasa.Ini berikutan begitu banyak aset negara dan syarikat strategik milik Khazanah yang dijual dan terlepas ke tangan pihak asing.Sementara penjualan itu menimbun wang yang banyak, yang musykilnya hutang negara terus juga meningkat.Ke mana dan untuk apa wang penjualan aset itu digunakan?Apakah kerajaan tidak cukup hasil untuk membiayai urusan harian pentadbirannya?Selain itu, pemberhentian kerja dan penamatan mereka yang bekerja kontrak dengan kerajaan pula kedengaran di mana-mana, termasuk ramai yang meluahkannya di media sosial.Kenapakah kerajaan baru yang kononnya mendokong aspirasi membela rakyat, tiba-tiba lebih dulu memangsakan pekerja bawahan dan yang bergaji kecil?Kalau benar kerajaan tidak cukup wang, kenapa pemberhentian itu berlaku di kala majoriti menteri sibuk bercuti di luar negara dengan pembiayaan penuh wang cukai rakyat?Terbaru ini berlaku pula penamatan elaun kritikal untuk doktor, jururawat, jurutera dan profesional lainnya yang menyertai perkhidmatan awam mulai tahun depan.Tindakan JPA ini merupakan satu lagi berita sedih untuk rakyat seolah-olah kerajaan PH pimpinan Tun Mahathir ini sudah hilang upaya dan tidak mampu lagi memberi kesejahteraan kepada rakyat.Menjelang tahun depan, mungkin banyak lagi berita-berita sedih seperti itu menjadi tatapan kita semua yang pada hakikatnya menjadikan kerajaan PH semakin jauh daripada hati rakyat.Itu belum termasuk lagi rancangan kerajaan mahu mengurangkan saiz perkhidmatan awam dan semua ini bukan saja menyebabkan rakyat biasa, bahkan pendokong PH sendiri turut rasa kecewa.Mereka kini jadi keliru, jika kerajaan terdahulu bermasalah dan tidak cekap, mengapa masih banyak perkara untuk kepentingan rakyat masih dapat diberikan?Yang ternampak menonjol di mata rakyat hanyalah keghairahan Tun Mahathir berpolitik dengan mencatur sana mencatur sini dan memecahkan kelompok memecahkan sini untuk menampakkan dirinya terus unggul berkuasa dengan seolah-olah sudah lupa kepada janji peralihan kuasa serta dirinya bukannya semakin muda.Sampai bilakah rakyat terus kecewa dengan PH?Apakah harapan rakyat rakyat terhadap PH sebelum tibanya detik PRU15 hanya pada Anwar Ibrahim yang sepatutnya mengambil alih kuasa tahun depan? (ShahbudinHusin 25/12/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/12/kerajaan-ini-semakin-jauh-dari-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Daftar E Wallet Untuk Tebus Rm30 Daripada Kerajaan Melalui Program Etunai Rakyat

Cara Daftar E Wallet Untuk Tebus Rm30 Daripada Kerajaan Melalui Program Etunai Rakyat

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 966 hits
Baru baru ini Kementerian Kewangan melalui Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan sebanyak RM450 juta dengan RM30 bagi setiap orang Jadi hari ini secara rasminya 3 aplikasi e Wallet Malaysia terlibat iaitu dan Jadi bermula 15 Januari 202...
Tun Mahathir Semakin Merapu Rakyat Ditindas Dibuang Kerja

Tun Mahathir Semakin Merapu Rakyat Ditindas Dibuang Kerja

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 483 hits
JELAPANG berbual dengan seorang ibu yang amat KECEWA dengan Tun Dr Mahathir Mohamad Kata ibu tersebut Tun Mahathir semakin MERAPU Anak si ibu ini baru sahaja hilang pekerjaan di Institut Terjemahan Negara yang beliau katakan ditutup oleh Dr...
Pakatan Harapan Semakin Layu Cytronya Semakin Lesu Zikir Harian Dah Tak Laku Rakyat Dah Jemu

Pakatan Harapan Semakin Layu Cytronya Semakin Lesu Zikir Harian Dah Tak Laku Rakyat Dah Jemu

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 429 hits
DS NAJIB PEROMPAK DD NAJIB CURI DUIT RAKYAT 1MDB SALAH DS NAJIB SALAH KERAJAAN BARISAN NASIONAL Modal tu semua dah BASI Rakyat dah tak nak dengar benda yang sama diulang ulang macam CD rosak DS Najib dah pun di hadapkan ke mahkamah Nak tak ...
Henti Pergaduhan Pkr Rakyat Semakin Jemu

Henti Pergaduhan Pkr Rakyat Semakin Jemu

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 195 hits
Selepas lama berdiam diri Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya bersuara terhadap sikap beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang suka mencetuskan perbalahan Dipercayai merujuk kenyataan kenyataan serta sikap beberapa pemimpin KEA...
Kuasa Beli Rakyat Semakin Lemah Bersatulah Negara Islam Hassan Rouhani

Kuasa Beli Rakyat Semakin Lemah Bersatulah Negara Islam Hassan Rouhani

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 232 hits
Astro Awani HASSAN Kuasa membeli rakyat terutamanya dalam negara Muslim mengalami penurunan dan negara negara Islam berdepan kesukaran dan tekanan Foto Astro AWANI SHAHIR OMAR KUALA LUMPUR Presiden Iran Dr Hassan Rouhani menyuarakan kesedia...
E Tunai Rakyat Boleh Ditebus Bermula 15 Jan 2020

E Tunai Rakyat Boleh Ditebus Bermula 15 Jan 2020

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 578 hits
Berita baik buat warganegara Malaysia terutamanya yang berumur 18 tahun keatas Kerjaan telah memperuntukkan sebanyak RM450 juta untuk perlaksanaan insentif eTunai Rakyat Insentif tersebut ialah pemberian wang kredit sebanyak RM30 ke dalam d...
Pemerintah Tengok Sikit Kehidupan Rakyat

Pemerintah Tengok Sikit Kehidupan Rakyat

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 244 hits
ORANG POLITIK JANGAN TAMBAH PENDAPATAN MELAMPAU KERAJAAN KENA TENGOK GAJI PEKERJA AWAM TENTERA POLIS DAN KAKITANGAN YANG BERUNIFOM SAMA ORANG POLITIK JANGAN ASIK NAK TAMBAH ITU DAN INI SEDANGKAN RAKYAT SEDANG IKAT PERUT TAK DE ALASAN ORANG ...
Turun Bersama Rakyat Rebut Piala Mb

Turun Bersama Rakyat Rebut Piala Mb

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 303 hits
SUKANPiala MB Pasukan Exco Lawan UlamakPERLAWANAN akhir bola sepak Piala Menteri Besar Kelantan bakal menyaksikan pertarungan sengit di antara pasukan Pengkalan Kubor menentang Tawang malam ini Kebetulan Adun Pengkalan Kubor Ustaz Wan Rosla...
Ketua Kpk Soal Penangkapan Penyerang Novel Jawaban Yang Ditunggu Rakyat Indonesia

Ketua Kpk Soal Penangkapan Penyerang Novel Jawaban Yang Ditunggu Rakyat Indonesia

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 225 hits
Polisi menangkap terduga penyerangan Novel Baswedan Penangkapan terduga pelaku itu dilakukan pada Kamis malam 26 Desember 2019
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash