Kerajaan Bn Mesti Tunaikan Tuntutan Tentera Nik Nazmi




Kerajaan BN mesti tunaikan tuntutan tentera – Nik NazmiPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: June 08, 2022
ShareHimpunan Reunion Veteran di Tugu Negara, Kuala Lumpur semalam membuka mata rakyat Malaysia bahawa kerajaan BN selama ini tidak menjaga kebajikan anggota tentera yang bersara secara sempurna.
Fakta yang didedahkan dalam himpunan itu bahawa hampir 2/3 golongan veteran masuk ke dalam lingkungan B40 dengan pencen yang amat kecil atau tiada pencen sama sekali amat memalukan.
Bagi Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, kerajaan BN yang berkuasa sejak merdeka dan hanya 22 bulan sahaja dikucilkan daripada tampuk kuasa perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kemelaratan golongan veteran di seluruh negara.
“Semalam, 1,500 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhimpun di Tugu Negara bagi menuntut Kerajaan menyelesaikan isu pencen. Selepas menanti sekian lama, mereka tiada pilihan melainkan turun menyatakan keluhan mereka.
“Saya telah beberapa kali membangkitkan soal veteran di Parlimen.
“Sehingga kini Kerajaan belum tampil dengan penyelesaian menyeluruh soal meningkatkan kemahiran veteran yang bersara pada usia muda,” katanya dalam kenyataan.
Nik Nazmi juga membidas tindakan acuh tidak acuh kerajaan BN sebelum ini yang melantik orang politik, Jamil Khir Baharom, Pengerusi Umno Kedah sebagai Pengerusi Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) yang bertanggungjawab melatih anggota tentera yang bakal bersara.
Katanya, tindakan kerajaan yang tidak menempatkan pemimpin sesuai pada badan yang amat diperlukan untuk membantu anggota tentera kembali ke hidupan awam hanya menambah buruk masalah pesara tentera.
“Sedangkan ketika beliau (Jamil Khir) menjadi Menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal Islam, beliau menarik pelbagai isu kontroversi melibatkan institusi-institusi agama seperti Tabung Haji, Yayasan Pembangunan Anak Yatim dan Miskin dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
“Pada masa yang sama, campur tangan politik terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) memberi kesan langsung kepada kebajikan veteran.
“Ini termasuk projek Littoral Combat Ship RM9 bilion yang berhadapan kelewatan, pengambil alihan projek AES bernilai RM555 juta dan lain-lain lagi,” kata Nik Nazmi yang tidak puas hati dana milik tentera dibazirkan begitu sahaja.
Lebih buruk, kata calon Naib Presiden KEADILAN itu, dalam Belanjawan 2022 Kerajaan telah menurunkan peruntukan Jabatan Hal Ehwal Veteran dari RM105 juta kepada RM92 juta dengan penurunan ketara geran dan bayaran tetap.
“Oleh itu, antara 2015 sehingga Oktober 2021, 8,782 anggota tentera telah meninggalkan perkhidmatan tanpa pencen daripada jumlah 36,918 (anggota keseluruhan).
“Berapa di antara mereka yang menjalankan peralihan ke kehidupan awam dengan berjaya dan berapa ramai yang masih lagi hidup dalam keadaan daif?” tanya Nik Nazmi.
Tegas beliau, Kerajaan mesti mengambil serius soal masa hadapan veteran yang telah berkorban untuk negara.
Hal itu, katanya bukan soal untuk diberi perhatian ketika tiba musim pilihan raya, tetapi memerlukan penyelesaian komprehensif dan membebaskan institusi seperti PERHEBAT dan LTAT daripada campur tangan politik, merangka dasar veteran yang lebih relevan dan praktikal serta dasar pencen yang bermaruah dan bermakna bagi veteran.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/kerajaan-bn-mesti-tunaikan-tuntutan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Perlekeh Veteran Tentera Kerajaan Usah Habiskan Dana Ke Tujuan Lain Nik Nazmi

Jangan Perlekeh Veteran Tentera Kerajaan Usah Habiskan Dana Ke Tujuan Lain Nik Nazmi

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 89 hits
Himpunan Reunion Veteran di Tugu Negara Kuala Lumpur semalam membuka mata rakyat Malaysia bahawa kerajaan BN selama ini tidak menjaga kebajikan anggota tentera yang bersara secara sempurna Fakta yang didedahkan dalam himpunan itu bahawa ham...
Nik Nazmi Anwar Rafizi Best Ticket For Pkr To Take On Ge15

Nik Nazmi Anwar Rafizi Best Ticket For Pkr To Take On Ge15

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 165 hits
Anwar Ibrahim and Rafizi Ramli would be the best ticket for PKR to face the 15th general election said Setiawangsa MP Nik Nazmi Nik Ahmad He said this in a congratulatory statement after the PKR election s unofficial results were announced ...
Hiburan Mana Janji Janji Dato Sultan Johor Tegur Menteri Gagal Tunaikan Janji Naik Taraf Kelengkapan Tentera

Hiburan Mana Janji Janji Dato Sultan Johor Tegur Menteri Gagal Tunaikan Janji Naik Taraf Kelengkapan Tentera

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 92 hits
Tular di media sosial semalam mengenai sebuah yang memaparkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tampil menegur secara terus menteri menteri yang gagal mengotakan janji untuk menaiktaraf kelengkapan latihan tentera Soal Sultan Ibra...
Berapa Lama Kerajaan Ismail Sabri Boleh Bertahan

Berapa Lama Kerajaan Ismail Sabri Boleh Bertahan

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 175 hits
Tempoh bertenang wait and see bagi kerajaan sheraton Ismail Sabri sebagai PM mungkin telah tamat sepertimana yang dinikmati oleh Muhyiddin sebelum ini Di medos nama PM mula diserang walaupun pada isu isu secara tidak langsung terutama isu k...
Zuraida Keluar Bersatu Kerajaan Hilang Majoriti Tidak Berlaku

Zuraida Keluar Bersatu Kerajaan Hilang Majoriti Tidak Berlaku

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 122 hits
Spekulasi serta andaian beberapa pihak bahawa Ismail Sabri Yaakob dan kerajaannya akan hilang majoriti berikutan tindakan Zuraida Kamaruddin keluar daripada Bersatu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia sebenarnya adalah tidak tepat Ini ker...
Pengangkutan Awam Mesti Diberi Keutamaan

Pengangkutan Awam Mesti Diberi Keutamaan

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 90 hits
Ramai yang melihat pengangkutan awam seperti MRT LRT atau kereta api komuter KTM direka dan dibina untuk rakyat berpendapatan rendah dan tiada upaya kewangan untuk membeli kenderaan sendiri Sebenarnya itu anggapan yang salah Pengguna pengan...
Kerajaan Ada Majoriti Atau Tidak

Kerajaan Ada Majoriti Atau Tidak

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 102 hits
MOHD SHAH RIM1 Dengan kemasukan Zuraida ke parti PBM bermakna PBM ada sokongan 3 Ahli Parlimen iaitu Zuraida MP Ampang Larry Sng Jr MP Julau dan Steven Choong Tebrau 2 Dengan Kerajaan Campuran BN PN hanya mempunyai Majoriti 114 maka tolak 3...
Rakyat Malaysia Mesti Bertanggungjawab D Atas Segala Kemusnahan Dan Kerosakan Yang Berlaku Kepada Bumi Malaysia

Rakyat Malaysia Mesti Bertanggungjawab D Atas Segala Kemusnahan Dan Kerosakan Yang Berlaku Kepada Bumi Malaysia

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 212 hits
MANA ADA DAH RAKYAT MALAYSIA YANG BERMINAT NAK DENGAR NASIHAT DS NAJIB DEPA LEBIH SYOK NAK DENGAR LAWAK SARKIS DARI ORANG MACAM PEJA MAT JARGON DAN MAT SABU 3 SUKU DS Najib Razak pun pergi tegur Menteri tentang isu padang Entah bila la DSN ...
Economists Tout Entrepreneurship As Panacea For Poverty

Teroka Pemikiran Baharu Bina Ekosistem Teknologi Ai

Maksud All Eyes On Rafah

Majlis Rumah Terbuka Koperasi Norras Berhad

Savour Malaysia Tour Packages Provided By Malaysian Aviation Group

3 Top Rated Things To Do In Jakarta

Jengah Kebun Melihat Tanaman

Vivo Unveils The Perfect Night Party 2024 At Zepp Kuala Lumpur



Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra


Penjawat Awam Ditahan Salah Guna Jawatan Luluskan Rm12 000 Untuk Kegunaan Diri

Berkait Rasuah Di Perlis Sprm Cadangkan Seorang Suspek Didakwa

Beware Misplaced Trust In Pseudo Intellectuals

Menu Tengahari Sup Ayam Ala Thai Kobis Goreng

Undang Luak Rembau Selamat Dikebumikan

Siri Oppo Reno12 Akan Dilancarkan Di China Pada 23 Mei