Kenyataan Rasmi Pengasas Imadi Pet Macam Ni Ke Orang Sayangkan Kucing



Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pelanggan Imadi Pet.

Terlebih dahulu saya selaku pemilik Imadi Pet memohon maaf atas kelewatan maklum balas terhadap kejadian yang berlaku pada hari Ahad 6 Ogos 2017. Sesungguhnya segala tuduhan yang dilemparkan terhadap saya dan Imadi Pet adalah fitnah semata mata dengan niat untuk menjatuhkan saya dan Imadi Pet serta mengambil kesempatan kononnya kerugian yang dialami olehnya akan ditanggung oleh Imadi Pet.

Disini saya ingin menceritakan bagaimana kejadian yang telah berlaku..

Pada hari jumaat 4 Ogos 2017, Imadi Pet Shah Alam telah didatangi oleh sepasang suami isteri Bistari Mansur dan Muhammad Arif membawa seekor kucing yang bernama Lily dan mereka mengadu kepada pihak kami bahawa Lily sakit dan meminta bantuan untuk dirawat di tempat kami. Kami melihat keadaan kucing tersebut yang lemah dan lesu serta sangat kurus. Kami diberitahu oleh pemilik bahawa sudah beberapa hari kucing tersebut tidak makan dan minum. Kami merasa hairan kenapa kucing tersebut dibiarkan sebegitu rupa.

Dengan keadaan yang sangat lemah, kucing tersebut sepatutnya mendapat rawatan intensif di mana-mana klinik veterinar dan bukannya dihantar kepada kami. Kami telah diberitahu oleh pemilik bahawa kucing tersebut telah dibawa ke sebuah klinik veterinar dan hanya dibekalkan dengan beberapa jenis ubat.

Selepas melihat keadaan kucing tersebut, pihak kami menasihatkan pemilik membawa kucing tersebut ke mana mana klinik veterinar yang ada di sekitar Lembah Klang untuk mendapatkan rawatan intensif.

Kami yakin pemilik tidak mahu mengeluarkan wang rawatan yang perlu dibayar, sebaliknya meletakkan nyawa kucing tersebut dalam keadaan kritikal serta mempertaruhkan nyawa kucingnya dengan perjalanan yang jauh selama 4 jam ke premis Imadi Pet Johor Bahru.

Sememangnya pemilik berniat agar kucingnya mati di premis Imadi Pet Johor Bahru supaya mudah untuknya menuntut ganti rugi diatas kecuaian dan kesalahannya sendiri.

Pemilik tiba di Imadi Pet Johor Bahru sekitar jam 10.30 malam yang mana diwaktu ini semua klinik veterinar di sekitar Johor Bahru telah ditutup. Pemilik memohon jasa baik kami untuk menempatkan kucingnya di premis kami sementara menunggu klinik veterinar dibuka keesokan harinya. Kami telah memberitahu kepada pemilik bahawa Imadi Pet tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa terhadap kucingnya dan pemilik telah bersetuju atas hal ini.

Keesokan harinya (Sabtu 5 Ogos 2017) sekitar jam 11 pagi, pihak kami bersama pemilik menghantar kucing tersebut ke klinik veterinar untuk mendapatkan rawatan intensif. 

Malangnya, kucing tersebut tidak boleh ditempatkan di klinik mereka memandangkan klinik ini tidak beroperasi pada hari Ahad dan telah diberitahu untuk membawa semula kucing tersebut pada hari Isnin 7 Ogos 2017. Sekali lagi pihak pemilik meminta bantuan kami untuk menempatkan kucingnya di Imadi Pet sementara menunggu hari Isnin.



Ahad 6 Ogos 2017 sekitar jam 11 pagi kami dapati kucing tersebut telah mati dan pihak Imadi Pet telah memberitahu hal ini kepada pemilik.

Sekitar jam 3 petang, kami didatangi oleh pemilik dan sekaligus mereka menuntut ganti rugi atas kematian kucingnya. Kami secara rendah diri memberitahu bahawa tiada sebarang ganti rugi akan dibuat oleh pihak Imadi Pet memandangkan kucingnya dipelihara di rumah. Pemilik telah memelihara kucing tersebut lebih dari 5 bulan dan sepanjang tempoh penjagaan kucing itu di rumah, pemilik tidak pernah mengadu apa-apa masalah kucingnya.Pihak Imadi Pet hanya memberi jaminan selama 72 jam sahaja dari tarikh pembelian dan selepas tarikh ini, sebarang risiko adalah tanggung jawab pemilik sendiri.

Pasangan suami isteri ini (pemilik) terus bertindak kasar dan memekik sekuat hati, menghina dan memaki saya dan staff saya atas ketidak puasan hatinya. Pasangan ini telah mengugut saya untuk menjatuhkan dan merosakan perniagaan Imadi Pet dan ingin memviralkan hal ini. Pasangan ini juga telah mengalau ramai pelanggan-pelanggan yang berada di premis ketika itu.

Saya bukannya melarikan diri sepertimana tuduhan yang dilemparkan sebaliknya saya meninggalkan pasangan yang sedang bertindak liar dan ganas ini.

Sekitar jam 6 ptg, kami menghubungi pihak polis dari balai polis tampoi Johor Bahru untuk menarik pasangan ini keluar dari premis kami.

Jam 8 malam, pihak kami telah membuat laporan polis berkaitan kejadian ini.Pihak Imadi Pet telah melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang mengeluarkan saman kepada individu-individu terbabit yang menjatuhkan serta memalukan perniagaan Imadi Pet.

Rasullullah SAW amat menyayangi kucingNYA, jesturu itu menjadi ikutan umat-umatNYA. Demi memanjangkan Sunnah Rasullulllah SAW ini di samping memberi kasih sayang terhadap kucing yang kita pelihara ia juga menjadi terapi diri memberi ketenangan dan saling menyayangi diantara satu sama lain. 

Dari apa yang kita lihat, ramai pemilik kucing tidak menjiwai Sunnah Rasullullah SAW ini sebaliknya ramai pemilik kucing menyimpan rasa iri hati dan hasad dengki serta membenci di antara mereka.

Maka timbulah fitnah dan menghasut untuk menjatuhkan pihak-pihak tertentu. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya kita mengambil iktibar dan memahami tujuan Sunnah Rasullullah SAW ini.

Imadi Pet menjalankan pernigaan bukan untuk menipu orang ramai sebaliknya Imadi Pet adalah salah satu pusat untuk menimba ilmu penjagaan kucing serta memberi peluang kepada pemiliknya disamping menjadi hobi yang sangat berfaedah.

Sekian, terima kasih.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://utusanmalaysian.blogspot.com/2017/08/kenyataan-rasmi-pengasas-imadi-pet.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mama Papa Kena Tahu Kegunaan Tali Pusat Bayi Baru Lahir Rugilah Biar Macam Tu Je

Mama Papa Kena Tahu Kegunaan Tali Pusat Bayi Baru Lahir Rugilah Biar Macam Tu Je

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 259 hits
Biasalah bila dah berkahwin pastinya setiap pasangan impikan cahaya mata Namun cepat atau lambat bergantung pada rezeki Mungkin ada yang teruja menerima berita gembira ini tetapi tak kurang juga yang masih belum bersedia Tak kisahlah apa pu...
Ada Menyamakan Kesabaran Saya Macam Tuhan Dewa Anwar

Ada Menyamakan Kesabaran Saya Macam Tuhan Dewa Anwar

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 277 hits
Menurut akhbar online MalayMail Anwar berkata ada orang menyamakan kesabarannya seperti kesabaran Tuhan Adakah Anwar sedar apa diucapkannya Kita manusia biasa nak samakan dengan Nabi pun tak layak inikan Tuhan Manakala mengikut berita Malay...
Macam Macam Bentuk Investasi

Macam Macam Bentuk Investasi

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 262 hits
Zonanesia Di era modern seperti saat ini Investasi telah menjadi lahan bisnis baru yang menjanjikan Di dunia yang semakin hari segala sesuatunya semakin berkembang ini investasi sudah menjadi hal yang dicari dan dijalankan oleh banyak orang...
Macam Macam Ancaman Yang Ada Di Internet

Macam Macam Ancaman Yang Ada Di Internet

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 179 hits
Untuk teman teman yang sering menggunakan internet harus lebih berhati hati lagi ya Sebab ada banyak sekali macam macam ancaman yang ada di internet yang bisa kamu temui ketika sedang browsing ataupun download download file di internet Kare...
Eh Macam Kena Dengan Jiwalah

Eh Macam Kena Dengan Jiwalah

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 239 hits
Assalammualaikum wbtEH MACAM KENA DENGAN JIWALAH Pemula atau pencetus sesuatu hal itu bakal menjadi sebutan dan membawa seribu satu atau lebih tanggungjawab Kalau baik maka manislah Andai sebaliknya maka kelatlah jadinya atau mungkin menjad...
Wanita Pun Gatal Macam Lelaki

Wanita Pun Gatal Macam Lelaki

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 625 hits
Kesimpulannya yang jelas dan nyata wanita sukar mengakui bahawa dirinya gatal Meskipun sudah jelas dia seorang yang gatal tetapi dia tetap marah apabila dikata begitu Berbeza lelaki kebanyakan lelaki hidung belang bangga apabila disamakan s...
Dap Tak Mahu Kaki Putar Belit Macam Najib Razak

Dap Tak Mahu Kaki Putar Belit Macam Najib Razak

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 399 hits
Pada 5 Disember 2019 Mengulas lanjut Edry dalam pada itu turut sempat berseloroh apabila mengajak Najib untuk turut memohon kerja kosong yang ditawarkan DAP memandangkan beliau kini kehilangan kerja selepas kalah pilihan raya umum lalu Sebe...
Macam Macam Usaha Bisnis Sampingan Untuk Karyawan

Macam Macam Usaha Bisnis Sampingan Untuk Karyawan

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 273 hits
Zonanesia Bekerja di sebuah perusahaan merupakan sebuah kebanggaan tersendiri bagi sebagian orang karena kita dapat memiliki penghasilan rutin setiap bulan jadwal kerja yang teratur jenjang karir jaminan kesehatan dari perusahaannya dan beb...
Macam Tidak Ikhlas

Macam Tidak Ikhlas

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 252 hits
Assalammualaikum wbtMACAM TIDAK IKHLAS Sedang mencari kata kata Sambil menaip ni sambil otak cuba mahu memilih dan menyusun ayat Moga apa yang mahu disampaikan itu sampai dan menjadi saham memenuhkan dan memberatkan uncang uncang pahala kel...
Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi

Saya Harap Isu Aliff Aziz Tak Jejaskan Saya Cari Rezeki Di Malaysia Aaron Aziz

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Henry Ridley Kuala Tembeling Jerantut 1911

10 Toner Untuk Kulit Berminyak 2024

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Sarapan Pagi

Pas Quashing Of Zafrul S Affidavit Raises Concerns About Govt S Integrity