Kenyataan Media Pemuda Amanah Nasional









9 DISEMBER 2024


KUASA RAKYAT: KEJATUHAN BASHAR AL-ASSAD DAN PENGAJARAN BUAT DIKTATOR ZALIM


1. Rakyat Syria hari ini menutup lembaran hitam pemerintahan Basyar al-Asad, seorang diktator kejam yang telah mencengkam negara itu selama bertahun-tahun dengan kekejaman dan penindasan. Kemenangan ini diraikan dengan penuh rasa syukur – laungan takbir bergema di jalanan, bendera kebebasan berkibar megah, dan rakyat berkumpul dengan senyuman yang tidak mampu disembunyikan. Ini adalah detik bersejarah yang membuktikan bahawa kuasa rakyat mampu menjatuhkan kekuasaan yang zalim, walau berapa lama ia bertahan.


2. Bashar al-Assad meninggalkan kesan luka yang mendalam terhadap rakyat dan tanah Syria. Di bawah pemerintahannya, ratusan ribu nyawa tidak bersalah dibunuh, jutaan lagi terpaksa meninggalkan tanah air mereka, dan bandar-bandar Syria hancur akibat serangan tidak berperikemanusiaan. Malah, kezaliman rejimnya melangkaui batas – penyeksaan dalam penjara dan pencabulan hak asasi manusia yang tiada penghujungnya. Namun, di sebalik semua itu, rakyat Syria tetap bangkit dengan semangat yang tidak pernah luntur.


3. Kejayaan ini adalah satu tamparan besar kepada mana-mana diktator zalim di dunia. Ia membuktikan bahawa kuasa rakyat adalah kekuatan sebenar, dan kezaliman tidak akan kekal selama-lamanya. Ini adalah pengajaran buat sesiapa sahaja yang menyalahgunakan kuasa untuk menindas – bahawa mereka tidak akan terlepas daripada hukuman. Dunia sedang menyaksikan, dan rakyat yang tertindas sentiasa memiliki kekuatan untuk bangkit menuntut kebebasan dan keadilan.


4. Syria, yang terletak di lokasi strategik Timur Tengah, menjadi medan proksi kuasa besar serta pertembungan. Syria terus berdepan ancaman penjajahan Zionis, termasuk pendudukan haram di Bukit Golan. Lokasinya yang bersempadan dengan Israel, Turki, Iraq, dan Lubnan menjadikannya pusat geopolitik yang mudah mencetuskan ketidakstabilan serantau. Oleh itu, masyarakat antarabangsa perlu segera membantu Syria membina semula negaranya dan memperkukuh kestabilan, agar negara ini mampu mengekang agenda Zionis Israel serta menjadi simbol kebangkitan dan kedaulatan di rantau ini.


@MUSA'B MUZAHAR
Pengerusi Biro Antarabangsa
Pemuda Amanah Nasional


#PemudaAMANAH
#PartiAmanahNegara






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/12/kenyataan-media-pemuda-amanah-nasional.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 324 hits
SHAH ALAM Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mengingatkan Angkatan Muda Keadilan Wilayah Persekutuan mengelakkan naratif yang boleh memecahbelahkan kerjasama politik sedia ada Ketua Penerangan Pemudanya Nasrun Nasaruddin berkata sebarang kenya...
Ppim Sokong Rakyat Saman 60 Juta Bimbang Akta 342 Disalahguna Kenyataan Media Ppim 29 11 2024

Ppim Sokong Rakyat Saman 60 Juta Bimbang Akta 342 Disalahguna Kenyataan Media Ppim 29 11 2024

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 251 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyokong penuh pemfailan saman RM60 juta terhadap 25 defendan termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia seperti yang dilaporkan media semalam Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi berpendapat tunt...
Isu Bayi Meninggal Dibekukan Mana Satu Betul Statement Wan Chai Atau Kenyataan Media Hospital Bersalin Razif

Isu Bayi Meninggal Dibekukan Mana Satu Betul Statement Wan Chai Atau Kenyataan Media Hospital Bersalin Razif

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 254 hits
HOSPITAL BERSALIN RAZIF11 Disember 2024Kenyataan MediaHospital Bersalin Razif ingin memberikan penjelasan mengenai semua tuduhan yang tersebar di media sosial baru baru ini Pesakit ini yang mendakwa sedang hamil anak pertama telah datang ke...
Pemuda Pas Tak Tahu Apa Apa Isu Royalti Terengganu

Pemuda Pas Tak Tahu Apa Apa Isu Royalti Terengganu

papar berkaitan - pada 29/11/2024 - jumlah : 122 hits
HarapandailyMUAMMAR QADDAFiKenyataan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas negeri Terengganu mengkritik AMANAH sebagai tidak menghormati hak federalisme dalam isu royalti Terengganu mencerminkan ketidaktahuan apa apa pimpinan sayap pemuda parti...
Tular Gambar Baring Di Sisi Pusara Pemuda Akui Hidup Tanpa Ibu Terasa Berat

Tular Gambar Baring Di Sisi Pusara Pemuda Akui Hidup Tanpa Ibu Terasa Berat

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 124 hits
Sejak semalam tular gambar seorang pemuda baring di sisi pusara ibu sehingga meruntun hati ramai selepas dikongsikan satu akaun Facebook Selepas gambar berkenaan menjadi perbualan akaun TikTok pemuda terbabit telah menjadi perhatian apabila...
Amanah Postpones National Convention Scheduled For Dec 28 Due To Floods

Amanah Postpones National Convention Scheduled For Dec 28 Due To Floods

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 183 hits
Parti Amanah Negara members have been directed to assist with flood relief efforts Picture by Sayuti ZainudinKUALA LUMPUR Dec 13 Parti Amanah Negara s 2024 National Convention initially scheduled for Dec 28 29 has been postponed due to the ...
Ketua Pemuda Pas Kena Saman Sampai Tahun Depan La Ya

Ketua Pemuda Pas Kena Saman Sampai Tahun Depan La Ya

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 219 hits
Buli Siber Satu cerpen pendek bergambar Fyi kes masih lagi berjalan sehingga tahun hadapan
Pemuda Umno Desak Ketua Menteri Sabah Letak Jawatan

Pemuda Umno Desak Ketua Menteri Sabah Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 175 hits
4 December 2024Pemuda Umno Sabah mendesak Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor supaya meletakkan jawatan susulan pendedahan dakwaan skandal rasuah melibatkan anggota dewan undangan negeri Ketua Pemuda Umno Sabah Sufian Abd Karim berkata pihaknya...
Legoland Malaysia Resort Shines Bright With The Colours Of Raya

Umno Man Rubbishes Claim 14 Mps Will Pull Support For Government

Teori Nuar Musa Bayangi Ayer Kuning

Mana Seluar Dia Foto Eksplisit Kim Soohyun Di Rumah Kim Saeron Didedahkan

Potong Cake Birthday

14 Mp Umno Dikatakan Bakal Melompat

Tinjauan Awal Jenis Jenis Tumbuhan Herba Kawasan Tanah Lembap

Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Amalan Seperguruan

Master Periksa Mata Di Hospital Putrajaya

Tyka Zatyka Cahaya Chord

Ize Suliman Izy Harun Akid Aly Qaseh The Guzzbuzz Project Kecoh Ragam Raya Chord

Ceo Intel Warga Malaysia

Luahan Terbaik Seorang Pelukis