Kenduri
Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Kenduri. Alhamdulillah pada malam Sabtu yang lalu 04122021 selamat sudah kenduri doa selamat Mr. A nak pergi umrah dan juga tahlil arwah buat mereka yang telah pergi mendahului keluarga yang lain. Rezeki Mr. A dijemput lagi untuk menunaikan umrah InSyaAllah pada 15122021. Walaupun tiada perancangan langsung untuk Mr. A buat umrah dalam masa terdekat ini tapi itulah dah rezeki beliau.
Kenduri ini organise by Mr. A dibantu oleh adik ipar dia dan s.i.l Mrs. A 😊😊😊. Mr.A yang plan semua, dari segi menu, masak-masak sendiri aje, kekdahnya petang sebelum kenduri tu adalah rewang-rewang kenduri gittewww... Bahan-bahan mentah semua Mr. A yang uruskan. Kali ini siap ada pasang khemah cause Mr. A nak ajak kawan-kawan dia jugak. Tempat haruslah di Jiboi. Oh! ya hari Jumaat pagi sebelum kenduri tu Mr. A dah siap-siap pi menjemput mak mertuanya hehehe mak Mrs. A letteww... Maaf mak orang tak dapat cuti ada kerja yang mesti disiapkan juga sebelum hari Isnin
Kenduri.
Majlis dimulakan selepas solat magrib. Jemaah sedang tunggu yang lain-lain
Orang pangkal sedang ngecek apa yang kurang 😊😊
Menu malam tu ialah gulai ayam dengan kentang, ikan tenggiri sambal, sayur kacang campur udang, buah-buahan dan mee/ bihun sup
Kenduri.
Actually yang beriya nak pergi tu adalah Mrs. A cause ada sekali malam tu Mrs. A tengok story FB kawan sekolah share tempat-tempat menarik di Mekah sambil tu cakap kat Mr. A tengok ni M dan husband dia pergi umrah bestnya bila kita nak pergi ni? Pastu Mr. A melawak okay-okay esok pagi kita pergi hahaha.... amvoi! suka dia membahan sis nih!.
Tapi tak semena-mena 3 ke empat hari selepas tu dia cakap "bu tadi saya jumpa Zul lawyer (kawan we all) pakej umrah dia ada satu lagi kosong dia ajak saya". InsyaAllah saya rasa, saya nak pergilah". Okay tak bu? Eh! haii saya yang beria nak pergi awak pulak yang dapat pergi ya... hurmmm... kuciwa saya tau hurmmm... takpelah dah rezeki awak sampai dulu, pergi ajelah 😓😓😓 jawab Mrs. A happy for him. Itulah bila difikir-fikirkan ini semua perancangan Allah jua Dia menjemput sesiapa yang Dia berkehendak untuk menjadi tetamuNYa siapalah kita untuk menafikan
Dah namanya masak-masak sendiri so pagi-pagi Sabtu tu kami semua bebiras dan adik-beradik dah berkumpul di Jiboi. Merewang sesama sendiri aje takdelah sampai minta tolong jiran tetangga. Kenduri sikit sahaja bajet tetamu dalam 50 ke 60 orang. Jika sebelum ini ketua tukang masak adalah M.i.l (Al-fatihah buat arwah ibu mertuaku Hjh Zabedah bt Abu Bakar) tetapi sekarang s.i.l yang take over dibantu oleh biras N depa dua nih! memang pakar memasak yang lelain tu tukang sibuk jer.... eh! muahahhaaaaaa...
Emak Mrs. A dan emak mertua s.i.l
Lala & Cuna, N, Kaklong ✌
Salah satu tugas Mrs.A petang tu adalah menggoreng ikan tenggiri
Kacau jangan tak kacau
Lala pulak take over bila kaklong dah penat
SD tak pernah tak lawak.
Terima kasih juga buat Satwan Singh kerana sudi hadir
Syukur alhamdulillah kenduri berjalan lancar walaupun ada rintik-rintik hujan tapi sekejap sahaja. Food pun mewah secukupnya. Doa kami sekeluarga semoga Mr. A selamat pergi dan selamat kembali dengan mendapat umrah yang maqbul. Mohon rakan-rakan blogger doakan Mrs. A pula ya dapat pergi umrah tidak lama lagi 😊😊😊 Aaamiiin.... InSyaAllah. #veranganitupercuma
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mrsablogstori.blogspot.com/2021/12/kenduri.html