Kenapa Vpn Percuma Tidak Bagus Ini Penjelasannya



Bukan nak mengata, tetapi memang ramai orang kita yang bermentaliti ‘cheapskate’. Telefon pintar bukan untuk orang kurang akal. Telefon pintar masing-masing berharga lingkungan RM2000-3000, tetapi bila tiba bab aplikasi, masing-masing nak yang percuma atau cracked.
Samalah halnya dengan perkhidmatan/servis VPN. Selagi boleh nak cari yang laju, ada berpuluh pelayan, ada bermacam-macam ciri, boleh langkau apa-apa sekatan, tetapi semahu-mahunya mesti murah-semurah-murahnya atau paling bagus sekali PERCUMA.
There’s no such things as FREE LUNCH.
Ingat, apa jua produk yang percuma, anda adalah produknya. Anda adalah bayarannya.
Saya masih ingat, antara servis VPN bertapak di Malaysia yang gagal akibat mentaliti ingin benda percuma seperti ini ialah KnightVPN. Syarikat tersebut baru bertapak selama beberapa bulan, tetapi akhirnya terpaksa ditutup setelah bankrup kerana tidak lagi dapat bertahan.
Servis VPN tidak boleh dijadikan servis percuma.
Syarikat perlu menanggung kos pelayan, kos operasi, kos sewa pejabat, gaji pekerja, dan pelbagai utiliti serta kegunaan harian lain seperti kenderaan dalam usaha untuk menghidupkan servis terus kepada anda, penggunanya.
Apabila kos ini berada dalam julat yang tinggi, tidakkah anda nampak apabila ia boleh pula dibuat dan digunakan oleh anda secara percuma, ada ‘harga’ lain yang perlu dibayar.
Ia tidak semudah itu.
Apabila servis seperti ini percuma, sudah pasti akan terselit di balik aplikasinya akan sesuatu untuk menjana kewangan. Siapa pula yang nak tanggung segala macam kos di atas, jika anda sesedap rasa hanya tekan butang ‘ON’ dan gunakan sewenang-wenangnya tanpa perlu berfikir apa yang tersembunyi di belakang operasi aplikasi.

Antara Keburukan VPN Percuma
Dirujuk dari sebuah kertas kajian iaitu di sini, aplikasi/servis VPN percuma yang banyak terdapat di Google Play Store banyak darinya yang mempunyai ciri-ciri:
*18% darinya tidak membuat enkripsi data pun!
*38% menyuntik malware dan malvertising ke dalam peranti.
*84% membocorkan/meniriskan trafik pengguna.
*80% menggunakan permission yang agak ‘explicit’ untuk mendapatkan data peribadi/sulit pengguna seperti akaun-akaun dan mesej teks.
*75% menggunakan kaedah tracking libraries dari pihak ketiga.
Harga Sebenar Yang Perlu Dibayar
Tiada apa yang percuma selain makan kenduri yang dijemput ya para pembaca sekalian. Dengan berharap anda memuat turun sebuah aplikasi VPN, sebenarnya anda telah memasang sebuah alat penuai data yang sangat berkesan.
Contohnya dapat dilihat dari aplikasi Hola VPN yang telah menjual bandwidth pengguna mereka lalu mencipta pula VPN mereka sendiri, tanpa perlu berharap kepada mana-mana pelayan yang disewa! Namun aplikasi yang sama juga telah menjadi top free app di Google Play Store meskipun telah mendapat kecaman dari media di serata dunia, termasuklah omghackers.com.
Memang banyak perkara yang boleh dipertikaikan, namun apalah ertinya jika ingin diterangkan kepada pengguna yang hanya inginkan benda percuma dalam hidup.
Saranan Kami:
Gunakanlah servis berbayar yang lebih tinggi integritinya. Carilah syarikat yang mempunyai rekod trak yang bersih. Bukan tidak ada, bahkan banyak telah kami ulaskan seperti ExpressVPN, NordVPN, CyberGhost. Saya sendiri menggunakan Surfshark dalam urusan seharian. Gunakanlah servis dari yang pakar, yang betul-betul arif tentang VPN, yang tahu selok-belok menjaga pelayan, bukan hanya menyewa pelayan murah dan lembab semata-mata, kemudian dijual pula ‘servis’ tersebut kepada anda.
Kalau hendak gunakan VPN berharga RM30, jangan beli atau guna dari para peniaga hingusan, yang memberikan anda hanya sekadar config ovpn, dengan tujuan untuk ‘bypass speed dan quota’. Biasa dengar bukan?
Kalau hendak gunakan servis antara yang terbaik, tetapi dalam masa yang sama agak murah juga, gunakan servis-servis VPN yang telah kami ulas dalam laman ini. Biar kita bayar untuk integriti, bukan guna sesuatu yang percuma konon untuk berjimat tetapi apa yang kita dapat adalah pengkhianatan apabila data dituai dan dijual sewenangnya!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/kenapa-vpn-percuma-tidak-bagus-ini-penjelasannya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keepsolid Vpn Unlimited Bagus Untuk Penstriman Kecundang Bab Privasi

Keepsolid Vpn Unlimited Bagus Untuk Penstriman Kecundang Bab Privasi

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 254 hits
Dewasa ini terdapat banyak benar pilihan servis VPN dengan pelbagai selling point masing masing Ada yang menumpukan kepada penstriman ada yang menumpu kepada privasi dan sekuriti dan tidak kurang juga yang mencuba untuk jadi kedua duanya Ji...
Qatar Airways Mahu Beri 100 000 Tiket Percuma Untuk Petugas Perubatan Seluruh Dunia

Qatar Airways Mahu Beri 100 000 Tiket Percuma Untuk Petugas Perubatan Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 296 hits
DOHA Syarikat penerbangan Qatar Airways menawarkan 100 000 tiket percuma kepada petugas barisan hadapan dari sektor penjagaan kesihatan di seluruh dunia sebagai tanda penghargaan di atas jasa dan pengorbanan mereka dalam membantu membantera...
Adobe Max Akan Diadakan Secara Digital Pada Tahun Ini Percuma Untuk Semua

Adobe Max Akan Diadakan Secara Digital Pada Tahun Ini Percuma Untuk Semua

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 327 hits
Disebabkan penularan wabak Covid 19 kita telah sedia melihat sejumlah acara mula dialihkan daripada diadakan secara fizikal kepada acara secara maya atau digital Terbaru pihak Adobe turut mengumumkan perkara sama Acara Adobe Max yang sering...
Viral Video Cowok Berseragam Pamer Senjata Warganet Percuma Gagah Kalau Nggak Bisa Kayak Gini

Viral Video Cowok Berseragam Pamer Senjata Warganet Percuma Gagah Kalau Nggak Bisa Kayak Gini

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 285 hits
Nggak semua yang berseragam pasti jadi inceran banyak cewek kalau kelakuanmu minus ya sama aja Bang
Percuma Beb Ashes Of The Singularity Escalation Di Humble Store

Percuma Beb Ashes Of The Singularity Escalation Di Humble Store

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 277 hits
Satu lagi permainan percuma yang anda boleh nikmati namun masa agak terhad Ashes Of The Singularity Escalation adalah sebuah permainan RTS dengan kemampuan meyokong lambakan unit didalam skrin dalam satu masa sekaligus sebuah permainan yang...
Adakah Permainan Gta V Boleh Didapati Secara Percuma Di Epic Games Store Pada Hari Ahad Ini

Adakah Permainan Gta V Boleh Didapati Secara Percuma Di Epic Games Store Pada Hari Ahad Ini

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 329 hits
Adakah permainan GTA V boleh didapati secara percuma di Epic Games Store pada hari Ahad ini Jakarta CNBC Indonesia Pemain bersiap siap sebagai khabar angin mengenai kedai Epic Games yang melancarkan Grand Theft Auto 5 hujung minggu ini Mela...
Mengapa Gps Percuma 10 Fakta Menarik Mengenai Sistem Gps

Mengapa Gps Percuma 10 Fakta Menarik Mengenai Sistem Gps

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 520 hits
Jika anda ingin ke destinasi yang tidak pernah dilawati menjadi kebiasaan sekarang untuk menggunakan aplikasi navigasi seperti Google Maps dan Waze Aplikasi aplikasi ini menggunakan sistem Global Positioning System yang memberikan ketepatan...
Video Viral 3 Suster Katolik Nyanyikan Lagu Idul Fitri Ganjar Suaranya Bagus Makasih Ya

Video Viral 3 Suster Katolik Nyanyikan Lagu Idul Fitri Ganjar Suaranya Bagus Makasih Ya

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 299 hits
Video tiga suster Katolik menyanyikan lagu berjudul Idul Fitri viral di media sosial Dari penelusuran Kompas com Gubernur Jawa Tengah Ganjar Pranowo pun sempat melontarkan pujian melalui akun Instagram nya ganjar pranowo Ganjar pun memuji s...
Tukang Ketoprak Untung Rp 100 000 Sudah Bagus Bantuan Pemerintah Enggak Dapat

Tukang Ketoprak Untung Rp 100 000 Sudah Bagus Bantuan Pemerintah Enggak Dapat

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 366 hits
Selain biaya hidup Bayu harus membayar sewa kontrakan sebulan Rp 500 000 Ia mengaku lebih menghemat supaya bisa mengirimkan uang THR untuk istri dan anaknya di kampung
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi