Kenapa Tiada Yang Mendesak Azmin Buat Ujian Poligraf




Susulan tampilnya pihak tertentu, khususnya pengampu Perdana Menteri yang menggesa agar Anwar Ibrahim juga perlu menjalani ujian poligraf berikutan penuduhnya yang mendakwa  diganggu secara seksual, Mohamad Yusoff Rawther telah berbuat demikian, mereka seolah-olah lupa dengan kes yang lebih penting daripada itu.

Ia tidak lain adalah kes “video Haziq” yang dikaitkan dengan Azmin Ali yang kini sudah pun berlarutan lebih enam bulan tanpa ketahuan sama ada akan  dilakukan pendakwaan atau disenyapkan begitu saja.

Dalam kes tersebut, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mendakwa pasangannya melakukan hubungan sejenis sebagaimana tersebar dalam video itu adalah Azmin, beliau bukan saja sudah disiasat polis, malah difahamkan turut menjalani ujian poligraf.

Ia adalah bagi menentukan kebenaran atau kesahihan dakwaan yang dibuatnya terhadap Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.

Bagaimanapun, ujian poligraf terhadap Haziq itu tidak didedahkan secara terbuka sepertimana hebohnya  perihal mengenai Yusoff yang sedia melakukan ujian yang sama.

Tetapi, mereka yang rapat dengan Haziq memaklumkan ujian itu memang dilakukan keatasnya dan hasilnya difahamkan cukup positif.

Selain itu, seorang lagi Haziq iaitu Mohd Haziq Hassan Mohd Ayub yang dikaitkan dengan syarikat pelancongan yang menyaman Azmin kerana menuntut hutang sebanyak RM328,901 dan telah ditahan polis selama lima hari sebelum ini, turut sama telah menjalani ujian poligraf dengan pihak PDRM.

Haziq Hassan dikatakan ditahan polis kerana siasatan berhubung peranannya dalam menguruskan tiket perjalanan dan penginapan untuk Azmin.

Semasa ditahan dan dalam proses siasatan itu, Haziq Hassan difahamkan turut menjalani ujian poligraf untuk menentukan kebenaran dalam kata-katanya.

Hasil ujian terhadapnya juga dikatakan positif pada kadar yang tinggi.

Sebagai makluman, YHA Travel & Tours yang sebelum ini menyaman Azmin kerana menuntut tunggakan hutang RM328,901 adalah kepunyaan ibu bapa Haziq Hassan dan syarikat  itu telah mengendalikan urusan tiket dan perjalanan untuk Azmin sejak lebih 20 tahun yang lalu.

Dalam saman balas terhadap YHA Travel & Tours yang menuntut hutang daripadanya, Azmin mendakwa ia mempunyai kaitan dengan konspirasi “video Haziq” yang mengaitkan dirinya.

Tuntutan balas Azmin itu juga menyatakan bahawa ibu bapa Hassan yang merupakan pemilik YHA Travel & Tours mempunyai "hubungan yang sangat rapat" dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Mereka yang biasa dengan syarikat itu memberitahu, YHA Travel & Tours bukan saja rapat dengan Anwar, tetapi juga dengan Azmin dan hubungan perniagaan mereka telah bermula sejak lama sebelum ini.

Diberitakan hubungan itu bermula sejak Anwar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, manakala Azmin ketika itu adalah Setiausaha Sulit kepada Anwar.

Apa yang penting di sini, jika Yusoff sudah menjalani ujian poligraf dan daripadanya lalu timbul desakan agar Anwar perlu menjalani ujian yang sama, tetapi dalam kes Azmin, dua Haziq iaitu Haziq Abdul Aziz dan Haziq Hassan telah pun diuji dengan mesin poligraf juga.

Maka, kenapa tiada yang tampil mendesak agar Azmin lebih perlu berani menjalani ujian poligraf?

Agak-agak, jika Azmin menjalani ujian poligraf berhubung “video Haziq” itu, bagaimanakah degupan jantung, denyut nadi dan peluh memercik di tubuhnya? (Shahbudin Husin 18/12/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/12/kenapa-tiada-yang-mendesak-azmin-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengapa Azmin Ali Tidak Dipanggil Utk Ujian Poligraf

Mengapa Azmin Ali Tidak Dipanggil Utk Ujian Poligraf

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 283 hits
MENGAPA AZMIN ALI TIDAK DIPANGGIL UTK UJIAN POLIGRAF Berikut adalah artikel dari Shahabudin com Tidak dapat dinafikan memang berlaku konspirasi Daulah Terpendam yg mahu memecah belahkan Pakatan HArapan dan menaikkan kerajaan Semburit Waktu ...
Ujian Poligraf Untuk Anwar

Ujian Poligraf Untuk Anwar

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 400 hits
December 18 2019KENYATAANNYA telah dirakam dua kali oleh pihak Polis Bersungguh mahu menegakkan kesnya semalam Muhammed Yusoff Rawther ke Bukit Aman lagi Kali ini untuk secara sukarela menjalani ujian poligraf atau lie detector iaitu satu a...
Yusoff Rawther Menjalani Ujian Poligraf Di Bukit Aman

Yusoff Rawther Menjalani Ujian Poligraf Di Bukit Aman

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 446 hits
Datuk Mohammed Haniff Kathri Abdulla bersama anak guamnya Muhammad Yusoff Rawther hadir ke Bukit Aman pukul 2 50 petang tadi untuk menjalani ujian poligraf
Yusoff Rawther Jalani Ujian Poligraf 4 Jam Kata Peguam

Yusoff Rawther Jalani Ujian Poligraf 4 Jam Kata Peguam

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 557 hits
Yusoff Rawther jalani ujian poligraf 4 jam kata peguam Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 17 Dec 2019 10 53PM
Kenapa Bersungguh Adakah Ujian Poligraf Penuduh Anwar Gagal

Kenapa Bersungguh Adakah Ujian Poligraf Penuduh Anwar Gagal

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 353 hits
Berbeza dengan kes Azmin Ali yang sudah berlarutan lebih enam bulan tanpa sebarang keputusan pihak polis nampaknya begitu bersungguh dan bertindak agak pantas dalam kes Anwar Ibrahim Setelah penuduh Mohamad Yusoff Rawther diambil keterangan...
Keputusan Ujian Poligraf Video Semburit

Keputusan Ujian Poligraf Video Semburit

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 523 hits
17 Disember 2019 Yusoff Rawther bekas pembantu Anwar Ibrahim buat ujian poligraf di Bukit Aman Ujian itu selama 4 jam dijalankan oleh 3 pakar daripada jabatan jabatan yang terlibat 24 Disember 2019 Selepas 9 hari Ketua Polis Negara Tan Sri ...
Moga Anwar Pun Sanggup Buat Ujian Poligraf

Moga Anwar Pun Sanggup Buat Ujian Poligraf

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 341 hits
Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir hari ini mencadangkan agar Anwar Ibrahim menjalani ujian poligraf Roslan berkata demikian selepas bekas penyelidik PKR Muhammed Yusoff Rawther selesai menjalani ujian poligraf di ...
Akmal Ucap Terima Kasih Azmin Sudi Hadir

Akmal Ucap Terima Kasih Azmin Sudi Hadir

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 442 hits
Diterbitkan 5 Dis 2019 11 52 malamBERITAKONGRES PKR Di tengah tengah pergeseran konflik dalaman parti yang melibatkan kumpulan presiden PKR dan orang keduanya Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir malam ini berterima kasih terhadap Azmin Ali kerana ...
Azmin Terpaksa Berdamai Kerana

Azmin Terpaksa Berdamai Kerana

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 420 hits
Azmin Terpaksa berdamai kerana 1 Sambutan Kongres peribadinya di KL tak dapat sambutan 2 Amaran Anwar jika Kongres lain di jalankan juga maka proses pemecatan bermula 3 Kecaman seluruh akar umbi yang menolak Kartel n the geng telah mula mer...
Coming Soon The New Huawei Matepad 11 5 Papermatte Edition 2025

Resepi Ayam Sambal Tempoyak Petai

Terkini Kes Zara Pengetua Penolong Kanan Hem Warden Asrama Ditempatkan Sementara Di Jpn Sabah

Enam Orang Termasuk Empat Kanak Kanak Maut Api Terlalu Marak Sukar Untuk Selamatkan Mangsa

Belanda Minta Israel Beri Penjelasan Kematian Wartawan Al Jazeera Di Gaza

Mic At A Crossroads Time To Reclaim Relevance

Kelantan Trw Kongsi Mata Dengan Imigresen Fc

Flag Blunders Kapar Mp Suggests Audit On All Govt Agencies Schools


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Corak Bunga Alam Ini Menakjubkan Sesiapa Memandang

Buli Di Sekolah Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Dan Saluran Aduan Kpm

Naratif Baru Pn Ydp Agong Lantik Orang Tidak Sah Jadi Pm

Syamsul Haris Sering Diejek Diprovokasi Ibu Kadet Palapes Harian Metro 12 08 2025

Filem Magik Rompak

Makan Malam Di Kafe Kebun Dusun Pak Din Yang Baharu