Kenapa Tak Padam Post Saya Hanya Share Link Bukan Upload Video Munafik 2 Oks



Padah berdegil menghapuskan perkongsian link untuk memuat turun filem Munafik 2 secara haram di media sosial, pengarah filem tersebut, Syamsul Yusof, telah memfailkan saman terhadap individu terbabit atas dakwaan melanggar hak cipta filem terbitan Skop Productions. 
Difahamkan, pihak Syamsul sebelum itu telah memberikan amaran kepada Muhammad Izwan Shah Kamal Shah, 30, dan beberapa individu lain untuk menarik balik perkongsian haram itu. Malangnya, Muhammad Izwan dikatakan berdegil, malah dengan berani mencabar Syamsul mengambil tindakan terhadapnya. 
Ekoran itu, Syamsul telah membuat laporan polis pada 20 September lalu dan perbicaraan di mahkamah berlangsung pada hari ini. 
Bagaimanapun, 10 jam yang lalu tersebar di media sosial kenyataan dari individu yang dipercayai ditulis oleh Muhammad Izwan yang menggunakan nama samaran, Sasuuke Kun. 
"Salam semua. Sebelum kes perbicaraan di Mahkamah Taiping pukul 9 pagi ini, izinkan saya memberi sepatah dua kata. Dalam usaha membela diri (sebab saya tidak mampu mengupah peguam untuk bercakap bagi pihak saya, saya harap di media sosial ini sahaja yang boleh saya ceritakan apa yang saya lalui). 
"Seperti yang saya beritahu hari itu, saya akan menulis atau menaip perihal isu kes saman Syamsul ke atas diri saya yang sudah lama dalam kesusahan ini. 
"Firstly, saya mengaku saya memang jenis suka nak menang dalam apa jua perdebatan, keyboard warrior, bongkak, ego. Tetapi percayalah saya selalu berjuang mengikut fakta, bukan auta. Mana yang sudah lama kenal saya, diorang saja yang faham saya macam mana. 
"Pasal post link Munafik 2 tempoh hari, saya betul-betul memohon maaf jika ada pihak yang tersinggung. Seriously saya tak kenal orang. Memangkan semua post saya dalam bentuk public, random people datang komen. Kebanyakan post saya dalam bentuk sharing info. Sama ada komen positif mahupun negatif. 
"Tapi tak sangka post saya hari itu, PA Syamsul dengan adik perempuan dia sendiri yang datang komen. 
"Kenapa tak padam post? Ini persoalan utama yang orang tanya saya. Sebenarnya video itu sudah lama ada, orang upload di Facebook pada 14 hari bulan, siap boleh direct stream menerusi Facebook. 
"Saya pula mula share link itu pada 19 haribulan, itupun link copy paste saja dari group movie di Facebook. Bukan saya yang upload. 
"Selepas beberapa jam, link yang saya share itu, uploader asal sudah remove file itu dari Google Drive. Dia mungkin takut Gmail dia dikesan. Jadi saya pun jadi berani, tak padamkan post yang saya share itu. Saya anggap tiada isu di situ. Orang masih tak boleh nak download walaupun post tak delete sebabnya link sudah mati. 
"Tapi nak buat macam mana? Netizen anggap selagi post itu tak padam, selagi itu fail itu boleh dimuat turun. 
"Sebut pasal tuduhan yang kata saya memuat naik fail tersebut adalah tidak benar. Saya hanya sekadar sharelink sahaja, bukan upload. Untuk info, maksud uploader adalah individu yang memiliki salinan softcopy asal fail tersebut dan dimuat naik ke dalam online storage dan bagi tujuan untuk diakses secara online oleh orang lain. 
"Pasal tuduhan saya menjana pendapatan dari aktiviti-aktiviti sharing link ini pun tidak benar. Saya tidak pernah buat duit dengan cara ini. Bank statement saya sebagai bukti, hanya duit gaji kerja kilang sebulan sekali saja yang masuk. 
"Pasal kerja pula, tuduhan mengatakan saya bekerja di sebuah syarikat grafik kononnya ada berkaitan dengan kerja-kerja mencetak dan menyalin juga adalah tidak benar. Saya hanya kerja kilang sahaja. Hari-hari kehidupan saya dihabiskan di kilang. Bangun tidur jam lima pagi, naik bas kilang jam enam pagi, sampai kilang jam tujuh pagi. Balik kerja sampai rumah dah jam 10 malam. Dua jam sahaja masa terluang yang ada di rumah. Jam 12 malam, saya tidur dan begitulah rutin harian saya setiap hari. 
"Saya baru saja kerja di kilang itu tiga bulan lepas. Sebelum ini, tujuh bulan saya terlantar di rumah sebab sakit. Bila berubat secara tradisional, ustaz yang rawat saya kata, kena santau angin. Berubat cara moden, doktor kata saya kena tubercles (TB). 
"Sekarang ini ayah saya pula yang sakit. Saya nekad nak jaga mak ayah saya sepanjang hayat mereka. Soal jodoh-jodoh ini saya dah tak kisah, janji saya dapat tunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang anak lelaki. 
"Komputer yang dirampas KPDNKK tempoh hari pula adalah hasil lima tahun saya kumpul duit. Masa itu gaji saya dalam RM600. Asalnya duit untuk kahwin. Oleh sebab tahun kelima (due date), awek saya kena sailang, kena potong tang corner, saya pun build lah Rig gaming untuk hiburkan hati yang duka ini. 
"Anggaran kerugian saya lebih RM10,000. Rig gaming saya total RM7,000, ditambah plus 2 set phone saya yang bernilai RM3,6000.+. 
"Jam 9 pagi ini, saya tanpa berwakilkan peguam (kerana tiada masa yang cukup sebab bekerja dan tidak berwang), dengan rasa rendah diri dna kerdil akan menghadirkan diri di Mahkamah Tinggi Taiping untuk mengelak daripada terjadinya perintah ingkar. 
"Saya nak datang ke Taiping pun terpaksa pinjam duit kawan. Alhamdulillah kawan saya bagi pinjam RM100. Saya janji dapat gaji nanti, saya bayar balik ASAP. 
"Akhir kata, "Al fitnatul ashadu minal khot". Memfitnah itu lebih buruk daripada membunuh. Dalam banyak-banyak dosa kita terhadap Allah, walaupun taubatan nasuha sekalipun, ada satu dosa saja yang Allah tak ampunkan iaitu dosa kita sesama manusia. 
"Selagi orang itu tidak memberi kemaafan, selagi itu dosa itu tidak terampun. Nauzubillah min zalik," katanya

Sumber: Suka Filem

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2018/10/kenapa-tak-padam-post-saya-hanya-share.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Mohon Maaf Hanya Risau Keadaan Keluarga

Saya Mohon Maaf Hanya Risau Keadaan Keluarga

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 365 hits
MALAYSIAKINI Datuk Seri Najib Razak memohon maaf kerana gagal mengawal perasaannya semasa diwawancara Al Jazeera bagi program 101 East pagi tadi Bekas perdana menteri itu berkata beliau hanya risau dengan keadaan isterinya Datin Seri Rosmah...
Iklankan Video Secara Auto Post Ke Facebook Group Anda

Iklankan Video Secara Auto Post Ke Facebook Group Anda

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 271 hits
BismillahHari ni akhirnya saya share video ke group group Facebook menggunakan Software Viral 2 0 Selama ni pakai gambar sahaja tapi semalam kawan kat group Support Software Viral bagitau dia share video terus dapat sale Apa lagi saya juga ...
Cara Mudah Memasang List Css Hover Link Dalam Post Blog

Cara Mudah Memasang List Css Hover Link Dalam Post Blog

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 228 hits
List Css Hover link HTML muncul sebagai format bullet list number dengan menggunakan css kita boleh menjadikannya bergaya dan berkesan bila diarahkan cursor ke link atau pautan tersebut List Css Hover Link sesuai diterapkan di mana sahaja d...
Cara Mudah Upload Video Ke Youtube Bebas Hak Cipta

Cara Mudah Upload Video Ke Youtube Bebas Hak Cipta

papar berkaitan - pada 11/10/2018 - jumlah : 304 hits
Bukan hanya blog yang bisa dijadikan ladang panen dollar di internet Youtube juga gak akan kalah hebatnya dalam menghasilkan ratusan dollar setiap harinya Media kumpulan video ini sangat terkenal dikalangan pengguna internet dunia Apalagi b...
Xiaomi Hadir Dengan Video Acah Untuk Mi Mix 3 Memperlihatkan Rekaan Boleh Luncur

Xiaomi Hadir Dengan Video Acah Untuk Mi Mix 3 Memperlihatkan Rekaan Boleh Luncur

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 190 hits
Xiaomi sebelum ini telah hadir dengan beberapa gambar acah untuk peranti akan datang mereka iaitu Mi Mix 3 Hari ini pengeluar dari China berkenaan turut hadir dengan sebuah video acah 8211 sekaligus memperlihatkan dengan lebih dekat rekaan ...
Syed Saddiq Puji Adik Thaqif Berusia 12 Tahun Dah Pandai Cipta Permainan Video

Syed Saddiq Puji Adik Thaqif Berusia 12 Tahun Dah Pandai Cipta Permainan Video

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 676 hits
Leka dengan komputer dan gadget sering diperkatakan kebelakangan ini kerana ia menyumbang kepada perubahan tingkah laku anak anak yang cenderung menjadi lebih agresif Namun itu hanya berlaku apabila pendedahan anak anak kepada teknologi mod...
Pembangun Permainan Video Serantau Akan Berkumpul Di Level Up Kl 2018 Anjuran Mdec

Pembangun Permainan Video Serantau Akan Berkumpul Di Level Up Kl 2018 Anjuran Mdec

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 290 hits
MDEC Level Up KL akan kembali pada tahun ini iaitu pada tarikh 27 31 Oktober 2018 dan akan menjadi satu acara yang lebih hebat dan menarik berbanding dahulu Persidangan tahunan bagi pembangun pembangun perisian permainan ini akan diteruskan...
Susulan Video Viral Ayah Doakan Anak Diluarkan Pagar Sekolah Rupa2nya Bukan Calang2 Ayah Pelajar Tersebut

Susulan Video Viral Ayah Doakan Anak Diluarkan Pagar Sekolah Rupa2nya Bukan Calang2 Ayah Pelajar Tersebut

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 421 hits
PETALING JAYA Benarlah doa ibu bapa itu mustajab Oleh itu setiap anak pastinya mengharapkan keberkatan doa ibu bapa masing masing dalam menjalani kehidupan seharian Baru baru ini rakaman tular menunjukkan seorang bapa sedang menghantar anak...
Video Pemandu Mabuk Celaka Langgar Lari Wanita Ini

Video Pemandu Mabuk Celaka Langgar Lari Wanita Ini

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 413 hits
Inilah bahana arak mabuk2 pastu bawa kereta langgar orang sampai mati itupun ada yang bangang sokong pesta air kencing syaitan tuBila kita bantah OCTOBERFEST mereka kata jangan ganggu hak bukan islam Masalahnya sekarang seorang wanita Islam...
Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Polis Cari Waris Lelaki Maut Kemalangan

Celebrating Mother S Day With Legumes Dining With The Queens

Ceo Badan Berkanun Ditahan Sprm Disyaki Seleweng Dana Projek Rm1 2 Bilion

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph

Kerajaan Lulus Pemanjangan Landasan Ltsip

Langkawi Welcomes The World Residences At Sea And Celebrates Tourism Resurgence



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


Unlock Level 99 Chinese Mastery Gamifying Hanzi With On Screen Adventures

Resepi Sambal Ikan

Sambal Bilis Tempoyak Travel Pack

Kelebihan Menggunakan Paperbag Berbanding Plastik Pilihan Lebih Mesra Alam

Bufet Buka Puasa Kat Hotel Excelsior Ipoh

Hasil Tanaman Dalam Pasu