Kenapa Setiap Kali Musim Perayaan Banyak Berlaku Kemalangan




Setiap kali musim perayaan tiba, terutama perayaan besar seperti Hari Raya Aidil Fitri, pasti banyak berlaku kemalangan jalan raya.


Sejak beberapa hari lalu lagi, sudah banyak dilaporkan kemalangan jalan raya yang berlaku di sana sini, termasuk juga yang melibatkan kematian.


Di media sosial, oleh kerana banyak kenderaan sekarang sudah ada kamera di depan dan belakang, turut dipaparkan beberapa video insiden kemalangan yang kadang-kadang membuatkan kita geleng kepala.


Kenapakah ini berlaku?


Apakah ia disebabkan jumlah kenderaan yang banyak berada di atas jalan raya?


Atau sikap pemandu yang gopoh dan gemar memandu laju sebagai puncanya?


Meskipun berlakunya kemalangan itu berpunca daripada sebab yang berangkali atau saling kait-mengait antara jumlah kenderaan yang meningkat, pemandu gopoh, memandu laju dan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik, tetapi boleh dikatakan sebab utamanya ialah sikap pemandu itu sendiri.


Semua orang tentu pernah menyaksikan sendiri bagaimana sikap sesetengah pemandu bila memandu ketika musim perayaan.


Kalau di hari-hari biasa atau hujung minggu ketika kita balik kampung misalnya, biasanya kita akan dapati hampir semua pemandu memandu kenderaan masing-masing dengan teratur dan tidak berlumba-lumba.


Tetapi, amat pelik sekali bila tiba saja musim perayaan, didapati ramai pemandu yang suka memandu laju dan dengan cara yang merbahaya berbanding biasa seolah-oleh sedang dikejar hantu.


Apa yang mahu dikejar?


Nak cepat sangat sampai ke kampung buat apa, bukannya kampung halaman boleh hilang pun kalau lambat tiba?


Sehingga sekarang, saya masih tidak faham dengan sikap pemandu yang suka memandu laju dan tergopoh-gapah itu.


Sepatutnya bila tiba musim perayaan dengan jumlah kenderaan turut meningkat, semua orang lebih berhemah dan berhati-hati dalam pemanduan mereka.


Lagi pelik kerana kebanyakan yang memandu laju itu biasanya membawa sama keluarga dan anak kecil dalam kenderaan mereka.


Apakah mereka tidak sayangkan keluarga sendiri?


Walaupun sukar mengubah sikap semula, namun marilah kita mulakannya dengan diri kita sendiri.


Hari Raya ini ketika pulang, kita memandulah dengan berhemah, tidak laju, tidak gopoh untuk cepat sampai, selain memastikan kenderaan diselenggara terlebih dahulu sebelum memulakan pemanduan jarak jauh.


Kampung halaman dan keluarga yang ada di kampung tidak ke mana-mana kalau pun kalau kita lambat tiba empat lima jam berbanding biasa.


Keluarga yang menanti kita di kampung untuk memeriahkan sambutan Hari Raya juga tentunya mahukan kita yang masih bernyawa apabila kita tiba di kampung untuk bersama-sama memeriahkan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa, bukan jasad kaku yang sudah berbalut kain putih.


Jika itu yang berlaku, kemeriahan Hari Raya akan bertukar menjadi hari duka dengan dipenuhi tangisan air mata sepanjang masa.


Akhirnya, tidak bermakna lagi Hari Raya yang ingin diraikan itu.


Kepada semua – berhati-hatilah sepanjang masa di jalan raya dan Selamat Hari Raya. – ShahbudinHusin 09/04/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/04/09/kenapa-setiap-kali-musim-perayaan-banyak-berlaku-kemalangan.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/04/kenapa-setiap-kali-musim-perayaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setiap Subuh Berjemaaah Tapi Pelik Tiap Kali Ke Masjid Dia Bawa Sekali Beg Kerja Sekali Buka Penuh Bukti

Setiap Subuh Berjemaaah Tapi Pelik Tiap Kali Ke Masjid Dia Bawa Sekali Beg Kerja Sekali Buka Penuh Bukti

papar berkaitan - pada 14/4/2024 - jumlah : 346 hits
Masa ni aku menyirap betul kau ni dahlah isteri orang bertudung lagi stokin pakai handsock pakai tapi berz1na macam takde rasa apa Betul ke ni suami aku Yang rajin pergi masjid yang kopiah tak pernah hilang kat kepala sepanjang aku kenal Ha...
Ini Cara Orang Korea Balik Kampung Bila Tiba Musim Perayaan

Ini Cara Orang Korea Balik Kampung Bila Tiba Musim Perayaan

papar berkaitan - pada 30/3/2024 - jumlah : 314 hits
Perayaan ini disambut secara besar besaran oleh masyarakat Cina di seluruh dunia kerana ia menandakan kelahiran tahun baru mengikut kalendar lunar Menurut National Today permulaan tahun baru dalam kalendar lunar ini turut diraikan oleh masy...
Foto Momen Pemudik Pejalan Kaki Serbu Pelabuhan Merak Banyak Yang Pilih Perjalanan Malam

Foto Momen Pemudik Pejalan Kaki Serbu Pelabuhan Merak Banyak Yang Pilih Perjalanan Malam

papar berkaitan - pada 7/4/2024 - jumlah : 205 hits
Tak hanya pemudik bermobil ribuan pemudik pejalan kaki juga memadati Pelabuhan Merak pada puncak arus mudik Lebaran 2024
Nasi Goreng Kicap Versi Mak Zaman Dulu Simple Je Tak Guna Banyak Bahan

Nasi Goreng Kicap Versi Mak Zaman Dulu Simple Je Tak Guna Banyak Bahan

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 406 hits
Zaman dulu bukan senang nak dapatkan bahan untuk memasak dan kebanyakan ibu menjadi lebih kreatif semasa menyediakan hidangan Bila nak jimat mesti nak kurangkan bahan agar tapi rasanya tak pernah mengecewakan mungkin sebab air tangan mak tu...
Emosi Saya Meski Banyak Khabar Angin Kim Jongkook Sendiri Mengaku Tiada Rasa Cinta Pada Song Jihyo

Emosi Saya Meski Banyak Khabar Angin Kim Jongkook Sendiri Mengaku Tiada Rasa Cinta Pada Song Jihyo

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 411 hits
Masih tak nampak bayangan jodoh Kim Jong kook mengaku bahawa dia ingin berkahwin sebelum umur mencecah 50 tahun Artikel Berkaitan Terbaru pada 3 April Kim Jong kook telah muncul dalam siaran Radio Star dan ada berkongsi tentang kehidupan pe...
Banyak Persoalan Bermain Di Minda Mengenai Tahanan Di Rumah

Banyak Persoalan Bermain Di Minda Mengenai Tahanan Di Rumah

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 204 hits
Zainuddin Omar bolehkah banduan terima pelawat di rumah ada pegawai penjara yang jaga rumah banduan boleh fly malam panjat pagar pergi kedai mamak pekena teh tarik Seorang saksi kritikal bersedia untuk memfailkan afidavit untuk menyokong se...
Resipi Kari Ayam Kampung Kerala Yang Pekat Tips Buat Chapati Ori Mudah Di Rumah

When Boiling Eggs Does Adding Salt Really Do Anything Beneficial For The Eggs

Woman Who Tried To Hug Perak Ruler Charged With Assault

Blood Moon Draws Crowd To National Planetarium Despite Cloudy Skies

Buasir Otak Tv Budak Jumpa Duit Dalam Longkang Be Like

Unik Menarik Pameran Dari Taman Taman Sabah

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas

Drama Korea Beyond The Bar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Rasa Takdir Nyanyian Amira Othman Dan Irfan Haris

Bezanya Kotak Makanan Custom Dengan Paper Wrapper Panduan Usahawan F B

Hadiah Istimewa Gelang Tangan Silver Habib

Ultras Malaya Wira Tak Dijulang

Tak Boleh Dah Kata Quran Itu Kitab Suci Noran Zamini

Serang Dan Cungkil Mata Ibu Suspek Direman