Kenapa Rasa Kesunyian Walaupun Dikelilingi Ramai Manusia


Di sekeliling ada ramai manusia yang berjalan berkumpulan, ketawa dengan jenaka rakan. Ada pasangan berpegangan tangan, cuba sembunyi cinta di balik pipi yang kemerahan.

Kau berdiri tegak, berseorang. Selautan manusia, tiada satu pun yang dikenali. Tiada kenalan, apatah lagi rakan.


Kau pulang ke bilik sewa. Beg dicampak, baju dibuka, katil berkeriut menyambut hempasan tubuh yang berat dengan soalan, "Berjuta manusia, kenapa aku masih sunyi?"

Lampu pendafluor yang benderang hilang fungsi. Bilik menggelap. Empat dinding putih bagai bergerak dan menyempit.

Sepi datang dalam bentuk lembaga gelap, membuka mulut dan menelan kau masuk ke perut sunyi.

Kenapa aku selalu keseorangan?

Maafkan kata ganti nama yang tidak formal di atas. Ia sekadar sebuah gambaran tentang kesunyian yang ingin diteroka dalam tulisan ini.

Memahami sunyi tak semudah berkata-kata. Ia lebih rumit dan berdimensi daripada makna literal yang boleh dicari dalam kamus.

Kesunyian perlu difahami mengikut keadaan. Untuk menghapuskan kesunyian juga sangat bergantung kepada keadaan seseorang.

Robert S. Weiss – yang meletakkan ikatan sebagai inti penting fahamannya terhadap kesunyian – menerangkan bahawa kesunyian terkait rapat dengan kelemahan atau rasa benci diri (self-pity).

Mengambil fahaman itu, kita sedar bahawa kesunyian boleh disingkir dengan menjadi lebih yakin diri, bergaul dan memenuhi keperluan hubungan manusiawi (seperti bercinta, berkawan dan berkeluarga).

Namun, ia tidak semudah itu. Rasa benci diri juga sangat rumit dan tidak boleh diubat dengan idea ringkas menambah baik hubungan sosial.

Mungkin, langkah awal yang perlu diambil untuk kita memanjat keluar dari perut sunyi adalah dengan memahami kesunyian itu sendiri.

Apa maksud hidup penuh makna?

Campaign to End Loneliness menyenaraikan enam jenis kesunyian, iaitu:
Kesunyian emosi: ketiadaan hubungan emosi (cinta, sayang, kasih) yang bermakna. Kesunyian sosial: ketiadaan hubungan sosial (kawan, kenalan) yang berkualiti. Kesunyian kewujudan: rasa terasing daripada orang lain dan dunia keseluruhannya. Kesunyian sementara: rasa sunyi yang datang dan pergi. Kesunyian situasi: kesunyian yang berlaku pada waktu tertentu, seperti perayaan atau hujung minggu. Kesunyian kronik: rasa sunyi pada sepanjang atau hampir sepanjang masa.
Yang paling kerap berlaku ialah kesunyian emosi, kesunyian sosial dan kesunyian kewujudan.

Kesunyian emosi mudah dirasai apabila keperluan emosi tidak dipenuhi dengan ikatan intim yang bermakna, seperti dari seorang kekasih, suami/isteri, kawan atau keluarga.

Manusia memerlukan keintiman – keterhubungan dengan makhluk lain pada tahap peribadi, dekat dan mendalam. Ia terkandung dalam diri sejak kita mula kenal rasa sayang.

Namun, keintiman tidak terhad pada perasaan kasih pada pasangan. Ada orang boleh dapat keintiman dalam hubungan yang platonik dan kekeluargaan.

Berbeza dengan kesunyian sosial, ia berkaitan kuantiti dan kualiti rangkaian sosial seperti persahabatan.

Seberapa banyak masa kita dalam sehari boleh diisi dengan bual santai bersama kawan dan bagaimana memuaskan masa itu diisi.

Berada di sekeliling khalayak yang ramai juga tidak boleh membuang kesunyian sosial. Ia tentang apa yang ada dalam kepala, bukan luar.

Kesunyian kewujudan lebih mendalam dan melibatkan fikiran. Ia boleh tiba-tiba datang apabila realiti-realiti gelap dunia datang singgah.

Tentang dunia yang kosong dan sedih. Tentang kerinduan yang tak dapat dielak. Tentang kenyataan bahawa satu hari nanti, jasad kita akan menjadi makanan ulat dalam tanah.

Kita mempersoal tujuan kewujudan dan merasakan diri terpisah dari komuniti, masyarakat dan setiap individu dalam dunia.

Serah, usah resah

Walaupun kesunyian tidak dianggap sebagai penyakit mental, ia berkait rapat dengan keadaan mental seperti kemurungan. Sunyi boleh membawa murung dan begitu juga sebaliknya.

Kemurungan paling nyata adalah apabila kita fikir yang kesunyian akan jadi teman tetap – ia tidak boleh disingkir dan dihapus. Sedangkan sebenarnya, ia boleh diusahakan.

Langkah pertama, usaha cari harapan dalam hidup. Ia ada pada manusia, alam atau Tuhan.

Cari ruang kosong dalam dada dan bentuk apa yang paling sesuai untuk mengisinya. Kuncinya, kita bersangka baik pada takdir. Beri peluang pada harapan.

Kedua, putuskan kebergantungan pada orang lain untuk rasa gembira dan cukup. Jangan terlalu peduli pada kata-kata orang.

Kalau anda boleh rasa puas dan cukup dengan menari dalam acara muzik, menarilah sepuasnya tanpa peduli pada jelingan orang di sekeliling.

Kalau anda rasa suka pada seseorang, walau mungkin pelik di mata orang, mungkin sebab jurang umur (tapi ini tak terpakai untuk kes pedofil, tolong), luahkan perasaan pada si dia. Kalau dia tolak pun, anda telah buat sesuatu untuk kegembiraan diri. Itu sudah cukup untuk menolak sunyi.

Kalau anda rasa berseorangan ke pawagam atau pusat karaoke itu menggembirakan, lakukanlah tanpa rasa bersalah pada kelaziman masyarakat. Jangan biar stereotaip mengikat.

Ketiga – ini mungkin yang paling penting – terima kesunyian sebagai teman yang kadang kala datang menyapa.

Akan ada masa kita berasa sunyi sebab ia normal. Kadang-kadang rindu datang menjenguk, tak apa. Ada masa sedih menegur, biarkanlah.

Raikan kerumitan kita sebagai manusia yang dikurnia emosi dan perasaan. Ada waktu emosinya gelap dan berkecamuk tapi hidup akan selalu menerbitkan cahaya.

Dakap sunyi dan raikannya. Jangan bimbang, perasaan itu hanya sebentar.

Benda dengan bulu pelepah

Pagi itu cerah dan segar. Bau rumput berselang tar hangat buat sesi jalan cergas kau bertenaga. Sudah dua kilometer ditempuh, tinggal separuh jalan lagi untuk sampai ke rumah.

Kau mandi dengan fikiran terang. Sebentar lagi kemeja kuning pemberian rakan akan menyarung tubuh wangi. Di pejabat nanti, akan ada sekumpulan manusia yang menyambut kau hadir dengan senyum dan ketawa gembira.

Sebelum melangkah keluar bilik, kau tenung empat dinding yang kini lapang. Pada sunyi yang datang bersapa, kau ucap selamat.

Harapan sebuah hal yang baik, mungkin terbaik, dan hal baik tak pernah mati.

Harapan ialah benda dengan bulu pelepah, yang merehatkan jiwa dan menyanyikan lagu tanpa kata, tak berhenti sampai bila-bila.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2024/08/kenapa-rasa-kesepian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Sayangi Manusia Lain

The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Sayangi Manusia Lain

papar berkaitan - pada 4/8/2024 - jumlah : 138 hits
The Colours of Life PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Sayangi Manusia Lain Daripada Jarir bin Abdullah RA berkata Rasulullah SAW bersabda Allah tidak akan menyayangi sesiapa yang tidak menyayangi manusia Status Hadis SahihPengajaran 1 Sifat saling...
Rasa Lebih Selamat Dan Mahu Anak Anak Dibesarkan Dalam Persekitaran Islam Josiah Hogan Lepas Kerakyatan As

Rasa Lebih Selamat Dan Mahu Anak Anak Dibesarkan Dalam Persekitaran Islam Josiah Hogan Lepas Kerakyatan As

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 226 hits
Pelakon berkaliber Josiah Hogan memaklumkan dia kini sedang berusaha mendapatkan status warganegara Malaysia dan akan melepaskan status kerakyatan negara kelahirannya iaitu Amerika Syarikat Ujar Josiah dia tekad melakukan perkara itu kerana...
Tak Rasa Pun Diri Ini Kena Boikot Banyak Tawaran Berlakon Yang Masih On Hold Ruhainies

Tak Rasa Pun Diri Ini Kena Boikot Banyak Tawaran Berlakon Yang Masih On Hold Ruhainies

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 139 hits
Biarpun terpalit dengan kontroversi 8216 panas 8217 melibatkan isu ditangkap khalwat pelakon Ruhainies memaklumkan karier seninya masih berjalan seperti biasa Tak rasa diri diboikot Melalui laporan mStar aktres itu memberitahu dia baru saja...
Bahan Dasar Narkoba Jenis Dmt Di Vila Bali Tanaman Asal Amazon Punya Efek Penenang Dan Penghilang Rasa Sakit

Bahan Dasar Narkoba Jenis Dmt Di Vila Bali Tanaman Asal Amazon Punya Efek Penenang Dan Penghilang Rasa Sakit

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 103 hits
Pengungkapan kasus clandenstine laboratory atau laboratorium gelap narkotika golongan I jenis DMT adalah pertama kali ditemukan di Indonesia
Dalam 200 Tahun Terakhir Menkes Sebut Tbc Telah Bunuh Satu Miliar Manusia Di Dunia

Dalam 200 Tahun Terakhir Menkes Sebut Tbc Telah Bunuh Satu Miliar Manusia Di Dunia

papar berkaitan - pada 3/8/2024 - jumlah : 152 hits
Tiap tahun di dunia sekitar 1 3 juta orang meninggal atau dua setengah orang per menit meninggal di dunia kata Budi
Cinta Manusia Hanya Sementara

Cinta Manusia Hanya Sementara

papar berkaitan - pada 1/8/2024 - jumlah : 83 hits
Cinta Manusia Hanya Sementara Tiada apa pun yang kekal di atas muka bumi ini Semuanya akan kembali Meninggalkan dunia yang fana ini Memang pada permulaannya semua nampak bahagia di kelilingi oleh anak suami isteri dan saudara mara Riuh rend...
Bila Manusia Kehilangan Maruah Diri

Bila Manusia Kehilangan Maruah Diri

papar berkaitan - pada 26/7/2024 - jumlah : 57 hits
MSOSedang melelongkan diri Ada juga orang terpancing dengan omongannya Tak kena tak tahu noda dan dosanya MB Kelatan pernah memangkahnya Apa yang pernah disumpah oleh Nassarudin Daud terhadapnya jadilah azimat bagi mengelakkan diri tertipu ...
Hadits Arbain Nawawi 4 Proses Penciptaan Manusia Dan Penulisan Takdir

Hadits Arbain Nawawi 4 Proses Penciptaan Manusia Dan Penulisan Takdir

papar berkaitan - pada 31/7/2024 - jumlah : 224 hits
Jauh sebelum dunia kedokteran maju seperti sekarang Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah menjelaskan proses penciptaan manusia Bagaimana tahapan tahapannya dalam rahim beliau sabdakan dalam hadits Arbain Nawawi ke 4 ini Lebih dari i...
Cabut Gigi Pembantu Rumah Pakai Playar Dua Individu Didakwa Kes Pemerdagangan Manusia

Cabut Gigi Pembantu Rumah Pakai Playar Dua Individu Didakwa Kes Pemerdagangan Manusia

papar berkaitan - pada 31/7/2024 - jumlah : 191 hits
Mahkamah Sesyen Ampang semalam telah memerintahkan dua wanita membela diri di atas dua pertuduhan memperdagang seorang wanita warga Indonesia Difahamkan wanita warga Indonesia itu telah diambil bekerja sebagai pembantu rumah tanpa permit ya...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti

Jangan Sokong Pas Dan Bersatu Mereka Sedang Karam Denagn Adu Domba Dan Fitnah

Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024