Kenapa Ramai Yang Mencari Alasan Tidak Masuk Kerja


 

Kenapa ramai yang mencari alasan tidak masuk kerja? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini, aku ternampak 1 artikel yang dicari dan masuk ke dalam blog mrejoy.com iaitu alasan tidak masuk kerja. Hmm, terfikir juga aku, kenapa orang tiba-tiba cari artikel ini? Adakah kerana isinar dah mula bersinar di dalam akaun masing-masing? Hahahaha. Jangan begitu adik kakak abang semua.

Sebetulnya, aku memang pernah menulis tentang Senarai alasan yang digunakan bila tak nak pergi kerja. Itu pun selepas aku kumpul segala macam alasan yang aku pernah terima dan juga aku terbaca pelbagai lagi perkongsian daripada orang lain.

Bila bercerita bab alasan tidak masuk kerja agar bos tidak marah ni, memang kelakar betul. Kadang ada alasan yang tak logik pun ada, contohnya tak boleh pergi kerja sebab isteri tak bagi. Ini pada aku satu alasan yang kelakar. Kita faham “pengantin baharu” memang ada pelbagai “alasan”. Namun alasan ini memang tak boleh diterima sama sekali.

Kalau alasan tidak masuk kerja yg masuk akalmacam demam yang teruk (buat masa sekarang, segala bentuk demam memang tidak dibenarkan masuk kerja ya), anak isteri sakit, terlibat dengan kemalangan sewaktu atau selepas pulang dari kerja,keluarga terdekat meninggal dunia dan sebagainya, ini boleh diterima.

Tapi kalau bagi alasan tidak masuk kerja yang tak masuk akal, contohnya macam saya malas nak kerja bos! Sebab itu saya tak datang! Atau, saya nak kemas rumah bos, sebab saya pening tengok rumah bersepah! Atau yang paling tak boleh terima dek akal, saya bangun lewat semalam bos sebab tengok bola, jadi hari ini saya tak masuk kerja. Huh? Ini memang alasan yang bila dengar atau baca sahaja, boleh mendatangkan kemarahan.

Tapi yelah, dah orang mencari alasan tidak masuk kerja dalam blog kita kan, jadinya, kita kongsilah barang sedikit contoh alasan tidak masuk kerja. Tapi aku bukan nak mengajar korang ponteng kerja ya! Aku Cuma kongsikan sahaja. Jangan nanti korang salahkan aku pulak. Segala macam perkara yang berlaku, aku tak mahu masuk campur ya.




7 Senarai alasan tidak masuk kerja yang paling masuk akal! #1. Sakit beserta surat MC.

Ini alasan yang paling kukuh pada aku. Bila mana kita beritahu majikan kita tak dapat datang kerja dan tunjukkan sekali surat MC, ini adalah alasan yang paling kukuh. Dalam 1 kes di tempat kerja aku, seorang pekerja ini sertakan surat MC daripada hospital kerajaan. Benar, sejarah kedatangannya ke tempat kerja “menyakitkan” mata majikan, namun, surat MC daripada hospital merupakan “benteng” kepada pekerja tersebut.

#2. Kematian keluarga terdekat.

Alasan tidak masuk kerja kerana kematian juga merupakan alasan yang paling kuat untuk korang tak masuk kerja. Lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan orang terdekat seperti ibu,ayah,adik beradik,isteri dan anak-anak.

Kebiasaannya, pihak syarikat dah menyediakan cuti kematian buat pekerja yang kehilangan orang terdekat ini. Dan ada sesetengah syarikat yang membenarkan cuti panjang buat pekerja mereka.

Bila masuk bab kematian ini, yang sedang bekerja pun akan disuruh pulang segera. Ini menunjukkan alasan kedua ini tak siapa boleh menghalang.

#3. Bencana.

Baik, selain alasan tidak masuk kerja kerana sakit, alasan bencana juga merupakan alasan yang paling kukuh. Bayangkan kalau rumah kita kena banjir, macamana nak masuk kerja kan? Nak keluar rumah pun tak boleh.

Macam kes banjir besar di Pahang baru-baru ini, tak kan lah majikan nak paksa juga pekerja datang kerja kan? Kereta tak boleh nak bergerak, tak kan nak suruh pekerja berenang pergi kerja. Jika ada majikan yang minta datang kerja juga, bukan kamu yang sakit, tapi majikan yang sakit!




#4. Keluarga terdekat sakit.

Aku bila masuk bab anak sakit, isteri sakit, memang tak ada persoalan. Macamana kita nak bekerja dengan baik kalau anak isteri kita sakit kan? Memang tak boleh nak buat kerja apa dah. Jadi alasan yang keempat ini juga merupakan alasan tidak masuk kerja paling ampuh pada aku.

Namun suka aku ingatkan, kalau dalam sebulan, ada 4 minggu, dan setiap minggu alasan yang sama korang gunakan, itu bukanlah alasan yang terbaik. Jika benar anak isteri korang sakit teruk, itu kita faham. Namun jika alasannya tidak kukuh, itu korang yang sakit sebenarnya.

#5. Ada rusuhan.

Ini merupakan alasan yang paling jarang pekerja gunakan. Tak boleh datang kerja sebab ada rusuhan besar. Kita bernasib baik dan bersyukur kerana Malaysia sentiasa aman damai. Namun melihat kepada situasi negara jiran kita, alasan ini merupakan alasan yang terbaik.

Bayangkan laluan perjalanan kita ke tempat kerja dipenuhi dengan penunjuk perasaan. Memang kita tak mahu terlibat, tapi boleh jadi kita menjadi sebab kemarahan mereka. Tahu tahu terjebak sama nanti.

Tapi harus diingatkan sekali lagi, laluan perjalanan ke tempat kerja dipenuhi dengan penunjuk perasaan. Bukan korang yang terlibat dengan penunjuk perasaan itu. Jadi gunakan alasan tak boleh masuk kerja. Ahha! Tak boleh di terima ya!




#6. Sakit gigi.

Alasan ini merupakan alasan yang kerap juga aku terima. Alasan tidak dapat masuk kerja kerana sakit gigi. Aduhai, jangan buat main dengan orang yang sakit gigi ni, boleh buat gaduh oo! Lagi-lagi gigi geraham bawah, aduhai! Ngilu oi!

Aku pernah cabut gigi geraham atas, itu pun sakit juga, tapi tak boleh lawan mereka yang cabut gigi geraham bawah ni. Ish, malas lah nak tulis bab sakit gigi ni, ngilu pulak rasa dia.

#7. Terlibat dengan kemalangan

Dalam perjalanan ke tempat kerja, terlibat dengan kemalangan. Kita dah pandu dengan berhati-hati, namun orang lain cuai, kita terlibat sama. Alasan ini juga merupakan alasan terbaik untuk tak masuk kerja.

Dia akan jadi pelik bilamana majikan dah tahu kita terlibat dalam kemalangan dan minta kita masuk juga kerja.

Selain daripada terlibat dengan kemalangan, alasan kereta rosak atau motor rosak juga merupakan alasan yang paling kerap orang guna untuk tak masuk kerja ya!




Oklah, rasanya cukup setakat ini sahaja perkongsian aku mengenai Senarai alasan tidak masuk kerja yang paling masuk akal! Kang nanti aku kongsikan banyak-banyak, macam nak ajar orang ponteng kerja pula kan. Apa pun, jika benar ada masalah, itu memang kita tak boleh nak elak. Namun kalau nak ponteng kerja itu, beringatlah.

Dalam situasi ekonomi yang tak berapa baik ini, banyak yang dah kehilangan pekerjaan. Jadi kita yang ada kerja ni, jagalah elok-elok. Sebab bukan senang nak cari kerja sekarang ini. Okey!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mrejoy.com/2021/03/kenapa-ramai-yang-mencari-alasan-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Trim Rambut Sempena Nak Masuk Kerja Esok

Trim Rambut Sempena Nak Masuk Kerja Esok

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 402 hits
Hi korang SA dan Dania keluar lagi hari ni keluar kejap jer nak belikan atuk dia barang skit dan mama dia ni nak beli kasut kerja setelah setahun lebih tak beli kasut kan hahaha pantang ada duit mengada lebih apapun sebenarnya SA dah mula s...
Apa Alasan Timbalan Menteri Wilayah Dapat Masuk New Zealand

Apa Alasan Timbalan Menteri Wilayah Dapat Masuk New Zealand

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 259 hits
FAZLI RADZIAlasan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Santhara Kumar untuk melawat anak anak di New Zealand sehingga memohon cuti 55 hari mencetuskan tanda tanya Hal ini kerana pihak Imigresen negara itu hanya menyenaraikan l...
Raih 96 2 Persen Suara Saat Pilkada Kepala Daerah Oku Selatan Masuk Rekor Muri

Raih 96 2 Persen Suara Saat Pilkada Kepala Daerah Oku Selatan Masuk Rekor Muri

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 204 hits
Bupati OKU Selatan Popo Ali mengaku mendapat informasi dari pengurus MURI terkait rekor tersebut Saat ini pihaknya masih menunggu informasi penyerahan rekor
Hiburan Kena Simbah Air Panas Orang Macam Ini Biar Tahu Adab Masuk Rumah Orang Datin Alyah

Hiburan Kena Simbah Air Panas Orang Macam Ini Biar Tahu Adab Masuk Rumah Orang Datin Alyah

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 415 hits
Berang dengan sikap beberapa individu yang sering saja meninggalkan komen tidak berasas setiap kali dia memuat naik foto bersama suami kesayangan penyanyi Datin Alyah tampil mempersoalkan apa sebenarnya yang di mahukan netizen daripada diri...
Berdebar Anak Masuk Tahun 1 Musim Covid Tip Ini Bantu Pastikan Semuanya Lancar

Berdebar Anak Masuk Tahun 1 Musim Covid Tip Ini Bantu Pastikan Semuanya Lancar

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 291 hits
Tahun ini situasi anak anak papa mama yang tahun 1 tak sama seperti anak anak tahun 1 tahun tahun sebelumnya Jika dulu ada sesi orientasi selama seminggu untuk perkenalkan kawasan sekolah tetapi dalam norma baharu ini mungkin dah tak sama J...
As Larang Masuk 76 Warga Saudi Karena Terlibat Pembunuhan Khashoggi

As Larang Masuk 76 Warga Saudi Karena Terlibat Pembunuhan Khashoggi

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 213 hits
Kami sudah cukup jelas menyatakan ancaman dan penyerangan dari Arab Saudi kepada aktivis para pengkritik dan jurnalis harus diakhiri Mereka tidak akan ditoleransi oleh Amerika Serikat kata Blinken dalam pernyataannya
Buaya 3 Meter Masuk Kampung

Buaya 3 Meter Masuk Kampung

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 174 hits
Miri Seekor buaya sepanjang tiga meter yang menceroboh masuk ke kawasan Kampung Sulap Lada Bekenu di sini ditangkap penduduk kampung pada 8 malam tadi Jurucakap Pasukan Alpha Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah berkata pihaknya menerima pa...
Kandungan Baru Masuk Minggu 4 5 Ibu Guna Kalendar Kehamilan Untuk Catat Tips Penting Ini

Kandungan Baru Masuk Minggu 4 5 Ibu Guna Kalendar Kehamilan Untuk Catat Tips Penting Ini

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 218 hits
Kalendar kehamilan antara perkara penting seorang bakal ibu perlu ambil berat kerana ia memberi informasi tentang kehamilan anda serta tarikh anak bakal dilahirkan Jika kandungan anda kini berusia 4 hingga 5 minggu anda pasti akan mula meng...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco