Kenapa Pilih Melabur Dengan Unit Trust Public Mutual
Selama ini saya ingatkan Unit Amanah atau orang biasa panggil Unit Trust ni cuma Amanah Saham Berhad (ASB) tu saja. Yelah kita kan biasa dari kecil-kecil dulu dah diberitahu kena buka akaun ASB. Kena ada simpanan ASB sebab pulangan tahunannya yang besar.
Rupanya selain ASB ada juga Unit Trust lain seperti Unit Trust Public Mutual dan juga CIMB Principal Asset Management (CWA). Begitu juga terdapat lain-lain lagi jenis Unit Trust atau Unit Amanah dibawah pengurusan syarikat lain.
Apa Itu Sebenarnya Pelaburan Unit Amanah Public Mutual?Unit amanah (Unit Trust) Public Mutual ini bersifat pelaburan jenis jangka sederhana dan juga jangka panjang. Unit trust ini diwujudkan untuk orang ramai macam kita ni masukkan duit ke dalam suatu dana (fund) untuk dilaburkan.
Manakala Public Mutual dan Principal Asset Management adalah syarikat yang tolong kendalikan dana tersebut. Dana akan dilaburkan di mana-mana pelaburan yang akan memberi pulangan (asasnya ialah dividen) kepada pelabur. Inilah yang kita biasa dengar dapat dividen masa akhir tahun kalau ASB tu.
Manakala untuk ASB ditadbir oleh satu syarikat unit amanah iaitu Permodalan Nasional Berhad (PNB). Beza antara keduanya ialah PNB dimiliki kerajaan Malaysia manakala Public Mutual dimiliki oleh Public Bank sendiri.
Simpanan dan Pelaburan Unit Trust Patuh SyariahUntuk orang Islam yang nak melabur di Public Mutual ni anda boleh pilih simpanan patuh syariah dan diakui sah oleh Panel Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Kalau dulu-dulu nak melabur atau buka akaun Unit Trust di Public Mutual adalah dengan serendah RM1,000. Tapi sekarang ni kita dah boleh buka akaun unit trust dengan hanya serendah RM100 sahaja. Jadi peluang untuk mulakan pelaburan jangka panjang lebih terbuka untuk orang awam.
Oleh sebab ni juga maka saya mulai langkah melabur dengan Unit Trust Public Mutual. Antara sebabnya ialah nak gandakan simpanan selain di ASB. Disebabkan saya tidak berkerja maka duit KWSP tak bertambah jadi ini mungkin salah satu cara untuk tambah dana waktu tua nanti.
Saya sebenarnya pun masih dalam peringkat belajar lagi macam mana sebenarnya Unit Trust ini berfungsi.
Boleh Rugi Ke Melabur Dalam Unit Trust Ni?Ya. Itulah yang diberitahu oleh fund manager yang menguruskan dana pelaburan saya tu. Fund manager atau pengurus dana ialah orang yang kita berikan kepercayaan untuk menguruskan dana pelaburan kita. Kalau nak buat sendiri rasanya tiada masalah cuma kita serahkan pada yang arif sahajalah bab-bab pelaburan ini.
Antara cara nak kurangkan kerugian mungkin dengan pelbagaikan jenis pelaburan. Jangan letak dana dalam satu jenis pelaburan sahaja. Jadi kalau kita ada modal untuk melabur boleh laburkan ke pelbagai jenis dana yang berbeza-beza.
Mulakan Pelaburan Anda SekarangKalau contoh macam saya memang masih tak berapa faham tentang konsep melabur ni jadi saya akan selalu tanya kepada fund manager mengenai perkembangan semasa pelaburan.
Unit trust ni biasanya diuruskan oleh mereka yang berpengalaman dan juga professional. Jadi pilihlah pengurus dana yang anda rasakan yakin dan juga berpengalaman luas dalam bidang ini.
Pada saya kalau kita berjaya simpan wang setiap bulan tanpa culas di bank, mungkin sudah tiba masanya kita gandakan wang tersebut dengan mula melabur secara selamat di mana-mana Unit Amanah. Tak kisah sama ada di ASB ataupun di Public Mutual atau yang lain-lain jika sesuai.
Tetapi jangan pula semberono melabur tanpa dapatkan info mendalam dahulu. Saya bukan ejen Unit Trust tetapi cuma sampaikan jenis pelaburan yang ada yang boleh kita sertai dari muda.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.eksplorasilea.com/2022/03/kenapa-pilih-melabur-dengan-unit-trust.html