Kenapa Laskar Maya Pro Kerajaan Semakin Ketinggalan Berbanding Pembangkang




Nampaknya ketika ini bukan saja rating Tun Mahathir Mohamad dan sokongan rakyat kepada PH yang didapati sudah turun, bahkan pembelaan terhadap kerajaan di media sosial juga turut sama telah menurun.


Berbanding sebelum PRU14 dan ketika peringkat awal PH membentuk kerajaan di mana laskar maya pro PH dilihat begitu aktif dan menguasai media sosial, keadaannya kini tampak sudah jauh berubah.


Sekitar 80 peratus mereka yang sebelum ini pro PH dan aktif di media sosial didapati sudah mengurangkan keaktifan masing-masing dan hanya sekali memuatkan posting yang ringan atau santai saja.


Rata-ratanya didapati mula kecewa dengan prestasi kerajaan, karenah menteri dan pegawainya, janji kepada rakyat tidak ditunaikan serta pelbagai isu lain dalam PH yang tidak ditangani dengan baik.


Seiring dengannya yang menyebabkan rungutan rakyat semakin kedengaran di mana-mana, maka mengurangkan keaktifan sebagaimana mereka mempertahankan PH seperti sebelumnya tentu saja merupakan pilihan yang wajar dan munasabah.


Laskar maya pro kerajaan yang bergerak secara sukarela seolah-olah sudah letih dan tidak mahu lagi mempertahankan kerajaan berikutan prestasi yang ditunjukkan setakat lapan bulan memerintah negara ini begitu mengecewakan sekali.


Dalam beberapa whatsapp grup pula yang dahuluinya begitu aktif menyokong dan menyebarkan maklumat untuk mengukuhkan sokongan rakyat kepada PH, kini turut didapati seperti sudah hilang selera untuk berbuat demikian.


Ramai yang sekarang ini hanya menjadikan medium itu untuk berbual santai, usik-mengusik, malah sesekali menyebarkan  serangan-serangan yang dilakukan oleh pembangkang pula terhadap kerajaan untuk dijadikan bahan perbincangan.


Dalam waktu yang sama, laskar maya pro pembangkang sebaliknya jelas semakin aktif dan agresif dengan serangan yang tidak putus-putus terhadap kerajaan dan menteri-menterinya.


Di ketuai oleh Najib Razak yang dikenali sebagai Raja Troll dan penggiat media sosial lainnya yang aktif dan agresif itu, mereka kini secara umumnya sedang menguasai pemikiran rakyat melalui posting-posting yang gagal ditangkis sama sekali oleh laskar maya pro kerajaan.


Kenapakah ini berlaku di sedangkan di PMO dan pejabat menteri-menteri sendiri difahamkan ada unit atau pasukan yang bertanggungjawab terhadap media sosial ini?


Apakah mereka terlalu sibuk dengan selfie sesama sendiri, mempromosi bos masing-masing atau masih terawang-awang dengan kedudukan serta jawatan yang baru dipegang dalam kerajaan?


Harus diakui bahawa salah satu yang menyumbang kepada kejayaan PH dalam PRU14 lalu ialah kerana peranan laskar-laskar maya ini yang bukan saja mampu melumpuhkan laskar maya pro UMNO dan BN, malah mereka juga tangkas menjawab sebarang perkara yang dilakukan oleh Najib.


Najib selaku Perdana Menteri ketika  itu hampir menjadi tidak bernilai kerana semua perkataan atau ucapannya berjaya dipatahkan atau dijawab dengan pantas dan cepat.


Tetapi, apa jadi sekarang ini?


Mampukah PH ini mempertahankan kedudukannya sebagai kerajaan dalam pilihanraya umum akan datang jika baru lapan bulan ini pun penguasaan di media sosial sudah hampir terkulai?


Apakah PH dan mereka yang berada di puncak kuasa Putrajaya sekarang menyedari hakikat ini atau mereka juga sama seperti perangai pemimpin era BN dahulu yang tidak berapa peduli dalam soal ini kerana kononnya sudah ada media arus perdana? (ShahbudinHusin 03/02/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/02/kenapa-laskar-maya-pro-kerajaan-semakin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Bertindak Dapatkan Semula Wang 1mdb Daripada Parti Pembangkang

Kerajaan Bertindak Dapatkan Semula Wang 1mdb Daripada Parti Pembangkang

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 390 hits
Malaysia dijangka akan menerima kembali wang yang telah diselewengkan daripada 1MDB tidak lama lagi kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Malaysia akan terima wang yang kita dapat perolehi daripada 1MDB Ini bukanlah jumlah besar tapi bayaran p...
Samsung Galaxy S10 Boleh Mengecas Peranti Lain Secara Nirwayar Lebih Pantas Berbanding Mate 20 Pro

Samsung Galaxy S10 Boleh Mengecas Peranti Lain Secara Nirwayar Lebih Pantas Berbanding Mate 20 Pro

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 358 hits
Huawei Mate 20 Pro hadir dengan kemampuan mengecas semula peranti lain secara nirwayar dalam situasi kecemasan Samsung Galaxy 10 kelak akan turut membawakan sokongan yang sama diberi nama PowerShare Peranti ini telah melepasi laman FCC di A...
Hubungan Adik Hsien Loong Dengan Pemimpin Pembangkang Semakin Erat

Hubungan Adik Hsien Loong Dengan Pemimpin Pembangkang Semakin Erat

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 430 hits
Hubungan adik Hsien Loong dengan pemimpin pembangkang semakin erat Dikemas kini 41 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 3
Ph Sebenarnya Kerajaan Atau Pembangkang

Ph Sebenarnya Kerajaan Atau Pembangkang

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 540 hits
PRESIDEN PAN Mat Sabu kata PAS bakal terkubur dalam PRU akan datang Pada PRU yang lalu perkataan sama juga diungkap Mat Sabu dan pemimpin PAN Alhamdulillah PAS bukan saja berjaya kekalkan Kelantan malah menang di Terengganu hampir tawan Ked...
Guna Kenderaan Kerajaan Untuk Berkempen Pembodohan Menegak Benang Basah

Guna Kenderaan Kerajaan Untuk Berkempen Pembodohan Menegak Benang Basah

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 353 hits
oleh Ab Jalil Backer Pembodohan Menegak Benang Basah 1 Kenderaan Jabatan Perhutanan telah dilekatkan dengan bendera Pakatan Harapan Apabila telah disyaki mereka memasang bendera Malaysia di atas tampalan asal 2 Kereta dipandu oleh mereka ya...
Dituduh Guna Aset Kerajaan Fuziah Tuntut Pemilik Blog Mohon Maaf

Dituduh Guna Aset Kerajaan Fuziah Tuntut Pemilik Blog Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 352 hits
KUANTAN Pengerusi Keadilan negeri Pahang Fuziah Salleh memberi tempoh 24 jam kepada seorang pemilik blog agar membuat permohonan maaf atau berhadapan tindakan saman kerana mengaitkannya dengan kegiatan salah guna kenderaan milik kerajaan un...
Pahang Tarik Kenderaan Milik Kerajaan Negeri Timbalan Menteri Pinjam Letak Logo Pakatan

Pahang Tarik Kenderaan Milik Kerajaan Negeri Timbalan Menteri Pinjam Letak Logo Pakatan

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 424 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang menarik semula kenderaan pacuan empat roda milik kerajaan negeri yang digunakan dalam kempen pilihan raya kecil Cameron Highlands yang tular di laman sosial hari ini Setiausaha kerajaan negeri Pahang Datuk Seri Saleh...
Lhdn Kutip Cukai Langsung Sebanyak Rm137 Billion Tahun Lalu Ini Membuktikan Kerajaan Ph Bagus Hancing Viral

Lhdn Kutip Cukai Langsung Sebanyak Rm137 Billion Tahun Lalu Ini Membuktikan Kerajaan Ph Bagus Hancing Viral

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 506 hits
Prestasi kutipan kasar cukai langsung negara yang dikutip Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi 2018 berjumlah RM137 03 bilion Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kutipan itu meningkat sebanyak 11 13 peratus atau RM13 72 bilion berbanding 2017 ...
Prkp078ch Orang Asli Kecewa Pembinaan Jalan Tidak Diteruskan Kerajaan Ph

Prkp078ch Orang Asli Kecewa Pembinaan Jalan Tidak Diteruskan Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 355 hits
Masyarakat Orang Asli di sekitar Pos Betau di sini melahirkan rasa kecewa terhadap kerajaan Pakatan Harapan kerana tidak meneruskan pembinaan jalan ke Pos Lenjang dan Pos Titom meskipun telah diluluskan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini...
Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Tetamu Complain Majlis Akikah Anak Nabila Razali Sempit Amp Khemah Kecil Netizen Sound Kau Kebulur Nak Datang Apehal

Negara Ini Akan Lebih Aman Jika Mereka Ini Tidak Lagi Dalam Politik Negara

Traffic Reported Smooth On Major Highways

Pemberhentian Pekerja Petronas Disebabkan Cabaran Global Bukan Isu Petros Fadillah

Kenali Generasi Anda Boomers X Y Z Atau Alpha

Yung Kai Sunkis 88rising Take Me Where The Sunlight Glows Chord

Sammy Simorangkir Daripada Menyiksa Diri Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pagi Raya Pertama Aidiladha Di Tempat Kerja

Why Terpene Purity Is The Unsung Hero In Premium Cannabis Products

Duit Bulanan Bantu Selesai Hutang Amp Modal Berniaga Diberikan Kepada Keluarga Wanita Itu Sejak Tahun 2018 Maiwp

Warga Indonesia Maut Ditikam Lima Warga Senegaranya Ditahan

Cairns Ancient Rock Markers That Still Save Lives

Terbuka Indonesia Pearly Thinaah Tewas Di Tangan Beregu No 1 Dunia