Kenapa Hajiji Terlalu Baik Dengan Musuh Politiknya



Berbuat baik kepada semua pihak termasuk pembangkang tidak pernah dianggap sebagai satu kerugian mahupun liabiliti kepada kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam mengemudi pentadbiran negeri.
(MalaysiaGazette) – Biar pun tindakannya meluluskan permohonan biasiswa pendidikan untuk anak pemimpin pembangkang mendapat kecaman banyak pihak namun beliau hanya tersenyum Ketika diajukan soalan itu.
Dengan nada lembut Hajiji mengatakan pendekatan itu perlu ada kepada seorang pemimpin.
“Sebagai pemimpin terutama sebagai ketua menteri, kita mesti adil kepada semua dan itu sepatutnya kita lakukan.
“Orang cakap saya baik tetapi saya ini tidak juga terlalu baik, tetapi saya cuba seadil mungkin kepada semua kaum tanpa mengira keturunan, kepercayaan, agama dan politik mereka.
“Itu saya cuba bawa kerana kita kena belajar daripada sejarah politik lalu, kalau kita bergaduh, kita akan lambat membangunkan Sabah,” katanya ketika temu bual eksklusif bersama MalaysiaGazette di Menara Kinabalu baru-baru ini.
Temubual Eksklusif Malaysia Gazette bersama Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor berkenaan pentadbiran kerajaan negeri dan isu-isu politik di Kota Kinabalu, Sabah.  
Temubual eksklusif Malaysia Gazette bersama Hajij yang juga Pengerusi parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu sempena empat tahun pentadbirannya pada 28 September lalu.
 
BIASISWA KEPADA ANAK AZIS
Pada 8 September lalu, Hajiji mendedahkan Ketua Penerangan Warisan, Datuk Mohd Azis Jamman membuat permohonan biasiswa daripada kerajaan negeri untuk anaknya dan beliau meluluskannya atas dasar prihatin terhadap anak-anak Sabah.
Menyedari tindakannya yang terlalu baik kepada musuh politiknya, Hajiji mengakui beliau tidak berminat kepada amalan politik ekstrem sehingga memangsakan rakyat Sabah yang masih dibelenggu dengan masalah kemiskinan.
“Kalau kita cerita politik terlampau ekstrem, kita tidak dapat apa-apa, jadi mungkin sesuai dengan perwatakan saya.
“Kalau kita asyik kerana berebut itu dan ini, kita akan ketinggalan, jadi saya bawa pemikiran ini, bersatu padu dengan rakan-rakan lain bersama untuk membangunkan Sabah,” katanya.
Sebaliknya beliau lebih memberi fokus kepada pembangunan Sabah khususnya menambah baik kemudahan awam sedia dan membawa infrastruktur itu ke dalam kawasan luar bandar.
Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor.Foto FAREEZ FADZIL, 30 SEPTEMBER 2024.  
“Kita juga mahu mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat kerana rakyat mahu keamanan, keselesaan dan ketenteraman.Itu nombor satu.
“Kedua, perpaduan, ketiga kemudahan asas mesti sampai kepada mereka,” katanya.
Selain itu, Hajiji berharap pemimpin-pemimpin politik di Sabah berfikiran jauh ke hadapan, bersikap bijaksana dan matang demi kepentingan rakyat.
“Jangan kita terlalu memikirkan kepentingan kesukuan kita atau diri kita atau kita berfikiran kenegerian, kekampungan yang begitu menebal.
“Dunia hari ini tanpa sempadan, orang bercerita dunia, kalau kita cerita di sini kita punya keadaan sahaja, kita tidak melihat kepentingan negara dan perlu kita menceburi diri kita dalam pemikiran global umpamanya, kita akan ketinggalan.
“Kita mesti kikis pemikiran jumud, tidak kira pembangkang atau kerajaan, ini mesti difikirkan sebaik-baiknya untuk negeri dan rakyat,” katanya lagi.
 
DEMI KEBAIKAN, LEBIH BAIK KITA KERJASAMA
Pemimpin parti-parti politik tempatan di Sabah perlu menerima hakikat pembentukan pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah yang silih berganti sejak 60 tahun lalu berasaskan kepada kerjasama dengan parti nasional.
Hajiji berkata, Sabah tidak boleh mengikut jejak langkah Sarawak kerana sejarah politik yang berbeza dan bersendirian dalam landskap politik hanya akan menimbulkan perbalahan.
“Kadang-kala kita dengar daripada pemimpin tempatan dan rakyat kita, kenapa kita tidak ikut macam Sarawak? Mereka agak stabil.
“Saya jawab kepada mereka, setup politik di Sabah agak berlainan dengan Sarawak, di Sabah, parti nasional sudah ada Barisan Nasional (BN), UMNO dan juga Pakatan Harapan (PH).
“Dia ada penyokong dan kerusi di sini, jadi saya fikir untuk kebaikan Sabah, lebih baik kita bekerjasama, parti tempatan dengan parti nasional untuk kebaikan kita,” katanya lagi.
Temubual Eksklusif Malaysia Gazette bersama Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor. Foto FAREEZ FADZIL, 30 SEPTEMBER 2024.  
Meskipun pembentukan kerajaan negeri melibatkan parti nasional namun peneraju pentadbiran masih dalam kalangan pemimpin tempatan, katanya.
“Ada suara-suara di bawah mahu kita mesti bertanding 73 kawasan. Ini tidak dapat kita lakukan kerana dalam kerajaan kita sekarang pun diterajui parti tempatan dan juga parti nasional.
“Ia sudah cukup baik dan ini kita teruskan, kenapa pula kita mahu lagi memikirkan sesuatu yang mungkin boleh mendatangkan perbalahan,” katanya.
Menurut beliau, semua pemimpin parti tempatan perlu belajar dari sejarah di mana pada satu ketika USNO agak kuat di zaman PBS, tidak pergi jauh apabila tidak bekerjasama dengan parti nasional.
“Pemimpin-pemimpin kita, jangan buat fikiran yang menyusahkan rakyat sehingga kita berpecah. Walaupun dia parti nasional tapi penerajunya adalah orang Sabah juga. Inilah keadaan politik kita sekarang.
“Saya harap parti tempatan dalam GRS kena memikirkan sesuatu yang baik, jangan kita memikirkan kerusi sahaja, bertanding tetapi kalah pun tiada guna, gabungan itu jalan terbaik,” katanya.
 
HUBUNGAN DENGAN UMNO
Ketika ditanya tentang hubungan GRS-PH dengan BN-UMNO dalam mendepani Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17), beliau membayangkan ia tiada masalah susulan Jemaah Menteri Kabinet Sabah masih dianggotai sebahagian pemimpin parti nasional itu.
“Satu blok (UMNO) pulau sokong saya dan satu lagi dia masih dalam kerajaan, masih dalam Kerajaan Perpaduan, ada dia punya menteri, ada pembantu menterinya, ada jawatan-jawatan lain.
“Kita kekalkan itu untuk kebaikan, setengahnya tidak menyokong atas sebab-sebab mereka tahu sendiri.
“Saya ambil pendekatan untuk kebaikan, perpaduan, tiada guna kita memimpin negeri ini kalau kita fikir diri kita sahaja, kita kena fikir rakyat,” katanya.
Beliau mahu membawa pendekatan untuk bersatu hati dengan semua parti termasuk UMNO, seiring dengan pendirian Kerajaan Persekutuan yang berasaskan kerajaan perpaduan.
“Kalau saya fikir kepentingan parti atau gabungan saya, mungkin lain tindakan saya tetapi kita tidak boleh buat itu.
“Saya beri pandangan dan berbuat baik kepada mereka kerana tujuannya untuk mewujudkan perpaduan.
“Lama sudah kita ini bergaduh dalam pilihan raya, macam-macam, Sabah ini bertukar kerajaan berapa kali sudah sejak 60 tahun yang lalu.
“Inilah yang kita perolehi sekarang ini, jangan lagi sampai berpanjangan, pemikiran seperti ini,” katanya.
Katanya lagi, memandangkan penggal ke-16 masih berbaki kira-kira setahun lagi, Hajiji tidak bercadang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah lebih awal dari tempoh yang sepatutnya.
Sebaliknya beliau mahu memanfaatkan masa berbaki itu menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi rakyat khususnya air, jalan raya dan masalah kemiskinan.
“Kita cuba gunakan masa ini untuk menyelesaikan dan kalau kita fikirkan sudah masa yang sesuai, maka kita akan bubarkan dewan dan kembalikan mandat itu kepada rakyat.
“Yang di luar sana, sabar-sabarlah menunggu, sampai Oktober tahun depan.
“Insya-Allah kerajaan sekarang ini yang dipimpin oleh GRS dan PH ini akan menang dalam pilihan raya akan datang, Insya-Allah,” katanya lagi.
 
PAN BORNEO LAMBAT SEBAB WARISAN, BUKAN SAYA
Mengenai kelewatan pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Sabah, Hajiji mendedahkan ia berpunca daripada tindakan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang membatalkan kontrak syarikat juru perunding lantikan Kerajaan Persekutuan.
Menurutnya, langkah Kerajaan Warisan dahulu menyebabkan kelewatan itu berlaku khususnya bagi 12 pakej kerja (WP) Fasa 1A yang masih belum siap sehingga kini.
“Dia (Pan Borneo) lambat kerana dahulu waktu Kerajaan Warisan ambil alih, dia batalkan satu syarikat juru perunding yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan.
“Apabila dia (Mohd Shafie) batalkan, maka urusan pembinaan Pan Borneo ini tergendala. Bukan itu sahaja, banyak dia potong, dia batalkan,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kejayaan projek LPB Sarawak kini mencapai 99 peratus siap dan ia perlu dijadikan panduan agar projek itu di Sabah pada 2016 boleh dipercepatkan.
Ahmad berkata, ketika ini projek Fasa 1A LPB Sabah baru mencapai purata 79 peratus siap, termasuk empat pakej kerja yang sudah siap sepenuhnya dengan jangkaan penyiapan baharu pada akhir tahun depan dan awal 2026.
Menurut Hajiji, bagaimanapun keadaan sekarang sudah teratur dan Kerajaan Negeri Sabah sudah menawarkan kerja-kerja yang tergendala itu kepada beberapa kontraktor melalui tender terbuka.
“Sekarang syukur alhamdulillah sudah teratur, Insya-Allah kita ada juruperunding yang dilantik oleh kerajaan untuk membantu mempercepatkan pelaksanaan Pan Borneo ini,” katanya.
 
SEBENARNYA WARISAN GAGAL PERINTAH SABAH
Sementara itu, Hajiji juga membidas sikap pemimpin Warisan yang hanya gemar menuding jari dan menyalahkan GRS kerana gagal mengemudi pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah khususnya projek LPB.
“Sebenarnya Warisan yang gagal, dua tahun setengah memerintah, tiada hala tuju, cakap politik sana sini, bohong sana sini, fitnah sana sini, itu sahaja. Boleh buktikan apa yang telah mereka buat.
“Mereka tiada hala tuju, sekarang pandai cakap, kerajaan hari ini saya pimpin gagal, dia orang buka matalah tengok pencapaian kita, kita ada bukti, itulah politik mereka yang sebenarnya,” katanya.
Temubual Eksklusif Malaysia Gazette bersama Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor. Foto FAREEZ FADZIL, 30 SEPTEMBER 2024.  
Menurutnya, rakyat Sabah sudah pandai menilai pemimpin mana yang layak diberi mandat untuk memerintah negeri dan bukannya melalui kudeta, seperti mana yang dilakukan Mohd Shafie untuk menjadi ketua menteri sebelum ini.
“Orang Sabah pandai menilai, dalam keadaan ini dan tengoklah nanti, dulu Warisan jadi kerajaan bukan mendapat mandat daripada rakyat, orang lompat dia jadi ketua menteri.
“Sudah jadi ketua menteri, bubar dewan pun (Dewan Undangan Negeri) tidak menang, waktu itu ramai yang sokong, Cina pun sokong, sebahagian daripada Kadazan, Dusun dan Murut (KDM) pun sokong.
“Apabila bubar, tidak juga menang pilihan raya, jadi sekarang lagi, terpulang kepada rakyat untuk membuat keputusan,” katanya lagi.
The post Kenapa Hajiji terlalu baik dengan musuh politiknya? appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/10/24/kenapa-hajiji-terlalu-baik-dengan-musuh-politiknya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pihak Ketiga Usah Keruhkan Keadaan Selesai Isu 32 Peniaga Cameron Highlands Secara Baik

Pihak Ketiga Usah Keruhkan Keadaan Selesai Isu 32 Peniaga Cameron Highlands Secara Baik

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 182 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah agar tiada pihak ketiga cuba mengeruhkan keadaan berkaitan isu 32 peniaga di Kea Farm Cameron Highlands Al Sultan Abdullah bertitah ia bagi memastikan seb...
Lebih Baik Kita Menangis Dalam Lambo Wanita Akui Memilih Dalam Mencari Suami

Lebih Baik Kita Menangis Dalam Lambo Wanita Akui Memilih Dalam Mencari Suami

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 139 hits
Seorang wanita akui memilih dalam mencari suami apabila ditanya tentang perkahwinan bagi menjamin masa depan terutamanya jika sudah mempunyai anak Menerusi video yang tular dikongsikan akaun TikTok Opai Movement wanita dikenali sebagai Tisy...
Soalan Temuduga Guru Senaraikan Ciri Ciri Guru Yang Baik

Soalan Temuduga Guru Senaraikan Ciri Ciri Guru Yang Baik

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 96 hits
Menjadi seorang guru bukanlah sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar tetapi ia juga melibatkan pembentukan peribadi moral dan pembangunan sahsiah pelajar Dalam sesi temuduga guru salah satu soalan yang sering diajukan adalah t...
Render Xiaomi Smart Band 9 Pro Tunjukkan Paparan Melengkung Yang Sedikit Lebih Baik

Render Xiaomi Smart Band 9 Pro Tunjukkan Paparan Melengkung Yang Sedikit Lebih Baik

papar berkaitan - pada 13/10/2024 - jumlah : 196 hits
Xiaomi tidak sia siakan masa dengan barisan wearable pintar mereka Smart Band 9 dilancarkan pada bulan Ogos dan belum sampai setahun sejak Smart Band 8 Pro diluncurkan Sekarang khabar angin tentang Smart Band 9 Pro yang baru katanya akan mu...
Nasib Baik Menang

Nasib Baik Menang

papar berkaitan - pada 12/10/2024 - jumlah : 135 hits
Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ dinobatkan sebagai pemenang anugerah Penyampai Radio Popular dalam anugerah berprestij Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke 36 semalam Bekas Menteri Kesihatan itu berjaya mendapat undian...
Media Sosial Kawan Atau Musuh

Media Sosial Kawan Atau Musuh

papar berkaitan - pada 30/10/2024 - jumlah : 163 hits
Siapa yang tak ada media sosial hari ini Dari Instagram hingga TikTok semua orang seolah olah terhubung dalam satu dunia digital yang serba cepat Namun pernahkah kita terfikir tentang pengaruh media sosial terhadap gaya hidup dan kesihatan ...
Salafi Bukan Musuh Saya

Salafi Bukan Musuh Saya

papar berkaitan - pada 13/10/2024 - jumlah : 72 hits
Salafi bukan musuh saya1 Walaupun saya mengkritik Salafi jangan fikir saya memusuhi mereka Mereka adalah saudara2 saya tetapi sayang saya kepada keindahan ajaran agama ini lebih daripada sayang saya kepada mereka 2 Untuk anak anak muda yang...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip