Kenapa Anda Perlu Berjalan Kaki Sahaja Dan Kurangkan Bawa Kenderaan




"Hang tak reti bawa motosikal ka?" Tanya Abang Joe pada saya.
"Tahu, lesen pun ada .. kenapa Abang Joe?" saya jawab sedikit hairan kenapa dia tanya soalan tu.
Rupanya dia sangka saya tak tahu bawa motosikal sebab setiap kali kalau balik kampung, saya akan jalan kaki sahaja untuk ke pekan. Setakat 2 atau 3 kilometer, saya bedal jalan kaki saja. 
Salah satu kedai yang akan saya pergi setiap pagi adalah kedai Abang Joe. Ada nasi lemak gulai ikan kering kegemaran yang tak ada di tempat lain. Saya akan beli beberapa bungkus untuk di bawa balik sarapan di rumah.
Hampir semua orang dalam kampung tu kalau nak ke pekan, akan bawa motosikal atau naik kereta. Jalan kaki dah jadi perkara pelik sekarang. Baik orang tua mahupun anak muda.
Gaya hidup orang sekarang lebih mirip kepada orang malas apabila hampir keseluruhan urusan dilakukan dengan menggunakan kenderaan.
Mungkin ada yang dah terlupa bahawa kaki yang ada pada manusia bukan hanya untuk menekan pedal brek, minyak dan clutch sahaja. Salah satu kegunaan penting kaki yang dianugerahkan oleh Allah adalah untuk berjalan kaki di atas hamparan muka bumi ini.
Malas berjalan kakiDalam satu hari berapa banyak perjalanan yang anda gunakan dengan berjalan kaki?
Anda tentu seperti kebanyakan orang lain yang akan memilih untuk gunakan kenderaan berbanding berjalan kaki. Jika anda perhatikan, ada orang yang bawa keretanya sampai ke depan gerai nasi lemak dan buat belian dari situ tanpa keluar dari keretapun.
Jika parkir betul pada tempatnya, tentu akan ada jarak antara kenderaan sampai ke gerai tempat nak beli nasi lemak. Maka ada yang sanggup meletakkan kenderaan mereka betul-betul depan penjual nasi lemak tu. Jadi tempat parkit la pulak. Tidak ambil peduli samada mengganggu orang lain yang mahu membeli atau sukarkan lalu lintas.
Mereka seolah-olah tidak ada perasaan selain dari mementingkan diri sendiri. Dengan enjin kereta dibiarkan hidup menderam, menambahkan lagi rimas orang lain yang ada di situ. Ada bahang panas terkena pada mereka yang sedang sabar berdiri menunggu giliran.
Ke Masjid pun naik kenderaanAda juga yang pergi ke Masjid atau Surau dengan memandu kenderaan sedangkan jarak perjalanan antara rumah dengan masjid bukanlah jauh sangat. Tak sampai 2 kilometer pun.
Hadith yang telah didengari dari kecil sampai tua tentang setiap satu langkah terhapusnya dosa, sekadar dengar saja. Ramai yang lebih rela naik motosikal atau kereta dari berjalan kaki.
Untuk sedapkan hati, ditafsirkan satu langkah itu sebagai jarak perjalanan sahaja. Samada naik motosikal, naik kereta, atau jalan kaki, markahnya adalah sama. 
Macam itulah manusia zaman moden ini. Ke mana saja akan naik kenderaan. Lebih pantas, lebih kurang menggunakan tenaga, lebih tidak berpeluh.
Pergi kerja, sanggup keluar awal di subuh hari semata-mata untuk dapat pakir paling berhampiran dengan pejabat.
Pusing kawasan parkir di pasaraya 3 atau 4 pusingan semata-mata nak dapatkan tempat paling kurang berjalan kaki masuk ke pintu pasaraya. 
Apa salahnya letak kereta jauh sikit dan berjalan kaki sahaja. Samada nak ke pejabat, atau ke mana saja. Sekurang-kurangnya ia memberikan anda sedikit masa untuk melonggarkan otot dan mencari ilham sampai kuatkan kaki tu.
Bagi anda yang tak ada kenderaan, sebenarnya sangat beruntung sebab anda lebih banyak berjalan kaki daripada memandu.
Kelebihan berjalan kakiMari lihat apakah kelebihan berjalan kaki.
Orang yang banyak berjalan kaki setiap hari biasanya lebih baik tahap kesihatan mereka. Mereka biasanya lebih slim dan awek muda.Lebih banyak jalan kaki boleh menjimatkan kos bahan api bermakna anda boleh gunakan wang tersebut untuk perkara lain yang lebih berfaedah atau menabung untuk membesarkan simpanan anda.Anda juga menjadi salah seorang warga dunia yang membantu kurangkan pencemaran udara dan pencemaran bunyi yang kini berada di tahap yang kritikal.Dengan kesihatan yang lebih baik hasil dari banyak berjalan kaki membuatkan masa sihat lebih panjang dan hidup anda lebih produktif. Kos perubatan yang amat mahal kini juga berjaya dijimatkan dan anda ada satu lagi sumber lebihan untuk menabung.Orang yang berjalan kaki dalam keadaan orang lain berkenderaan memotong dengan laju mampu mendidik jiwa merendah diri. Anda boleh menyelami perasaan orang lain yang memang tak ada kenderaan. Cuba jalan kaki di tepi jalan raya dengan berpakaian kemas sambil menyendeng beg kerja. Anda akan rasa risau atau malu kalau ada orang yang kenal melihat, timbul rasa segan jika disangka kereta kena tarik. Saya dah banyak kali lalui pengalaman ini setiap kali hantar servis kereta dan berjalan kaki sejauh 5 km ke pajabat merentas jalanraya dan lampu isyarat.Kebiasaan berjalan kaki membuatkan orang yang mengenali anda tidak terfikir yang anda dalam kesusahan apabila kereta kena tarik. Biasalah, bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Cuma anda mungkin berjalan kaki lebih daripada biasa. Ini memudahkan kerisauan yang mungkin akan timbul akibat malu pada orang.Berjalan kaki dalam tempoh lebih setengah jam secara berterusan setiap hari cukup untuk menjaga kesihatan anda dan dalam tempot tersebut banyak perkara yang boleh difikirkan termasuklah bermuhasabah dan berangan-angan akan kejayaan di masa akan datang.Otot kaki semakin kuat. Kelebihan anggota manusia cukup ajaib apabila semakin digunakan semakin kuat asalkan tidak digunakan secara melampau dan berjalan kaki bukanlah sesuatu yang berat. Kalau barang ciptaan manusia, semakin digunakan semakin lusuh. Cuba berjalan kaki ayam dan lihat perubahan tapak kaki, ia semakin kuat kematu berbanding tapak kasut yang biasanya haus. Jangan tunggu lutut menjadi lemah, takut anda akan mula kempunan nikmat berjalan kaki.Cukup setakat itu sahaja kelebihan berjalan kaki berbanding memandu yang saya rasa kita patut pertimbangkan segera untuk diamalkan. Jadikan ia satu amalan hidup ringkas  agar anda dapat kecapi hidup yang lebih bermakna. Selamat mencuba.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2023/04/kenapa-anda-perlu-berjalan-kaki-sahaja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Demi Tuntut Pengeluaran Caruman Kwsp Noorazlan Berjalan Kaki Dari Johor Ke Istana Negara

Demi Tuntut Pengeluaran Caruman Kwsp Noorazlan Berjalan Kaki Dari Johor Ke Istana Negara

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 420 hits
JOHOR BAHRU Seorang pemandu teksi nekad untuk menjayakan misi berjalan kaki dari Johor ke Istana Negara demi menuntut pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Memetik dari laporan Harian Metro Noorazlan Ismail 49 berkata Pengeluar...
Kajian Aktiviti Berjalan 8 000 Langkah Dua Kali Seminggu Kurangkan Risiko Kematian Penyakit Vaskular

Kajian Aktiviti Berjalan 8 000 Langkah Dua Kali Seminggu Kurangkan Risiko Kematian Penyakit Vaskular

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 326 hits
Berjalan kaki sejauh 8 000 langkah atau kira kira empat batu dalam satu atau dua hari seminggu boleh mengurangkan risiko kematian awal secara signifikan menurut kajian Walaupun senaman biasa diketahui dapat menurunkan risiko kematian kajian...
Seorang Pria Di Kupang Nekat Bawa Kabur Kendaraan Dinas Kehutanan Ntt

Seorang Pria Di Kupang Nekat Bawa Kabur Kendaraan Dinas Kehutanan Ntt

papar berkaitan - pada 1/4/2023 - jumlah : 125 hits
Seorang warga Kelapa Lima Kota Kupang Nusa Tenggara Timur berinisial FM ditangkap polisi lantaran menggelapkan sepeda motor milik Dinas Kehutanan NTT
5 Hari 4 Malam Di Korea Semuanya Lancar Bapa Ini Kongsi Tip Bawa Bayi Ibu Hamil Travel

5 Hari 4 Malam Di Korea Semuanya Lancar Bapa Ini Kongsi Tip Bawa Bayi Ibu Hamil Travel

papar berkaitan - pada 1/4/2023 - jumlah : 552 hits
Ada antara korang yang plan nak travel bawa baby atau pun nak travel dengan orang yang tengah mengandung Ada sedikit tips berdasarkan pengalaman dikongsi oleh En Mohd Amir Izzat Tips travel ke Seoul Korea bersama Bayi dan Preggy Lady 32 wee...
Zahid Harap Pelantikan Rauf Bawa Perubahan Kepada Melaka

Zahid Harap Pelantikan Rauf Bawa Perubahan Kepada Melaka

papar berkaitan - pada 1/4/2023 - jumlah : 121 hits
PENGERUSI Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi berharap pelantikan Ab Rauf Yusoh sebagai ketua menteri Melaka akan membawa perubahan kepada negeri itu terutama potensi untuk menarik pelabur nbsp Zahid yang juga presiden Umno berkata Ab Rauf ...
Bawa Watak Pegawai Polis Jung Hoyeon Sah Sertai Filem Hope

Bawa Watak Pegawai Polis Jung Hoyeon Sah Sertai Filem Hope

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 178 hits
Selepas kejayaan drama Squid Game kini Jung Ho yeon bakal menemui peminatnya menerusi filem baru tidak lama lagi ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pelakon Jung Ho yeon mengesahkan bahawa dia bakal terajui filem pertamanya berjudul HOPE arahan penga...
Larangan Terhadap Mb Kedah Ph Bn Bawa Landskap Politik Lapuk

Larangan Terhadap Mb Kedah Ph Bn Bawa Landskap Politik Lapuk

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 260 hits
Ahli Parlimen Perikatan Nasional Pokok Sena yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Ahmad Yahaya membidas kerajaan madani Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengenakan larangan terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor...
Kami Bukan Scammer Bawa Jemaah Kata Ceo Emraz

Kami Bukan Scammer Bawa Jemaah Kata Ceo Emraz

papar berkaitan - pada 3/4/2023 - jumlah : 321 hits
Ketua Pegawai Eksekutif Emraz berkata pihak syarikat sudah menerbangkan lebih 30 000 jemaah umrah sebelum ini PETALING JAYA Syarikat Emraz Travel and Tours Sdn Bhd menafikan mereka bukan scammer susulan tindakan Lembaga Tabung Haji menggant...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy