Kenapa Amanah Tetap Terhegeh Hegeh Untuk Kerjasama Dengan Tun



Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli bertegas bahawa Pakatan Harapan tidak perlu bekerjasama dengan Dr Mahathir Mohamad pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang untuk meraih sokongan orang Melayu.
Bertentangan dengan persepsi popular, Rafizi mendakwa berdasarkan datanya bekas perdana menteri itu tidak membawa undi Melayu untuk gabungan itu pada pilihan raya sebelum ini.
“(Ketika itu) dirasakan Mahathir boleh membawa sokongan Melayu dan saya menjejaki jumlah itu setiap bulan sejak 2016.
"Tiada apa-apa yang mencadangkan Mahathir bersama-sama PH (pada PRU14) telah membawa gelombang sokongan Melayu (untuk PH)," dakwa Rafizi kepada Malaysiakini dalam temu bual di ibu pejabat PKR baru-baru ini.
Angka sokongan Melayu kepada PH, dakwa Rafizi kekal tidak berubah selama beberapa bulan selepas Mahathir dan Bersatu menyertai gabungan itu pada 2016.
Ia hanya mula meningkat menjelang akhir 2017, katanya.
“Tetapi kami benar-benar mula melihat perubahan itu hanya dalam tiga minggu terakhir pilihan raya, jadi ia sebenarnya bukan mengenai Mahathir atau sesiapa.
"Ia adalah kerja terkumpul selama dua hingga tiga dekad untuk meyakinkan orang ramai bahawa boleh ada kerajaan yang lebih baik dengan rancangan yang lebih baik untuk negara," kata Rafizi.
Bekas ahli parlimen Pandan itu menegaskan bahawa jelas daripada prestasi pakatan pembangkang sepanjang pilihan raya umum sebelum ini bahawa rakyat semakin tertarik kepada mereka.
Mahathir cukup bijak untuk menyedari potensi PH pada masa itu, katanya.
“Mahathir adalah ahli politik yang berpengalaman. Dia tahu mengenai perkara yang berlaku, terutamanya selepas 2013 apabila Pakatan Rakyat memenangi undi popular, ia cuma menunggu masa sebelum mereka ini (pembangkang) menolak dan melepasi garisan itu.”
Walaupun dia tidak menentang idea untuk menjadi inklusif, Rafizi berkata dia sentiasa menentang cadangan Bersatu untuk menyertai PH sejak awal lagi.
Justeru, ketika ditanya jika ada peluang atau keperluan untuk PH bekerjasama dengan Mahathir sekali lagi pada PRU15, Rafizi memberikan jawapan yang jelas "tidak."
Ini selepas Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata dia berasa hairan dengan keputusan PH enggan bekerjasama dengan Gerakan Tanah Air (GTA).
Khalid berkata Amanah berpendirian parti pembangkang seharusnya bekerjasama dalam menghadapi PRU15 pada 19 Nov ini.
“Seperti yang kita tahu, Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad telah mohon untuk bertemu PH, tapi malangnya, pimpinan PH memutuskan untuk tidak meneruskannya.
"Apa yang saya tak faham, terdapat penolakan yang kuat terutamanya daripada PKR.
“Amanah sentiasa berpendirian bahawa pembangkang perlu bersatu supaya kita dapat memaksimumkan kerjasama dengan semua parti pembangkang,” katanya pada 23 Oktober lalu ~ MalaysiaKini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/10/kenapa-amanah-tetap-terhegeh-hegeh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerjasama Ditolak Tun M Kata Muhyiddin Sombong Konon Dia Boleh Menang

Kerjasama Ditolak Tun M Kata Muhyiddin Sombong Konon Dia Boleh Menang

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 161 hits
Usaha Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 sekali lagi gagal apabila ditolak Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin Menurut laporan BH Online Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air itu me
Amanah Ada Minat Kerjasama Dengan Gta

Amanah Ada Minat Kerjasama Dengan Gta

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 199 hits
Pendirian tegas dan berani ini sudah tentu bukan satu masalah kepada komponen PH yang lain Tetapi bagaimana pendirian penyokong amanah jika di sesuatu kawasan akan ada tiga penjuru GTA UMNO PKR Tidak semua penyokong amanah sokong Anwar
Tun M Ulangi Kesediaan Kerjasama Dengan Pembangkang

Tun M Ulangi Kesediaan Kerjasama Dengan Pembangkang

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 147 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi kesediaannya bekerjasama dengan pemimpin pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Pengerusi penaja Gerakan Tanah Air itu berkata kesediaan itu dibuat berdasarkan pendiriannya yang masih mengekalkan prinsip...
Tun Mahathir Sanggup Rendah Diri Demi Kerjasama Dengan Perikatan Nasional

Tun Mahathir Sanggup Rendah Diri Demi Kerjasama Dengan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 449 hits
ALOR SETAR Perikatan Nasional menolak pelawaan Gerakan Tanah Air untuk menjalin kerjasama politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 walaupun kedua dua gabungan itu mempunyai matlamat sama untuk mengalahkan Barisan Nasional Pengerusi P...
Tun M Kata Wujud Rundingan Kerjasama Antara Gta Pn Muhyiddin Pula Nafi Ada Perbincangan

Tun M Kata Wujud Rundingan Kerjasama Antara Gta Pn Muhyiddin Pula Nafi Ada Perbincangan

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 148 hits
Nampaknya impian Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjalinkan kerjasama dengan Perikatan Nasional seakan tidak tercapai apabila pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tiada sebarang perbincangan ras...
Pru15 Muktamad Tiada Kerjasama Anwar Mahathir

Pru15 Muktamad Tiada Kerjasama Anwar Mahathir

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 209 hits
Tiada keperluan untuk berbincang dengan Dr Mahathir Mohamad kata Anwar Ibrahim sekali gus menamatkan sebarang kemungkinan Pakatan Harapan bekerjasama dengan Pejuang pada pilihan raya umum ke 15 Pengerusi PH itu berkata lebih baik beliau ber...
Kerjasama Bn Grs Pastikan Kemenangan Pru15 Kata Ismail Sabri

Kerjasama Bn Grs Pastikan Kemenangan Pru15 Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 232 hits
Kerjasama BN GRS pastikan kemenangan PRU15 kata Ismail Sabri Dikemas kini 36 minit yang lalu Diterbitkan pada 23 Oct 2022 3
Adakah Anwar Dengar Cakap Zahid Tolak Kerjasama Dengan Dr M

Adakah Anwar Dengar Cakap Zahid Tolak Kerjasama Dengan Dr M

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 275 hits
agendaily com23 10 2022Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan PH akan bekerjasama dengan GTA dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menghadapi PRU 15 19 November depan Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menolak kerjasama dengan Tun Dr Mahat...
Pru 15 Pakatan Harapan Tolak Kerjasama Dengan Gerakan Tanah Air

Pru 15 Pakatan Harapan Tolak Kerjasama Dengan Gerakan Tanah Air

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 210 hits
PETALING JAYA Pakatan Harapan menolak kerjasama dengan Gerakan Tanah Air bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Sekretariat PH Saifuddin Nasution Ismail menerusi ciapan di Twitter hari ini Kita ...
Understand Your Target Audience

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Abaikan Jika Tak Minat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Kek Batik Jawa

From Insight To Action The Role Of Data Science Consulting In Smarter Business Decisions

Tabung Prihatin Selangor Raih Rm4 74 Juta