Kenapa Ada Negara Islam Mengiktiraf Kedaulatan Israel


Di jazirah Arab, ada beberapa negara yang mengiktiraf kedaulatan negara haram Israel dan menjalinkan hubungan diplomatik yang antaranya adalah; Mesir, Jordan, UAE, Morocco, Bahrain dan Sudan.

Mesir dianggap klasik kerana negara ini sudah menandatangani Perjanjian Damai dengan Israel sejak tahun 1979, sama juga dengan Jordan, yang membuat Perjanjian Damai dengan Israel pada tahun 1994.


Mesir dan Jordan seperti yang kita tahu, negara sempadan kepada Palestin. Kedua negara ini terlibat dengan perang menentang Israel dari dahulu lagi.

Mungkin sebab penat berperang, lalu mereka ambil jalan berdamai.

Tahun 2020 memperlihatkan 4 lagi negara Islam mengikut jejak langkah mengiktiraf negara Israel iaitu UAE, Bahrain, Sudan dan Morroco.

Ada beberapa sebab kenapa negara-negara Islam, saudara mara kita ini menyokong negara haram Israel.

Kami akan terangkan secara ringkas satu persatu.

1. Bahrain

Bahrain merupakan negara Orthodox Sunni yang takutkan ancaman Iran (Syiah) dan di Bahrain, terdapat gerakan Syiah yang memperjuangkan hak-hak demokrasi dan kumpulan ini mendapat restu Iran.

Disebabkan Bahrain tidak segagah Iran, negara ini memerlukan perlindungan dari kuasa besar Amerika.

Macam mana nak dapat perlindungan dari Amerika? Mudah. Iktiraf Israel.

Tapi kenapa perlu iktiraf Israel sedangkan yang perlu diminta pertolongan adalah Amerika?

Situasi ini ada kaitan dengan geopolitik. Selain itu, Amerika Syarikat telah mula kurangkan kapasiti ketenteraan mereka di Timur Tengah.

Jadi, Bahrain memerlukan perlindungan (double protection) dan kuasa ketenteraan yang dilihat boleh membantu mereka iaitu Israel.

Faktor kedua, Bahrain terhutang budi kepada Arab Saudi disebabkan semasa Arab Spring 2011, Bahrain terselamat dengan bantuan Arab Saudi.

Bahrain tahu yang Arab Saudi ada niat untuk menjalin hubungan dengan Israel, disebabkan itu Bahrain menjadi shadow nation dulu tengok macam mana perkembangan sebelum Saudi pula memulakan langkah.

2. Morroco/Maghribi

Morroco ada pertikaian satu wilayah di Sahara Barat. United Nation tak luluskan kedaulatan Morroco ke atas kawasan Sahara Barat seperti yang dituntut oleh kerajaan Morroco.

Jadi Morroco mengambil jalan pintas, iktiraf Israel dan sebagai timbal balik, mereka meminta Amerika untuk membantu dalam tuntutan ke atas kawasan yang dituntut.

Apa Amerika buat? Amerika ketuai rundingan dengan United Nation untuk Morroco dapatkan beberapa habuan wilayah sepanjang Sahara.

3. Sudan

Sudan pula dilihat sebagai sahabat baik Iran. Sebabnya, Khortum tidak menyertai pertikaian Saudi-Emirates semasa pembantaian Houti di Yaman.

Bila Sudan tidak mempertahankan Sunni daripada diserang Iran (Syiah), maka negara arab melihat Sudan sebagai sekutu Iran.

Bersahabat baik dengan Iran tapi kenapa iktiraf Israel?

Seperti biasa, manusia ini hatinya sentiasa berubah-rubah. Macam itu juga dengan Sudan. Negara ini membuat langkah sampingan bila Amerika tawarkan sesuatu yang sukar ditolak.

Apa Amerika tawarkan?

Amerika akan keluarkan Sudan dari senarai negara yang menyokong keganasan, tetapi Sudan perlu mengiktiraf kedaulatan Israel.

Amerika pula akan memudahkan urusan perdagangan global untuk Sudan sebagai medium untuk menaikkan ekonomi dan mengukuhkan perdagangan antarabangsa.

Persetujuan Sudan ini juga menyelamatkan reputasi mereka daripada kritikan barat yang selama ini mengecam Sudan sebab kurangnya amalan demokrasi dalam sistem pemerintahan mereka.

4. UAE

Sebut Dubai dan Abu Dhabi, semua tahu ini tempat paling seronok di Timur Tengah.

Kedua-dua Bandar hebat ini berada di bawah negara UAE, sebuah lagi kuasa Islam yang mengiktitaf kedaulatan negara Israel.

Ketenteraan UAE tidaklah sehebat seperti kereta-kereta mewah yang rakyat mereka miliki (selalu tengok Supercar Blondie) atau segagah menara Burj Khalifah.

UAE perlukan kekuatan teknologi dan ketenteraan. Jadi macam mana nak dapat? Senang. Ikut sahaja cakap Amerika, iktiraf Israel.

Amerika akan memanfaatkan sokongan ini dengan bantuan ketenteraan termasuk jet pejuang yang UAE perlukan seperti F35 Stealth Fighter dan EA-18G Growler Warcraft.

Bukan setakat itu, UAE juga dapat banyak peluang kolaborasi dengan Israel terutamanya dalam hubungan dua hala perdagangan dan projek-projek mega yang jumlahnya ratusan bilion dollar.

Itulah serba sedikit yang boleh kita faham kenapa negara-negara Islam yang lebih dekat dengan Palestin tapi tidak berbuat apa-apa bila dibantai oleh Zionis.

Bukan sekadar menutup mata, malah berlaku khianat dengan mengiktiraf kedaulatan negara haram Israel.

Begitulah betapa geopolitik, kepentingan ekonomi, keutamaan ketenteraan, kepentingan kuasa, reputasi, kekayaan, keselamatan dan pengiktirafan kuasa besar; SENTIASA DAN SELAMANYA akan melebihi kepentingan nyawa apatah lagi kesyumulan sebuah agama.

Kita tak perlu menjerit Jihad ke telinga mereka, sebab itu bukan suatu hal yang mereka peduli pun.

Perang Zionist vs Palestinians? Pada mereka di situlah terletaknya 1001 peluang untuk menambah kuasa dan kekayaan.

Now you know.

BACA INI JUGA: 10 Pembohongan Terbesar Media Barat Tentang Negara Haram IsraelMalaysia Negara 'Anti-Semitisme' Ataupun Anti-Israel?
sumber: (1)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2022/04/kenapa-arab-iktiraf-israel.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Intip Pasukan Jihad Islam Palestina Bersiap Hadapi Israel

Intip Pasukan Jihad Islam Palestina Bersiap Hadapi Israel

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 145 hits
Intip Pasukan Jihad Islam Palestina Bersiap Hadapi Israel Kelompok militan Jihad Islam Palestina bersiap menghadapi Israel di tengah hubungan yang semakin memanas setelah insiden kekerasan di kompleks Masjid Al Aqsa pekan lalu
Hiburan Lepasni Letak Ic Kat Dahi Pelanggan Bukan Islam Kena Jeling Staf Restoran Ketika Dine In

Hiburan Lepasni Letak Ic Kat Dahi Pelanggan Bukan Islam Kena Jeling Staf Restoran Ketika Dine In

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 223 hits
Kita kini telahpun hampir di penghujung bulan Ramadan dan majoriti tahu bahawa umat Islam akan dibolehkan makan dan minum apabila tiba waktu berbuka nanti Namun bagi orang yang bukan Islam tiada larangan untuk mereka makan di dalam restoran...
Bila Tok Mopti Bersuara Habis Dalam Islam Saksi Untuk Diadili Siapa Agaknya

Bila Tok Mopti Bersuara Habis Dalam Islam Saksi Untuk Diadili Siapa Agaknya

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 151 hits
ZAMZURI ARDANISaya tidak bersetuju dengan pandangan ini Peguam yang menjadi peguambela kepada mana mana tertuduh bukan membela perlakuan salah tetapi mahu memastikan anak guamnya mendapat hak dan keadilan yang diperuntukkan oleh undang unda...
Tergugatkah Islam Tanpa Pas Melayu Tanpa Umno

Tergugatkah Islam Tanpa Pas Melayu Tanpa Umno

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 158 hits
Oleh Muhammad Azha SalahudinULASAN Mungkin ada yang terfikir apa yang akan terjadi kepada orang Melayu dan Islam di Malaysia sekiranya parti Pas dan Umno tidak wujud Adakah orang Melayu akan terus dihina atau orang Islam akan terjerumus ke ...
Mana R0h Kamu Seorang Islam Yusufazmi Semboyan Mula Naikang1n Apa Yg Dia Cakap Buat Ramai Meremang

Mana R0h Kamu Seorang Islam Yusufazmi Semboyan Mula Naikang1n Apa Yg Dia Cakap Buat Ramai Meremang

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 122 hits
Kes pender4an membabitkan seorang remaja kelainan upaya Bella tular di laman media sosial susulan perbicaraan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang rancak diperkatakan
Tebusan Beragama Islam Diselamatkan Tentera Rusia

Tebusan Beragama Islam Diselamatkan Tentera Rusia

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 243 hits
Tentera Rusia didakwa berjaya membebaskan sejumlah tawanan Islam di sebuah masjid di daerah Primorsky Mariupol pada Sabtu lalu Foto AFPTentera Rusia berjaya membebaskan dan menyelamatkan sejumlah penduduk Islam yang ditahan di sebuah masjid...
Dynamic Qr Code Dskp Pendidikan Islam Bahasa Arab Tahun 1 6

Dynamic Qr Code Dskp Pendidikan Islam Bahasa Arab Tahun 1 6

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 544 hits
QR CODE DSKP BAHASA ARAB TAHUN 1 6 QR CODE DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 6
Rajut Harmoni Selama Ramadan Bupati Ipuk Silaturahmi Ke Ormas Islam

Rajut Harmoni Selama Ramadan Bupati Ipuk Silaturahmi Ke Ormas Islam

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 158 hits
Momentum Ramadan dimanfaatkan oleh Bupati Banyuwangi Ipuk Fiestiandani untuk bersilaturahmi ke sejumlah organisasi masyarakat berbasis agama Islam Acara yang dikemas sembari menunaikan salat tarawih itu bertujuan untuk merajut harmoni denga...
Hiburan Burukkan Imej Islam Penari Pakai Singlet Dengan Songkok Teaser Lagu Raya Aliff Syukri Teruk Dikecam

Hiburan Burukkan Imej Islam Penari Pakai Singlet Dengan Songkok Teaser Lagu Raya Aliff Syukri Teruk Dikecam

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 221 hits
Sekali lagi usahawan yang dikenali ramai iaitu Datuk Seri Aliff Syukri tidak melepaskan peluang keemasan untuk mengeluarkan lagu raya baharu yang berjudul Kepelak Kelepuk Raya Terbaharu Aliff Syukri ada memuat naik teaser lagu berkenaan di ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport

Masak Beef Kueteow Ala Cantonese

Minta Kado Ulang Tahun Tak Biasa Zaskia Adya Mecca Kunjungi Kamp Suriah

Tu Kata Pembangkang Mereka Tidak Tahu Mereka Tidak Cerdik

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Palsu