Kenali Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah


KENALI RAJA PERMAISURI AGONG, RAJA ZARITH SOFIAH. Assalamualaikum. Masih belum terlambat rasanya ingin Cik Rose coretkan kenangan ini di laman blog sendiri. Jom kita kenali Raja Permaisuri Agong kita - Sumber dari Media Digital Johor, Bernama dan Harian Metro. 





Raja Permaisuri Agong diputerikan pada 14 Ogos 1959 di Hospital Batu Gajah, Perak. Seri Paduka Baginda merupakan puteri kedua dan anakanda ketiga kepada Almarhum Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Idris Shah II dan Almarhumah Raja Perempuan Perak, Raja Perempuan Muzwin Almarhum Raja Dato' Sri Ariff Shah.


Raja Zarith Sofiah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datin Khadijah, Kuala Kangsar, Perak sebelum menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kalsom, juga di Kuala Kangsar.


Seri Paduka Baginda kemudian menyambung pelajaran peringkat menengah di Cheltenham Ladies' College di England pada 1972, sebelum menyambung pengajian tinggi di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Somerville College, University of Oxford pada 1979 sebelum dikurniakan Bachelor of Arts in Chinese Studies pada 1983.






Pelantikan Permaisuri Johor


Seri Paduka Baginda dikurniakan gelaran Permaisuri Johor bersempena dengan Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim pada 23 Mac 2015.


Anakanda Putera Dan Puteri


Raja Zarith Sofiah diijabkabulkan bersama Sultan Johor Sultan Ibrahim pada 22 September 1982 semasa Sultan Ibrahim bergelar Tunku Mahkota Johor.


Perkongsian hidup Seri Paduka Baginda berdua dikurniakan lima putera dan seorang puteri iaitu Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar, Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.


Minat dan bakat


Mewarisi minat dan bakat seni ayahanda terutamanya dalam seni lukis, Seri Paduka Baginda pernah menyertai beberapa pameran seni seperti pameran Galeri Seni Yayasan Warisan Johor pada 2003 dan pameran seni anjuran Maybank Kuala Lumpur yang memberi penghormatan kepada tiga generasi seniman Johor pada 2004.
Raja Zarith Sofiah juga merupakan seorang penulis prolifik dan pernah mempunyai ruangan akhbar khusus iaitu  On Common Ground untuk New Straits Times dan Mind Matters untuk The Star, malah sebelum itu, Seri Paduka Baginda juga pernah menulis empat buku kanak-kanak pada 1995.


Jawatan disandang


Pada masa ini, Seri Paduka Baginda menjadi Penasihat Diraja kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Pengerusi Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor.
Selain itu, Seri Paduka Baginda juga merupakan Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Pengerusi Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.


Pencapaian


Raja Zarith Sofiah merupakan seorang kerabat diraja yang bergiat aktif dalam pelbagai kerja kebajikan, khususnya melalui platform badan bukan kerajaan (NGO) sehingga mendapat pengiktirafan antarabangsa iaitu dianugerahkan ijazah kehormat daripada University of Nottingham pada 2017.
Pada 17 Mac 2016, Seri Paduka Baginda berkenan menyempurnakan program "Because We Care" Chancellor's Fund yang bertujuan menjaga kebajikan pelajar golongan B40 di UTM, serta turut mengilhamkan program Bangsa Johor Bahagia pada 17 Mac 2019 yang memberi penekanan terhadap aspek kebajikan masyarakat, khususnya golongan B40.
Raja Zarith Sofiah sering dijemput sebagai pengucap tama persidangan akademik di dalam dan luar negara termasuk menyampaikan ucap tama pada Persidangan Meja Bulat OCIS-UTM, bertemakan Imagining the Future: Climate Change, Health and Food Security in Muslim Societies, anjuran UTM dan Oxford Centre of Islamic Studies (OCIS) pada Mei tahun lalu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2024/02/kenali-raja-permaisuri-agong-raja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dari Puteri Perak Kini Raja Permaisuri Agong Ini Biodata Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofia

Dari Puteri Perak Kini Raja Permaisuri Agong Ini Biodata Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofia

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 267 hits
Berikut adalah biodata rasmi Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor Raja Permaisuri Agong dilahirkan pada 14 Ogos 1959 di Hospital Batu
Agong Sebak Ketika Mengucapkan Sudah Sampai Masanya Saya Dan Raja Permaisuri Agong Mengundur Diri

Agong Sebak Ketika Mengucapkan Sudah Sampai Masanya Saya Dan Raja Permaisuri Agong Mengundur Diri

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 172 hits
BERNAMAYang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah tidak dapat menahan sebak ketika berkenan menyampaikan titah pada Majlis Jamuan Negara sempena tamat pemerintahan Yang di Pertuan Agong Ke 16 hari ini FOTO ...
Menarik Sungguh Kain Tenun Pahang Digayakan Oleh Permaisuri Agong Dibuat Di Penjara Malaysia

Menarik Sungguh Kain Tenun Pahang Digayakan Oleh Permaisuri Agong Dibuat Di Penjara Malaysia

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 218 hits
Baru baru ini tular di platform TikTok memaparkan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hingga meraih lebih 200 000 tontonan daripada pengguna Kain tenun Pahang digayakan Permaisuri Agong cantik amp kemas hasil tang...
Pak Cik Agong Kakak Permaisuri Permata Hati Rakyat

Pak Cik Agong Kakak Permaisuri Permata Hati Rakyat

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 240 hits
Di negara ini bukan sesuatu yang luar biasa jika ternampak susuk yang sangat dikenali ini sedang beratur untuk membeli ayam goreng di restoran makanan segera atau di tepi jalan raya membantu mangsa kemalangan Atau mungkin ada yang teringat ...
Pengalaman Menonton Teater Psychosynthesis On Tour Di Permaisuri Zarith Sofea Opera House

Pengalaman Menonton Teater Psychosynthesis On Tour Di Permaisuri Zarith Sofea Opera House

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 328 hits
Pengalaman Menonton Teater Psychosynthesis On Tour di Permaisuri Zarith Sofea Opera House Menonton teater merupakan salah satu aktiviti menarik bagi Nona kerana terdapat penceritaan di dalamnya Kita sebagai penonton sememangnya didedahkan d...
Agong Kembara Kenali Borneo Tour Highlighted True Sense Of Nobility

Agong Kembara Kenali Borneo Tour Highlighted True Sense Of Nobility

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 221 hits
Al Sultan Abdullah said personal nobility is measured by a moderate life yet filled with sincerity to live in a society that is strong and united 8211 Bernama photo KUALA LUMPUR Last year s Kembara Kenali Borneo tour led Yang di Pertuan Ag
Tak Sangka Yang Di Pertuan Agong Ke 17 Bayar Zakat Tahun Lepas Rm10 Juta

Tak Sangka Yang Di Pertuan Agong Ke 17 Bayar Zakat Tahun Lepas Rm10 Juta

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 225 hits
Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dengan murah hati membayar zakat sebanyak RM10 juta untuk tahun 2023 Cek zakat tersebut diserahkan oleh Baginda kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor Ismail ...
Rpk Continues To Sing Tune Favouring Unity Gov T By Concurring With Agong Gives Thumbs Down For Pn

Rpk Continues To Sing Tune Favouring Unity Gov T By Concurring With Agong Gives Thumbs Down For Pn

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 311 hits
Even if the opposition claimed that the current government is weak handicapped and full of flaws the Agong doesn t see that the alternative offered by the opposition is any better PN simply has to prove that they can be a more viable altern...
Sepanjang Lima Tahun Memerintah Negara Agong Dedah Tak Pernah Ambil Gaji

Sepanjang Lima Tahun Memerintah Negara Agong Dedah Tak Pernah Ambil Gaji

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 210 hits
Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mengakui bahawa baginda tidak mengambil gaji Yang di Pertuan Agong sepanjang lima tahun memerintah negara Baginda Kongsi Pengalaman Berdasarkan sumber yang dilihat dari Harian Metro bag...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Ikan Siakap Bakar Kerabu Bunga Betik

Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord