Kenali Game Mobile Legends Bang Bang


Mobile Legends: Bang Bang (atau Mobile Legends) merupakan sebuah permainan telefon pintar RPG yang dibangunkan dan diterbitkan oleh syarikat Moonton, buat pertama kalinya di China untuk sistem Android pada 11 Julai 2016 dan kemudiannya untuk iOS di seluruh dunia pada 9 November 2016.


Anda semua pasti tahu bahawa, Mobile Legends kini semakin mendapat tempat di hati pemain permainan MOBA (Multiplayer Online Battle Arena).

Jika sebelum ini ada yang gemar bermain DOTA, mereka dilihat perlahan-lahan beralih kepada permainan Mobile Legends, kerana ia dimainkan pada platform telefon pintar yang boleh dibawa kemana-mana sahaja.

Permainan ini berasaskan enjin syarikat Tencent. Syarikat ini juga telah membangunkan sebuah lagi permainan yang bergenre arcade iaitu Mobile Legends Adventure.

Permainan

Mobile Legends: Bang Bang memerlukan berbilang pemain dan direka khas untuk telefon pintar.

Dalam mod klasik, kedua-dua pasukan bertempur untuk sampai ke pangkalan musuh (enemy's base) dan memusnahkannya sambil mempertahankan pangkalan masing-masing dan mengawal laluan (lanes).

Dalam mod ini, terdapat tiga laluan iaitu laluan atas (top), tengah (middle), dan bawah (bottom), yang menghubungkan pangkalan-pangkalan itu.

Dalam setiap pasukan, terdapat lima orang pemain yang mengawal wira (hero) dari peranti masing-masing.

Terdapat juga karakter lemah yang dikawal komputer, iaitu konco-konco (minions) yang dikeluarkan dari pangkalan masing-masing dan mengikut ketiga-tiga laluan menuju ke arah pangkalan musuh sambil melawan konco-konco, wira musuh serta menara (turrets).

Konco-konco yang dikeluarkan bagi setiap peringkat ialah sebanyak 3 ekor bagi setiap laluan.

Terdapat banyak wira yang direka oleh Moonton dan boleh dikategorikan mengikut tugas masing-masing iaitu Marksman, Fighter, Tank, Mage, Support dan Asassin.

TIPS MENANG GAME MOBILE LEGENDS

Kejap kalah kejap menang? Itu adat permainan, tapi jika selalu kalah? Anda yang bermasalah.

Dibawah merupakan 10 tips yang boleh membantu anda memenangi permainan Mobile Legends.

1. Sambungan internet yang stabil

Ini perkara paling penting. Pastikan anda bermain dengan sambungan internet yang stabil dan sebaiknya menggunakan Wi-Fi. Kalau tak mesti ada bagi alasan “Weh sorry, lag do”.

2. Pilih hero yang sesuai dengan cara anda bermain

Pilih hero berdasarkan kuasa, bukan rupa paras! Ada antara pemain yang mahu hero kelihatan gagah dan kacak macam Alucard, atau Yun Zhao tetapi gaya main lebih sesuai pakai Cyclops.

Hero terbabit memang power, tetapi carilah yang bersesuaian dengan anda dan paling penting, fahamkan skil-skil hero terbabit.

Lihat team anda kekurangan apa. Setiap team perlu ada Tanker, Assasin, Marksman dan Mage.

Jangan la sampai satu team penuh tanker, kau ingat ini team ragbi?!
Tank – Menyerap lebih serangan daripada lain, sesuai untuk mulakan seranganMarks dan Assassin – Mempunyai serangan yang terbaik, tetapi nyawa yang sedikit lemah. Sesuai untuk musnahkan menara.Mage – Skill membunuh yang terbaik tetapi nyawa yang sedikit lemah, hati-hati bila gunakan ia.Fighter – Bergantung kepada senjata yang digunakan, kadang kala boleh jadi beban kepada team.
3. Pilih Emblem yang sesuai dan terbaik untuk hero anda

Setiap emblem mewakili pelbagai tugas dan gaya bermain. Mana satu yang perlu anda upgrade? Apa yang sesuai dengan hero kegemaran anda?

Terdapat 8 jenis emblem dalam permainan Mobile Legends;
Physical Emblem – Chou, Yun Zhao, Alpha, Balmond dan Sun.Magic Emblem – Eudora, Nana, Estes, Rafaela, Aurora, Kagura, Cyclops dan Gord.Tank Emblem – Hilda, Franco, Balmond, Tigreal, Akai, Minotaur, Johnson, dan Lolita.Jungle Emblem – Layla, Miya, Alucard, Clint, Yun Zhao, Yi Sun Shin, Natalia, Bruno, dan Moskov.Physical Assassin – Natalia, Yun Zhao, Saber, Hayabusa, dan Fanny.Magic Assassin – Eudora, Aurora, Gord, Kagura, dan Alice.Fighter Emblem – Layla, Miya, Alucard, Clint, Yun Zhao, Yi Sun Shin, Natalia, Bruno, dan Moskov.Roamer Emblem – Natalia, Hayabusa, and Saber.
4. Gunakan Battle Spell yang tepat;
Retribution – Fighter.Execute – Fighter.Fury – Marksman.Assault – Tank, Marksman.Healing Spell – Support, Tank.Interference – Tank, Fighter.Stun – Fighter, Marksman.Purify – Support.Weaken – Mage.Flicker – Fighter.Arrival – Lebih kurang macam teleport.Iron Wall – Guna waktu anda terima sebahagian besar serangan.
5.Beli Equipment yang sesuai dengan karakter hero

Selain daripada skil bermain, pembelian equipment juga penting dalam memastikan hero anda beraksi dengan hebat.

Ia mengandungi pelbagi set equipment, seperti;
Penembusan serangan.Cepatkan pergerakan.Mencuri nyawa.dan lain-lain.
6.Lane Pushing

Terdapat tiga jenis laluan dalam permainan ini;
Top Lane.Mid Lane.Bottom Lane.
“Lane pushing” merupakan ‘gelombang minion‘ (minion datang secara berterusan) akan membantu anda mengepung serta memusnahkan menara musuh tanpa kehadiran anda.

Syaratnya adalah, anda terlebih dahulu membantu minion dengan memusnahkan minion pihak lawan supaya minion anda tidak tercedera.

“Bersihkan” dahulu laluan tersebut dan serahkan kepada minion untuk bertindak selepas itu.

7. Jangan terburu-buru

Dalam erti kata lain bersabar ketika melakukan serangan. Apa salahnya tunggu bantuan rakan terlebih dahulu sebelum menyerang. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, tak gitu?

8. Fokus untuk tingkatkan level

Perkara yang meningkatkan level dalam permainan;
Hapuskan minion pihak musuh.Hapuskan monster didalam hutan.Hapuskan musuh (sudah terang lagi bersuluh).Musnahkan menara.
Berapa maksimum level didalam permainan?

Jawapan dia Level 15. Setiap satu level akan tingkat skil hero anda.
Skil 1 dan 2 – 6 level diperlukan.Skil paling padu – 3 level diperlukan.
9. Tebus ganjaran

Pernah nampak peti harta karun? Tekan dan anda akan diberikan ganjaran seperti;
Battle Points.Ticket.Magic Emblem.Magic Dust.dan lain-lain.
Selepas tebus ganjaran itu, peti tersebut akan diisi semula dalam tempoh 4 jam.

10. Hapuskan Turtle dan Blue Knight (The Lord)

Dua perkara penting ini sering diabaikan pemain baru.

Jika anda hapuskan;
Turtle – Beri emas tambahan kepada pasukan anda.The Lord – Bantu anda musnahkan menara musuh.
Jangan cuba hapuskan secara berseorangan, ajak pasukan anda untuk hapuskan kedua-dua makhluk ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Sejarah Permainan Battle Royale PUBG, Fortnite Dan H1Z1Bermain Game Fortnite, Pelajar 14 Tahun Jadi Jutawan Jana Pendapatan RM798,000
sumber: wiser



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/12/kenali-mobile-legends-bang-bang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Main Game Call Of Duty Mobile Guna Galaxy Note10

Main Game Call Of Duty Mobile Guna Galaxy Note10

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 349 hits
Seingat saya last main permainan tembak tembak pada 10 tahun lepas Masa tu game Counter Strike tengah panas di Malaysia Masa tu nak main game ini kena ada desktop atau laptop Kini dengan teknologi smartphone hebat kita boleh Main Game Call ...
Setelah Game Of Thrones Jokowi Kutip Film Cast Away Hadapi Buruknya Perekonomian

Setelah Game Of Thrones Jokowi Kutip Film Cast Away Hadapi Buruknya Perekonomian

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 144 hits
Jokowi mengingatkan untuk mengadaptasi beberapa hal untuk bertahan hidup dari film Cast Away Film tersebut menceritakan seorang penyintas dari pesawat yang jatuh ke laut dan harus hidup bertahun tahun selama sendirian di sebuah pulau terpen...
Tajul Akui Tiada Masalah Berjaga Malam Jaga Anak Sambil Main Pubg Mobile

Tajul Akui Tiada Masalah Berjaga Malam Jaga Anak Sambil Main Pubg Mobile

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 685 hits
Jika korang salah seorang peminat penyanyi Tajul sudah pasti korang tahu yang dia baru sahaja bergelar bapa beberapa minggu lalu selepas siterinya melahirkan anak pertama mereka yang diberi nama Adriana Carissa BACA Baru baru ini Tajul berk...
U Mobile Bekerjasama Dengan Doctor On Call Dan Medcom Untuk Konsultasi Doktor Yang Dikuasakan 5g

U Mobile Bekerjasama Dengan Doctor On Call Dan Medcom Untuk Konsultasi Doktor Yang Dikuasakan 5g

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 410 hits
https ift tt 2EsYq4j Pada hujung minggu yang lalu beberapa syarikat telekomunikasi tempatan yang terkemuka telah menunjukkan projek ujian rangkaian 5G mereka di Pulau Langkawi Diantaranya ialah U Mobile yang menunjukkan bagaimana dengan ran...
Axis Makin Manjakan Penggemar Mobile Gaming

Axis Makin Manjakan Penggemar Mobile Gaming

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 142 hits
Layanan permainan berbasis digital merupakan salah satu layanan yang paling digemari pelanggan AXIS dari tahun ke tahun
Gameplay Paling Teruk Pernah Aku Tengok Dalam Sea Game Ni Netizen Luah Kekecewaan Selepas Tewas Dengan Kemboja

Gameplay Paling Teruk Pernah Aku Tengok Dalam Sea Game Ni Netizen Luah Kekecewaan Selepas Tewas Dengan Kemboja

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 559 hits
Keputusan perlawanan kelima bagi skuad bola sepak Malaysia dalam saingan kumpulan A Sukan SEA 2019 di Stadium Memorial Rizal Manila sebentar tadi tidak memihak kepada pasukan negara selepas ditundukkan oleh pasukan Kemboja dengan keputusan ...
The Chicken Game

The Chicken Game

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 309 hits
The past one week Anwar Ibrahim and Azmin Ali were embroiled in the game of chicken Anwar s camp did not want Azmin to open the PKR Youth convention and has sacked the rival camp s Zakaria Abdul Hamid 20 pro Azmin central committee members ...
Router Linksys Buat Game Berdesup

Router Linksys Buat Game Berdesup

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 148 hits
Linksys mengumumkan pelancaran Linksys MR8300 Max Stream Tri Band Gaming Mesh WiFi AC2200 Router di Malaysia MR8300 adalah penghala berprestasi tinggi yang menyampaikan kelajuan sehingga 2 2 Gbps dan sesuai untuk kediaman yang memerlukan ja...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm