Kenali 6 Penyanyi Girl Group Terkini Di Malaysia Nombor 5 Paling Popular
Kenali 5 Penyanyi Girl Group Terkini Di Malaysia! Nombor 5 Paling Popular! | Menyanyi secara berkumpulan di Malaysia sebenarnya sudah popular sejak dari zaman 80/90an lagi dimana pada waktu itu muncul beberapa penyanyi wanita berkumpulan seperti Feminim, Elite, Res'2, M'Steen dan banyak lagi.
Namun selepas itu, kita seperti kekurangan penyanyi wantia berkumpulan di Malaysia sehinggalah pada tahun 2015 muncul satu penyanyi wanita berkumpulan atau girl group yang diberi nama DE FAM. Girl group ini dianggotai oleh tiga orang gadis iaitu Sophia Liana, Cik Manggis dan Azira Shafinaz.
Selepas mengeluarkan single sulung bertajuk "Supergirls" yang kini meraih lebih dari 9 Juta tontotan di youtube, DE FAM semakin dikenali dan mereka mengeluarkan lebih banyak lagu seperti With You feat Brandon Beal, Panas, Berubah dan lain lain lagi.
Dengan kemunculan DE FAM yang digemari ramai peminat, Aku rasa ianya membuka mata lebih banyak pihak untuk menubuhkan lebih banyak girl group di Malaysia. Berikut adalah 6 Penyanyi wanita berkumpulan yang kini wujud untuk memeriahkan lagi industri muzik di Malaysia.
Kenali 6 Penyanyi Girl Group Terkini Di Malaysia! Nombor 5 Paling Popular!1. CassiaCassia adalah girl group dari Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2021 yang dianggotai oleh 4 orang gadis iaitu Ayana, Sheemal, Shadid dan Meyrasam. Menurut informasi yang aku dapatkan, fandom atau peminat kumpulan Cassia dikenali dengan nama Cinnamon. Untuk pengetahuan semua, Cassia adalah artis dibawah naungan Alternate Records & Talents
Pada bulan December 2021 Cassia muncul dengan single sulung mereka yang bertajuk "X Perlu". Lagu tersebut mendapat jumlah tontonan sebanyak 91,000 sehingga sekarang (16 Ogos 2023). Selepas debut dengan lagu tersebut, Cassia nampaknya tidak lagi aktif di platform social media official mereka @cassiaxoffical (Instagram).
Aku tidak pasti samada mereka masih wujud atau pun tidak. Mungkin kalau ada diantara pembaca blog ini adalah peminat Cassia boleh komen dekat bahagian komen.
2. DzivyDzivy adalah penyanyi wanita berkumpulan yang ditubuhkan melalui ujibakat dan mereka bernaung dibawah sebuah muzik label yang dikenali dengan nama Map Music. Sama seperti Cassia mereka dianggotai oleh empat orang gadis iaitu El.Lee, Dyana, Lilys dan Misa. Peminat atau fandom Dzivy pula dipanggil Dzillion.
Mereka berada dibawah naungan Map Music sejak 2021 lagi tetapi baru sahaja mengeluarkan lagu pertama pada 12 Mei tahun 2023. Tajuk single pertama Dzivy adalah "Baam" yang mendapat lebih 50,000 tonton setakat hari ini (16 Ogos 2023).
Buat korang yang berminat untuk tahu lebih lanjut tentang Dzivy boleh ke social media platform mereka di @dzivyofficial (Tiktok & Instagram)
3. StellarBernaung di bawah sebuah muzik label yang sangat dikenali ramai iaitu Sony Music Entertainment Malaysia, Stellar menarik perhatian peminat Mpop dan media yang ada di Malaysia. Penyanyi wanita berkumpulan Stellar dianggotai oleh empat gadis iaitu Farisa, Hany, Hasya dan Sheena.
Pada 25 November 2022, Stellar mengeluarkan lagu single sulung mereka yang berjuduk "Where You Wanna Go" dan mendapat 30,000 tontonan setakat hari ini (16 Ogos 2023).
Sama seperti Cassia, Stellar nampaknya sudah tidak aktif di social media platform mereka @stellar.official (Instagram). Jadi, aku tak tahu samada mereka masih wujud atau telah terkubur.
4. CoexCoex adalah salah satu girl group yang dikenali ramai peminat mpop sebelum mereka debut lagi. Ramai diantara kita menantikan kemunculan Coex dan baru baru ini mereka menyertai sebuah rancangan realiti TV popular di Malaysia iaitu Big Stage. Walau pun mereka tidak berjaya ke final namun Coex mampu bertahan selama beberapa minggu
Menurut pendapat aku sendiri, itu adalah salah satu langkah yang sangat bijak untuk memperkenalkan Coex di mata Malaysia. Dari situ mereka dapat menghiburkan peminat yang sudah mengenali mereka sejak dari awal dan pada masa yang sama dapat menarik perhatian peminat baru.
Selepas Big Stage berakhir, Coex mengeluarkan single pertama mereka bertajuk "Gimme That Crown" pada 21 Julai 2023 dan memuatkan naik muzik video pada 4 Ogos 2023. Jumlah tontonan muzik video untuk lagu "Gimme That Crown" setakat hari ini adalah sebanyak 37,000
Coex dianggotai oleh lima orang gadis dari pelbagai bangsa. Mereka adalah Amy, Mikeala, Dals, Ely dan Eyqa. Peminat atau fandom mereka pula dikenali dengan nama Exy.
Buat korang yang berminat untuk tahu lebih lanjut tentang Coex boleh ke social media platform mereka di @wearecoex.official (Tiktok & Instagram).
5. Dolla Rasanya tak perlu diperkenalkan lagi penyanyi wanita berkumpulan yang satu ini sebab aku rasa semua orang tahu tentang Dolla. Dolla dianggotai oleh empat orang gadis iaitu Sabronzo, Tabby, Syasya dan Angel. Fandom/peminat Dolla pula dikenali dengan nama Idolla. Mereka sekarang bernaung dibawah muzik label yang terkenal iaitu Universal Music Malaysia.
Untuk pengetahuan semua, Dolla ditubuhkan sejak tahun 2019 dan mengeluarkan single sulung mereka yang berjudul "Dolla Make You Wanna" pada 20 Mac 2020 dimana pada waktu tersebut kita dilanda Covid.
Walau pun lagu pertama mereka dikeluarkan sewaktu kita dilanda Covid, sambutan yang diberikan oleh peminat sangat memberangsangkan. Sehingga kini, muzik video "Dolla Make You Wanna" memperoleh sebanyak 5.1 Juta tontonan dan semakin meningkat dari hari ke hari.
Kejayaan "Dolla Make You Wanna" membuatkan Dolla lebih dikenali dan mereka mengambil peluang ini dengan menghasilkan lebih banyak lagu. Semua lagu yang dikeluarkan mendapat perhatian peminat dari dalam dan luar negara.
Antara lagu lagu lain yang popular mereka hasilkan adalah Bad, Impikan, Look At This dan banyak lagi. Mereka juga pernah mengeluarkan lagu raya bertajuk "Raya Raya Raya". Ianya mendapat lebih 18 Juta tontonan setakat hari ini
Perkembangan terbaru dari Dolla buat masa sekarang adalah mereka baru sahaja mengeluarkan single berjudul Damelo dan bakal menghasilkan full album yang akan di release pada hujung tahun ini. Buat korang yang berminat untuk tahu lebih lanjut tentang dolla boleh ke social media platform mereka @dolla.official (Instagram) dan @dollaofficial (Tiktok)
6. The GadysPenyanyi wanita yang terakhir aku nak kongsikan adalah The Gadys. Sama seperti kebanyakan girl group lain, mereka dianggotai oleh empat orang gadis iaitu Ayunie, Neli, Aznie dan Faa tetapi sekarang ini aku tengok di social media hanya tiga ahli sahaja yang aktif. Adakah seorang lagi telah berpecah atau berehat? Aku sendiri tidak pasti. Fandom/peminat mereka dikenali dengan nama G Geng
The Gadys sekarang ini bernaung dibawah Valient Music. Mereka mengeluarkan single pertama yang bertajuk Gelek Jambu pada 9 September 2022 dan berjaya mendapatkan sebanyak 400,000 tontonan di youtube.
The Gadys masih lagi aktif seperti biasa di sosial media tetapi masih belum dengar berita samada dorang akan keluarkan lagu baru atau pun tidak. Kalau korang berminat dengan The Gadys boleh follow social media mereka di @thegadys (Instagram dan Tiktok)
Jadi guys, berikut adalah senarai enam girl group di Malaysia yang terkini. Kalau diikutkan sebelum ini ada lagi beberapa penyanyi wanita berkumpulan yang wujud tetapi malangnya mereka hilang begitu sahaja.
Untuk senarai yang aku kongsikan dengan korang dalam artikel kali ini pun aku tak pasti samada mereka akan kekal di tahun tahun akan datang kerana ada beberapa group yang aku tengok sudah tidak lagi aktif di social media.
Adakah mereka sedang merancang sesuatu untuk comeback dimasa akan datang atau telah berputus asa untuk menghasilkan karya lain buat peminat. Tidak siapa yang tahu! Buat pembaca pula, girl group yang mana menjadi pilihan korang buat masa sekarang? Kongsikan dibahagian komen.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.luqmanzakaria.com/2023/08/Girl-Group-Mpop-Malaysia.html