Kenaikan Gaji Minimum Ijazah Rm3000 Sebulan
Berita baik kepada semua graduan dalam negara Malaysia! Perancangan gaji minimum Ijazah RM3000 tidak lama lagi berdasarkan kenyataan terbaru daripada Datuk Seri Zambry. Beliau telah memaklumkan perkara ini kini sedang di peringkat awal perbincangan diantara Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sumber Manusia.
Isu gaji ijazah sebelum ini sering dibangkitkan kerana ianya dianggap rendah dan tidak boleh menampung kos sara hidup serta tidak sepadan dengan kelayakan. Jadi, kemungkinan penetapan gaji minimum ijazah RM3000 akan menjadi kenyataan apabila akan dibentangkan pada bila-bila masa.
Gaji Minimum Ijazah RM3000 untuk Semua Graduan
Menurut Datuk Seri Zambry, perkara ini akan dibincangkan di peringkat awal dan difahamkan akan ada cadangan kertas putih. Jadi, perkara tersebut akan diserahkan kepada Kementerian Ekonomi dan Kemenerian Sumber Manusia untuk perancangan dan cadangan-cadangan terbaru daripada pihak kerajaan. Pendekatan baharu kemungkinan perlu mengamnbil kira pandangan daripada KPT termasuk mengambil kira pandangan gaji KPT.
Perkara Penetapan Gaji Minimum Ijazah RM3000
Sebelum ini kerajaan digesa untuk menggubal satu akta baharu yang menetapkan gaji minimum ijazah RM3000 sebulan untuk graduan ijazah sarjana muda.
Menurut Ahli Dewan Negara, Datuk Sivaraj Chandran berkata, penetapan gaji minimum ijazah RM3000 itu perlu sebagai usaha untuk menangani kos sara hidup yang bukan hanya dilihat dari sudut mengawal selia harga barangan semata-mata, namun turut mengambil kira keadaan sosial semasa.
Pihak Kerajaan tidak boleh menyalahkan para graduan. Graduan kini tidak mempunyai pilihan selain menerima tawaran pekerjaan yang sedia ada.
Selain pada itu, di pihak kerajaan juga, kajian SSP seharusnya mengambil kira juga penawaran kadar gaji permulaan untuk lepasan ijazah yang lebih baik atau menggubal satu akta baharu menetapkan gaji minimum RM3,000 sebulan untuk graduan ijazah sarjana muda.
Berapa Gaji Minimum Ijazah Sebenar?
Anggaran dalam tempoh dua dekad, gaji asas graduan sarjana muda masih dibayar antara RM1,800 hingga RM2,000 sebulan. Jumlah tersebut tidak menyaksikan sebarang perubahan ketara. Untuk masa kini, gaji minimum ditetapkan kerajaan adalah RM1,500 sebulan. Jumlah gaji ini tidak menunjukkan perbezaan yang ketara untuk graduan.
82 Peratus Pekerja Formal Gaji Kurang RM5000
Berdasarkan rekod sebelum ini, Jabatan Perangkaan pernah mendedahkan, sejumlah 82 peratus pekerja sektor formal di negara ini dikesan bergaji kurang dari RM5,000 dengan 35 peratus menerima pendapatan di bawah RM2,000 sebulan. Ia menunjukkan lebih 50 peratus pekerja formal di negara ini menerima gaji bawah RM3,000.
Berdasarkan data ini seharusnya memberi input berguna kepada pihak mengkaji SSP bagaimana untuk menyusun dan merangka tangga gaji lebih saksama, munasabah dan memenuhi aspek kebajikan penjawat awam termasuk graduan yang bakal memasuki sektor awam.
Perkara yang penting adalah kerajaan perlu memastikan pelaksanaan gaji baharu penjawat awam nanti tidak menyebabkan berlaku defisit tinggi kepada ekonomi kerana dibimbangi akan memberi kesan negatif kepada negara.
Senarai Gaji Bagi Ijazah Sarjana Muda Mengikut Sektor
Menurut data sedia ada, kebanyakan gaji minimum bagi ijazah adalah antara RM1,800 sehingga RM2,000. Berikut adalah merupakan senarai bagi gaji untuk kelayakan ijazah berdasar sektor-sektor:
SEKTORLINGKUNGAN GAJI (RM)Akaun/ Audit/ Perkhidmatan Cukai1,838 – 2,649Perbankan/ Perkhidmatan Kewangan2,124 – 2,966Pengiklanan/ Pemasaran PR1,856 – 2,800Perundingan (Perniagaan & Pengurus)2,022 – 2,919Insurans2,037 – 3,161Broker Saham/Sekuriti1,838 – 2,649Akaun/ Audit/ Perkhidmatan Gukal1,700 – 2,533Perbankan/ Perkhidmatan Kewangan1,672 – 2,353Pengiklanan Pemasaran/ Promotion/ PR1,661 – 2,386Call Center/IT Enabled Services/BPO1,808 – 2,327Pendidikan1,746 – 2,490Kerajaan Pertahanan1,014 – 2,575Non-Profit Organisation (NGO)/ Perkhidmatan Sosial1,916 – 2,637Telekomunikasi1,706 – 2,354Pengiklanan Pemasaran/ Promotion/ PR2,042 – 2,969Seni/Reka Cipta / Fesyen1,700 – 2,534Komputer/Teknologi Informasi2,170 – 3,189Hiburan/Modia1,826 – 2,474Pameran / Event Management/MICE2,140 – 2,810Printing/Penerbitan1,850 – 2,435Bidang Bangunan/Pembinaan1,982 – 3,183Perkhidmatan Arkitek/Rekaan Dalaman1,962 – 2,938Bangunan/Pembinaan/Kejuruteraan2,108 – 3,185Pengeluaran / Perkilangan2,039 – 2,750Pengiklanan Pemasaran/ Promotion/ PR2,055 – 2,936Komputer/Teknologi Maklumat (Hardware)1,892 – 2,686Komputer/Teknologi Maklumat (Software)2,176 – 3,722Perundingan (IT, Sains, Kejuruteraan & Teknikal)2,320 – 3,306Pengeluaran/Perkilangan2,090 – 3,070Retail/Merchandise1,550 – 2,671
Dengan keadaan ekonomi yang semakin mencabar, cadangan penetapan gaji minimum ijazah RM3000 adalah cadangan yang relevan untuk kerajaan pertimbangkan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/03/gaji-minimum-ijazah-rm3000.html