Kempen Penyayang Komuniti Ayam Brand 2019



Kempen Penyayang Komuniti Ayam Brand™ 2019 Bawa Mesej Nutrisi Seimbang Ke Negeri Johor untuk Menangani Masalah Obesiti dalam Kalangan Kanak-Kanak
Menyokong Empat Buah Rumah Kebajikan Kanak-kanak dengan 18,000 Hidangan Sihat

Johor, 8 Oktober 2019 – Adakah hidangan terakhir anda ialah sepinggan 3S makanan Malaysia yang Sihat? 3S adalah singkatan kepada Suku-suku Separuh. Suku-suku Separuh menggalakkan pembahagian makanan di atas pinggan melibatkan suku protein, suku karbohidrat kompleks serta separuh buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pinggan Sihat 3S Malaysia mungkin kedengaran asing bagi kebanyakan daripada kita, lantas menjadi punca kepada epidemik obesiti dalam kalangan golongan dewasa serta kanak-kanak. Menurut Laporan Menangani Obesiti di ASEAN oleh Unit Risikan Ekonomi, kadar obesiti di Malaysia adalah 13.3% iaitu tertinggi dalam Asia Tenggara. Malaysia juga merupakan antara tiga negara peneraju di Asia yang mempunyai peratusan tinggi, iaitu 11.5% kanak-kanak obes berusia enam bulan hingga 12 tahun.

Ayam Brand™, jenama tempatan yang terkenal dengan rangkaian makanan dalam tin berkualiti tinggi, tanpa bahan pengawet, tiada MSG tambahan, sihat dan mudah. Jenama ini berusaha untuk menangani isu besar iaitu masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia dengan memperkenalkan konsep Pinggan Sihat 3S Malaysia ke dalam program Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) yang akan dijalankan. Tahun ini, Ayam Brand berjaya mengembangkan program CSR kepada murid-murid sekolah rendah.


Tema kemdpen pada tahun ini ialah ‘Ayam Brand™ Community Care Campaign 2019, Get Healthy Malaysia, Start Now’. Kempen ini bertujuan untuk memperkasakan kanak-kanak dari 10 buah negeri dengan maklumat untuk mengenal pasti pilihan makanan yang sihat dan melengkapkan mereka dengan kemahiran dalam menyediakan hidangan Pinggan Sihat 3S Malaysia. Program ini terbuka kepada kanak-kanak berusia lapan tahun dan ke atas.

Di Johor, seramai 32 orang kanak-kanak dari Pusat Jagaan Anak Yatim Dan Miskin Villa Paulos Johor Bahru, Persatuan Kebajikan Mesra Megah Ria, Pusat Jagaan Care Haven, Pertubuhan Kebajikan dan Rumah Anak Yatim Shafar, SK Infant Jesus Convent, SK Taman Daya 2, SK Seri Perling 2 dan SK (P) Sultan Ibrahim mengambil bahagian dalam kempen ‘Ayam Brand™ Community Care Campaign 2019, Get Healthy Malaysia, Start Now’ yang mencabar dan menyeronokkan ini.



Acara ini dimulakan dengan pengenalan interaktif mengenai konsep #sukusukuseparuh. Diikuti oleh pembahagian kepada lapan pasukan yang terdiri daripada empat orang kanak-kanak untuk menyediakan hidangan berdasarkan prinsip 3S. Mereka perlu menyiapkan hidangan dalam masa 30 minit dengan bantuan daripada orang dewasa dan menggunakan resepi yang disarankan oleh pakar.

Sementara menunggu hidangan Pinggan Sihat 3S Malaysia dinilai, kanak-kanak itu kemudian dicabar dengan permainan yang memerlukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi untuk mengingat apa yang telah dipelajari tentang nutrisi yang baik.




Menurut Pengurus Pemasaran Ayam Brand™, Nathan Deverre, kempen yang kini sudah memasuki tahun ke-12 telah menyumbang 1.76 juta hidangan sihat bagi tujuan kebajikan, menyediakan makanan berkhasiat kepada lebih 20,000 orang dari 482 buah rumah kebajikan dan NGO.

“Sebagai peneraju dalam industri makanan di Malaysia selama lebih 100 tahun, Ayam Brand™ sangat bimbang dengan penularan masalah obesiti di negara ini dan ingin tampil ke hadapan untuk memberi bantuan. Bermula dengan kanak-kanak kerana mereka merupakan golongan yang paling mudah diajar dan didekati. Kami membangunkan program Get Healthy Malaysia, Start Now dengan harapan agar dapat membantu mengurangkan kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak, menerusi pemberian pengetahuan serta kemahiran untuk memilih, membuat dan menyediakan makanan yang lebih berkhasiat,” kata Nathan Deverre.

“Kami telah menjalankan kempen CSR selama 12 tahun. Sudah tiba masanya untuk kami mengembangkannya demi memberi manfaat kepada lebih ramai kanak-kanak dengan menyampaikan mesej 3S melalui cara yang lebih mudah difahami. Di samping tip-tip yang dapat peserta manfaatkan di rumah, mereka juga dapat berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga,” katanya lagi.

“Hari ini saya belajar bahawa saya perlu makan lebih banyak sayur, buah-buahan dan protein. Selain perlu mengurangkan pengambilan nasi dan roti yang saya sangat gemari. Makanan yang saya buat hari ini cukup sedap dan sihat. Saya akan cuba untuk makan hidangan yang seimbang setiap hari untuk jadi lebih sihat dan akan lebih banyak bersenam,” kata salah seorang peserta.


Ayam Brand™ membawakan kempen ini secara dalam talian dan menghebahkannya menerusi media sosial dengan pengaktifan peraduan Show Us Your Healthy Plate, selain berkongsi kemas kini program secara langsung.

Empat buah rumah kebajikan akan menerima bekalan produk Ayam Brand™ selama dua bulan yang bersamaan dengan 18,000 hidangan sihat untuk 100 orang penghuni.

Pusat Jagaan Care Haven telah muncul sebagai juara untuk pertandingan Ayam Brand Suku-Suku Separuh Healthy Festival 2019 peringkat negeri Johor. Pemenang menerima piala dan sijil penyertaan daripada Ayam Brand untuk hidangan Pinggan Sihat 3S Malaysia yang terdiri daripada kek cawan berinti tuna, nasi goreng dan salad kacang panggang dan jagung.

“Ayam Brand™ telah menyokong NGO selama bertahun-tahun, rumah-rumah kebajikan sentiasa ingin dipilih kerana sumbangan produk mereka dilihat penting terutama ketika kekurangan sumbangan dari orang awam. Terima kasih kepada Ayam Brand™ kerana konsisten dalam mengambil berat terhadap komuniti,” kata wakil dari Pusat Jagaan Care Haven.

Mahu membantu komuniti di negeri anda? Sila layari Ayam Brand™ e-charity di https://www.ayambrand.com.my/e-charity.html dan beli produk Ayam Brand untuk disumbangkan kepada rumah kebajikan pilihan. Ayam Brand™ e-charity menawarkan potongan sebanyak 15% daripada harga runcit dan perkhidmatan penghantaran percuma untuk memudahkan dan menjadikan Malaysia yang lebih sihat, Mulakan Sekarang.

Tentang Ayam Brand

Ayam Brand merupakan rangkaian produk di Malaysia dan Asia selama 127 tahun yang terkenal dengan makanan bertin yang berkualiti dan sihat serta tidak mengandungi pengawet dan MSG tambahan. Produk Ayam Brand diproses di fasiliti yang professional yang mendapat pengiktirafan tertinggi di peringkat antarabangsa dan telah memperoleh sijil yang diiktiraf dunia (HACCP, ISO 9001) serta dijamin Halal. Untuk tahun keempat berturut-turut daripada 2013 hingga 2016, Ayam Brand merupakan salah satu peneraju sebagai pilihan utama rakyat Malaysia dalam lingkungan jenama FMCG, menurut Kajian Jejak Jenama Kantar Worldpanel.

Untuk sebarang maklumat lanjut tentang Ayam Brand, sila layari www.ayambrand.com.my atau  https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia


Untuk pertanyaan media:-
Samuel Tan
About Communication Sdn Bhd
Tel: 03.8075.6000  Mobile: 012.635.8443
E-mail: [email protected]
Shahriel Radzi
About Communication Sdn Bhd
Tel: 03.8075.6000  Mobile: 013.669.0891
E-mail: [email protected]

SENYUM SAJA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://nonasani.blogspot.com/2019/10/kempen-penyayang-komuniti-ayam-brand.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mesej Nutrisi Melalui Kempen Peduli Ayam Brand 2019 Bagi Tangani Masalah Obesiti Dalam Kalangan Kanak Kanak

Mesej Nutrisi Melalui Kempen Peduli Ayam Brand 2019 Bagi Tangani Masalah Obesiti Dalam Kalangan Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 477 hits
Kempen Peduli Komuniti Ayam Brand 2019 Bawa Mesej Nutrisi Seimbang Ke Negeri Perak untuk Menangani Masalah Obesiti dalam Kalangan Kanak kanak Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Hari ini Sha nak kongsi satu kempen yang amat baik untuk...
Program Citarasa Malaysia Kempen Beli Barangan Malaysia Aeon Bukit Indah 10 13 Oktober 2019

Program Citarasa Malaysia Kempen Beli Barangan Malaysia Aeon Bukit Indah 10 13 Oktober 2019

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 702 hits
Program Citarasa Malaysia Kempen Beli Barangan Malaysia barangbaikbarangkita Tempat AEON Bukit Indah Johor Bahru JohorTarikh 10 13 Oktober 2019Masa 10 pagi 10 malam p s Ehemmm ehemmm hai Geng Jumaat ke AEON Bukit Indah ke kita Jumaat ni heh...
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Mendapat Sambutan Luar Biasa Komuniti Gamers Malaysia

Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Mendapat Sambutan Luar Biasa Komuniti Gamers Malaysia

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 343 hits
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Mendapat Sambutan Luar Biasa Komuniti Gamers Malaysia l Assalamualaikum Kalau sebut Dota League of Legend Counter Strike semua orang mesti tau kan Hatta orang yang bukan kaki game pun pasti akan tau Mana t...
5374 Aktiviti Majlis Pelancaran Kempen Beli Produk Muslim Peringkat Negeri Pahang Ppim 09 10 2019

5374 Aktiviti Majlis Pelancaran Kempen Beli Produk Muslim Peringkat Negeri Pahang Ppim 09 10 2019

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 584 hits
Toqqi semasa menghadiri Majlis Pelancaran Kempen Beli Produk Muslim Peringkat Negeri Pahang yang berlangsung di Hotel Darul Makmur Jerantut kira kira jam 10 pagi tadi Majlis dirasmikan oleh Mufti Negeri Pahang Dato Sri Dr Hj Abdul Rahman Ma...
Memasak Lebih Mudah Cepat Sedap Dan Sihat Dengan Santan Super Light Ayam Brand

Memasak Lebih Mudah Cepat Sedap Dan Sihat Dengan Santan Super Light Ayam Brand

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 870 hits
Memasak lebih mudah sedap dan sihat dengan Santan Super Light Ayam Brand Seperti yang kita tahu kebanyakan makanan yang ada di Malaysia menggunakan santan sebagai salah satu bahan utama contohnya nasi lemak kari ayam kuih muih pencuci mulut...
Ayam Brand Melancarkan Santan Super Light 75 Kurang Lemak

Ayam Brand Melancarkan Santan Super Light 75 Kurang Lemak

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 485 hits
Ayam Brand Santan Super Light baharu dengan 75 kurang lemak Berbanding santan segar tanpa berkompromi dari segi rasa dan aroma Malah produk ini tetap padat dengan keenakan dan kebaikan berkrim santan asli Santan juga bebas kolesterol berban...
Pt3 2019 Soalan Bocor Lagi Kali Kedua

Pt3 2019 Soalan Bocor Lagi Kali Kedua

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 698 hits
KANGAR Kementerian Pendidikan akan melakukan siasatan terperinci berhubung dakwaan kebocoran kali kedua kertas soalan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga bagi subjek Matematik Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata setakat ini...
Alexa Rank 04 10 2019

Alexa Rank 04 10 2019

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 307 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar anda semua Alhamdulillah kini kembali untuk Alexa Rank Hampir sebulan lebih juga aku tak check ranking Alexa Bukannya apa sebab terlupa Haha Apa apapun aku baru check hari ni dan alhamdulillah a...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Effective Market Research On A Budget

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Buah Berangan Snek Sihat Keluarga Manfaat Pada Kesihatan

Buah Markisa 8 Khasiat Pada Kesihatan Cara Makan

Bab 2 Ciptakanlah Sesuatu Yang Baru By Dr Hm Rakib S H M Ag Dosen Ak

Kewajiban Menciptakan Sesuatu Yangbaru By Dr Hm Rakib S H Dosen Akade

Lirik Lagu Kami Guru Malaysia Dan Ikrar Guru Yang Boleh Digunakan Sambutan Hari Guru

Tok Nenek Opah