Kempen Cerahi Kehidupan Bersama Top


 

Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli denganKelengkapan Kembali ke Sekolah termasuk Pelitup Muka Guna Semula untukPerlindungan Covid-19, Hasil Sumbangan Rakyat MalaysiaDisokong oleh TESCO dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
Kuala Lumpur, 8 Februari 2020 – Permulaan sekolah tahun 2021 melakar sejarah apabila Malaysia diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi melawan pandemik Covid-19. Para pelajar terpaksa meneruskan pelajaran daripada rumah bagi memastikan generasi muda tidak ketinggalan dalam pelajaran walaupun keadaan ekonomi negara yang terjejas akibat pandemik, termasuk ekonomi golongan seperti Orang Asli

Populasi Orang Asli merupakan antara yang paling teruk terjejas ekonominya. Banjir yang melanda baru-baru ini di Johor, Pahang dan Perak turut menyebabkan aktiviti ekonomi tergendala dan pada masa yang sama, mereka bimbang anak-anak mereka dijangkiti wabak Covid-19. Namun di sebalik halangan ini, keluarga Orang Asli masih bersemangat supaya anak-anak mereka meneruskan persekolahan demi menjamin masa depan
TOP, pemenang anugerah Platinum Putra Brand Award 2019 bagi kategori produk keperluan rumah 1 , dengan kempen amal ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ yang disokong oleh TESCO dan JAKOA, kena pada masanya bagi membantu 420 orang pelajar Orang Asli dari enam buah sekolah di Pahang, Perak dan Johor dengan kelengkapan kembali ke sekolah termasuk dua pelitup muka guna semula bagi setiap pelajar untuk perlindungan daripada Covid-19, dan serbuk pencuci TOP untuk basuhan sebersih-bersihnya pakaian sekolah untuk tahun persekolahan 2021 ini. Dana yang dikutip menerusi kempen ini lebih daripada jangkaan dan membolehkan TOP membantu 60 orang lagi pelajar sebagai tambahan kepada sasaran asal iaitu 360 orang pelajar

Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd (Bahagian Penjagaan Fabrik) Cik Ling Ai Li merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada TESCO, JAKOA dan pengguna jenama TOP atas sokongan mereka membina masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak Orang Asli di masa sukar ini
“Berdasarkan trend perbelanjaan pengguna, kami menjangka kutipan dana yang jauh lebih rendah, namun pengguna TOP yang berbelanja di Tesco tampil menyokong kempen kami kerana pendidikan dan kesihatan anak-anak Orang Asli merupakan usaha penting bagi mereka dan juga kami. Kami amat gembira dengan sikap prihatin dan kemurahan hati pengguna TOP. Walaupun pasukan kami tidak melawat sekolah-sekolah Orang Asli tahun ini demi menjaga kesihatan semua, matlamat kami melengkapi pelajar dari segi akademik dan membantu mereka melindungi diri daripada Covid-19 tetap diteruskan. Pasukan JAKOA membantu dengan menyalurkan maklumat dari lapangan dengan cekap di samping sokongan logistik bagi menyampaikan barangan keperluan pelajar ini ke komuniti yang terpencil. Terima kasih daripada kami buat semua termasuk Jabatan Pendidikan Negeri yang terlibat, para guru dan ketua-ketua kampung Orang Asli. Masa depan 420 orang anak Orang Asli kini lebih cerah hasil sumbangan anda!” jelas Cik Ling

Ketua Bahagian Komunikasi dan Tanggungjawab Sosial Korporat Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd, Cik Hanim Hamdan berkata, Tesco sebagai firma peruncit terkemuka menyokong penuh matlamat kempen dan memilih untuk menyumbang botol air dan bekas makanan. Ini bagi membantu pelajar Orang Asli mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 iaitu penjarakan fizikal

“Matlamat kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP adalah sejajar dengan nilai yang dipegang oleh TESCO iaitu “Setiap Bantuan Walau Sekecil Mana Pun Akan Membuahkan Hasil Yang Besar”. Kami berbesar hati dapat menjadi rakan runcit TOP bagi kempen ini buat tahun kedua berturut-turut kerana kempen ini berjaya membawa hasil positif kepada komuniti yang terjejas seperti ini. Pasukan kami memilih untuk menyumbangkan botol air untuk menggalakkan pelajar minum air dengan cukup dan bekas makanan untuk membawa bekal dari rumah bagi memelihara penjarakan fizikal dan kebersihan dengan makan secara berasingan di kala ancaman Covid-19 masih wujud. Harapan kami semoga kita semua dapat menjaga diri dengan mematuhi SOP pada masa ini,” kata Cik Hanim
Sekolah rendah Orang Asli yang menerima kelengkapan kembali ke sekolah termasuk SK Kampung Kudong, sebuah sekolah Orang Asli berprestasi tinggi di dalam hutan simpan di Bekok, Johor; SK Pos Dipang di Jeram, Perak yang telah mempamerkan semangat kental membina semula setelah tanah runtuh, banjir dan tragedi lain; dan SK Terisu di Cameron Highlands, Pahang yang terpencil. Pelajar Orang Asli dari SK Kenering, SK Pahit dan SK Batu 4 di Perak turut menerima sumbangan

Walaupun terdapat sekatan pergerakan rentas negeri dan banjir di beberapa kawasan, pasukan JAKOA berjaya mengatur penghantaran 150 karton kelengkapan kembali ke sekolah serba baharu terdiri daripada pakaian seragam, kasut, stoking, beg sekolah, alat tulis, kotak pensel, pensel warna, buku latihan, botol air, bekas makanan, dua helai pelitup muka guna semula dan satu pek 750gm serbuk pencuci TOP Super Hygienic untuk setiap pelajar, di samping alatan pendidikan seni dan ukulele untuk sekolah. Sumbangan ini diharap dapat melindungi para pelajar ini daripada wabak Covid-19, menyuntik semangat untuk kembali ke sekolah dan meringankan beban kewangan para ibu bapa
Ketua Pengarah JAKOA, Prof Juli Edo, memuji TOP, TESCO, pasukan JAKOA, para guru dan orang awam yang telah bermurah hati menyumbang kepada kempen ini. “Ramai dalam kalangan komuniti Orang Asli tidak mempunyai ekonomi yang kukuh

Pandemik Covid-19 telah menjejaskan lagi mata pencarian mereka manakala banjir yang melanda turut menghalang proses pemulihan sesetengah kampung. Kempen kembali ke sekolah Cerahi Kehidupan Bersama TOP adalah tepat pada masanya kerana ia meringankan beban kewangan ibu bapa, memberi motivasi dan melengkapi anak-anak iniuntuk kembali ke sekolah, di samping sumbangan pelitup muka guna semula yang melindungi daripada wabak Covid-19. Kami dapat melihat keprihatinan terhadap komuniti Orang Asli dalam kempen tahun ini dengan tambahan sumbangan serbuk pencuci TOP Super Hygienic bagi setiap pelajar dan satu kilogram serbuk pencuci TOP untuk kira-kira 3,000 orang penduduk kampung yang amat kami alu-alukan. Kemurahan hati rakyat Malaysia, TOP dan Tesco ini akan sentiasa diingati,” kata Prof Juli Edo
Pasukan logistik JAKOA yang membantu menghantar lebih 200 karton serbuk pencuci TOP membawa keceriaan kepada ratusan keluarga Orang Asli dengan meringankan beban kewangan dan memberi semangat kepada anak-anak mereka untuk bersekolah

TOP dari Lion Jepun terkenal dengan konsep kehidupan bersih menyeluruh dengan menggalakkan cucian pakaian yang lebih bersih, keselesaan dan kesejahteraan hidup yang lebih baik menerusi inovasi teknologinya. Teknologi Micro-Clean yang termasyhur menanggalkan kotoran ketara dan kotoran yang tidak kelihatan dengan begitu berkesan supaya kebersihan basuhan adalah lebih terjamin

TOP menyumbangkan serbuk pencuci TOP Super Hygienic kepada setiap pelajar dan kira- kira 3,000 orang penduduk kampung bagi memberi mereka serbuk pencuci berprestasi tinggi yang mampu mencuci pakaian mereka dengan sebersih-bersihnya termasuk pakaian seragam sekolah dan pelitup separa muka kain

“Serbuk pencuci TOP Super Hygienic dan cecair pencuci TOP Odour Buster amat sesuai digunakan terutamanya semasa pandemik ini kerana formulasi anti bakterianya mampu menghapuskan 99.9% bakteria 2 * untuk perlindungan maksimum. Ia juga mempunyai teknologi anti peluh berprestasi tinggi bagi menghilangkan bau peluh dari pakaian yang sangat kotor, memberi keharuman yang menyegarkan kepada fabrik,” tambah Cik Ling. Berlangsung selama enam tahun berturut-turut, Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP memberi motivasi kepada pelajar dari komuniti terjejas dan isi rumah B40 untuk berusaha mencapai kemajuan dengan merangsang keyakinan diri dan harga diri serta mendidik para pelajar mengenai penjagaan pakaian supaya kekal bersih. Kempen ini telah membantu hampir 2,900 kanak-kanak sekolah berusia antara 7 ke 17 tahun dari 85 komuniti yang memerlukan termasuk Orang Asli dan NGO anak yatim serta anak-anak ibu/bapa tunggal
Menurut Tok Batin masyarakat Kampung Orang Asli Sg. Getan, Pos Terisu, Cameron Highlands, Pahang, ahli komunitinya amat gembira dengan bantuan yang diterima memandangkan ramai yang sedang menanggung beban kewangan dan bimbang akan keselamatan anak-anak mereka apabila kembali ke sekolah

“Terima kasih kepada TOP, Tesco, JAKOA dan semua yang tidak melupakan kami. Bantuan ini benar-benar meringankan beban yang kami tanggung. Banyak keluarga di kampung kami tidak mampu membeli pelitup muka untuk anak-anak mereka, namun masih mahukan anak- anak ini mendapat pendidikan yang sempurna supaya boleh berjaya. Anak-anak kami amat teruja dan gembira menerima kelengkapan kembali ke sekolah manakala ibu bapa berasa lebih yakin dengan perlindungan yang disediakan iaitu pelitup muka. Terima kasih juga atas sumbangan serbuk pencuci TOP. Inilah semangat sebenar #kitajagakita!” kata Ahmad bin Nanggong


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.borakkita.com/2021/02/kempen-cerahi-kehidupan-bersama-top.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Boleh Bagi Rating 1000 10 Pengasuh Tip Top Layan Je Apa Anak Minta

Kalau Boleh Bagi Rating 1000 10 Pengasuh Tip Top Layan Je Apa Anak Minta

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 357 hits
Ibu bapa bekerja bila dapat pengasuh yang menyayangi dan menjaga anak sepenuh kasih sayang itu pun dah kira satu rezeki Kiranya nak pergi kerja pun hati rasa tenang Lagi lagi langsung tak berkira dan melayan anak kita seperti anak sendiri d...
Top 10 Perfume Lelaki Paling Menjadi Pilihan Ramai Tak Hensem Takpa Janji Wangi

Top 10 Perfume Lelaki Paling Menjadi Pilihan Ramai Tak Hensem Takpa Janji Wangi

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 177 hits
Jom nak share TOP 10 perfume for men nak pergi dating Tak hensem takpe bro asal kemas wangi cukup Okay jom 10 Paco Rabanne Invictus Bau fresh scent yang very calming It is for someone yang nak look cool depan orang Haa dia bawak vibe yang m...
Heart Disease Remains The Top Killer In Malaysia

Heart Disease Remains The Top Killer In Malaysia

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 229 hits
Heart disease accounted for 17 of deaths in Malaysia in 2020 PETALING JAYA Heart disease remains the principal cause of death in Malaysia increasing from 11 6 of all medically certified deaths in 2000 to 17 in 2020 Heart disease has been th...
Sasya Arkhisna Top Topan Chord

Sasya Arkhisna Top Topan Chord

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 193 hits
F F A A Gm Gm C CA m A F A Wes tak cobo ngampet loroC FWes tak cobo jogo tresnoDm GmLoro sing tok jalari ora tak rasakke A CNajan aku ngerti koe karo liyaneC C F A Cobo koe ono ning posisiku C FOpo koe iso kuat atimu DmNgrasakke tok larani ...
Kepala Bnpt Kunjungi Dubai Expo Banyak Pelajaran Diambil Wujudkan Kehidupan Harmoni

Kepala Bnpt Kunjungi Dubai Expo Banyak Pelajaran Diambil Wujudkan Kehidupan Harmoni

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 312 hits
Paviliun Indonesia pada perhelatan Dubai Expo 2020 ini terdiri dari tiga lantai yang menghadirkan kekayaan nusantara sejarah Indonesia visi di tahun 2024 kuliner Indonesia hingga produk UMKM yang disajikan dengan baik
Top 30 Ranking Sekolah Berasrama Penuh Terbaik Spm 2020

Top 30 Ranking Sekolah Berasrama Penuh Terbaik Spm 2020

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 325 hits
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia untuk calon 2020 telah pun diumumkan Keputusan SPM kali ini telah merekodkan pencapaian Gred Purata Nasional yang bertambah baik iaitu 4 80 berbanding 4 86 pada tahun 2019 Pencapaian yang sanga...
Senarai Top Smka Sabk Terbaik 2021 Berdasarkan Spm 2020

Senarai Top Smka Sabk Terbaik 2021 Berdasarkan Spm 2020

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 488 hits
Anda mungkin dah tahu senarai top 10 Sekolah Berasrama Penuh dan top 10 MRSM yang berjaya mencatat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2020 Ranking tersebut adalah berdasarkan Gred Purata Sekolah dan Gred Purat...
Carta Top 10 Affiliate Klikjer Bulan Mac 2018

Carta Top 10 Affiliate Klikjer Bulan Mac 2018

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 151 hits
Carta Top 10 Affiliate Klikjer Bulan Mac 2018 Assalamualaikum dan selamat sejahtera Ada tak disini pembaca yang minat terhadap affiliate marketing Syukur alhamdullilah baru baru ini saya telah dicalonkan berada di kedudukan top 10 affiliate...
Top 10 Secret Tunnels That Lead To Disturbing Sights

Top 10 Secret Tunnels That Lead To Disturbing Sights

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 176 hits
Top 10 Secret Tunnels That Lead To Disturbing Sights Subscribe To Most Amazing Top 10 http bit ly 2Ibyk6i Most Recent Videos https www youtube com watch v Pj2rni0BfKo list UUBINYCmwE29fBXCpUI8DgTA Tunnels can be spooky especially for people...
Are Malaysian Consumers Missing The Target In Anti Israel Boycotts Of Western Brands

Siri Iqoo Z9 Yang Dikuasakan Oleh Snapdragon 7 Gen 3 Kini Dilancarkan Di Malaysia

Uitm Ijn Gave Assurance On Surgery Course S Diversity Say Foreign Advisers

Hantar Anak Ke Sekolah Tidak Pakai Topi Keledar

Projek Perumahan Lumira Di Eka Heights Menawarkan Sentuhan Moden Dan Tema Reka Bentuk Avant Garde

Shanghai Dim Sum Dan Big Bowl Noodles Di Dorsett Grand Subang

Zim Zim Ala Kazim

Fella Aufiyya Pengalaman Kedua Bersalin Secara Normal



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Terokai Kehidupan Moden Di Eka Heights Memperkenalkan Lumira

Suburban Villa By Nach Zel Architekti In Prague Czech Republic

14 Tahun Solo Raja Azura Kembali Bersuami

Cops To Release Photofit Of Suspect Who Splashed Footballer With Acid

Kkb Result Shows More Malays Backing Govt Says Selangor Mb

Japan Crowned Champions In Sultan Azlan Shah Cup For First Time