Kementerian Mat Sabu Corot Tapi Usaha Sedang Berjalan


 


Semalam ketika di Perlis, YAB Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim ada mengingatkan semua pimpinan dan penjawat awam tentang perlunya kita semua berani mengakui segala kelemahan dan perlu ada tekad untuk memperbaiki dan melakukan Islah.

Semalam juga sewaktu saya menyampaikan amanat kepada warga MAFS, saya telah mendedahkan laporan penilaian persepsi rakyat terhadap MAFS sepertimana yang dibentang oleh Tan Sri KSN dalam pemukiman menteri-menteri di Seri Perdana.

Hasil dari pemerhatian sepanjang tahun 2022, MAFS telah mendapat markah yang tercorot kerana isu kekurangan bekalan ayam dan telur telah berlarutan terlalu lama sehingga menimbulkan keresahan rakyat.

Misalnya daripada data yang saya perolehi dari Jabatan Veterinar, kekurangan telur agak kritikal pada:

Oktober 2022: Kurang (-) 118 juta biji telur.

November 2022: Kurang (-) 157 juta biji telur.

Saya melapor diri di MAFS pada 5 Disember 2022. Selepas mendengar taklimat tentang situasi semasa bekalan telur, saya bersama pengurusan tertinggi MAFS telah bertemu dengan beberapa pengeluar utama telur untuk mencari jalan penyelesaian terbaik supaya bekalan dapat dipulihkan.

Dalam masa yang sama juga MAFS cuba mencari sumber alternatif dari negara luar untuk mencukupkan bekalan. Maka bermula bulan Disember, kita telah membenarkan telur diimport sebagai langkah sementara untuk mencukupkan bekalan dalam negara.

Ada yang bertanya ketika itu kenapa kita tidak menghentikan sahaja eksport telur?

Untuk pengetahuan semua, setelah saya berbincang dengan beberapa pengeluar telur tempatan, mereka sangat mengharapkan hasil eksport telur itu untuk menampung kerugian yang mereka alami di pasaran dalam negara kerana kawalan harga yang dikenakan terlalu lama boleh menyebabkan lebih banyak syarikat terpaksa menghentikan operasi.

Kenaikan mendadak kos makanan ayam yang diimport dan kawalan harga yang terlalu lama telah menekan pengeluar telur tempatan.

Lalu MAFS telah berbincang dengan KPDN dan Kementerian Kewangan untuk mencari jalan supaya kawalan harga dapat diberhentikan namun saya meminta subsidi bersasar perlu diberikan kepada rakyat yang susah terlebih dahulu sebelum harga telur hendak diapungkan semula.

Alhamdulillah dengan kerja keras warga MAFS pada bulan Disember, kekurangan telur hanya 1 juta biji sahaja.

Pada saya ini suatu pencapaian yang membanggakan kerana dalam tempoh sebulan, MAFS telah berjaya mengatasi kekurangan telur daripada 157 juta biji pada bulan November 2022 kepada 1 juta biji pada bulan Disember 2022.

Alhamdulillah sekarang ini bekalan ayam dan telur sudah mula pulih dan insyaAllah akan kembali stabil tidak lama lagi.

Pada saya komitmen dan kemampuan pegawai dan kakitangan saya di MAFS untuk menyelesaikan semua isu-isu bekalan makanan amat tinggi dan mereka sangat profesional. Saya amat yakin dengan keupayaan semua warga MAFS.

Sebab itulah dalam amanat saya semalam saya telah meletakkan 5 agenda penting untuk dilaksanakan tahun ini. Antaranya ialah memulakan tanaman jagung bijirin (grain corn) bermula tahun ini supaya tahap kebergantungan industri terhadap sumber jagung bijirin dari negara luar dapat dikurangkan dari setahun ke setahun. Saya yakin warga MAFS mampu melaksanakannya.

#KitaBoleh

#DemiPertiwi

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/01/kemeterian-mat-sabu-corot-tapi-usaha.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perlu Ke Pergi India Tengok Telur Wee Ka Siong Sindir Usaha Mat Sabu Tangani Masalah Kekurangan Bekalan Telur

Perlu Ke Pergi India Tengok Telur Wee Ka Siong Sindir Usaha Mat Sabu Tangani Masalah Kekurangan Bekalan Telur

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 122 hits
Baru baru ini Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkunjung ke Namakkal Tamil Nadu India untuk melihat sendiri proses pengeluaran telur ayam yang dieksport ke Malaysia nbsp Difahamkan lawatan itu bagi memastikan telur y...
Ini Adalah Telur Tempatan Bukan Dari Tamil Nadu Cubaan Yb Jabi Perli Claim Hasil Usaha Mat Sabu Dikritik Netizen

Ini Adalah Telur Tempatan Bukan Dari Tamil Nadu Cubaan Yb Jabi Perli Claim Hasil Usaha Mat Sabu Dikritik Netizen

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 249 hits
Ini adalah telur tempatan bukan dari Tamil Nadu Cubaan YB Jabi perli claim hasil usaha Mat Sabu dikritik netizenKrisis telur dalam negara sebelum ini begitu membimbangkan apatah lagi memberikan kesan kepada rakyat terutamanya peniaga yang m...
Why Look At Eggs In India Come To Ayer Hitam Wee Tells Mat Sabu

Why Look At Eggs In India Come To Ayer Hitam Wee Tells Mat Sabu

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 234 hits
Ayer Hitam MP Wee Ka Siong has taken a swipe at Agriculture and Food Security Minister Mohamad Sabu for placing importance on the importation of eggs over local supply This comes after the latter visited an egg production farm in Tamil Nadu...
Telur Ayam Presiden Mca Kritik Lawatan Mat Sabu Ke India Perlu Ke

Telur Ayam Presiden Mca Kritik Lawatan Mat Sabu Ke India Perlu Ke

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 197 hits
Pemain industri telur mengingatkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu supaya mencari jalan lain daripada menaikkan harga telur ayam Lawatan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu ke India untuk mencari ...
Mat Sabu Tak Perlu Jelajah Ke India Ayer Hitam Ada Banyak Telur Wee

Mat Sabu Tak Perlu Jelajah Ke India Ayer Hitam Ada Banyak Telur Wee

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 169 hits
malayaiakini comDiterbitkan Jan 9 2023 9 32 PMAhli Parlimen Ayer Hitam Wee Ka Siong mengkritik Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu kerana didakwa mengutamakan telur ayam import berbanding keluaran tempatan Ini susulan ti...
Ngos Hand Memo To Mat Sabu Over Govt S Sept 30 Ratification Of Trans Pacific Trade Pact The Star 29 12 2022

Ngos Hand Memo To Mat Sabu Over Govt S Sept 30 Ratification Of Trans Pacific Trade Pact The Star 29 12 2022

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 178 hits
PUTRAJAYA Farming and consumer NGOs want to know if Agriculture and Food Security Minister Mohamad Sabu studied the impact of the Comprehensive and Progressive Agreement for Trans Pacific Partnership on the agricultural sector before agreei...
Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Teknik Grounding Yang Berkesan Langkah Demi Langkah

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows

Sarapan Di Pasar Larkin

Cerita Malam Pertama Berjumpa Dengan Gadis Jiran Sebelah Rumah

Celebrate Lunar New Year With Elevete Patisserie S Exquisite Festive Delights

225 Confesssion In Bahasa Malaysia


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Suspek Ugut Harith Iskander Direman Hingga Selasa

Ulama Perlu Utama Keredaan Allah Bukan Populariti

Fail Rpm2025 Fail Rekod Persediaan Mengajar Sesi 2025 2026

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Tambahan Hari Rehat Perkukuh Profesionalisme Warga Bomba