Kembara Kuching Tag Hari Pertama


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kembara ke Kuching kali ini adalah untuk pergi ke kenduri kahwin bekas teman sepejabat Master.
Master sebenarnya tak kisah pun pasal kenduri tu tapi sebab sebelum ni Mommy ada ajak ulàng kembara ke Kuching, maka Master pun berselorohlah ajak buat kembara ni.
Lagipun Master prefer kembara yang ada orang lain boleh tangkapkan gambar. Kalau selfie pasti muka Master akan tak senyum sebab duk fokus nak snap gambar tu.
Tup tup menjadi pula kembara ni.
Tapi itinerary untuk kembara kali ni pun sama juga macam dulu, tak cukup jelas, maka ia mungkin satu lagi edisi kembara kenali Kuching. Kembara Kuching kali ini disertai oleh 7 orang dewasa, 1 kanak-kanak, dan 1 bayi.
Karangan ini dipecahkan kepada beberapa bahagian seperti:
Melawat Muzium KucingKopi OKe homestay kitaMYDIN Samariang, KuchingDewan Suarah SarawakTugu KuchingDayang SalhahMira Cake HouseWhite BaroukMakan Malam di Teh Tarik Corner 
Melawat Muzium Kucing16 Disember 2017, Sabtu.
Setelah mendarat dan melepasi pemeriksaan imigresen, kami pergi mengambil kereta.
Sepatutnya kami sewa Exora tapi yang datang ialah Avanza, sedih betul. Punah harapan Master nak pandu uji Exora, tambahan sekarang Exora dah digantikan dengan Ertiga.
Mungkin nantilah Tedi cerita pasal Avanza yang kami sewa itu.
Selepas ambil kereta, kami mula merayau, cadangnya ke lokasi berhampiran memandangkan nanti kami akan kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching itu untuk jemput kumpulan kedua yang menaiki AirAsia. Ketika kami mendarat tadi, mereka baru sahaja berlepas dalam 30 minit. Maksudnya mereka mungkin akan tiba jam 10:30.
Melalui Google, kami ditawarkan dengan dua destinasi, Muzium Sarawak dan Muzium Kuching.
Master memilih Muzium Sarawak tapi akhirnya Mommy tetapkan Muzium Kucing sebagai destinasi. Master pun okay sahaja kerana Master ingatkan Muzium Kuching adalah pasal Kuching, tetapi bila nak sampai, baru Master tahu ia adalah "cat museum".
Muzium Kucing terletak dalam bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara, dan ketika itu ada event oleh DBKU maka kereta tak boleh ke depan lobi. Terpaksalah kami menyorong Aina dalam kepanasan ke bangunan tersebut. Sungguh tak mesra pelancong.
Muzium Kucing tak kenakan bayaran masuk, sebaliknya mengenakan bayaran ke atas kamera. Kamera digital milik kami dicaj RM 4.
Apa ada di sana?
Adalah patung-patung Kucing, sedikit maklumat pasal Kucing Sarawak, sejarah tentang Bandar Kuching, lukisan Kucing, dan barang hiasan berbentuk Kucing.
Berbaloi tak?
Terpulang. Ia berbaloi buat Master kerana Master dapat tengok spesimen Kucing Sarawak, namun semua spesimen itu dipinjam dari Muzium Sarawak, jadi Tedi tak pastilah jika Muzium Kucing wajar dapat kredit.
Sebelum bergerak keluar menjemput ahli rombongan yang lain, Nor Aina sempat menegur seekor kucing kuning di sana.

 
Kedai makan Kopi O CornerSelepas jemput ahli rombongan yang lain yang baru mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 11 pagi lebih kurang, kami menghala ke restoran Kopi O apa entah namanya.
Master makan Nasi Ayam Crispy dengan rating biasa-biasa sahaja.
Tapi makcik Lisa makan Nasi Goreng Aruk iaitu Nasi Goreng dengan ikan terubuk masin goreng. Nasi goreng tu biasa sahaja, tapi ikan masin terubuk goreng tu nampak segar dan lazat. Makcik Lisa makan nasi goreng tu menggunakan sudu dan garfu, memang jenuhlah nak asingkan tulang ikan terubuk masin tu.

Restoran ni tidak menghairankanlah terkenal dan ramai pengunjung, sebab mereka ada tawarkan banyak menu.
 
Ke homestay kitaSelepas makan tengahari kami terus menuju ke homestay yang telah kami tempah yang terletak di Lorong Cahaya Damai 7B4 di Samariang.
Homestay yang kami sewa ini adalah sebuah rumah teres dua tingkat.

 
MYDIN Samariang, Kuching
Master keluar sebentar mencari kedai runcit, tapi akibat mengantuk dan tak tahu mana nak tuju, Master berpusing-pusing di bulatan jalan.
Akhirnya Master gunakan Google yang membawanya ke Mydin Mall Samariang.
Bila nak balik, melalui Waze, Master dapati bahawa Mydin Samariang tu hanya 2 km sahaja dari Homestay.
 
Dewan Suarah SarawakSelepas Asar kami ke Dewan Suarah Sarawak dengan harapan dapat naik menara dan tinjau pemandangan sekitar Kuching.
Tetapi ia ditutup, macam bangunan tinggal pun ada, cuma masih Ada manusia yang bersenam di sana. Senaman apa pun Tedi tak tahu.
 
Tugu KuchingSeterusnya kami tuju ke Kuching Waterfront. Tetapi tiada tempat letak kereta sehinggalah kami terlajak ke Sarawak Plaza Baru ada parking.
Dari sana kami bawa Shakira melawat Tugu Kuching sebab dia sibuk tanya mana kucing memandangkan dia berada di Kuching.
Bila kami bawa ke situ, dia kata pula, "ini je?"... Huhuhu.
 
Kek Lapis Dayang SalhahKemudian kami naik bot penambang ke seberang Sungai Sarawak. Tambangnya RM 1 sehala.
Kalau dulu 50 sen sahaja.
Destinasi kami selepas mendarat ialah ke kedai kek lapis Dayang Salhah. Ia terletak di belakang surau yang Tedi sangkakan masjid.
Ada sign board di tepi surau tu, menyala lagi tulisan dia.
Kami bertanya kepada pemuda-pemuda kampung untuk menemui lorong tersebut.
Di sana Master berbual dengan seorang nenek. Rupa-rupanya dia kakak kepada Dayang Salhah. Rasanya kena ada satu karangan khusus pasal perbualan Master dan nenek tu.
Tedi mencuba kek lapis di sana dan beli air Kopi tin buatan Sarawak yang dieksport ke Brunei dan Singapura.
 
Mira Cake HouseDalam perjalanan ke jeti, kami singgah di Mira Cake House. Ia terletak bebetul di tepi jalan dan memang kita akan menyedari kehadirannya di sana.
Tedi merasa kek lapis di sana, memang sedap Dan melekat di lidah. Mungkin sebab ia adalah kek lapis basah.
Kek lapis basah dikukus dan kurang tahan lama berbanding kek lapis biasa.
 
Kedai makan White BaroukKami naik bot semula untuk ke kereta.
Kami singgah di sebuah kedai makan di tepi sungai bernama White Barouk untuk makan malam. Malangnya tingkat atas sudah penuh (full house).
Boleh sahaja nak makan di sana, tetapi penyelia kata makanan siap selepas 30 minit.
Kami sudah lapar maka menunggu makanan untuk tempoh lebih setengah jam bukanlah satu pilihan.
 
Kedai makan Teh Tarik CornerAkhirnya kami ke Teh Tarik Corner. Ia macam satu kedai dengan banyak gerai penjual dalamnya.
Jadi anda ada banyak pilihan.
Master memilih Mee kolok sapi dan menyesali pilihan itu kerana sapinya begitu terasa.
Tamat sudah ekspedisi Kuching TAG Hari pertama.
~20171216~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2017/12/kembara-kuching-tag-hari-pertama.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Mula Perlahan Jangan Hari Pertama Terus Gear Lima Usah Takut Bersenam Dr Say Pesan Supaya Ikut Kemampuan Diri

Hiburan Mula Perlahan Jangan Hari Pertama Terus Gear Lima Usah Takut Bersenam Dr Say Pesan Supaya Ikut Kemampuan Diri

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 302 hits
Mengambil iktibar di atas kejadian yang menimpa penyanyi Amira Othman baru baru ini pengacara program My Doktor Dr Say Shazril tampil menyampaikan pesanan kepada orang ramai agar jangan takut bersenam asalkan tidak melebihi kemampuan diri T...
Hari Pertama Jejak Kaki Di Australia

Hari Pertama Jejak Kaki Di Australia

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 278 hits
Hari Pertama Jejak Kaki Di Australia Kapal terbang MAS mendarat di Adelaide pukul 7 07 petang waktu tempatan Waktu tu keadaan masih cerah Matahari pun tinggi lagi dekat langit Perjalanan nak keluar dari kapal terbang check suhu pemeriksaan ...
Pembangkang Kalah Pengundian Belah Bahagi Pertama Hari Ini

Pembangkang Kalah Pengundian Belah Bahagi Pertama Hari Ini

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 212 hits
Ketua Whip PKR Johari Abdul mencadangkan undi belah bahagi selepas tamatnya perbahasan peringkat jawatankuasa bagi peruntukan pengurusan dan pembangunan untuk Jabatan Perdana Menteri hari ini Ahli Parlimen Sungai Petani itu disokong sekuran...
Angkat Sumpah 5 Exco Hari Ini Untuk Segerakan Mesyuarat Kerajaan Pertama

Angkat Sumpah 5 Exco Hari Ini Untuk Segerakan Mesyuarat Kerajaan Pertama

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 332 hits
freemalaysiatoday com December 10 2020 1 34 PMKUALA KANGSAR Angkat sumpah jawatan lima exco Perak akan dijalankan pada petang ini juga tidak lama selepas pelantikan menteri besar baharu bagi menyegerakan mesyuarat kerajaan yang pertama untu...
Hari Ini Rekod Dipecah 1 884 Kes Baru Covid 19

Hari Ini Rekod Dipecah 1 884 Kes Baru Covid 19

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 341 hits
Jangkitan Covid 19 di Malaysia hari ini merekodkan jumlah kes harian tertinggi baru pada 1 884 kes sejak pandemik itu menular ke negara ini Sebelum ini jumlah kes harian tertinggi ialah 1 755 kes yang dicatatkan pada 6 Nov lalu Ketua Pengar...
Perkataan Yang Akan Melambatkan Urusan Kita Di Hari Kiamat Ustaz Kazim Elias

Perkataan Yang Akan Melambatkan Urusan Kita Di Hari Kiamat Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 319 hits
Perkataan Yang Akan Melambatkan Urusan Kita Di Hari Kiamat Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Rasai Perubahan Kehidupan Yang Lebih Baik Dengan Amalkan 3 Solat Sunat Ini Selama 7 Hingga 40 Hari

Rasai Perubahan Kehidupan Yang Lebih Baik Dengan Amalkan 3 Solat Sunat Ini Selama 7 Hingga 40 Hari

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 703 hits
KEAJAIBAN SOLAT SUNAT TAUBAT TAHAJJUD HAJAT Mengejar CINTA ILLAHI Melalui pengalaman sendiri beberapa tahun lepas dalam mencari dan mengejar hidayah Allah Dari dulu memang dalam hati selalu berniat untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik ...
Hiburan Isa Khan Menangis Depan Ibu Risteena Kerana Terpaksa Tunda Hari Perkahwinan

Hiburan Isa Khan Menangis Depan Ibu Risteena Kerana Terpaksa Tunda Hari Perkahwinan

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 282 hits
Mendedahkan bahawa mereka sepatutnya melangsungkan hari perkahwinan pada 21 November lalu namun hasrat pelakon terkemuka tanah air Risteena Munim bersama pasangannya Isa Khan kini musnah gara gara pandemik COVID 19 yang melanda negara ketik...
Ahli Parlimen Indera Mahkota Beri Sumbangan Hari Deepavali Kepada Masyarakat Kaum India

Ahli Parlimen Indera Mahkota Beri Sumbangan Hari Deepavali Kepada Masyarakat Kaum India

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 307 hits
KUANTAN Seramai 40 orang warga emas orang kurang upaya dan kumpulan B40 masyarakat kaum India menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Saifuddin Abdulah di sini semalam Majlis penyampaian sumbangan telah diadakan sempe...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi