Kem Khalifah Super Genius Dengan 99 Asmaul Husna
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Kem Khalifah Super Genius Dengan 99 Asmaul Husna / Allhamdulillah cuti chinese new year saya dan keluarga tak balik kampung. Saya pula cuti hari Khamis saja. Walaupun nampak 3 hari cuti tapi xde maknanya bercuti duk rumah masih bekerja seperti biasa. Tapi anak-anak dah mula cuti sekolah dari hari Ahad. Hari Isnin saya hantar kakak Amani dan kak ngah Adelia ke Jitra masuk kem Kem Khalifah Super Genius Dengan 99 Asmaul Husna 3 hari dua malam. Pukul 7.30 ke 8.30 pendaftaran pada hari pertama. Saya masuk ofis pukul 7 lebih dan terus hantar mereka. Pukul 8.30 dah bertolak balik...
Masa daftar mereka, teacher (moderator) yang menjadi alat Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid memberikan saya satu surat lafaz untuk saya baca.... Bila dah baca tu memang la rasa sayu. Saya tak pernah hantar mereka berdua masuk kem dan ini kali pertama. Hati memang kuat! sebab saya memang nak mereka belajar kenal Allah.... saya ni mak yang dhaif memang banyak sangat kelemahan nak mendidik mereka....
Allhamdulillah selelsai pendaftaran saya dan suami dan juga baby Jannah terus balik. Kat ofis saya memang dah tak fikir tentang mereka saya tahu Allah akan jaga mereka.... Bila dah malam, en daddy kata, sunyi lak tak mereka berdua. Kalau ada asyik duk bertengkar saja, bila dah tak ada rindu.... hehehe... itu la luahan hati seorang ayah!
Mana tak rindu, kak ngah tu tak boleh berenggang dengan saya... Asyik berkepit saja! dah ada adik pun masih berkepit dengan saya lagi sampaikan adik Nur Jannah tolak dia dari atas riba saya. Marah kak ngahnya duduk kat riba saya... hehehe.... Pada hari pertama mereka dididik dengan penyucian hati
Di malam hari pertama saya gembira tengok aktiviti mereka. Bangun qiam seawal 3 pagi... seronok dan hiba sangat rasanya. Yang penting mereka tahu siapa pencipta mereka kenal siapa yang bagi mereka makan dan sebagainya.
Bersama Romeo
Allhamdulillah... Hari kedua, di pagi hari mereka ke Pusat Equine UUM untuk merasa menunggang kuda yang merupakan sunnah Rasulullah saw.... Gembira sakan la mereka. Dalam perjalanan dari Jitra ke UUM mereka berzikir... Allhamdulillah.... Sampai kat Pusat Equine UUM, mereka dibawa menunggang kuda seorang demi seorang. Dan lepas tu belajar dengan haiwan tersebut zikir dengan kuda2... Namun, dalam banyak-banyak kuda kat Pusat Equine UUM tu, kuda pelakon Farid Kamil (Romeo) juga yang menjadi pilihan anak-anak untuk bersembang.... hehehe.... Bijak Romeo tu anak-anak zikir dia pun duk angguk-angguk.... hehehe....
Impak 3 Hari KemSyukur sangat nampak kesannya pada kakak dan kak ngah. Dia suruh saya kejutkannya bangun tahajut. Dan bila nak makan atau buat apa-apa keje dia akan zikir dulu.... Dan kak ngah pula dia "uninstall" gamesnya dalam latop saya! dia tahu teacher kata kata boleh main games dan tengok citer kartun bukan Islam.... terus dia "uninstall" semua games dalam latop saya!
Kata mereka, kalau ada kem macam ni nak pergi lagi! kata kakak, kakak menangis bila teacher cakap pasal neraka dan sebagainya. Kakak tak nak masuk neraka. Kita dah akhir zaman ni mama.... Ya Allah semoga peliharalah kami dan umat Islam dari neraka jahanam Mu... Amin...
Apa pun yang kita buat semoga kita semua ingat akan jalan keredhaan... dan anak-anak kenal siapa pencipta mereka, tujuan mereka hidup di bumi sebagai khalifah Allah....
Sebelum tu, untuk anda mahu memperbanyakkan pahala dialu-alukan untuk infaq:
TAWARAN SAHAM AKHIRAT INFAQ BUKU KANAK-KANAK ASMAUL HUSNA🎇
.
Kami sedang melangsungkan Program Roadshow Buku "MARI MENGENAL ALLAH YA KHOLIQ"..
.
Buku ini akan digunakan sepanjang program oleh kanak-kanak yang dipilih Allah Ya Baari' seperti,
🔸anak yatim
🔸fakir miskin
🔸golongan asnaf
🔸dan sesiapa yang Allah pilih
.
🔺Bayangkan, dengan infaq kita,buku ini anak-anak gunakan sebagai asbab mengenal Allah.. InsyaAllah Allah Ya Rahman Ya Rahim akan balas dengan kebaikan,kerana Allah Ya Barr Ya Karim sentiasa melayani hambaNya dengan penuh kasih sayang dan kebaikanNya.
.
🌷Bagi yang berminat untuk infaq, harga sebuah buku RM6 sebuah.
.
Infaq seikhlasnya..tiada tetapan..
.
Bank:Bank Islam
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANNUR3i
No Akaun: 02093010010600
.
📌Sila inform kami setelah infaq untuk tujuan pengurusan.
.
📞Aiman Ain:+60136456715
"Lailahailallah, Ya Allah kami menafikan kami ada daya untuk berinfaq,bersedekah dan melakukan kebaikan.Sesungguhnya, kami berbuat kebaikan kerana Engkau yang mengalirkan daya kebaikanMu Ya Barr Ya Karim Yang Maha Baik dan Yang Maha Mulia kedalam diri kami."
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sheilainspire.com/2019/02/kem-khalifah-super-genius-dengan-99.html