Keluarga Pelajar Lemas Di Kolam Renang Likas Minta Penjelasan Dari Pihak Sekolah


Menteri Belia dan Sukan, Datuk Frankie Poon Ming Fung (tengah) memberikan penghormatan ke atas mendiang Nicholas di Fook Lu Siew. - Gambar SNT/Alfred Petrus 
KOTA KINABALU: Keluarga Nicholas Chong Zhen Yi, 14, iaitu pelajar yang lemas di pusat kolam renang Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada Selasa lalu, mahu pihak sekolah berkenaan memberikan penjelasan kepada mereka berhubung insiden itu.

Chong (tengah) dan isterinya yang sebak dengan dengan pemergian anaknya ketika penghormatan terakhir diadakan Fook Lu Sie. - Gambar SNT/Alfred Petrus
Bapa mangsa, Chong Kan Fei, 45, berkata beliau mahukan penjelasan mengenai tujuan sebenar pihak sekolah membawa rombongan pelajar untuk menjalani latihan renang di kolam renang yang dikhaskan untuk atlit penerjun mengadakan latihan.

Chong Kan Fei ketika ditemui media di Fook Lu Siew. - Gambar SNT/Alfred Petrus
Selain itu beliau turut mempersoalkan sama ada jurulatih (guru) terbabit mengetahui pelajar-pelajar tersebut mempunyai asas berenang untuk dibawa ke kolam renang yang tidak sepatutnya.

"Saya ingat sebahagian pelajar ini tidak pandai berenang termasuk anak saya. Mereka (guru yang membawa) ada pastikah tidak? Sebab kolam ini saya ingat, kolam profesional. Memang dalam. Yang saya tahu lima meter atau lebih daripada itu.

Nicholas Chong Zhen Yi. - Gambar SNT / Alfred Petrus
"Semasa sesi ini dijalankan saya dimaklumkan oleh rakan-rakan anak saya bahawa ketika kejadian itu, tiada jurulatih mahupun pengawal kolam di situ," katanya dalam sidang media di Fook Lu Siew di sini hari ini.

Menurut rakan mangsa yang menceritakan insiden tersebut tersebut, pelajar lain cuba memanggil guru bertugas untuk menyelamatkan Nicholas selepas melihat keadaan mangsa yang meronta-ronta, namun tidak diendahkan oleh guru terbabit.

Jelasnya ketika para pelajar itu melihat anaknya sudah mulai tenggelam mereka cuba memanggil guru yang bertugas buat kedua kalinya, namun tiada tindakan dibuat dan masih tidak diendahkan.

"Kali ketiga mereka memanggil barulah cikgu itu datang dan melihat apa yang berlaku dengan anggapan pelajar tersebut hanya bermain-main. Itu satu sikap yang tidak betul.

"Bila cikgu sampai di kolam itu, dia bukan terus pergi ambil (selamatkan) budak itu. 'Sorry'. Dia panggil juruhlatih di kolam sebelah. Ini sudah membuktikan kolam itu tiada jurulatih," katanya.

Kan Fei turut berang apabila guru terbabit tidak segera bertindak menyelamatkan anaknya yang ketika itu sudah tidak bermaya.

"Kenapa cikgu tidak mahu turun? Adakah dia tidak pandai berenang? Adakah dia takut atau dia tidak mampu? Kalau cikgu yang bawa budak-budak menjalankan aktiviti seperti ini dan dia sendiri tidak pandai berenang, kenapa suruh anak-anak kita ini yang tidak pandai berenang masuk ke dalam kolam yang dalam?

"Satu lagi. Adakah kolam renang yang disewa ini melalu proses yang betul. Adakah masa mereka sewa kolam renang profesional yang begitu dalam sesuai untuk latihan berenang untuk budak-budak yang tidak tahu berenang?

"Adakah pengawal kolam ada sekali untuk memerhati aktiviti ini? Sebab kes ini nampaknya tidak menekankan keselamatan. Tiada!," jelasnya.

Chong berkata anaknya yang menuntut di sebuah sekolah swasta di Kota Kinabalu adalah pelajar cemerlang dengan mewakili Sabah ke Sukan Malaysia dalam acara bowling.

Dalam pada itu katanya beliau kesal kerana tidak dimaklumkan oleh pihak sekolah bahawa rombongan tersebut akan ke kolam renang Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada hari tersebut.

"Pada tahun pertama, anak saya ada menyertai sesi latihan berenang namun diadakan di kolam renang Sutera Harbour yang mana kolamnya tidak dalam. Saya tidak mengetahui anak saya dibawa ke kolam profesional yang dalam ini," tambahnya.

Berita Asal: https://www.sabahnewstoday.com/keluarga-pelajar-lemas-di-kolam-renang-likas-minta-penjelasan-pihak-sekolah/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mysabahnews.blogspot.com/2019/02/keluarga-minta-penjelasan-dari-pihak-sekolah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pihak Sekolah Tidak Paksa Murid Belajar Pendidikan Islam

Pihak Sekolah Tidak Paksa Murid Belajar Pendidikan Islam

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 403 hits
Imej via Malaysiakini Berhubung laporan Malaysiakini di bawah tajuk KPM ingin menjelaskan bahawa pihak sekolah tidak pernah memaksa murid yang terbabit mengikuti Pendidikan Islan sebagaimana dilaporkan portal Malaysiakini dan beberapa media...
Ramai Dikabarkan Hilang Dari Traveloka Dan Tiket Com Begini Penjelasan Pihak Airasia

Ramai Dikabarkan Hilang Dari Traveloka Dan Tiket Com Begini Penjelasan Pihak Airasia

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 282 hits
Banyak yang bingung karena tiket AirAsia tiba tiba tidak bisa ditemukan di Traveloka atau Tiket com Ada apa gerangan ya
Mayat Pemancing Selamatkan Keluarga Dari Lemas Di Temui

Mayat Pemancing Selamatkan Keluarga Dari Lemas Di Temui

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 563 hits
KUALA TERENGGANU Setelah pelbagai usaha dilakukan akhirnya mayat pemancing yang hilang ketika menyelamatkan 4 mangsa kenderaan pacuan 4 roda yang terjunam ke dalam sungai di Pulau Warisan Jumaat lepas ditemukan kira kira pukul 7 24 pagi ini...
Kami Pun Hairan Kenapa Mereka Tiba Tiba Mandi Di Sana 3 Beradik Lemas Di Kolam Ikan Terbiar

Kami Pun Hairan Kenapa Mereka Tiba Tiba Mandi Di Sana 3 Beradik Lemas Di Kolam Ikan Terbiar

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 853 hits
Tiga kanak kanak lelaki yang merupakan adik beradik lemas ketika mandi di sebuah kolam ikan yang terbiar di Kampung Bintang Mas Beluran Sabah semalam lapor Dalam kejadian yang berlaku pada jam 2 petang itu tiga beradik berkenaan masing masi...
Saya Terus Berlari Ke Kolam Sebelum Mendapati Ketiga Tiga Anak Sudah Tiada Tiga Beradik Lemas Di Kolam Ikan

Saya Terus Berlari Ke Kolam Sebelum Mendapati Ketiga Tiga Anak Sudah Tiada Tiga Beradik Lemas Di Kolam Ikan

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 665 hits
Saya Terus berlari ke kolam sebelum mendapati ketiga tiga anak Sudah Tiada Tiga beradik lemas di kolam ikan Hiba dan pilu apabila tiga beradik lemas dalam satu kejadian di Kampung Bintang Mas dekat sini pada Sabtu Dalam kejadian jam 2 petan...
Salah Seorang Wira Yang Membantu Keluarga Hampir Lemas Di Sungai Terengganu Adalah Pegawai Jpj

Salah Seorang Wira Yang Membantu Keluarga Hampir Lemas Di Sungai Terengganu Adalah Pegawai Jpj

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 519 hits
Salah satu kisah yang menyayat hati pada tahun 2019 apabila salah seorang wira iaitu Abdul Bari terkorban ketika usaha beliau menyelamatkan keluarga dari lemas apabila kenderaan mereka masuk ke dalam Sungai Terengganu 3 hari m4yat Abdul Bar...
Pelajar Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah Motosikal Rempuh Perodua Viva

Pelajar Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah Motosikal Rempuh Perodua Viva

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 569 hits
EZZUAN AHMAD 13 Februari 2019 11 30 AM DUNGUN Seorang pelajar tingkatan dua yang dalam perjalanan ke sekolah maut selepas mo
Diduga Buru Buru Ke Sekolah Pelajar Di Purwakarta Tabrak Ibu Paruh Baya

Diduga Buru Buru Ke Sekolah Pelajar Di Purwakarta Tabrak Ibu Paruh Baya

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 478 hits
Dugaan sementara pelajar yang saat itu berboncengan dengan temannya terburu buru memacu sepeda motor dengan kecepatan tinggi karena hendak berangkat sekolah
Pelajar Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Temasya Sukan Sekolah

Pelajar Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Temasya Sukan Sekolah

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 929 hits
Gambar hiasanLABUAN Seorang pelajar tingkatan empat rebah lalu tidak sedarkan diri ketika mengambil bahagian dalam acara larian pada temasya sukan di padang Kolej Matrikulasi Labuan hari ini dan dia meninggal dunia beberapa minit selepas ti...
Peranakan A Musical Legacy When Music Wears A Kebaya

Masjid Sri Sendayan Taj Mahal Negeri Sembilan Yang Memukau Mata Dan Jiwa

Masjid Mahabbah Yaasin Tahlil Solat Hajat Justice For Zara

Htx Menandakan Ulang Tahun Ke 12 Dengan 80 000 Dalam Kempen Dagangan Sempena Kenaikan Pasaran Bitcoin Com News

Kambing Paratal Bersantan Gabungan Rasa Padu Sekali Cuba Terus Jatuh Cinta

Lain Macam Seram Kali Ini Dengan Movie Weapons

Info Terkait Kes Adik Zara Info Polis Dengar Bukan Makcik Mona

Where Were You When


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Muda Berbakat Dari Johor

Rain Lily Noble Gold

Lunch Hari Ini Dan Update Brazil Wood

Biojisim Kepada Tenaga Melalui Bateri Ion Sodium Penyelesaian Hijau Untuk Masa Depan

Untung 1mdb Rakyat Perlu Tahu

Printing Custom Ziplock Pouch Packaging Untuk Makanan Kosmetik Aksesori Design Eksklusif