Kelonggaran Pkpb Bukan Bermakna Boleh Kembali Hidup Cara Biasa


Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei lepas, yang menyaksikan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan untuk beroperasi semula, bukanlah bermakna orang ramai boleh kembali kepada kehidupan mereka sebelum PKP dikuatkuasakan.

PKP telah dikuatkuasakan selama 47 hari bermula 18 Mac bagi membendung penularan virus Covid-19 dan setelah melalui empat fasa dengan peraturan yang ketat dan menunjukkan kejayaan dalam memastikan jangkitan Covid-19 semakin berkurangan, PKPB dilaksanakan pula dengan kelonggaran tertentu tetapi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Keputusan diambil kerajaan itu pastinya berdasarkan garis panduan antarabangsa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) serta Majlis Keselamatan Dalam Negeri yang mana pematuhan terhadap SOP perlu dititikberatkan oleh semua majikan dan pekerja serta orang ramai.


Pengarah Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Mohd Rafee Baharudin berkata kelonggaran beroperasi yang diberikan kerajaan kepada syarikat dalam tempoh PKPB bukan lesen untuk memulakan operasi seperti sedia kala.


“Majikan mestilah mempunyai mekanisme bagi memantau setiap pekerja mereka supaya sentiasa mematuhi SOP KKM. Satu pemeriksaan ke atas pematuhan itu mestilah dibuktikan oleh majikan kepada pihak berkuasa yang dilantik. 


“Perkara ini sangat penting memandangkan tahap pengetahuan dan kesedaran dalam kalangan pekerja adalah berbeza-beza. Perbezaan kefahaman dan amalan menjaga kebersihan ini perlu diberi keutamaan yang sewajarnya oleh majikan,” katanya kepada Bernama.


Mohd Rafee berkata setiap pekerja juga hendaklah menjalani latihan kesedaran dan membuat akujanji akan mematuhi setiap langkah pencegahan penularan virus Covid-19.

“Sikap buat tidak tahu atau mengambil jalan mudah akan memungkinkan bakal wujud satu kluster baharu di tempat kerja,” katanya.

Beliau turut menasihatkan pekerja mengamalkan aspek pengurusan kendiri seperti mengisytihar status kesihatan harian dengan jujur dan sekiranya mempunyai gejala demam, batuk, sakit tekak dan kesukaran bernafas, segera maklumkan kepada majikan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Bagi Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Prof Jamal Othman, PKPB adalah satu pendekatan menyeimbangkan keperluan untuk aktiviti ekonomi berfungsi demi kelangsungan mata pencarian dan keperluan untuk membendung penularan wabak Covid-19.

“Kita menganggap pandemik ini akan terus bersama kita untuk satu tempoh yang agak lama. Namun ekonomi perlu dibenarkan berfungsi secara terkawal demi kemaslahatan dan kesejahteraan masyarakat.  Jika PKP diteruskan, misalnya untuk dua minggu lagi tanpa stimulus ekonomi, negara boleh mengalami kerugian sebesar dua peratus daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” katanya.

Beliau, yang juga Ketua Kluster Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial Akademi Profesor Malaysia berkata, telah tiba masanya kerajaan melaksanakan PKPB setelah mengambil kira petunjuk-petunjuk kesihatan dan keperluan membuka ekonomi demi kelangsungan mata pencarian rakyat.

Bagaimanapun, katanya sangat penting difahami PKPB tidak bermakna rakyat telah keluar daripada PKP, bahkan mereka perlu memberikan kerjasama untuk mematuhi syarat-syarat PKPB agar penularan pandemik Covid-19 dapat terus dibendung.

Dalam pada itu beliau juga senada dengan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang menyatakan keputusan membenarkan sebahagian aktiviti ekonomi disambung kembali mulai 4 Mei lepas bukan satu tindakan tergesa-gesa memandangkan kerajaan telah mengkaji dan memastikan negara memenuhi syarat yang ditetapkan WHO.

“Ya, saya beranggapan kerajaan telah mengambil kira saranan-saranan WHO seperti kadar kebolehjangkitan pandemik Covid-19 yang rendah, bilangan kes aktif semakin berkurangan, kadar sembuh tinggi serta kesediaan negara dari segi kemudahan perawatan.

“Daripada pengamatan saya prestasi Malaysia dalam mengawal penularan wabak Covid-19 selama ini setanding dengan Korea Selatan dan ini sesuatu yang harus kita banggakan,” katanya. — Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/05/kelonggaran-pkpb-bukan-bermakna-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkpb Boleh Kembali Menjadi Pkp Sekiranya Rakyat Ingkar Arahan Dan Sop Yang Ditetapkan

Pkpb Boleh Kembali Menjadi Pkp Sekiranya Rakyat Ingkar Arahan Dan Sop Yang Ditetapkan

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 476 hits
Datuk Seri Ismail Sabri dalam Sidang Media Harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat mengingatkan kepada semua rakyat Malaysia bahaya PKPB boleh ditamatkan dan kembali menjadi PKP sekiranya rakyat ingkar dengan peraturan dan garis pandua...
Jika Rakyat Ingkar Pkpb Boleh Ditamatkan Amp Kembali Kepada Pkp Ismail Sabri

Jika Rakyat Ingkar Pkpb Boleh Ditamatkan Amp Kembali Kepada Pkp Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 476 hits
Dalam sidang media Menteri Kanan Keselamatan sebentar tadi beberapa pengumuman penting telah dinyatakan Antaranya adalah berkaitan kepatuhan rakyat Malaysia dalam mengikuti SOP yang ditetapkan kerajaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakkan...
10 Meme Pkpb Apabila Sektor Ekonomi Kembali Beroperasi 4 Mei

10 Meme Pkpb Apabila Sektor Ekonomi Kembali Beroperasi 4 Mei

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 902 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan hampir semua aktiviti ekonomi akan dibenarkan beroperasi secara terkawal dan berhati hati menjelang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang bermula 4 Mei ini Jadi saudara s...
Kembali Bekerja Setelah Pkpb Diumumkan

Kembali Bekerja Setelah Pkpb Diumumkan

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 673 hits
Bismillahhirahmannirrahim As Salam and greetings to dear readers Kembali Bekerja Setelah PKPB Diumumkan Setelah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat diumumkan oleh kerajaan pelbagai reaksi rakyat Malaysia dapat kita lihat Ada yang setuju a...
Cara Buat Tau Fu Fa Instant Guna Serbuk Agar Agar Boleh Siap Dalam Masa 15 Minit Je

Cara Buat Tau Fu Fa Instant Guna Serbuk Agar Agar Boleh Siap Dalam Masa 15 Minit Je

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 801 hits
Antara makanan yang paling popular di pasar malam dan juga bazar Ramadan tentu sekali Tau Fu Fa atau nama sebenarnya Doufuhua Tau Fu Fa adalah kuih tradisi orang cina yang diperbuat daripada soya Baca Rasanya yang manis dan juga Tau Fu Fa y...
Cara Cuci Oven Kembali Bersih Seperti Baru Semula

Cara Cuci Oven Kembali Bersih Seperti Baru Semula

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 494 hits
CARA CUCI OVEN KEMBALI BERSIH SEPERTI BARU SEMULA Bahan diperlukan
Ini Cara Unik Pelajar Di China Kembali Ke Sekolah Selepas Pasca Covid 19

Ini Cara Unik Pelajar Di China Kembali Ke Sekolah Selepas Pasca Covid 19

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 609 hits
Tak perlu teknologi yang sofistikated Corona Virus aka Covid 19 mula dikesan di negara China pada lewat tahun 2019 lalu Kini selepas berbulan berjuang memerangi wabakmaut itu China sudah kembali menjalankan aktiviti seperti biasa Pelbagai s...
Jangan Ambil Mudah Pkpb Boleh Jadi Pkp Semula Metrotv

Jangan Ambil Mudah Pkpb Boleh Jadi Pkp Semula Metrotv

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 302 hits
KERAJAAN mendapati masyarakat seolah olah mengambil mudah kelonggaran diberikan menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat seolah olah tiada undang undang Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ada orang ramai men
Pkp Mungkin Di Laksanakan Kembali Jika Gagal Patuhi Pkpb

Pkp Mungkin Di Laksanakan Kembali Jika Gagal Patuhi Pkpb

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 434 hits
SHAH ALAM Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat tidak mustahil diperketatkan semula sekiranya masih ramai yang gagal mematuhi prosedur operasi standard sepanjang pelaksanaan itu dijalankan Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkat...
Cacing Tanah Akan Subur Tanaman

Happy Chinese New Year 2025

Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Panduan Memilih Kertas Yang Lebih Ramah Lingkungan Dan Berkelanjutan

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Apa Yang Buat Korang Selalu Semangat Untuk Pergi Kerja

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa