Kek Neopolitan


 OLE OLE 





Salam Syawal ye.. Buat apa tu?? Rehat rehat sambil bersembang ya? Apapun yang dilakukan, Kak Ita doakan agar uolls sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah. Doakan akak jugak ya. Mintak lah, agar kak Ita sihat dan bersemangat untuk untuk terus berkongsikan semua resepi resepi yang ada dalam simpanan akak. Lama sangat, akak dok berangan nak simpan semua resepi resepi kat sini dan nak jadikan sedekah jariah ilmu ilmu ni. Bolehlah yang mana nak niaga tu guna kan. ye tak?
Memasak secara formal adalah dari tahun 1983 di sekolah menengah. Semasa menjejak kaki ke sekolah menengah tu, doa banyak banyak agar Kak Ita dapat masuk kelas aliran sains rumah tangga a.k.a SRT pada masa tu. Alhamdulillah, Allah mendengar dan memakbulkan. Gembiranya hanya Allah saja yang tahu, bila mana impian kita menjadi kenyataan. 
Kak Ita masih ingat agi, antara kek yang pernah belajar semasa di sekolah menengah ialah kek paun dan kek madeline. hehehe.. Guru pertama kelas sains rumah tangga, Puan Norashikin, cantik orangnya..baik amat. dan guru kedua semasa form 3, cikgu zaleha.. Cikgu ni memang  cantik orangnya.. putih gebu, bertudung, nampak sangat moden. Kak Ita selalu perhatikan lipstiknya yang berwarna coklat. Jika dulu rasanya jarang jumpa orang memakai lipstik colour coklat gelap kan, berbanding sekarang..purple pun orang pakai dah sekarang..hehehe.. semuga kedua dua guru pertama Kak Ita ini sihat dan dimurahkan rezeki. Rindu sewaktu zaman dahulu.. berpuluh tahun dulu.. Dan sekarang.., Kak Ita pun dah berusia dan senja dah..




Jadi, bila harini Kak Ita nak kongsikan resepi kek, terus Kak Ita teringat kepada guru guru kesayangan Kak Ita ini. Maklumlah.. ini lah guru pembuka jalan kepada minat kak Ita dalam bidang masakan. Banyak resepi yang Kak Ita belajar dari mereka selama 3 tahun. Ya Allah tak mampu nak balas jasa jasa mereka. 
Memasak kek antara hidangan yang sangat me-release kan stress Kak Ita semasa kerja bank dulu. Hujung minggu selalunya Kak Ita akan masak kek dengan happy nya. lebih happy lagi bila anak anak dan suami jugak turut mengemari kek kek yang Kak Ita buat. Selain itu, Kak Ita telah mulai mengambil tempahan kek kahwin dan kek untuk hidangan pelbagai majlis. Disitu lah bermulanya, Kak Ita mencari side income secara suka suka.
Okey terus ke resepinya ya. Sebenarnya, kek ini dibuat sebagai ole ole untuk sahabat adik Kak Ita. Doa Kak Ita semuga mereka sukakan nya. Jom kita intai intai resepinya.


KEK NEOPOLITAN


A)
7 biji putih telur
🍳 Putar hingga gebu dan bertanduk
🍳 Ketepikan.


B)

200 gm mentega130 gm marjerin250 gm gula halus8 biji kuning telur50 gm susu tepung1 sk esen vanila250 gm tepung gandum } ayak1 1/2 sk baking powder } bersama
🍳Panaskan oven 10 minit sebelum membakar.🍳Putar mentega, marjerin dan gula hingga kembang.🍳Masukkan kuning telur dan putar sebati.🍳Masukkan esen vanilla. Putar.🍳Masukkan susu tepung,  putar rata.🍳Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah di ayak bersama baking powder.🍳Ambil 1/3 bahagian putih telur dan masukkan ke adunan gandum tadi dan kaup balik hingga rata.🍳Ambil 1/3 bahagian lagi putih telur dan masukkan ke dalam adunan tadi, ulang hingga adunan putih telur habis. kaup balik rata rata.🍳Bahagikan adunan kepada 3 bahagian  dan warnakan mengikut warna kegemaran. 🍳Sediakan loyang, spray loyang dengan minyak atau sapu mentega. 🍳Masukkan adunan ke dalam loyang atau acuan kesukaan. 🍳Bakar selama  50 minit dengan suhgu 160C.🍳Cucuk dengan lidi untuk memastikan tiada adunan melekat pada lidi. bermaksud. kek anda telah masak. Jika masih melekat tambah 10 minit lagi.🍳Suhu oven setiap orang tidak sama ya.


Selamat mencuba.
Ruzita Idias Ismail
11 Syawal, 1445








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ruzitakitchen.blogspot.com/2024/04/kek-neopolitan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Breakfast Hari Ini Kek Lapis Sarawak

Breakfast Hari Ini Kek Lapis Sarawak

papar berkaitan - pada 18/4/2024 - jumlah : 330 hits
Assalamualaikum Dah tengahari baru sempat nak update breakfast pagi ni dari Isnin cari nasi lemak Tje Grind ni x dapat sekali hari ni adaaaa bersorak SA dan kawan2 kat The Grind seronok staff situ ye la dari Isnin pergi xde kan SA memang la...
Janna Nick Komen Kek Viral Mita Siap Bagi Rate 3 10 Yang Lain Lagi Sedap

Janna Nick Komen Kek Viral Mita Siap Bagi Rate 3 10 Yang Lain Lagi Sedap

papar berkaitan - pada 21/4/2024 - jumlah : 319 hits
Pelakon dan pengacara Janna Nick terkenal dengan sikap jujurnya ketika membuat penilaian rasa makanan yang dimakan Terbaru Janna dan suami Dini Schatzamann berpeluang merasai keenakan kek butter cheese dari Sarawak yang sedang viral Menerus...
Buasir Otak Tv Kek Apa Boleh Minum Be Like

Buasir Otak Tv Kek Apa Boleh Minum Be Like

papar berkaitan - pada 23/4/2024 - jumlah : 341 hits
Setiap kali budak tanya teka teki kek apa boleh minum Jom tonton animasi ini
Pelaburan Crypto Malaysia Cara Selamat Jana Income Usdt Secara Automatik Dengan Ai Bot Bitradex

Hantu Penat Dah Lari Ikut Kawan Kawan Dia Kat Taman Bunga

Mindef Menanti Siasatan Terhadap Kes Rasuah Pegawai Ketenteraan Kanan

The Profound Benefits Of Reading Books

Titik Karbon Hijau Revolusi Nanoteknologi Lestari Berpotensi Dalam Rawatan Terapi Kanser

Kekuatan Nilai Dan Kebijaksanaan Dalam Kehidupan Dewasa

Kerajaan Perlis Pimpinan Shukri Ramli Tumbang

Strong Earthquake Hits Papua New Guinea


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Suria Klcc Raikan Musim Perayaan Dengan A Majestic Christmas Yang Penuh Magis

Bagaimana Tiram Menghasilkan Mutiara

Lunch Santai Di A Decade Alamanda Putrajaya

Keagungan Seni Kayu Patung Hidup Sumo Oleh Yasumuto Kamehachi

Fahamkan Separuh Masa Memahami Konsep Dan Kepentingannya Dalam Pengurusan Masa

Exchanger Berlesen Malaysia Kenapa Lesen Audit Penting Dalam Pelaburan Crypto