Kejayaan Vaksinasi Dicapai Sebulan Lebih Awal


Nor Azizah Mokhtar
KUALA LUMPUR: Sasaran 80 peratus dewasa lengkap divaksinasi, menunjukkan lebih 40 juta dos vaksin sudah diberikan kepada populasi Malaysia, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bekas Perdana Menteri itu turut meluahkan rasa teruja dan bangga dengan kejayaan itu, lebih-lebih lagi ia dicapai sebulan lebih awal dari yang telah jadualkan.
"Lebih ramai divaksin, lebih ramai yang dilindungi daripada jangkitan COVID-19, lebih cepat kita membentuk imuniti kelompok.
"Ini sekali gus mengurangkan beban terhadap sistem kesihatan awam dan melancarkan proses pemulihan ekonomi," katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya, hari ini.
Katanya, tumpuan kini patut diberikan kepada negeri yang masih rendah kadar vaksinasinya agar proses pemulihan dapat berjalan dengan lancar seperti dirancang.
"Di Sabah misalnya, kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa paling rendah ketika ini dengan hanya 53.7 peratus. Negeri lain seperti Kelantan, Perak, Kedah dan Pahang masih bawah 60 peratus.
"Semalam, Pasukan Bertindak Immunisasi COVID-19 Remaja (CITF-A) telah ditubuhkan untuk memastikan anak-anak yang berusia 12 hingga 17 tahun pula menerima vaksin.
"Setakat ini, lebih 85,000 remaja menerima vaksinasi lengkap dan disasarkan 80 peratus remaja akan menerima vaksinasi lengkap sebelum sesi persekolahan 2022 bermula," katanya.
Beliau berkata, kejayaan mencapai 80 peratus populasi dewasa yang lengkap divaksin hari ini membuktikan Pelan Pemulihan Negara (PPN) berada di landasan betul.
"Ini juga menunjukkan kejayaan perancangan pembelian vaksin oleh Malaysia yang menjadi antara negara terawal di Asia memeterai perjanjian dengan beberapa pembekal vaksin pada skala besar.
"Hubungan baik Malaysia di peringkat antarabangsa juga memberi manfaat apabila kita menerima sumbangan vaksin melebihi lima juta dos dari negara Jepun, Arab Saudi, China, Amerika Syarikat dan United Kingdom," katanya.
Dalam pada itu, beliau menyambut baik pengumuman Perdana Menteri semalam, bahawa suntikan penggalak (booster) akan diberikan seawal Oktober, terutama untuk petugas barisan hadapan yang lebih banyak terdedah kepada risiko virus ini.
"Saya juga mengalu-alukan Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) diumumkan Perdana Menteri untuk golongan B40 dan pembelian alat pulse oxymeter telah diluluskan dalam Sidang Khas COVID-19 Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini.
"Pemberian PPC yang berjumlah RM471.6 juta ini menunjukkan kesinambungan Kerajaan Prihatin yang peka kepada keperluan rakyat terutamanya golongan rentan.
"Saya berharap pakej bantuan ini dapat disegerakan dan sampai kepada golongan sasar mengikut perancangan demi kemaslahatan rakyat," katanya.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada seluruh petugas barisan hadapan kerajaan dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan, pemimpin komuniti dan para sukarelawan yang bertungkus-lumus menjayakan agenda utama kerajaan dalam menguruskan pandemik COVID-19.
Sementara itu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menerusi satu ciapan di akaun Twitter, hari ini memaklumkan sebahagian daripada 80 peratus populasi dewasa yang lengkap divaksinasi itu adalah termasuk 374,552 guru sekolah.
"Hari ini Malaysia telah berjaya mencapai sasaran 80% populasi dewasa lengkap divaksinasi.
"Daripada jumlah ini, seramai 374,552 bersamaan 90.48 peratus keseluruhan guru sekolah telah divaksin. Alhamdulillah!," katanya.
Bagi 2,140 guru yang masih enggan divaksin, katanya, tindakan sewajarnya akan diambil Kementerian Pendidikan Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/kejayaan-vaksinasi-dicapai-sebulan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih Sebulan Tahan S4kit Sampai Tak Tidur Akhirnya Saya Mengalah Elyana

Lebih Sebulan Tahan S4kit Sampai Tak Tidur Akhirnya Saya Mengalah Elyana

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 263 hits
Lebih sebulan menahan s4kit dan tidak boleh tidur seperti individu yang lain penyanyi Elyana akhirnya dimasukkan ke h0spital hari ini Saya mengalahLebih sebulan menahan s4kit sampai tak tidur Akhirnya saya mengalah Hari ni masuk p4inkill3r ...
Alasan Exco Tak Tutup Hotel Lebih Awal Seolah Olah Salah Kkm Kata Raja Bahrin

Alasan Exco Tak Tutup Hotel Lebih Awal Seolah Olah Salah Kkm Kata Raja Bahrin

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 300 hits
Raja Kamarul Bahrin Shah berkata EXCO Terengganu tidak patut menyalahkan pihak lain sebaliknya perlu bertanggungjawab atas kelemahan dan kesalahan kerana Hotel Primula Beach milik kerajaan negeri PETALING JAYA Pengerusi Amanah Terengganu me...
Terkini Lebih Sebulan Bertrung Nywa Akhirnya Abang Arwh Siti Sarah Smbuh C0vld 19

Terkini Lebih Sebulan Bertrung Nywa Akhirnya Abang Arwh Siti Sarah Smbuh C0vld 19

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 265 hits
SeIepas lebih sebulan bertrung dengan C0vld 19 tahap lima di Hspital Serdang abang Allahyrham Siti Sarah Raissuddin iaitu Ahmad Firdous semakin puIih dan sudah dibenarkan puIang ke rumah semalam
Terkini Lebih Sebulan Mnanti Shuib Akhlrnya Akan Jumpa Ayash Affan Hari Ini

Terkini Lebih Sebulan Mnanti Shuib Akhlrnya Akan Jumpa Ayash Affan Hari Ini

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 287 hits
PETALING JAYA SeIepas lebih sebulan menanti pelawak terkenal Shuib akhirnya menerima berita gembira apabila dibenarkan untuk bertemu dengan anak bongsunya Ayash Affan di Hspital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia Cheras K...
Eur Usd Walaupun Euro Tidak Berputus Asa Cuba Untuk Mendapatkan Lebih Awal Dolar Tahu Bahawa Anjing Itu Menyalak Dan

Eur Usd Walaupun Euro Tidak Berputus Asa Cuba Untuk Mendapatkan Lebih Awal Dolar Tahu Bahawa Anjing Itu Menyalak Dan

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 247 hits
Sejak seminggu yang lalu mata wang AS telah meningkat lebih daripada 0 5 berbanding pesaing utamanya termasuk euro Kebimbangan mengenai kemungkinan kegagalan syarikat gergasi harta tanah China Evergrande dan kebimbangan mengenai kemungkinan...
Kejayaan Awal Pn Ph Tandatangani Kerjasama Petang Ini

Kejayaan Awal Pn Ph Tandatangani Kerjasama Petang Ini

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 396 hits
Kerajaan Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan bersetuju untuk menandatangani memorandum persefahaman transformasi dan kestabilan politik pada petang ini di Parlimen Menurut satu kerajaan yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia memorandum ...
Vaksinasi Covid 19 Sudah Capai Lebih Dari Sepertiga Sasaran

Vaksinasi Covid 19 Sudah Capai Lebih Dari Sepertiga Sasaran

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 206 hits
Program vaksinasi nasional ditujukan pada 208 26 juta sasaran penerima vaksin Berdasarkan data hingga Senin pukul 18 00 WIB dari 73 8 juta penerima vaksin Covid 19 Sebanyak 42 32 juta orang di antaranya telah mendapatkan dua kali suntikan v...
Kalau Awal Minta Maaf Tak La Orang Ramai Kecoh Saja Kot Nak Hentam Dan Perlirajkat

Kalau Awal Minta Maaf Tak La Orang Ramai Kecoh Saja Kot Nak Hentam Dan Perlirajkat

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 184 hits
Dengan rendah hati saya pohon maaf segala keterlanjuran tersebut dan berazam dan berjanji untuk membaiki SOP di Masjid Putra Putrajaya kata beliau menerusi video di laman Facebook Masjid Putra malam tadi Pada 10 September lalu tular satu vi...
Tanam Bunga Lebih Mudah Dengan Pasu Jenis Self Watering

Tanam Bunga Lebih Mudah Dengan Pasu Jenis Self Watering

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 550 hits
Korang suka bercucuk tanam Kalau suka kita boleh jadi geng Pernah guna pasu jenis self watering tak Best tau Sis suka guna pasu self watering nie sebab ia dapat membekal air pada pokok So kita tak perlulah nak siram Kalau nak balik kampung ...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas