Kehadiran Tumbuhan Herba Di Dapur Menghijaukan Dan Menyegarkan


Selepas membuat transformasi di ruang dapur, anda masih merasakan ada yang kurang di situ. Puas memikirkan bagaimana ingin menaikkan seri dapur anda dan menghidupkan suasana dapur. Mungkin kali ini anda boleh cuba meletakkan tumbuhan herba di ruang dapur anda. Contohnya Basil, kucai, parsli dan pudina merupakan contoh tumbuhan herba yang boleh diletakkan di ruang dapur. Ruang yang diperlukan tidak terlalu luas kerana ia hanya memerlukan bekas yang kecil. Tambahan tumbesarannya yang sederhana kecil menjadikan ia begitu sesuai ditempatkan di dapur.

Bagi yang meminati unsur hijau, menanam tumbuhan herba di dapur sangat baik dari segi memberi nafas baru kepada wajah dapur. Bagi anda yang gemar memasak, inilah masanya untuk mula berjinak-jinak dengan menanam tumbuhan herba sebelum mula terlibat dengan menanam sayur-sayuran pula. Mudah dipetik dan terus dijadikan bahan masakan. Sudah tentu banyak kelebihan yang dapat dimiliki apabila anda mula ‘berkebun’ di dalam dapur.

Lokasi selamat
Anda hanya perlu meletakkan tumbuhan herba berdekatan dengan tingkap. Ini bagi memudahkan tumbuhan menerima cahaya yang mencukupi. Anda tidak perlu risau mengenai hujan mahupun keadaan cuaca yang tidak menentu dan boleh menyebabkan tumbuhan mati. Ini kerana lokasinya di dalam rumah dapat mengelakkan tumbuhan diancam dengan situasi tersebut. Sangat mudah dan praktikal bukan?
Lebih segar
Kesegaran pada tumbuhan herba yang anda tanam sendiri pastinya membantu menjadikan masakan anda lebih sedap. Petik dan masukkan ke dalam masakan dengan begitu mudah. Daun pudina misalnya, boleh menjadikan teh anda lebih beraroma dan sihat! Tambahan pula, jika hendak dibandingkan dengan tumbuhan herba yang berada di pasar mahupun pasar raya, anda pasti berpuas hati dengan hasil tanaman anda sendiri.

Menghijaukan dapur
Tumbuhan herba yang terletak di dapur ini secara tidak langsung menjadikan ruang dapur lebih menarik dan menawan. Warna hijau yang dipamerkan memberikan kesegaran sepanjang masa!
Tip menanam tumbuhan herba
Bagi anda yang ingin mencuba menanam tumbuhan herba di dapur, boleh mengikuti beberapa idea ini;
Pasu
Bagi menyerlahkan lagi tumbuhan herba di dapur, anda boleh menggunakan beberapa jenis pasu. Ini termasuklah menggunakan barang terbuang seperti tin, penapis dan sebagainya.
Gantung
Tumbuhan herba nampak cantik jika digantung di dalam bakul. Anda boleh meletakkan pasu di dalam bakul tersebut atau menggunakan bakul tersebut sebagai bekas tanaman.
Pencahayaan
Jika bahagian dapur kurang mendapat pancaran cahaya matahari, tumbuhan herba akan mudah layu dan mengganggu tumbesarannya. Oleh itu, untuk meningkatkan kesan pencahayaan, anda boleh memasang lampu kalimantang atau track lighting yang fokus ke arah tumbuhan berkenaan.
Baja
Tumbuhan herba juga memerlukan sedikit baja. Ia membekalkan nutrien dan menyuburkan lagi tumbuhan herba anda.
Petik selalu
Petiklah tumbuhan herba anda selalu. Ini membantu dan menggalak tumbuhan tersebut untuk bercambah. Herba ‘tahunan’ seperti basil misalnya boleh dipetik apabila mencapai ketinggian tiga hingga empat inci.
Sumber gambar: 123 royalty free
INGIN MENCARI PRESSURE COOKER DENGAN PELBAGAI PILIHAN MENARIK. JOM LAYARI DI SINI.
Ini Caranya Nak Jimat Masa Memasak
Kaedah Memasak Sayur Untuk Pelihara Khasiatnya
Apakah Peralatan Memasak Anda Selamat Digunakan?
[embedded content]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2020/08/kehadiran-tumbuhan-herba-di-dapur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tip Mencari Lampu Yang Berfungsi Baik Di Dapur

Tip Mencari Lampu Yang Berfungsi Baik Di Dapur

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 139 hits
Dapur hambar dan kelam tanpa sebarang pencahayaan yang tepat pastinya memberi kesukaran untuk menyediakan hidangan buat seisi keluarga Pencahayaan yang tepat perlu diberikan perhatian serius dalam menyerikan ruang serta memudahkan kerja mem...
Kecil Penulen Air Terbaik Untuk Dapur Sempit

Kecil Penulen Air Terbaik Untuk Dapur Sempit

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 526 hits
Dapur adalah ruang paling penting di setiap kediaman Namun tidak semua mampu memiliki dapur yang luas kerana kebanyakan rumah di Malaysia mempunyai ruang yang terhad terutamanya bagi kondominium dan apartment Ruang yang terhad ini jika tida...
Warganet Kepo Kaesang Pangarep Tunjukkan Isi Dapur Istana Negara Nggak Ada Beda Sama Kita

Warganet Kepo Kaesang Pangarep Tunjukkan Isi Dapur Istana Negara Nggak Ada Beda Sama Kita

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 174 hits
Mulai dari botol saos yang dibalik kalau tinggal dikit sampai sisa gula yang dikaretin Kaesang perlihatkan sisi lain Istana
Dapur Terbuka Disangka Kedai Selamba Order Nasi Dagang Di Rumah Orang

Dapur Terbuka Disangka Kedai Selamba Order Nasi Dagang Di Rumah Orang

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 303 hits
Merantau di tempat orang pasti mempunyai dapat mempelajari sesuatu daripada perjalanan yang ditempuhi tersebut Bahkan segala kenangan dan juga pengalaman sudah tentunya sangat berharga yang hanya boleh dirasai oleh tuan empunya badan Baru b...
Video Bengang Beratur Lama Lelaki Ini Mengamuk Barang Dapur Orang Depan Banyak

Video Bengang Beratur Lama Lelaki Ini Mengamuk Barang Dapur Orang Depan Banyak

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 393 hits
Hormat menghormati antara satu sama lain dan bertolak ansur merupakan kunci utama kita hidup bermasyarakat Selain itu kesabaran juga sangat mahal nilainya seseorang yang tidak boleh mengawal kesabaran akan mudah naik marah walaupun puncanya...
Geli Pijak Dapur Rumah Nenek Jadi Perdebatan Di Media Sosial

Geli Pijak Dapur Rumah Nenek Jadi Perdebatan Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 734 hits
Musim perayaan sudah menjadi kebiasaan untuk pulang ke kampung bagi meraikan hari penuh gembira bersama keluarga yang tersayang Dibenarkan untuk merentas negeri maka berpusu pusulah kenderaan di jalan raya untuk pulang ke desa masing masing...
Atasi Dapur Berbahang Dengan Cara Ini

Atasi Dapur Berbahang Dengan Cara Ini

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 224 hits
Tidak selesa dengan dapur yang berbahang atau panas Ini mungkin menjejaskan mood anda untuk memasak apa lagi untuk menikmati makanan di kaunter bar atau pulau yang berada di dapur anda Terdapat beberapa tip dan cara yang kadang kala kita ti...
Anak Lelaki Masuk Dapur Bukan Lembut Nak Ajar Agar Membesar Tak Jadi Raja Tahu Erti Tanggungjawab

Anak Lelaki Masuk Dapur Bukan Lembut Nak Ajar Agar Membesar Tak Jadi Raja Tahu Erti Tanggungjawab

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 423 hits
Dalam mendidik anak anak ibu bapa memainkan peranan penting Sering kali kita lihat anak anak lelaki dalam masyarakat kita amnya selalu dimanjakan Jarang disuruh membuat kerja kerja rumah atau menolong ibu di dapur Rata rata memandang lelaki...
5 Sekawan Dipenjara 36 Tahun 12 Sebatan Kerana Bunuh

Eugene Levy S Toronto

Ringgit Has Been Unfortunate Unfairly Assessed Vs Us Dollar Bnm

Ringgit Closes Almost Unchanged As Opr Remains At 3

10 Penyanyi Berentap Dalam The Hardest Singing Show 2024 Kreativiti Luar Limitasi

Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang Kenal Pasti Potensi Pembangunan Sekitar Stesen Ecrl

Asal Usul Coca Cola

Lumira Eka Heights Epitome Of Contemporary Living



Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal


Apple Dilaporkan Meminta Maaf Atas Iklan Kontroversial Ipad Pro Nya

Kopi Saigon Indera Mahkota 7 Catat Jualan Tertinggi Daripada 100 Cawangan Seluruh Negara

Dua Kali Melalui Proses Bedah Bukan Mudah Shila Amzah Tak Dapat Melahirkan Secara Normal Bayi Dah Terbelit Tali Pusat

Liyana Jasmay Bakal Keluar Dua Single Baharu Rakam Lagu Di Jakarta Saya Taknak Mv Biasa Biasa

Khutbah Jumat Kewajiban Kita Terhadap Palestina

Bercakap Dengan Diri Sendiri Sebagai Terapi Diri