Kedah Fa Tamat Rundingan Bersama Syarikat Automatif
ALOR SETAR: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) menamatkan rundingan bersama sebuah syarikat automatif yang sebelum ini berhasrat memiliki 80 peratus saham Kedah Darul Aman FC (KDA FC)
Presiden KFA, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata perkara itu diputuskan selepas pihaknya tidak bersedia memenuhi beberapa permintaan syarikat terbabit yang dianggap terlalu besar
"Proses mengambil alih 80 peratus saham KDA FC oleh sebuah syarikat yang diumum beberapa minggu lalu, tidak dapat dimuktamadkan kerana permintaan syarikat itu tidak dapat dipenuhi KFA dan kerajaan negeri
"Permintaan mereka terlalu besar. Antaranya tanah yang masih berstatus pertanian hendak ditukar kepada tanah industri, lepas itu ada cara bayaran yang saya tidak dapat beri kelulusan kerana ia akan mendatangkan kerugian kepada rakyat Kedah," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat EXCO di Wisma Darul Aman di sini, hari ini
Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, antara permintaan lain syarikat terbabit adalah untuk memiliki Stadium Darul Aman yang diselia dan dimiliki oleh Perbadanan Stadium Negeri Kedah
"Stadium tidak boleh diserahkan kepada pihak lain begitu sahaja kerana ia tertakluk kepada akta. Aita tidak boleh lupus begitu saja. Jadi ini juga antara sebab kita tidak mahu sambung lagi rundingan
"Walaupun pihak syarikat ini menjanjikan perlaburan sebanyak RM1.5 billion sebelum ini, saya fikir ini tidak akan berlaku kerana kita tidak meneruskan lagi rundingan terbabit," katanya
Bagaimanapun, Muhammad Sanusi berkata pihaknya masih mengalukan mana-mana syarikat yang berkemampuan dari segi kewangan melakukan rundingan bersama pihaknya bagi pemilikan 80 peratus saham KDA FC
Katanya, ketika ini pasukan bola sepak Kedah dikendalikan sepenuhnya KDA FC yang ditubuhkan KFA bagi mewakili negeri serta bersaing dalam liga kompetitif negara
Bulan lalu, media melaporkan gabungan dua syarikat automotif tempatan dijangka membeli 80 peratus saham KDA FC yang dimiliki Menteri Besar Incorporated (MBI) bernilai RM24 juta, sekali gus menjadikan mereka sebagai pemilik pasukan KDA FC
Bagi tujuan itu, syarikat Go Auto Group dan Flumen Holdings Sdn Bhd sepatutnya menubuhkan sebuah syarikat tujuan khas (SPV) sebelum menjadi pemegang saham utama KDA FC
Oleh Noorazura Abdul
[email protected] 17, 2021 @ 10:06pm20210217 10:06https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2021/02/787302/kfa-tamat-rundingan-bersama-syarikat-automatif
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2021/02/kfa-tamat-rundingan-bersama-syarikat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29